Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label Keusahawanan- Idea untuk memulakan perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Keusahawanan- Idea untuk memulakan perniagaan. Show all posts

Monday, January 9, 2012

PNN di NSK Rawang..

Assalamualaikum WTH..

Alhamdulillah, Pustaka Nur Najma akan membuka satu premis di NSK Rawang yang akan mula dibuka pada hari jumaat ini (13 Januari 2012). Buat masa ini saya dan kesemua warga PNN sedang sibuk berkemas-kemas bagi membolehkan premis tetap baru kami beroperasi mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan oleh pihak NSK.

InsyaAllah juga saya akan mengambil gambar premis itu untuk tatapan semua.. Doakan PNN akan terus berkembang maju.. 


4.

Monday, December 19, 2011

Kiosk Pustaka Nur Najma (PNN) di Aeon Anggun, Jusco Rawang

Assalamualaikum WTH...



Alhamdulillah.. Hari ini merupakan hari pertama pembukaan Kiosk Pustaka Nur Najma (PNN) di  Aeon Anggun, Jusco Rawang.


Dikiosk ini, PNN menjual pelbagai produk seperti Al-quran (digital, terjemahan,tafsir pelbagai saiz) dan juga CD,DVD,VCD agama (Nasyid, ceramah, belajar tajwid, pendidikan kanak2 dan dewasa) dan juga buku-buku agama terbitan Telaga Biru. (buku daripada penerbit lain, kiosk kami tidak dibenarkan menjualnya kerana terdapat sebuat premis kedai buku besar disini. Tetapi kami hanya boleh menjual produk Telaga Biru lantaran kedai buku itu tidak menjual produk dari Telaga Biru)

Mungkin pilihan produk kami sangat terhad disini lantaran kami perlu mematuhi syarat-syarat yang telah dipersetujui disamping ruangan yang terhad. 

 Doakan kejayaan kami.. ^-^

Lokasi kiosk kami ialah berhadapan dengan pintu masuk premis Jusco di aras 1...



4.

Saturday, December 17, 2011

Tips Membuka Booth Menjual Buku Ditapak Karnival Dan Ekspo

Assalamualaikum WTH..

Liputan semasa pertama kali saya menyertai jualan dia tapak ekspo @ karnival.. Klik gambar untuk besarkan imej..
(jangan percaya umur saya kat berita atas tu, wartawan tu salah tulis, saya belum setua itu.. huhu)
Percayakah anda jika sales di booth bersaiz 20' x 20' ini boleh mendapat menjejaki angka RM8k sehari?

Membuka booth buku ditapak-tapak ekspo merupakan bidang yang baru Pustaka Nur Najma (PNN) ceburi sejak hampir lapan bulan yang lalu. Alhamdulillah, bermula di Karnival Amal anjuran Masjid di Country Homes, Rawang dan di kawasan Lembah Kelang, PNN semakin berani melangkah jauh dengan menyertai jualan di karnival dan ekspo hampir pada setiap minggu diluar Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Bagaimana mahu membuka booth buku ditapak-tapak ekspo dan karnival merupakan antara soalan yang sering diemailkan kepada saya. Dan Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan khalayak semua. Namun, tips ini hanyalah sesuai dengan ekspo dan karnival berskala kecil dan sederhana iaitu bersaiz paling minima 10'x 10' sehinggalah 20' x 20'. 

Tips Membuka Booth Buku Ditapak Karnival Dan Ekspo:

1. Tips sebelum ekspo:
  1. Memilih dan memastikan penganjur ekspo memiliki reputasi yang baik
    • Hm.. bahagian ini saya sengaja  panjangkan kerana bahagian ini merupakan naluri seorang usahawan untuk memilih jenis dan konsep yang sesuai. Perhatikan dengan teliti kadar sewa, aktiviti yang dianjurkan, kaedah pengiklanan yang pihak penganjur lakukan, kaji ada berapa ekspo dikawasan yang sama pada hari yang sama ( hati-hati dengan ekspo yang bertindih dengan ekspo  @ karnival anda bakal sertai- saya pernah menyertai ekspo dimana pada ketika itu juga berlansung 3 ekspo di kawasan yang berjarak hanya 5km pada tarikh yang sama.. ) buat survey ke tempat ekspo yg bakal dilansungkan dan lihat potensi kawasan terbabit 
  2. Menyimpan resit pembayaran (resit bank @ resit rasmi)
    • Penting kerana kadangkala pihak organiser agak culas untuk memeriksa secara online
  3. Pastikan konsep buku yang dibawa bersesuaian dengan tema ekspo @ karnival
    • Contoh, jika anda membawa buku kanak-kanak untuk di jual di tapak jualan dikawasan Universiti, potensi buku anda laris agak kurang kerana golongan sasaran untuk kanak-kanak agak kurang disana.
  4. Memastikan anda hanya membawa stok-stok buku paling "hot" dipasaran.
    • Contoh: Buku yang sedang "hot" dipasaran bermaksud buku yang sedang laris dipasaran. Bayangkan jika anda membawa stok buku berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan buku panduan haji ketika ekspo yang anda sertai itu berlangsung di bulan muharam, adakah jualan buku itu akan sangat laris jualannya? Buku ialah suatu barangan yang berat untuk dibawa ketapak ekspo. Jadi, pastikan anda hanya membawa buku-buku yang sangat untuk berpotensi untuk dijual sahaja. 
  5. Memastikan anda menyediakan keperluan perniagaan berkaitan
    • beg plastik, buku resit, wang kecil -utk penukaran wang baki kepada pembeli, rak, meja pameran, kerusi, banner, kertas promosi, plastik yang digunakan untuk menutup stok buku ketika anda menamatkan perniagaan @ ketika hujan, klip, pen, alas meja, kalkulator, cash register machine, mesin swap kad kredit (anda bakal kehilangan  jualan melalui kredit kad jika mengabaikan keperluan mesin ini)
  6. Memastikan stok buku secukupnya sepanjang tempoh perniagaan di tapak ekspo itu berlansung
    • Sebagai peniaga buku, kita memiliki naluri untuk memilih buku mana yang terlaris untuk dilebihkan atau dikurangkan stoknya. Amat merugikan jika kita tercepat habis sesuatu stok buku itu sedangkan ekspo baru berlangsung. Mungkin tiada masalah jika lokasi stor anda berdekatan dengan tapak ekspo. Tetapi jika lokasi stor anda agak jauh. Anda mungkin terpaksa meningkatkan kos.
2. Tips ketika ekspo berlangsung:
  1. Memastikan susunan buku teratur mengikut tema
    • Kaedah susunan buku sangat penting bagi memudahkan pihak pelanggan mencari buku yang dikehendaki. Asingkan buku mengikut tema @ genre seperti wanita, novel, keluarga, al-quran, agama, komik dan pelbagai lagi.
  2. Memastikan tinggi meja pameran sesuai dengan sasaran pelanggan
    • Bagi buku umum, ketinggian meja yang dicadangkan ialah 2.5' manakala bagi meja pameran untuk buku kanak-kanak ialah 2'
  3. Mengurangkan risiko buku rosak @ kecurian stok
    • Risiko buku rosak ketika ekspo berlansung agak tinggi melalui beberapa punca seperti tempias air hujan, khemah bocor, dikoyakkan oleh anak pelanggan yang tidak dipantau oleh ibubapanya, terjatuh ditolak@tertolak oleh pihak pelanggan dan pelbagai lagi.
3. Tips ketika menamatkan perniagaan harian di tapak ekspo:
  1. Memastikan stok buku dibungkus kemas
    • Samada disimpan kembali didalam kotak simpanan buku ataupun dibungkus kemas (sila lihat gambar diatas), pembungkusan stok buku bertujuan melindungi buku daripada kerosakkan dan risiko hilang. Kaedah pembungkusan yang disarankan ialah kotak simpanan plastik@kertas dan plastik @ kanvas kalis air.
  2. Memastikan keselamatan buku
    • Keselamatan stok dikawasan ekspo adalah tanggungjawap pemilik booth. Walaupun kadangkala pihak penganjur ekspo akan menggajikan pihak Rela @ pengawal untuk mengawal keselamatan ekspo ketika sesuatu ekspo dan karnival berlansung, pihak pemilik booth wajib memastikan risiko kehilangan berada pada tahap minima dengan membungkus kemas stok setelah menamatkan perniagaan harian.
  3. Mengemas kawasan booth
    • Booth yang kemas tanpa sampah sarap bertaburan merupakan daya penarik pelanggan hadir ke booth anda. Luangkan sedikit masa untuk membersihkan kawasan booth anda sejurus menutup perniagaan harian.
  4. Memastikan anda terus menyimpan wang jualan kedalam bank
    • Kebiasaannya, jumlah jualan tunai di tapak ekspo mencecah ribuan ringgit sehari. Anda digalakkan untuk terus memasukkan wang itu kedalam bank tanpa menunggu dikumpul hingga hari terakhir bagi mengurangkan risiko kehilangan dan kecurian ditapak ekspo.
4. Tips ketika menamatkan perniagaan di tapak ekspo:
  1. Menyediakan kotak simpanan buku secukupnya
    • Walaupun kebiasaanya stok anda akan berkurangan pada hari terakhir sesuatu ekspo dan secara logiknya bilangan kotak simpanan yang diperlukan akan berkurangan. Anda masih perlu bijak meneka bilangan kotak simpanan yang secukupnya bagi mengelakkan penyimpanan stok buku tanpa kotak bagi memastikan stok buku anda sentiasa elok dan berada didalam keadaan baik sentiasa.
  2. Memastikan tiada stok dan keperluan yang tertinggal ditapak jualan
    • Tertinggal stok dan barangan yang kita bawa dari stor merupakan sesuatu yang wajib kita elakkan. Buatlah pemeriksaan terakhir sebelum pulang dengan teliti.
  3. Memastikan stok buku tersusun kemas
    • Penyimpanan stok buku wajib disusun dengan kemas dan teratus didalam kotak simpanan. Elakkan menyusun secara tidak wajar bagi terus memastikan keadaan buku sangat baik dan tidak rosak. 
  4. Membersihkan buku
    • Buku merupakan benda yang dibuat daripada kertas dan merupakan material yang mudah rosak. Setelah pulang dari jualan ditapak ekspo. Anda wajib mengeluarkan stok buku itu. Gunakan kain lembut bagi membersihkan semua buku-buku itu. Habuk yang melekat pada kulit buku boleh merosakan buku itu, "memburukkan" imej buku itu dan bakal mengurangkan potensi buku itu terjual. 
    • Jika ekspo itu berlangsung dikawasan luar bangunan dan terdedah dengan cahaya matahari, buku itu juga berpotensi untuk kusam.. Elakkan pancaran matahari secara terus dengan cara menggilir-gilirkan buku yang berada dibahagian atas.

Maaf, gaya bahasa tanpa edit tidak begitu menarik... Moga bermanfaat..


Note: jika anda memfokuskan jualan buku agama, anda juga boleh menyelitkan CD, VCD, DVD yang sesuai, majalah, baju-baju islamik dan al-qura.



4.

Friday, December 16, 2011

Bisnes Dan Survival Kedai Buku Kecil Dan Sederhana

Assalamualaikum WTH..

Membuka perniagaan berkonsepkan kedai buku merupakan antara perniagaan yang sering mendapat tempat dihati semua orang yang bercita-cita membuka perniagaan. Namun bagi mereka yang tidak sempat 'belajar' dan 'melihat' potensi perniagaan jenis ini secara total, mereka sering tertewas. Jesteru itu, kadangkala kita sering mendapati secara purata hampir dua buah kedai buku akan diiklankan untuk dijual dalam tempoh sebulan samada di media-media cetak mahupun media elektronik.


Survival @ keberlansungan kehidupan perniagaan kedai buku kecil dan sederhana merupakan perjuangan pemilik dan pekerja didalam memastikan perniagaan mereka dapat bertahan lama.

Survival perniagaan kedai buku bersaiz kecil dan sederhana tergantung kepada penjualan produk mereka. Semakin tinggi jumlah jualan mereka, semakin kukuh kedudukan perniagaan mereka. Survival kedai buku bersaiz kecil dan sederhana bergantung kepada beberapa faktor:
  1. Lokasi premis perniagaan
  2. Sumber wang masuk
  3. Jumlah keuntungan purata yang diperolehi
  4. Pelan pemasaran & Pengiklanan
  5. Potensi buku yang dijual
  6. Purata jualan harian
1. Lokasi premis perniagaan 
Lokasi perniagaan kedai buku merupakan asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan berkonsepkan kedai buku. Lokasi yang dicadangkan kepada kedai buku ialah lokasi yang memiliki aliran trafik yang tinggi seperti terletak dikompleks membeli belah, terminal bas dan terletak dikawasan pusat bandar.

2. Sumber wang masuk
Kepelbagaian sumber wang masuk merupakan satu keperluan kepada semua jenis perniagaan. Pemilik perniagaan kedai buku bersaiz kecil dan sederhana perlu mempelbagaikan sumber wang masuk. Kebergantungan semata-mata kepada jualan tunai di premis bukanlah amalan marketing yang baik untuk sesebuah kedai buku bersaiz kecil dan sederhana kecuali perniagaan anda sememangnya cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan

3. Jumlah keuntungan purata yang diperolehi
Jumlah margin keuntungan yang releven bagi sesebuah buku ialah sebanyak 30%-50% bergantung kepada kuantiti belian stok. Sekiranya anda mendapat kadar margin keuntungan yang kurang daripada itu, perniagaan anda perlu menjual kuantiti buku yang agak banyak bagi menampung perbelanjaan.

*note: anda digalakkan memberikan diskaun bagi beberapa genre buku popular dan mengecilkan keuntungan anda demi menarik pelanggan.

4. Pelan pemasaran & pengiklanan
Pemasaran & pengiklanan bagi kedai buku bersaiz kecil dan sederhana? Yup... pemasaran & pengiklanan sangat penting bagi semua jenis perniagaan tanpa mengira saiz, tempoh lama beroperasi, konsep dan pelbagai lagi. Mungkin anda beruntung jika lokasi kedai buku anda benar-benar terletak dikawasan tumpuan dan mempunyai aliran trafik yang ramai. Tetapi anda juga perlu menyediakan pelan pemasaran & pengiklanan bagi menunjukkan kepada khalayak sasaran bahawa perniagaan anda masih beroperasi dan bernyawa!

5. Potensi buku yang dijual
Kedai buku manakah yang tidak menjual buku? Adakah anda pasti kedai kecil anda hanya menjual buku yang benar-benar memenuhi keperluan pembaca? Adakah stok buku anda yang dibeli lima tahun lepas yang masih berada didalam rak?

Semua buku dibukukan mempunyai potensi masing-masing, namun sebagai penjual, kita sewajarnya peka terhadap potensi sesebuah buku dan bijak meneka bila, bagaimana dan kenapa sesuatu buku itu agak laku bagi sesetengah masa dan tidak laku bagi kebanyakkan masa. Sememangnya buku adalah benda yang tidak akan basi.. (kecuali buku sekolah yang telah ditukar sukatannya) namun sesetengah buku mempunyai kadar masa "laju" dan "suam"nya yang tersendiri.

6. Purata jualan harian
Survival kedai buku yang paling penting ialah nilai jualannya. Secantik mana anda menghias dan mendekorasi kedai buku anda. Ianya tidak bermakna sekiranya anda tiada jualan! Secara purata bagi kedai yang mempunyai kadar sewa sebanyak RM3000 sebulan, mempunyai jumlah pekerja seramai 4 orang ( dgn kadar gaji RM8000 sebulan), bil utiliti berjumlah RM1000 sebulan.. sekurang-kurangnya anda perlu mendapatkan purata jumlah jualan sebanyak RM1000 sehari untuk menampung kos perniagaan anda. Bagaimana mahu meningkatkan jualan tunai? Sediakan pelan pemasaran dan pengiklanan yang terbaik!



4.

Tuesday, December 13, 2011

Kedai Buku Vs Penerbit Buku Sekolah

Assalamualaikum WTH..

Sejak akhir-akhir ini saya sering menerima pertanyaan daripada mereka yang berhasrat membuka kedai buku dan daripada mereka yang baru menceburi perniagaan kedai buku  yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan.

Ini jawapannya:

1. Polisi syarikat penerbitan yang menghadkan pengedar disatu-satu kawasan.

Kebanyakan syarikat penerbitan sememangnya menghadkan jumlah pengedar disatu-satu kawasan. Kebiasaanya syarikat penerbitan hanya akan meletak sebanyak-banyaknya hanya dua kedai buku sebagai wakil jualan mereka disatu-satu bandar @ daerah. Oleh itu, mereka yang berhasrat mahu membuka kedai buku, anda wajib memahami realiti ini. 

Bagaimana mahu mendapatkan bekalan bekalan buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan?

Walaupun anda akan menghadapi masalah mendapatkan bekalan buku tersebut secara langsung daripada pihak penerbit. Pemilik kedai buku bersaiz kecil dan sederhana masih boleh mendapatkan bekalan buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan melalui pemborong buku besar dikawasan berhampiran anda. Malah PNN sendiri mengambil buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan daripada pihak Mehraj dan Creasent walaupun terpaksa mengurangkan sedikit keuntungan dan menanggung sedikit risiko!


Jangan kaitkan isu perkauman di entri ini!
4.

Thursday, January 20, 2011

Modal awal perniagaan

Masalah modal awal sebelum memulakan perniagaan merupakan satu masalah besar kepada mereka yang bercita-cita untuk membuka perniagaan. Secara umumnya semakin besar jenis perniagaan yang diimpikan semakin besar jugalah modal yang perlu dilaburkan dan begitu juga sebaliknya jika perniagaan yang diimpikankan berskala kecil maka kos modal awal perniagaan juga berjumlah kecil. 
 
Bagi pihak bakal usahawan yang tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk memulakan perniagaan, Terdapat pelbagai sumber kewangan yang diperlukan oleh bakal usahawan untuk memulakan perniagaan mereka. Diantaranya ialah:
  1. Pinjaman dari Tabung keusahawanan
  2. Pinjaman dari institusi kewangan dan bank
  3. Pinjaman dari saudara-mara @ rakan
  4. Pinjaman bercagar daripada institusi kewangan dan bank
  5. Simpanan sendiri 

Bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman perniagaan, masalah kekurangan modal seringkali menghantui mereka. Namun ia bukanlah masalah terbesar sebelum anda memulakan perniagaan, sekiranya pihak bakal usahawan nekad untuk menceburkan diri didalam bidang keusahawanan ini, pihak bakal usahawan harus memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan keupayaan modal awal yang dimiliki oleh mereka. Tidak salah memulakan sesuatu perniagaan dengan skala yang kecil dan terkeluar daripada senarai jenis perniagaan yang anda idamkan sekiranya anda tetap bermatlamat untuk memulakan perniagaan yang anda idamkan itu.

Seorang sahabat saya memulakan perniagaan "pengangkutan" (lori treller) bermula dari sumber kewangannya setelah dua tahun menjual burger dan air dipasar malam! Bagaimana dia memulakannya? Sememangnya pada awalnya dia bercita-cita memiliki syarikat perniagaan "pengangkutan" (lori treller). Namun kekurangan modal menyebabkan dia mencuba berniaga burger dan air secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam disekitar Negeri Johor. Setelah dua tahun, dia mampu membayar deposit pendahuluan sebuah lori treller. Dan kini beliau dapat memiliki dua buah perniagaan secara serentak! iaitu perniagaan pengangkutan dan juga perniagaan di pasar malam!

Kepada bakal usahawan diluar sana yang mengalami masalah kekurangan modal. Pesan saya, janganlah terlalu ghairah untuk memiliki perniagaan sendiri. Sebaliknya, kesabaran itu amat penting, siapkan diri anda dengan ilmu keusahawanan yang sewajarnya dan tahukah anda kebanyakan jutawan usahawan yang ada didunia memulakan perniagaan mereka dengan perniagaan yang berskala kecil? 

Jangan pernah malu bermula dengan perniagaan kecil! Tanamkan azam bahawa perniagaan anda juga boleh berjaya seperti mereka yang berpoket tebal dan mudah memperolehi pinjaman perniagaan!

Antara perniagaan kecil yang menawarkan keuntungan besar bagi mereka yang mahu mengumpulkan modal perniagaan ialah:
  1. MLM
  2. Perniagaan pasar malam 
  3. Perniagaan Internet
  4. Perniagaan makanan dan minuman bersaiz kecil
P/S: Kadangkala Allah SWT sengaja melambat-lambatkan kabulnya doa hambanya untuk melihat semangat anda. Jangan pernah lupa untuk terus berdoa! dan pastikan sumber modal perniagaan anda daripada sumber yang halal!



4.

Monday, November 29, 2010

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad



Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad (RM70k kebawah) sebenarnya agak sukar dilaksanakan walaupun ianya tidak mustahil dilakukan. Disini saya memberikan beberapa tips berkenaan kedai yang “agak” berkaitan perniagaan kedai buku dan alat tulis yang boleh juga anda ceburi sekiranya memang berminat dengan perniagaan yang berkaitan buku dan alat tulis ini.

1. kedai buku dan alat tulis mini
Kedai buku dan alat tulis mini ini sesuai dijalankan dipremis kedai yang memiliki keluasan yang terhad seperti lot-lot terminal teksi berukuran 10’ x 15’. Modal untuk membuka kiosk ini agak kecil iaitu sekitar RM50k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah dll) Namun kebiasaannya, kedai yang memiliki saiz ini terletak dikawasan mahal yang kadar sewanya boleh mencecah sehingga RM2k-RM6k sebulan. Oleh itu, anda perlu menumpukan jualan barangan yang bermargin tinggi iaitu diantara 20%-80% dan nilai jualan yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya pada kadar RM1k sehari.

2.Membuka kedai majalah
Membuka kedai majalah juga merupakan antara pilihan yang boleh diceburi anda jika memiliki modal terhad. Dengan kadar modal yang agak rendah iaitu sekitar RM30k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah). Namun begitu, anda yang memilih jenis perniagaan ini perlu menambah beberapa barangan sokongan untuk menampung perbelanjaan seperti makanan ringan dan perkhidmatan potostst kerana margin keuntungan menjual majalah sangat rendah iaitu sekitar 15% sahaja.

3. Kedai@booth@kiosk buku
Membuka booth & kiosk buku juga mempunyai modal yang agak kecil juga sama seperti membuka edai buku dan alat tulis mini. Masalah yang sering diterima oleh pekedai jenis ini ialah terlalu mengharapkan trafik pelanggan yang ramai diseseuatu tempat memandangkan kebiasaannya, pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tidak merancang untuk membeli buku. Oleh itu, lokasi jenis perniagaan ini sangat penting.

4. Kedai fotostat mini
Kedai fotostat juga adalah diantara kedai yang menawarkan pilihan modal awal yang agak rendah iaitu disekitar RM30K (dgn 2 mesin fotostat yg laju, deposit sewa, peralatan laminate, binding dll)-. Namun begitu untung perniagaan ini agak kurang dan memerlukan jualan dalam kuantiti yang banyak dan agak melecehkan. Kurangkan kesilapan ketika memfotostat & dapatkan kertas pada harga borong. Bayaran untuk perkhidmatan binding dan laminating perlu difokuskan kerana memiliki nilai keuntungan yang agak tinggi.

P/s: utk kedai fotostat saya mensarankan> menyewa mesin sekiranya perniagaan benar2 mantap kerana mesin anda akan digunakan secara total tanpa belas (sbb sewa mesin ada terma untuk membaiki mesin sekiranya rosak) atau pada peringkat awal, beli sahaja mesin recond dan PASTIKAN KOS COPY TIDAK MELEBIHI RM0.03 sen sehelai!!

5. Kedai alat tulis mini
Bagi mereka yang memilih untuk membuka kedai alat tulis mini pula, saya mencadangkan kepada mereka agar memilih kawasan yang memiliki bilangan trafik yang ramai kerana anda tidak mungkin mampu menampung perbelanjaan bulanan sekiranya anda hanya berjaya menjual 100 batang pen sehari! Anda memerlukan jumlah jualan yang tinggi dengan pembekalan alat tulis ketempat2 tertentu. Walaupun margin keuntungan barangan alat tulis agak tinggi namun nilainya adalah kecil. Kos awal bagi membuka kedai alat tuis mini ialah diantara RM20-RM70k bergantung kepada kepadatan barangan. (alat tulis memiliki terlalu banyak barang! Cthnya> anda tidak boleh menjual sejenis pen sahaja, sekurang-kurangnya mungkin 10 jenis, sejenis itu pun sudah memiliki beberapa kategori seperti mata 0.1, 0.7, 0.5 dan berdakwat biru, hitam dan merah...

6. Perniagaan menjual buku & alat tulis tanpa premis kedai
Hm.. ini merupakan kaedah terbaik untuk memiliki perniagaan walaupun tanpa premis kedai dan tiada kos awal kecuali pendaftaran syarikat dan profil syarikat. Kawan baik saya memiliki perniagaan jenis ini dan gajinya melebihi gaji saya! Bagaimana dia melakukan? Setiap hari dia akan mendaki sekurang-kurangnya sepuluh buah premis untuk menjual produk dari katelognya yang memfokuskan kepada perkhidmatan pembekalan sahaja. Kos yang dikeluarkan hanya jika pihak jabatan dan pejabat itu bersetuju untuk membeli buku atau pun alatb tulis yang akan dibekalkannya. (kebarangkalian untuk ditipu berkaitan dengan perniagaan ini sangat tinggi-berhati-hatilah)

7. Membuka kiosk di tapak2 ekspo dan karnival.....

8. MLM yg menjual buku.. (email saya utk mengetahui lebih lanjut azraay@gmail.com)
.............................................



SEKIRANYA ANDA HANYA MEMILIKI RM70K SAHAJA, SAYA TIDAK MENGGALAKKAN ANDA MEMBELANJAKAN WANG MELEBIHI NILAI RM50K UTK MEMBUKA PERNIAGAAN. MENGAPA? KERANA KITA TIDAK DAPAT MENJANGKA APA YANG BAKAL TERJADI PADA AWAL PERNIAGAAN. OLEH ITU, RM20K ITU AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI PELAN KONTIGENSI (PELAN KECEMASAN) SEKIRANYA PERNIAGAAN ANDA PADA AWAL PERNIGAAN AGAK SLOW. 

PERLU DIINGAT, 93% KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN BERLAKU PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN MEREKA! KECILKAN RISIKO & BESARKAN AZAM... DAN JANGAN LUPA BERDOA!

SETIAP URUSNIAGA PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN INI ADALAH BERBENTUK TUNAI SEHINGGA ANDA DIBERI KEISTIMEWAAN UNTUK MEMBUKA AKAUN DENGAN SYARIKAT PEMBEKAL UTK MEMBOLEHKAN ANDA MENERIMA TERMA BAYARAN YG TELAH DIPERSETUJUI (SEBULAN HINGGA TIGA BULAN)

Hm...
 Sbnrnya entri ini masih belum siap, tp disebabkan saya menerima banyak email berkenaan perkara ini, jadi saya publishkan juga..

Akan bersambung malam ini.. insyaallah..



4.

Thursday, November 25, 2010

Projek saya tahun hadapan> menulis buku motivasi bertajuk "Menjadi usahawan muslim yang bersemangat dan berjiwa besar"

"Menjadi usahawan muslim yang bersemangat dan berjiwa besar"

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang menuntut saya agar sentiasa hebat dengan memiliki semangat dan jiwa yang besar. Walaupun baru menceburi bidang keusahawanan ini secara serius sejak dua tahun lalu, bidang ini banyak mempengaruhi gaya hidup dan banyak mengajar saya keperluan ‘bersemangat’ dan ‘berjiwa besar’!

Sebagai insan yang serba kekurangan dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT, saya telah mengaplikasikan beberapa pendekatan islam didalam bidang keusahawanan yang kian menebal didalam diri saya. Bukankah islam adalah satu cara hidup yang tersusun dan hebat? Oleh itu kita semua sebagai penganut agama ini juga harus menjadi seorang insan yang tersusun dan juga hebat!

Menjadi penganut agama tauhid yang indah ini bukanlah satu perkara yang sukar. Kita sudah digariskan oleh Allah melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW dan juga al-quran sebagai panduan. Sesunggguhnya islam merupakan satu gaya hidup yang hebat seandainya kita sanggup memenuhi segala suruhan yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala apa yang telah dilarang.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh melarikan diri daripada kehendak agama.

Cuba anda semua membayangkan sekiranya Abdul Rahman Auf RA tidak bersemangat dan berjiwa kecil semasa menjalankan perniagaanya? Adakah pada hari ini kita dapat mendengar tentang ketokohan beliau berkaitan perniagaan sehingga dijamin oleh Allah SWT ia tergolong didalam 10 orang sahabat yang dijamin syurga? Bagaimanakah kaedah Abdul Rahman Auf RAmemulakan perniagaan daripada kosong sehingga berjaya menjadi jutawan? bahkan beliau pernah mendermakan kesemua wang keuntungan yang diperolehinya semata-mata demi kemajuan islam?

Sekiranya anda menjawap ‘YA” atau “TIDAK” bagi soalan saya diatas, jawapan anda semuanya salah. Bersemangat dan berjiwa besar hanyalah menyumbang sedikit peratusan kejayaan seseorang usahawan itu. Kerana faktor utama kejayaan seorang usahawan itu adalah melalui ‘IZIN” Allah SWT. Namun bagaimana caranya untuk membina empayar keusahawanan mengikut acuan islam? Jawapannya ialah ‘TETAP BERSEMANGAT DAN BERJIWA BESAR MENGIKUT ACUAN ISLAM!”

Keusahawanan muslim sangat menuntut kepada pihak usahawan dan pengusaha agar sentiaa bersemangat dan berjiwa besar mengikut acuan islam. Tanpa semangat dan jiwa yang besar mengikut acuan islam ini, pihak usahawan akan memanggung satu beban hebat yang tidak akan mampu dipikul kerana menganggap keuntungan dalam bentuk wang ringgit di dunia merupakan matlamat utama mereka menubuhkan perniagaan.

“Barangsiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami memberinya tambahan kepada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan didunia semata-mata, kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan dia tidak beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak” Surah As-Syura :20



ini hanya merupakan draff awal.. & memang masih belum ditambah, diedit dsb.. Alhamdulillah, saya sudah menyiapkan 31 bab kecil untuk buku ini. Insyaalah saya skrg masih terkial2 utk menghabiskan penulisan buku pertama saya bertajuk "TRAVELOG USAHAWAN MUSLIM".. 

BANGKIT SEMUA SAHABATKU!! SOKONG KAMI UTK MENYOKONG USAHAWAN MUSLIM!!
4.

Saturday, November 6, 2010

modal awal kedai buku dan alat tulis

Assalamualaikum WTH semua...

Alhamdulillah, sejak baik dari demam semalam.. saya baru berkesempatan untuk membuka email yang tidak tersentuh sejak hampir seminggu yang lalu. Syukur saya telah menerima 28 e-mail respon dari kalian semua yang bertanyakan kaedah membuka kedai buku dan alat tulis. Tahniah saya ucapkan kerana bercita-cita untuk menjadi usahawan! Satu langkah awal untuk memperkasa umat islam isalam adalah melalui cara memperkasakan ekonomi umat islam dan kitalah yang dipilih untuk memperkasainya!

Sebenarnya dalam banyak-banyak e-mail yang kalian teman-teman utarakan kepada saya tempoh hari adalah perkara yang sama iaitu modal awal untuk membuka perniagaan jenis ini. Alhamdulillah, sejujurnya kos awal yang saya pernah keluarkan dalam entri sebelum ini adalah berkaitan kos sebenar permulaan bagi kedai bersaiz sederhana. Anda boleh mengaplikasikan dan menolak sesetengah barangan dan stok sekiranya anda memiliki modal yang terhad.

Namun sikap terlalu yakin tidak membantu anda. Saya juga pernah terlalu yakin perniagaan akan terus mantap. Tapi, saya salah, bagi semua perniagaan awal kemungkinan untuk bertahan adalah sangat tipis. Jika perniagaan itu mudah, semua orang mampu menjadi jutawan! Perniagaan adalah perjuangan untuk menarik pembeli yang sebelum ini membelanjakan wang mereka di premis lain dan anda perlu berusaha untuk menarik merekaa setia kepada anda! Namun semua ini memerlukan satu tempoh masa. Jangan terlalu yakin setiap sentuhan anda bakal menjadi emas! Pastikan anda memiliki pelan kontigensi (payung) untuk membantu anda sekiranya sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku.

Oleh itu, bagi memilih jalan selamat dan tidak berisiko tinggi. Ada dua pilihan. Bermula secara kecil-kecilan atau bermula dengan ‘kedai mantop yang cukup seba-serbi’. Namun yang paling penting sekali ialah usaha dan bijak mengenalpasti peluang dan risiko yang ada!

Membuka kedai buku dan alat tulis bukanlah bermakna anda perlu dan wajib memiliki kedai. Saya mempunyai kawan yang tiada kedai@premis perniagaan berkaitan buku dan alat tulis. namun dia berjaya sebagai usahawan pembekalan buku dan alat tulis. Bagaimana caranya? Hehe.. akan bersambung dalam entri bertajuk ‘menjadi pembekal buku dan alat tulis tanpa premis’



Bersama memperkasa usahawan muslim


4.

Saturday, October 16, 2010

Kongsi dengan saya...

Pemasaran adalah tulang belakang dalam sesebuah perniagaan. Teorinya mudah, iaitu hanya membuatkan pembeli tidak memilih produk pesaing. Itu sahaja. Namun, pelaksanannya meluas dan tidak mudah. 

 

Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat dengan saya tentang teknik pemasaran  terbaik untuk kedai buku dan alat tulis dijemput Email kepada saya di azraay17@gmail.com sebelum 1hb Nov 2010

 Saya akan publish perkongsian maklumat ini bersama anda semua dlam post akan datang

Usahawan Muslim

Kaya Dunia, Kaya Akhirat

 

 

 

 

4.

Saturday, September 18, 2010

IDEA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Saya ingin melakukan ini! Apa ini? ..Bisnes? Duit?


Sebuah idea perniagaan yang besar menggabungkan kemahiran anda dengan imaginasi dan permintaan pasaran. Sebuah peluang perniagaan atau idea seringkali datang daripada masalah sehari-hari disekeliling kita dan berjaya menemui keperluan dan mengisinya dengan menyediakan perkhidmatan atau produk. Pengusaha yang mencari idea untuk membuat produk atau perkhidmatan yang lebih baik dapat berjaya seperti orang-orang yang membuat atau mencipta produk untuk dijadikan sebagai sebuah PERNIAGAAN...



1. Tulis senarai pendek, tidak lebih dari 20, hal yang digunakan orang atau perlukan setiap hari. Ini termasuk makanan, rumah, kereta, elektrik, telefon dan pakaian.

2. Fikirkan dan senarai beberapa cara untuk membuat mereka lebih murah, lebih cepat atau lebih kecil. Jauhkan semua idea yang tidak anda perlukan.
3. Lihatlah beberapa perkara dalam senarai anda untuk melihat apakah gabungan beberapa idea akan membuat hidup seseorang lebih selesa, contohnya idea penggabungkan kereta dan makanan memberi kami makanan segera seperti drive-in. Kereta dan wang memberi kami drive-through perbankan. Mungkin, beberapa orang akan lebih memilih untuk menyewa video dan permainan di sebuah drive-thru kedai video.

4. Buatlah senarai perniagaan dan produk yang tidak ada 50 tahun lalu, 25 tahun yang lalu atau 10 tahun yang lalu. Kunjungi internet atau taip saja di google untuk melihat contoh idea-idea baru.

5. Lihatlah kemampuan anda sendiri dan pengalaman. Menulis senarai hal-hal yang dapat anda lakukan dengan baik. Menulis senarai hal-hal yang anda ingin belajar melakukan. Buatlah senarai pekerjaan atau tugas yang anda benci dan elakkan. Salah satunya boleh menyebabkan idea perniagaan yang besar atau peluang.

6. Menggabungkan beberapa jenis dari senarai produk dan perkhidmatan dengan kepakaran anda dan tuliskan idea-idea baru perniagaan anda. Cari perniagaan trend dan menarik dengan melihat judul buku popular . Membaca majalah artikel dan blog untuk inspirasi bagi peluang perniagaan.

7. Penyelidikan idea anda untuk mengetahui apakah dengan idea yang anda wujudkan , mungkin mengisi kekosongan pasaran atau memberikan peluang pekerja dan mencipta dimensi baru dalam alam perniagaan
Pelajari cara untuk penyelidikan pasaran berpotensi anda dengan mengambil kursus online secara percuma dari Pengurusan usahawan kecil. 4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...