Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Friday, November 19, 2010

sifat-sifat usahawan muslim- tetap bersyukur

“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya azabku sangatlah pedih” 

Surah  Ibrahim ayat 7
Terjemahan Al-hidayah-house of quran

Terjemahan ayat di atas menunjukkan kepentingan kepada kita semua berkenaan kepentingan bersyukur. Alhamdulillah, sejak dari lahir sehingga kini nikmat Allah kepada kita tidak terhitung banyaknya. Nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat merasai, nikmat kelapangan, nikmat iman dan pelbagai lagi. Bahkan tidak ada hari yang berlalu tanpa nikmat Allah!

Mengapa kita perlu bersyukur? Alhamdulillah, pertanyaan diatas sering bermain dibibir setiap insan. Sebagai hamba yang daif dan bersifat memerlukan pertolongan serta tidak mampu berdiri dengan keupayaan sendiri melainkan dengan kekuatan yang dipinjam dari Allah, amat wajarlah kita bersyukur sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga.

Merujuk kepada usahawan muslim, terjemahan ayat di atas jelas menunjukkan kepentingan bersyukur. Bersyukur bukanlah sekadar mengucapkan lafaz “Alhamdulillah’ di bibir semata-mata. Malah bersyukur ini adalah kombinasi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah, pencipta kita semua yang telah mengizinkan kita berniaga dan menjadi usahawan diatas bumi dunia ciptaanya ini.

Bahkan didalam ayat diatas, Allah telah menyatakan sekiranya kita bersyukur, Allah akan menambahkan lagi nikmatnya! Nah, inilah kekuatan kita! Bukankan selangkah kita berlari menuju ke jalan Allah, 10 langkah Allah mengejar kita!

Secara realiti, bersyukur adalah satu bentuk penghargaan yang kita berikan kepada Allah. Alhamdulillah, sekiranya kita berterusan beristiqamah untuk mensyukuri nikmat Allah, akan timbul satu perasaan merendah diri kerana sebagai hambanya, kita memerlukan setiap nikmat Allah yang telah dikurniakan ini untuk menjalani kehidupanan seharian.

Antara persoalan yang sering timbul daripada kita ialah:
            “saya bersolat lima waktu sehari, dan tidak pernah lalai mengerjakan segala suruhannya, namun masih lagi hidup susah, perniagaan tidak stabil dan sering dilanda masalah. Apakah tandanya ibadah saya masih tidak mencukupi? Atau ibadah saya tidak diterima?”

Hm.. tidak sukar menjawap soalan ini, anda masih perlu bersyukur juga kerana terpilih untuk menerima ujian itu! Ada beberapa sebab mengapa doa anda dilambatkan untuk dimakbulkan dan yang paling penting sekali ialah JANGAN SESEKALI MERASAKAN DIRI ANDA JAUH DARI RAHMAT ALLAH, SETIAP SESUATU KEJADIAN ITU MEMPUNYAI HIKMAT YANG TERSENDIRI..

Diri saya juga pernah ditimpa bencana yang hampir menyebabkan diri saya ini berasa sangat kecewa. Setelah dilahirkan sempurna sejak 24 tahun lalu.. saya menjadi OKU sejak enam tahun lalu! Siapa yang mahu menjadi insan kurang upaya@ cacat? Yup, saya cacat sekarang ini, tangan kanan saya kehilangan hampir 70% kekuatan semulajadi kesan daripada kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu. Namun kecacatan ini menambahkan lagi kesyukuran saya kepada Allah. Kerana dengan kecacatan ini, saya mula bangkit menjadi diri saya sekarang! OKU seperti saya juga mampu berjaya dengan izin Allah..

Jadikan kelemahan anda menjadi kekuatan anda! Bersyukurlah atas apa yang anda miliki kerana kadangkala kita hanya menghargai apa yang kita miliki setelah kehilangannya! 





4.

3 comments:

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...

Boleh tak izinkan saya nak paparkan artikel ustaz ni di blog saya?

Ustaz Azrai said...

Silakan.. :)

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...

Terima kasih ustaz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...