Assalamualaikum WTH
Pada pagi ini kedai buku saya dikunjungi seorang pemuda yang saya anggap pelik (sebab dia pakai seluar biru & kemeja berwarna meroon yang tidak bergosok, berstokin putih, bersandal dan rambut yang tidak bersikat kemas) dan agak kurang hajar. Pada permulaanya saya menganggap dia sebagai pelanggan biasa. Namun setelah hampir 30 minit, saya dapati pemuda (melalui CCTV) ini sedang mengambil gambar barangan alat tulis yang dipamerkan di rak kedai.
Setelah membiarkan pemuda ini hampir 10 minit, saya keluar dari bilik saya lalu menghampiri pemuda ini untuk bertanyakan tujuan sebenar dia mengambil gambar hampir separuh daripada barangan kedai saya. Dengan gagap dia menyatakan bahawa adiknya di Melaka menyuruh dirinya untuk membelikan pencil color. oleh kerana adiknya tidak menyatakan saiz & jenama color pencil yang dikehendaki. Maka dia bertindak untuk mengambil semua gambar semua pencil color yang terdapat di dalam kedai saya untuk di tunjukan kepada adiknya. LOGIKKAH ALASAN INI?
Sebenarnya, pada ketika ini tangan kiri saya sudah mula menggepalkan penumbuk. Secara tegas saya bertanya kepada pemuda ini samada tujuan beliau datang ke sini untuk membuat survey harga atau beliau mahu membuka kedai alat tulis. Pemuda itu kemudianya menjawab bahawa adiknya telah membuka kedai alat tulis di Selayang dan dia bertujuan untuk membandingkan harga alat tulis dikedai saya. Disamping untuk meminta senarai pembekal.
Mendengar ayat pemuda itu, hati saya sudah mulai panas. Mengapa perlu berlakon seperti pencuri? menghendap di kedai orang dan mengambil masa selama hampir 1 jam untuk mengambil harga barangan?
Setelah mendengar jawapan dari pemuda itu, saya terus menyuruh pemuda itu keluar dari premis saya. Sebelum dia keluar, saya sempat berpesan kepadanya> "Esok datang jumpa saya pukul 11 pagi. Jangan datang sini lagi untuk jadi tikus terhendap-hendap. Datang jumpa saya dengan adap yang islam ajar... I.Allah saya akan beri apa yang kamu mahu"
Sejujurnya saya tak pernah kisah dengan
insan-insan yang mahu membuka kedai buku dan alat tulis dan meminta
nasihat dari saya. Tapi mengapa perlu berlakon seperti pencuri. Saya
juga pernah membuat 'servey; harga di kedai pesaing saya sebelum ini,
namun saya bertemu secara lansung dengan pemilik kedai untuk meminta
izin darinya. Bahkan dia juga sesekali datang ke kedai saya untuk
membuat survey harga. Mengapa saya boleh lakukan sedemikian?
Kerana
saya jujur dan saya juga bersahabat dengan semua pesaing saya.
P/s: Kalu kalian mahu membuat survey harga tanpa meminta izin pemilik kedai, buat dengan profesional. jangan sampai kantoi seperti pemuda ini.. & jangan pakai pakaian pelik. sbb anda akan menjadi perhatian.. hehe..
4.
1 comment:
Post a Comment