Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label Petua murah rezeki. Show all posts
Showing posts with label Petua murah rezeki. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Doa agar mendapat peluang perniagaan , terhindar dari musibah & fitnah


"Ya Allah, jadikan aku diantara kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudarat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU), dan bala yang engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU) dan keburukkan yang engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU)"

AMIN...

Semoga kita dapat amalkan selalu dan semoga iman dan perniagaan yang kita sedang usahakan ini memperolehi keberkatan dan diperbanyakkan. Dan semoga kita semua terhindar dari musibah dan fitnah


4.

Wednesday, February 16, 2011

Petua murah rezeki dan dipanjangkan umur dengan menyambung silaturahim

Dari Anas Bin Malik RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)"

************************************************************************************

Hadis Rasulullah SAW diatas menyatakan kepentingan menjalinkan silaturahim dapat mempermudahkan urusan rezeki dan juga memanjangkan umur. Tentu juga ada diantara kita tertanya-tanya bagaimana fungsi "memperhubungkan silaturahim" dapat meluaskan dan dipermudahkan urusan rezeki serta dapat dipanjangkan umur?

Dalam konteks keusahawanan, memperhubungkan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama teman-teman dan orang lain merupakan salah satu bentuk promosi. Oleh kerana manusia merupakan mahluk Allah yang hidup secara bermasyarakat dan memerlukan sistem komunikasi sebagai media perhubungan, maka jalinan silaturahim ini dapat berperanan sebagai media.

Diri saya sendiri, melalui pelbagai media yang terhidang didepan mata seperti melalui blog, facebook, perbualan lisan, SMS, telefon dan pelbagai  kaedah lagi dapat menjalinkan silaturahim tanpa pernah gagal. Mungkinkah anda sebagai sahabat saya walaupun duduk beribu batu jaraknya dari Bandar Rawang ini memberitahu & mempromosikan kepada teman-teman kalian  yang tinggal di kawasan Rawang ini bahawa diri anda mempunyai kedai buku & alat tulis di Bandar Rawang ini? tidak mustahil bukan?

Melalui kaedah yang saya tuliskan diatas tadi sebagai contoh, bukan sekali dua saya menerima kunjungan pelanggan yang merupakan 'kawan kepada kawan'  saya melalui media tersebut.  Mungkinkah juga anda sebagai sahabat saya mampu mendoakan kecemerlangan perniagaan saya melaui hubungan & jalinan silaturahim ini? Nah, disinilah letaknya keajaiban menjalinkan hubungan ukhwah itu! Allah SWT memberikan saya rezeki kerana jalinan ukhwah ini! TQ ALLAH!
Pada diri saya sendiri, urusan menyambung hubungan silaturahim merupakan tanggungjawap yang cukup indah.Sebagai usahawan muslim, saya melihat tanggungjawap ini sebagai lubuk emas. Bukan bermaksud saya mengambil kesempatan atas 'jalinan silaturahim' yang tercipta ini kerana perniagaan bukanlah sekadar menjual barangan@perkhidmatan semata-mata. Sebaliknya ia adalah satu hubungan sahabat yang sama-sama berkongsi 'fungsi' sesuatu produk. Maksudnya, saya perlu memberikan yang terbaik kepada pelanggan yang juga merupakan sahabat baik saya!

Oleh itu, tiada istilah menikam belakang, mengurangkan gred barangan, menipu timbangan DLL. Mana mungkin kami menikam sahabat kami sendiri! ( tapi sebenarnya memang wujud juga manusia berhati binatang- sudah diberi susu, dibalasnya tuba... moga dijauhkan.. AMIN)


HULURKAN SALAM UKHWAH....
4.

Wednesday, December 15, 2010

Bersemangat pada permulaan hari dan terus kekal bersemangat

Assalamualaikum WTH..

Bagaimana caranya untuk kita bersemangat ketika memulakan hari dan terus kekal bersemangat? Wah.. Sejujurnya tajuk diatas sememangnya tajuk yang saya sangat gemari. Sebagai seorang usahawan muslim yang bekerja didalam didalam sektor yang menuntut saya untuk bekerja dalam tempoh 16 jam sehari di dalam situasi tertekan menyebabkan saya memerlukan sesuatu motivasi yang membolehkan saya terus bersemangat sepanjang hari.

Disini saya berkongsi dengan kalian semua beberapa tips yang saya amalkan untuk terus kekal bersemangat pada awal hari dan terus kekal:

1. Mengamalkan suruhan Allah SWT dan meninggalkan apa yang di larang

2. Solat sunat dhuha Dan Surah Al-Waqiah
Percayakah anda, (dengan izin Allah) semangat saya dipupuk oleh rahsia kelebihan mengamalkan solat sunat dhuha dan membaca surah Al-waqiah secara konsistan? Alhamdulillah, walaupun saya hanya mula mengamalkan amalan ini selama setahun lebih, semangat saya untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya dirangsang hebat oleh dua amalan ini. Sejujurnya kedua-dua amalan ini seakan mempunyai aura yang yang hebat untuk meransang saya untuk mencapai niat dan matlamat saya ketika menceburi bidang keusahawanan ini.
4.

Thursday, December 9, 2010

Rahsia Surah Dhuha



,

"Demi waktu dhuha (ketika matahari naik tinggi segalah). Dan demi waktu malam apabila telah sunyi.  Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (wahai Muhammad) dan tidak pula membencimu. Dan sesungguhnya  yang kemudian itu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya kelak Tuhanmu pasti  akan memberikan kurniaan-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas. Bukankah dia mendapati dirimu sebagai seorang yatim piatu, lalu la melindungimu. Dan didapatiNya engkau sebagai seorang yang bingung ,  lalu Ia memberikan petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan , lalu dia memberikan kecukupan. Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya. Dan terhadap nikmat tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
 (Surah Dhuha ayat 1-11)

***********************************************************
Surah dhuha merupakan surah yang digalakkan untuk kita membacanya ketika melakukan solat sunat dhuha. Berdasarkan kepada terjemahan surah dhuha diatas, Allah telah menegaskan dengan bersumpah "DEMI WAKTU DHUHA & DEMI WAKTU MALAM APABILA TELAH SUNYI". Mengapa Allah bersumpah demi waktu itu?

Kebiasannya setiap ayat yang Allah jadikan sebagai "sumpah" mempunyai beberapa kepentingan istimewa yang seharusnya direbut oleh setiap muslim. Dua waktu yang disebutkan didalam ayat diatas ini merupakan saat-saat terbaik Allah untuk menurunkan kurniaanya. Pada ketika ini kebiasaanya, manusia sedang khusuk melakukan pekerjaan mereka dan juga sedang enak dibuai mimpi.

Alhamdulillah, sangat beruntunglah mereka yang mendapat kurniaan Allah pada waktu itu!


4.

Saturday, November 27, 2010

Petua murah rezeki- Surah Al-Waqiah





Bacalah Surah Al-Waqiah... Istiqamah ketika membacanya dan InsyaAllah akan dilapangkan rezeki oleh Allah SWT sebagaimana hadis Rasulallah SAW yang menyebut:

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya: Saya telah mendengar Rasulullah SAW berkata:
"Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam tidak akan ditimpa kefakiran."

(sumber kitab: Kumpulan Doa dan Zikir Imam Nawawi)

Sabda Rasulullah:

"Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah sebagai wirid setiap malam maka dia tidak akan jatuh miskin"

Rahsia dan fadhilat ayat 1000 dinar dan Surah Al-Waqiah, ms 50:Jasmin Enterprise

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka DIA Ingin mengujimu,
Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik untukmu.


Oleh itu, bersangka baiklah kpd ALLAH

Dalam apa keadaan pun... 

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
4.

Saturday, September 18, 2010

Petua murah rezeki- untuk semua

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
  1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi). Mohon diajauhkan dari dosa-dosa.

4.Sentiasa mengingati Allah

Banyak mengingati Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al- Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hambasekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat- Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

4.

Petua murah rezeki- untuk usahawan dan peniaga

Assalamualaikum semua... 

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Sebagai usahawan, saya ingin berkongsi dengan kalian semua berkenaan petua murah rezeki khusus untuk usahawan dan peniaga muslim yang saya amalkan hasil dari pembacaan dan amalan usahawan-usahawan lain.

  1. Menunaikan semua amalan-amalan wajib dalam islam
  2. Berpuasa sunat setiap hari isnin dan khamis
  3. Mengamalkan membaca surah Al-Waqiah sebelum tidur pada setiap malam
  4. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW 100 kali setiap kali selepas solat wajib
  5. Mengamalkan berwirid dengan nama Allah iaitu "Ya Wahab" setiap kali waktu terluang, lebih banyak lebih bagus
  6. Membanyakan amalan bersedekah.
  7. Tidak kedekut kepada orang disekeliling anda terutamanya kepada ahli keluarga dan teman rapat
Alhamdulillah dengan amalan ini sudah cukup untuk membuka pintu rezeki DENGAN IZIN ALLAH. Namun begitu, anda wajib IKHLAS di dalam melaksanakan amalan di atas bukan semata-mata untuk kaya dan hidup senang sahaja..

Akhir sekali, saya sangat membangkang keras usaha untuk mengamaalkan amalan syirik yang terkeluar daripada amalan islam seperti amalan pelaris menggunakan sihir dan jin.

Semoga usaha kita diberkati dan kekuatan ekonomi yang kita miliki dapat dikongsikan bersamaa umat islam yang lain..
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...