Dari Hudzaifah ra, beliau melihat Nabi saw buang air kecil di kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri."
Dari Aisyah ra, sesiapa yg menceritakan bahawa Nabi saw buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidak pernah beliau buang air kecil melainkan secara duduk."
Namun entri ini bukanlah melarang @ menggalakkan anda untuk kencing berdiri, kerana terdapat beberapa perbezaan pendapat diatara tabiat kencing berdiri ini berdasarkan dua hadis sahih diatas. Cuma yang perlu ditekankan ialah bersuci selepas kencing...
**************************************************************************************************
Kelmarin ketika saya pulang dari Damansara menuju ke Rawang (balik ke PNN) setelah bertemu seorang pelanggan, saya sempat singgah di surau R&R Sg Buluh untuk menunaikan solat fardu zuhur. Sebelum mengambil wuduk, saya sempat masuk kedalam toilet untuk membasuh muka. Ketika sedang membasuh muka dan menyikat rambut, saya sempat melihat sekali imbas seseorang pemuda sedang kencing berdiri di situ (saya tak pandai nak sebut mangkuk kencing berdiri tu).Tidak lama kemudian saya melihat pemuda itu meninggalkan toilet.
Sesudah siap menyikat rambut, saya meneruskan langkah saya menuju di surau berhampiran, setelah mengambil wuduk saya terus memasuki ruang solat. Namun pandangan mata saya terhenti apabila melihat pemuda yang saya temui ketika dia sedang kencing berdiri di toilet sebentar tadi sedang bersolat.
Hati kecil saya terdetik, "agak mustahil jika pemuda itu beristinjak selepas kencing, kerana tiada kemudahan beristinjak di ruangan mangkuk kencing berdiri itu. maksudnya ketika itu dia sedang solat dalam keadaan bernajis"
"Bukankah salah satu syarat sah solat ialah > Suci pada tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan." bisik hati kecil saya lagi...
Memandangkan ketika itu, pengunjung surau itu tidak ramai, dan waktu zuhur juga masih panjang. Saya mengambil keputusan untuk menunggu sehingga pemuda itu selesai menunaikan solat. Saya berhasrat untuk menegur perbuatan beliau. Bukan saya bermaksud untuk mencari kesalahan pemuda itu, saya sekadar mahu membetulkannya sekiranya benar dia tidak beristinjak semasa qada' hajat sebentar tadi....
Setelah beberapa ketika, pemuda itu akhirnya keluar dari surau. Ketika dia sedang memakai kasut, saya mula menghampirinya. Sambil tersenyum manis, saya menghulurkan salam kepada pemuda itu. Setelah dia menjawap salam saya, saya mula bertanya dengan berhemah. benarkah dia pemuda yang saya temui ketika sedang kencing berdiri di toilet sebentar tadi? Pemuda itu mengiyakan soalan saya. Kemudianya saya menerangkan tujuan saya menegurnya, saya menyatakan seandainya benar dia tidak beristinjak ketika kencing itu, maka solatnya tidak sah.
Pemuda itu kemudiannya mengucapkan ucapan terima kasih kepada kerana menegur kesalahannya. Setelah bersalaman, pemuda itu terus berlalu pergi. Setelah melihat pemuda itu pergi, saya kemudiannya saya terus mengambil wuduk dan bersolat zuhur.
Setelah selesai menunaikan solat, saya menoleh kearah belakang saya kerana ketika saya didalam rakaat ke-4, seorang makmum menepuk bahu saya sebagai isyarat beliau mahu menjadikan saya imam. Rupanya dia pemuda yang saya tegur sebentar tadi.... dan kini beliau sedang bersolat tanpa seluar, sebaliknya memakai kain pelikat.
Alhamdulillah... syukur saya kepada Allah SWT...
t
9 comments:
salam ustaz, ana kagum dengan cara ustaz dalam menegur perbuatan pemuda tersebut.
Dan hasilnya pemuda tersebut sedar dan diharapkan kesadarannya berpanjangan. Amin =)
dah lama dengar tentang kisah kencing berdiri ni..setuju dengan alasannya..
Alhamdulillah kalau semua lelaki begitu, sedia menegur dan menerima teguran dengan baik..
Arai,
Aku ada terbaca kencing berdiri punca kpd barah prostat.Alasannya air kencing tak blh nk kuar semua n tersangkut kt mna2. bila berkumpul byk2 itu yg jdi punca barah prostat. Waallahualam.
wsalam..
rin> boleh kencing bdiri dri 2 hadis sahih kat atas... sbb xde larangan sbnrnya.. cuma yg pling pnting perlu bersuci, & lagi bgus kalu kita 'berdehem' yg bfungsi utk mngeluarkn sisa yg mngkin ttinggal...
Arai,
Aku setuju yg berdehem tu. Tiba2 aku teringat ada seorg ustaz yg kata tdk elok wanita berdehem selepas buang hajat sbb tu disunatkan bertinggung. Betul tak word bertinggung tu?
Raudah & nora> sejujurnya saya pun bukan org yg suka bila ditegur.. lgi2 bila kita pda pihak yg bsalah...
tp perlu ada seni dlam kaedah menegur tu.. supaya yg ditegur mnerima dgn sng hati & dia x sakit hati...
Yup, btinggung atas kaki kiri.. tu antara adap ketika dlam toilet..
bdehem bkan suh kuat2 sgt pun.. kita je yg dngar, jgn kasik sampi 1 taman dngor kita bdehem... hehe..
Arai,
Ko biar betul nak suh 1 taman dengar. Ustaz aku ajar if perempuan tk manis berdehem. lepas buang air kecil, berdiri kemudian ambilkan sedikit air titikkan kat seluar kecik biar urin kt seluar bersih if nk solat. tpi sekarang meden ma, pakai aje panties liner n tukar be4 solat. Aku just kongsi ilmu. Malu plak aku! LOL
xpyah malu... sbb mmg mbesar dlam dunia pompuan.. xde mslah.. hehe
Post a Comment