Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label 4. Ulasan buku mustread. Show all posts
Showing posts with label 4. Ulasan buku mustread. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

I Love You Mom

nfhfhj

I Love You Mom- Rizky Banjary
Tajuk : I Love You Mom
Penulis : Rizky Banjary
ISBN : 978-967-5426-92-6
Harga : RM 16.90

Sinopsis:

Bilakah anda mesti membaca buku ini?
  1. Jika anda adalah seorang anak yang berbakti dan ingin mempersembahkan yang terbaik untuk ibu
  2. Jika anda seorang anak yang baik dan ingin membalas perjuangan serta pengorbanan yang telah ibuberikan, namun tidak tahu bagaimana cara  mengungkapkan perasaan anda itu.
  3. Jika anda seorang anak yang pandai dan mengerti bagaimana cara membahagiakan ibu
  4. Jika anda seorang anak yang mengharapkan kepercayaan, perhatian dan kasih sayang  yang  lebih daripada ibu
  5. Jika anda adalah seorang anak yang belum pernah melakukan kesalahan kepada seorang yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan anda
  6. Jika anda seorang anak yang lupa akan jasa-jasa ibu selama ini, buku ini untuk anda.
  7. Jika anda seseorang yang menyayangi saudara, keluarga dan sahabat anda, maka bacalah buku ini dan ajarkan pada mereka apa yang anda dapat.
  8. Jika anda seorang ibu yang ingin memberikan beberapa nasihat secara tidak langsungkepada putera-puteri anda, maka anda perlu menghadiahkan buku ini untuk mereka
  9. Jika anda seorang pendidik, guru atau pendakwah yang ingin memberikan bimbingan kepada para anak agar membina hubungan baik dengan ibu, anda perlu membaca buku ini.

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapa besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu




gfj 4.

Khilaf

Assalamualaikum WTH...


(Khilaf oleh Abdul Mu'izz)


Tajuk : Khilaf
Penulis : Abdul Mu'izz
ISBN : 978-967-5426-89-6
Harga : RM 25.00 / RM 28.00

Sinopsis:

Secara fitrah, manusia sememangnya dikurniakan kekuatan dan cara pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Atas fenomena tersebut, terbitbanyak perbezaan pandangan di kalangan mereka seterusnya membentuk pelbagai aliran.

Oleh kerana perbezaan pandangan tanpa batasan semakin membarah, membuatkan mereka semakin jauh menyimpang dari syariat Islam yang diiktiraf oleh Allah SWT sebagai satu-satunya cara hidup. Kemudian diutus para nabi dan rasul untuk membimbing manusia menuju keredaan Allah SWT. Kehadiran para nabi dan rasul Allah SWT bertujuan sebagai guru dan pembimbing kepada manusia. Menceritakan khabar gembira buat mereka yang taat mengikuti Islam secara sempurna dan memberi peringatan azab pembalasan di akhirat kelak kepada mereka yang ingkar. Dengan itu disertakan bersama utusan-utusan Allah SWT, kitab yang menjadi rujukan buat manusia.

Justeru, peranan kita adalah berusaha mengejar kelayakan semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dalam pencarian terhadap kebenaran yang hakiki. Dengan kesungguhan itu, moga dibimbing ke jalan yang lurus. Ia mencakupi aspek aqidah, ibadat, cara hidup dan syiar syariat Islam yang ulung. Kesimpulan secara umum yang boleh diambil, sesungguhnya perbezaan pandangan ataupun khilaf antara manusia dikenal pasti terbahagi kepada tiga bahagian.


4.

Thursday, November 25, 2010

Bila Allah menduga kita..








Tajuk: Bila Allah Menduga Kita
Pengarang: Syed Alwi Al-Atas
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Tahun: 2010
Harga: RM19.90

Saya menerima buku Bila Allah Menduga Kita daripada penulisnya, Tuan Syed Alwi Alatas, menjelang makan tengahari hari Khamis 11 Februari 2010, dengan sepotong janji. Beliau minta buku ini diulas di blog, beserta pesannya “tak perlu khawatir, saya akan menerima review yang diberikan, walau banyak kritik sekalipun.” Ini tugas sukar saya kira, bagaimana mengkritik sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh penulisnya sendiri? Bagaimana saya dapat membendung kecenderungan biasa dalam hati manusia untuk terhutang budi pada si pemberi?

Namun Allah mempunyai aturannya sendiri. Buku yang saya tatap beberapa halaman pertamanya ketika waktu rehat 11 haribulan itu, rupanya menjadi bekal yang sangat penting menjelang petang dan malam harinya. Sekitar waktu Asar Khamis itu, saya menerima berita dari kakak sulung. Seorang adik sepupu yang sedang menuntut di UiTM Seri Iskandar, telah ditimpa kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang menyiapkan tugasan akademik dengan rakan-rakannya.

Saya bergegas pulang sebaik sahaja tamat waktu kerja, mencongak sama ada perlu ke Hospital Batu Gajah sebaik tiba di rumah, atau menunggu berita terkini keadaannya dari abang-abangnya yang sedang memandu ke sana. Namun dalam perjalanan, berita yang lebih memedihkan akhirnya tiba. Adik sepupu saya, telah dipanggil pulang oleh Allah. Pada usia 20 tahun.

Malam itu sanak-saudara memenuhi perkarangan bilik mayat Hospital Batu Gajah. Kami tiba saat jenazah sedang dimandikan, sempat turut serta mengafan dan mengucupnya sebelum disembahyangkan. Saya lihat wajah tabah ibu saudara saya, tidak ada air mata melinangi pipinya, dan ucapnya pada saya, dia reda. Saya cuba gambarkan diri di tempatnya, bagaimana kalau yang disembahyangkan itu anak saya, apakah saya bersedia?

Itulah sekilas inti buku Bila Allah Menduga Kita, yang sempat saya baca beberapa halaman, muncul semula dalam fikiran saya di sisi jenazah. Apakah saya bersedia jika dugaan Allah menimpa saya waktu itu, saat itu juga? Dan menurut pengarangnya, tidak ada yang lebih penting saat kita menerima dugaan, tidak kira dugaan nikmat atau kesedihan, melainkan persediaan kita. Ini kerana persediaan kita itulah yang akan menentukan, apakah kehidupan ini akan kita akhiri dengan penuh keimanan kepada Allah, atau sebaliknya, Nauzubillah.

Pada saya, buku yang telah saya khatam ini sebenarnya buku yang serba sederhana. Namun usah cepat bingkas, kerana acapkali, kesederhanaan itulah yang lebih menyentuh dan meninggalkan bekas.

Kesederhanaan pertama yang saya temui pada buku ini adalah dari susunan bab-babnya. Hanya ada tiga bab utama saja dalam buku ini, iaitu  ‘Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu’, ‘Iman Terhadap Takdir’ dan ‘Agar Anda Selalu Menang dan Bahagia’. Di dalam setiap bab ada subbahagian yang merupakan tajuk-tajuk kecil yang saling berturutan dan berkaitan, menyoroti setiap topik dengan santun dan tidak gopoh-gapah, dibumbui pelbagai kisah dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah apa yang kita sering hadapi pada masa kini. Di sinilah kesederhanaan itu bagi saya bertukar menjadi istimewa, kerana selitan kisah semasa membawa kedekatan masalah kepada kita, dan tidak meninggalkan kita terawang-awang mengenai peristiwa ratusan tahun lampau semata-mata. Dengan jelas, aplikasi ilmu sudah dinampakkan kepada kita secara bersahaja.

Selain itu, pendekatan pengarang yang menulis dengan bahasa yang sederhana, tetapi mengajak dan sesekali sedikit menggesa pembaca menempatkan diri dalam keadaan tertentu, turut memberi saya kesan. Mungkin ada segelintir yang tidak selesa dengan cara penulisan begini yang dianggap menggurui pembaca, tetapi saya tergolong di kalangan yang tidak kisah. Apatah lagi kalau membaca buku agama. Pada saya, kenapa tidak boleh pengarang itu menggurui saya, kalau ternyata saya memang layak menjadi muridnya? Dan bukankah membeli buku agama karangan sesiapapun, bererti kita telah sudi untuk digurui pengarangnya secara tidak langsung?

Dan benar, Syed Alwi Alatas telah banyak menggurui saya melalui buku ini. Saya rasa saya mampu melihat ujian Allah dengan kaca mata baru setelah menyudahkan bacaan. Saya ingat antara pengulangan yang ditekankan oleh pengarang dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w., “Raihlah apa yang bermanfaat bagimu”, walaupun ketika itu kita sedang bergelumang dengan ujian. Dua kisah dari riwayat hidup Hasan Al-Banna dan Ummu Sulaim, sudah cukup untuk menjentik hati dan meninggalkan kesan.

Betapa juga, pandangan saya tentang beberapa hal yang saya anggap kecil (tetapi hakikatnya besar) mengenai takdir, selama ini terpendam begitu sahaja dan tidak berani saya terokai, ada jawapannya dalam buku ini. Saya ada kisah peribadi yang sangat berkait Bab 2 (Iman Terhadap Takdir). Sewaktu arwah Ayah saya meninggal di Mekah ketika usia saya 15 tahun selepas waktu haji, lima hari sebelum pulang ke Malaysia, saya sangat tertanya-tanya, kenapa doa dan tangisan saya dalam solat hajat setiap malam, sepanjang beberapa puluh hari arwah di sana (kecuali satu hari saya tertinggal), tidak dikabulkan Allah? Adakah kerana satu hari yang tertinggal itu?

Saya tahu, arwah Ayah sangat uzur ketika bertolak, malah doktor mahu membuat pembedahan pintasan jantung sebelum arwah berlepas, tetapi saya sangat tertanya-tanya, kenapa akhirnya arwah tidak dikurnia usia lebih panjang untuk pulang bertemu saya yang telah berdoa dan berdoa? Meskipun saya telah meredai pemergian arwah lama dahulu, tetapi saya selalu mencari jawapan yang memuaskan, yang dapat memberi ketenangan penuh mengenai masalah takdir ini, dan Alhamdulillah, buku ini menemukan saya dengan jawapannya. Ya, sebuah buku yang sederhana, tetapi menjadi sangat bermakna!

Akhirnya saya memahami, ada dua senjata penting dalam menghadapi kehidupan, tidak kira sewaktu dunia saya sedang bergolak, mahupun ketika dunia saya diempuki nikmat, iaitu sabar dan syukur. Saya berharap saya dapat menggunakan kedua-dua senjata ini pada masa sepatutnya dengan rahmat dan kurnia Allah. Penerangan panjang lebar pengarang dalam Bab 3 mengenai dua keperluan penting ini, akan mampu memberi kejelasan dan ruang lingkup baru pengamalannya.
Siti Aminah Hadawiah
Dirindui, Siti Aminah Hadawiah (20 Februari 1990-11 Februari 2010)

Namun tidak dapat saya nafikan, buku ini mungkin tidak sebermakna seperti yang saya luahkan bagi orang lain, kerana sudut pandang manusia dalam hidup tentulah berbeza-beza. Apatah lagi, buku ini saya baca saat sedang menghadapi dugaan kehilangan, serta desakan pengalaman lampau yang mengesankan jiwa remaja saya 15 tahun lalu. Semua penilaian berbalik kepada diri kita, kerana diri kita semua bukanlah ‘tabula rasa’. Selain itu, mungkin juga pandangan saya yang sangat menyenangkan mengenai buku ini tercipta kerana saya telah terhutang budi menerimanya sebagai hadiah.

Walau bagaimanapun, satu kehampaan yang ingin saya bangkitkan mengenai buku ini, iaitu ayat-ayat Al-Qur’annya hanya ditampilkan dalam bentuk terjemahan sahaja, manakala ayat-ayat yang asli tidak dimasukkan bersama. Penghayatan ayat-ayat Al-Qur’an dalam bentuk asalnya bagi saya adalah penting dalam sesebuah buku agama. Ini sedikit sebanyak mencacatkan, saya kira. Barangkali keputusan pihak penerbit turut memainkan peranan dalam hal ini.

Apapun, tahniah dan terima kasih kepada pengarang buku ini, Tuan Syed Alwi Alatas, yang telah sudi memberi saya peluang membaca bukunya dan membuat resensi. Beliau yang berasal dari Indonesia, setahu saya, adalah Ketua Forum Lingkar Pena (cawangan Malaysia) dan telah lama giat menulis, dengan 18 buah buku atas namanya. Beliau juga boleh ditemui di Goodreads.

(ulasan buku dri > http://bukuria-malaysia.com/2010/02/bila-allah-menduga-kita/

4.

Friday, November 19, 2010

Hebatnya Al Quran : Jika Kamu Berfikir







Tajuk: Hebatnya Al Quran : Jika Kamu Berfikir
Penulis:Mohd Syamil Mohd Yusuff
ISBN : 978-967-5426-08-7...
M/Surat :
Harga SM/SS: RM 18.00/ 21.00

SINOPSIS

Al Quran merupakan sumber utama bagi dimensi keilmuan dan sains adalah dimensi yang mengukuhkan dalam membuktikan apa yang dicatatkan di dalam kitab suci ini. Tidaklah terdapat sedikit pun pencanggahan serta kecelaruan di dalam al-Quran kerana ianya adalah kata-kata Allah SWT dan bukannya hasil tulisan manusia biasa. Al-Quran adalah penawar kepada penyakit manusia yang buta kerana ianya bukanlah bermaksud mereka tidak mampu melihat dengan mata dan tidak mampu mendengar dengan telinga, tetapi mereka buta dan tuli dengan hati mereka. Penyakit buta inilah yang perlu di sembuhkan dengan petanda-petanda yang sudah diterangkan dalam Al-Quran.

Sains dipisahkan dengan roh, iaitu nilai spiritual yang tinggi. Bak kata pepatah 'Science is sign'. Sains adalah petanda! petanda apakah yang cuba dibawakan oelh sains kepada manusia hari ini? Bukankah sains itu sendiri tunduk kepada Sang Penciptanya? Bagaimana dengan kita?

Harapan penulis kepada para pembaca, selepas membaca isi kandung buku ini, maka teruskanlah usaha mencari dan mengenali Maha Pencipta (AL-Khalik) dengan lebih baik. Penulis hanya berkongsi pengalaman, melontarkan pandangan dan idea supaya pembaca dapat menyambutnya dan meneruskan penerokaan ilmu. Hanya kepada Allah SWT penulis berharap agar penulisan ini dapat memberi manfaat serta hidayah kepada penulis dan juga pembaca, InsyaAllah.
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...