Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, November 29, 2010

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad



Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad (RM70k kebawah) sebenarnya agak sukar dilaksanakan walaupun ianya tidak mustahil dilakukan. Disini saya memberikan beberapa tips berkenaan kedai yang “agak” berkaitan perniagaan kedai buku dan alat tulis yang boleh juga anda ceburi sekiranya memang berminat dengan perniagaan yang berkaitan buku dan alat tulis ini.

1. kedai buku dan alat tulis mini
Kedai buku dan alat tulis mini ini sesuai dijalankan dipremis kedai yang memiliki keluasan yang terhad seperti lot-lot terminal teksi berukuran 10’ x 15’. Modal untuk membuka kiosk ini agak kecil iaitu sekitar RM50k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah dll) Namun kebiasaannya, kedai yang memiliki saiz ini terletak dikawasan mahal yang kadar sewanya boleh mencecah sehingga RM2k-RM6k sebulan. Oleh itu, anda perlu menumpukan jualan barangan yang bermargin tinggi iaitu diantara 20%-80% dan nilai jualan yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya pada kadar RM1k sehari.

2.Membuka kedai majalah
Membuka kedai majalah juga merupakan antara pilihan yang boleh diceburi anda jika memiliki modal terhad. Dengan kadar modal yang agak rendah iaitu sekitar RM30k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah). Namun begitu, anda yang memilih jenis perniagaan ini perlu menambah beberapa barangan sokongan untuk menampung perbelanjaan seperti makanan ringan dan perkhidmatan potostst kerana margin keuntungan menjual majalah sangat rendah iaitu sekitar 15% sahaja.

3. Kedai@booth@kiosk buku
Membuka booth & kiosk buku juga mempunyai modal yang agak kecil juga sama seperti membuka edai buku dan alat tulis mini. Masalah yang sering diterima oleh pekedai jenis ini ialah terlalu mengharapkan trafik pelanggan yang ramai diseseuatu tempat memandangkan kebiasaannya, pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tidak merancang untuk membeli buku. Oleh itu, lokasi jenis perniagaan ini sangat penting.

4. Kedai fotostat mini
Kedai fotostat juga adalah diantara kedai yang menawarkan pilihan modal awal yang agak rendah iaitu disekitar RM30K (dgn 2 mesin fotostat yg laju, deposit sewa, peralatan laminate, binding dll)-. Namun begitu untung perniagaan ini agak kurang dan memerlukan jualan dalam kuantiti yang banyak dan agak melecehkan. Kurangkan kesilapan ketika memfotostat & dapatkan kertas pada harga borong. Bayaran untuk perkhidmatan binding dan laminating perlu difokuskan kerana memiliki nilai keuntungan yang agak tinggi.

P/s: utk kedai fotostat saya mensarankan> menyewa mesin sekiranya perniagaan benar2 mantap kerana mesin anda akan digunakan secara total tanpa belas (sbb sewa mesin ada terma untuk membaiki mesin sekiranya rosak) atau pada peringkat awal, beli sahaja mesin recond dan PASTIKAN KOS COPY TIDAK MELEBIHI RM0.03 sen sehelai!!

5. Kedai alat tulis mini
Bagi mereka yang memilih untuk membuka kedai alat tulis mini pula, saya mencadangkan kepada mereka agar memilih kawasan yang memiliki bilangan trafik yang ramai kerana anda tidak mungkin mampu menampung perbelanjaan bulanan sekiranya anda hanya berjaya menjual 100 batang pen sehari! Anda memerlukan jumlah jualan yang tinggi dengan pembekalan alat tulis ketempat2 tertentu. Walaupun margin keuntungan barangan alat tulis agak tinggi namun nilainya adalah kecil. Kos awal bagi membuka kedai alat tuis mini ialah diantara RM20-RM70k bergantung kepada kepadatan barangan. (alat tulis memiliki terlalu banyak barang! Cthnya> anda tidak boleh menjual sejenis pen sahaja, sekurang-kurangnya mungkin 10 jenis, sejenis itu pun sudah memiliki beberapa kategori seperti mata 0.1, 0.7, 0.5 dan berdakwat biru, hitam dan merah...

6. Perniagaan menjual buku & alat tulis tanpa premis kedai
Hm.. ini merupakan kaedah terbaik untuk memiliki perniagaan walaupun tanpa premis kedai dan tiada kos awal kecuali pendaftaran syarikat dan profil syarikat. Kawan baik saya memiliki perniagaan jenis ini dan gajinya melebihi gaji saya! Bagaimana dia melakukan? Setiap hari dia akan mendaki sekurang-kurangnya sepuluh buah premis untuk menjual produk dari katelognya yang memfokuskan kepada perkhidmatan pembekalan sahaja. Kos yang dikeluarkan hanya jika pihak jabatan dan pejabat itu bersetuju untuk membeli buku atau pun alatb tulis yang akan dibekalkannya. (kebarangkalian untuk ditipu berkaitan dengan perniagaan ini sangat tinggi-berhati-hatilah)

7. Membuka kiosk di tapak2 ekspo dan karnival.....

8. MLM yg menjual buku.. (email saya utk mengetahui lebih lanjut azraay@gmail.com)
.............................................



SEKIRANYA ANDA HANYA MEMILIKI RM70K SAHAJA, SAYA TIDAK MENGGALAKKAN ANDA MEMBELANJAKAN WANG MELEBIHI NILAI RM50K UTK MEMBUKA PERNIAGAAN. MENGAPA? KERANA KITA TIDAK DAPAT MENJANGKA APA YANG BAKAL TERJADI PADA AWAL PERNIAGAAN. OLEH ITU, RM20K ITU AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI PELAN KONTIGENSI (PELAN KECEMASAN) SEKIRANYA PERNIAGAAN ANDA PADA AWAL PERNIGAAN AGAK SLOW. 

PERLU DIINGAT, 93% KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN BERLAKU PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN MEREKA! KECILKAN RISIKO & BESARKAN AZAM... DAN JANGAN LUPA BERDOA!

SETIAP URUSNIAGA PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN INI ADALAH BERBENTUK TUNAI SEHINGGA ANDA DIBERI KEISTIMEWAAN UNTUK MEMBUKA AKAUN DENGAN SYARIKAT PEMBEKAL UTK MEMBOLEHKAN ANDA MENERIMA TERMA BAYARAN YG TELAH DIPERSETUJUI (SEBULAN HINGGA TIGA BULAN)

Hm...
 Sbnrnya entri ini masih belum siap, tp disebabkan saya menerima banyak email berkenaan perkara ini, jadi saya publishkan juga..

Akan bersambung malam ini.. insyaallah..



4.

12 comments:

Normaliza said...

Teringin juga nak wat bisnes sendiri. Tapi masih tercari2 bisnes apa yang nak buat..duk pikir tak abis2..

Ustaz Azrai said...

Hm.. hang kan pandai jahit? kdai jahit pling sng kot.. bleh mulakn kat umah mula2.. mcm adik aku, tiap bulan cnfrm akan buat 3 pasang baju kurung baru.. xpe, taun dpan msa hang dh pindah Rawang, aku nk tempah baju raya dgn hang je..

ikhwanzm said...

Salam ziarah ...

Ustaz, artikel yang menarik dan bermaklumat mengenai cara membuka kedai buku ....
Insya'Allah saya akan gunakan Ilmu yang Ustaz turunkan sebagai panduan ... :)

Pustaka NurIman said...

ingin sekali berjaya seperti saudara...miliki kedai buku & alat tulis suatu hari nanti.

kini sedang berusaha secara MLM

mohon tunjuk ajar saudara di masa2 depan

Anonymous said...

can take a look at this website for stationeries supplies @ www.officefab.com.my
thank you

AIDAQ said...

Anda ingin menjadi Pembekal produk dan perkhidmatan kepada agensi Kerajaan dan menikmati pulangan yang sangat menguntungkan? Dapatkan informasi terkini di laman web http://mofregistration.com

KakNgah said...

Salam.. ingat dengan saya lagi.. dulu saya pernah e-mail sahabat untuk wt biz kedai buku tapi tak jadi la plak.. hahha, blom rezeki.. dah 2 tahun juga saya tak melawat blog sahabat n harap kita bleh sama2 kongsi blog.. sekarang saya jual supplement melalui on9 dgn melayan anak2 di rumah.. hehhe... jom layari blog saya http://kakngahsihat.blogspot.com/ untuk mencari suplemen kesihatan dan kecergasan diri dan keluarga.. :)

Jamal said...

Saya Jamal dari Bandar Baru Bangi.
Saya membuat kedai buku 2nd hand, fotostat, printing...etc di Bandar Baru Bangi. Sambil jual di kedai, saya juga cuba mencari tapak2 perniagaan utk jual buku2 terpakai spt di Universiti, expo2, pasar2...etc.

Zaman skarang ni semuanya mahal. Even berniaga di tapak2 expo, karnival, tapak2 perniagaan di univeristi pun kadang2 RM400-500 seminggu. Kalau sebulan kita berniaga di luar tak ke RM2000 jugak.

Antara yg murah ialah berniaga di pasar2 pagi, pasar malam, pasar tani..etc. Tp kena rajin la berjalan. Saya rasa berniaga pasar malam/pagi/tani lebih untung sebab sewa tak mahal. Dan kita tak perlu bayar sewa tetap macam sewa kedai.

Kat bangi ni SEWA KEDAI semua 3ribu, 4ribu, 7ribu... Tak tau la ape nak jadi.

Sila lawat laman web saya www.buyandsellusedbooks.blogspot.com

terima kasih
Jamal

usry said...

Saya pernah menjalankan perniagaan frozen tahun 2008 dahulu sebelum 'kantoi' sebab saya buat part time, tapi banyak curi masa untuk lari beli barang kedai. Last2 kena warning. Pilih satu andata dua, kerja atau bisness. Time tu bisness baru nak naik, dapat dalam 1-1.5K je sebulan, gaji dan RM3.5K. So fikir punya fikir, isteri suruh stop bisness.
Tapi saya tetap curi masa juga. pegi kursus TTT dengan PSMB dan daftar jadi 'part time trainner'. boleh la sikit2. Satu ceramah ada yang bagi RM200 dan ada yang bagi RM 150. Sebulan dapat 2 kali ceramah jadi le.
Sekarang saya telah terbutkan satu buku untuk membantu bakal usahawan menjalankan perniagaan. Terutamanya perniagaan kecil-kecilan.
Tuan/puan boleh lawati blog saya:
http//:usryabdullah.blogspot.com

golden_dream said...

Terima kasih menumpang info yg berguna sbb tgh plan nak buka kedai alatulis..

Anonymous said...

FX Copy Trade! Diam-diam Profit 10~30% sebulan! Tak perlu trade sendiri

Channel dicipta untuk sesiapa yg berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) atau kurang. 

Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform. 
Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda. 

Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan. 

Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama trader ini. 

Berikut adalah catatan keuntungan trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :- 

Feb 2014 : 21.35% 
Mar 2014 : 18.47% 
Apr 2014 : 18.18% 
Mei 2014 : 20.01% 
Jun 2014 : 16.38% 
Jul 2014 : 21.35% 
Aug 2014 : 19.31% 
Sept 2014 : 18.78% 
Okt 2014 : 21.19% 
Nov 2014 : 30.00% 
Dec 2014 : 25.13% 

Jan 2015 : 22.98% 
Feb 2015 : 23.53% 
Mar 2015 : 31.13% 
Apr 2015 : 29.94% 
Mei 2015 : 27.27% 
Jun 2015 : 22.53% 
Jul 2015 : 26.12% 
Aug 2015 : 19.83% 
Sept 2015 : 24.80% 
Okt 2015 : 19.79% 
Nov 2015 : 19.79% 
Dec 2015 : 14.50% 

Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details. 

Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari. 

Bagaimanakah RM 460 boleh menjadi sehingga RM 60,000 dalam 3 tahun? 

ATAU 

Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun? 

Unjuran Keuntungan Modal RM 460= USD100 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
============================= 

Bulan 0 = RM 460 
Bulan 1 = RM 529.00 
Bulan 2 = RM 608.35 
Bulan 3 = RM 699.60 
Bulan 4 = RM 804.54 

Bulan 12 = RM 2,461.12 
BULAN 13 = RM 2,830.28 
Bulan 14 = RM 3,254.82 
Bulan 24 : RM 13,167.58 
Bulan 25 : RM 15,142.72 

===================== 
Bulan 36 : RM 61,260.74 
===================== 

Unjuran Keuntungan Modal RM 4,600 = USD 1000 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
============================= 

Bulan 0 = RM 4,600.00 
Bulan 1 = RM 5,290.00 
Bulan 2 = RM 6,083.50 
Bulan 3 = RM 6,996.00 
Bulan 4 = RM 8,045.40 

Bulan 12 = RM 24,611.20 
BULAN 13 = RM 28,302.80 
Bulan 14 = RM 32,548.20 
Bulan 24 : RM 131,675.80 
Bulan 25 : RM 151,427.20 

===================== 
Bulan 36 : RM 612,607.40 
===================== 
Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Profesional ini:- 

Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan membawa pulangan sehingga RM 6 JUTA. 

Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details. 

Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) 
Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) 

DAFTAR PERCUMA

IGOFX KL 
http://igofx.com/?code=357423
 

Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.

MAZILAH ABD. HAMID said...

Assalamualaikum...
Nak minta pandangan dn idea tentang nak buka mini kedai buku dan alat tulis...
Selalunya nak dapatkan pembekal tu macamna ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...