Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label Berita Tentang Buku. Show all posts
Showing posts with label Berita Tentang Buku. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) KEPADA PENJUAL ATAU KEDAI BUKU




1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses tuntutan Bayaran balik baucar oleh kedai-kedai buku daripada Bank Simpanan Nasional.

2. OBJEKTIF
Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua kedai-kedai buku di Malaysia yang bersedia untuk turut serta.

3. TEMPOH PELAKSANAAN
Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

4. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

5. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Kuasa bagi percetakan baucar hanya diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sahaja;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini
d) Penjual buku perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi IPT/sekolah semasa menerima baucar daripada para pelajar;
e) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
f) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
g) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai; dan
h) Penjual buku perlu memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan.

6. TUNTUTAN BAYARAN BALIK BAUCAR
a) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
b) Semasa menuntut bayaran balik daripada Bank Simpanan Nasional, pihak kedai buku perlu memastikan baucar tersebut telah dicop rasmi kedai buku;
c) Pihak kedai buku perlu membuka akaun korporat di Bank Simpanan Nasional untuk tujuan penunaian baucar;
d) Pihak syarikat buku perlu mendepositkan RM500 untuk tujuan pembukaan akaun korporat Bank Simpanan Nasional; dan
e) RM500 tersebut akan dikembalikan kepada pihak syarikat semasa penunaian baucar tersebut.

7. PEMBUKAAN AKAUN KORPORAT BANK SIMPANAN NASIONAL
a) Pihak kedai buku perlu mendapatkan borang permohonan untuk membuka akaun korporat daripada mana-manacawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat dan menyatakan tujuan akaun korporat dibuka iaitu untuk menyertai program Baucar Buku 1Malaysia;
b) Pihak kedai buku perlu mengemukakan nama penuh, no kad pengenalan, salinan fotostat kad pengenalan dan contoh tandatangan pengelola akaun kepada Bank Simpanan Nasional;
c) Pihak kedai buku perlu mengemukakan borang pendaftaran syarikat (borang 24/49) semasa pembukaan akaun korporat di Bank Simpanan Nasional bagi Syarikat Sendirian Berhad, bagi syarikat enterprise perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala bagi syarikat koperasi perlu mengemukakan sijil pendaftaran koperasi;
d) Pihak kedai buku perlu mengemukakan senarai seperti di Lampiran A semasa tuntutan bayaran balik baucar di Bank Simpanan Nasional (BSN); dan
e) Pihak kedai buku perlu mengemukakan surat arahan pindahan ke akaun bank lain (sekiranya ada) semasa membuat tuntutan bayaran balik baucar yang ditandatangani oleh pengelola akaun yang sama semasa pembukaan akaun korporat tersebut.

8. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung penunaian baucar buku 1Malaysia boleh menghubungi En.Zulkarnain bin Ismail di talian 019-215 2673 begin_of_the_skype_highlighting            019-215 2673      end_of_the_skype_highlighting atau mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.



4.

Wednesday, December 21, 2011

Konserto Terakhir - Datuk Abdullah Hussain

Assalamualaikum WTH...


Novel Konserto Terakhir oleh Datuk Abdullah Hussain Ganti Interlok.

KUALA LUMPUR: Novel "Konserto Terakhir" karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, akan menggantikan novel "Interlok" sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

"Novel Konserto Terakhir sudah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai dan mutu karya yang dihasilkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan penggunaan novel Interlok yang juga karya Abdullah, sebagai teks Komsas Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan. 

Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetangah masyarakat selain bagi mengelak pihak tertentu daripada terus mempolemikkannya. 

Novel Konserto Terakhir yang pernah dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima di Zon Dua dari 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. - BERNAMA 


********************************************************************************


Sinopsis Keseluruhan ( Sinopsis novel konserto terakhir karya Datuk Abdullah Hussain )

Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari.

Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang baik. Dia dapat merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti mempunyai dunia sendiri. Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati yang mempunyai tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya itu sehinggakan dia cemburu dengan hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong gajinya.

Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke laur negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran.

Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Lebih-lebih lagi apabila Hayati memberi oleh-oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Hayati. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung.

Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”.

Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi dalam rumah tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”.

Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu.

Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.

Sumber> http://analisiskonsertoterakhir.blogspot.com/2008/07/sinopsis-keseluruhan-novel-konserto.html



4.

Saturday, December 17, 2011

Senarai Buku-Buku Yang Diharamkan Oleh JAKIM


Assalamualaikum WTH... 

Berikut disenaraikan buku-buku yang diharamkan oleh pihak JAKIM.. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berkecimpung didalam industri ini. Daripada 15 buah buku yang disenaraikan saya hanya pernah menjual dua buah buku sahaja dan telah dikeluarkan dari rak pameran di Pustaka Nur Najma. Namun saya tidak pasti status  pengharaman buku "Seks Suci Islam"

Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali oleh Mohd Yusof Che Wook
  1. Hard Truths to Keep Singapore Going - Lee Kuan Yew 
  2. 1000 Hikmat (Ali Zulfakar), 
  3. Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur), 
  4. 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie), 
  5. Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz), 
  6. Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan), 
  7. 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA), 
  8. Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani), 
  9. Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy), 
  10. Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid) 
  11. Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur).
  12. Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook), 
  13. The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton)
  14. Sabda Rasullah S.A.W:  Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan)
  15. Nomad, From Islam to America: A Personal Journey Through the Clash of Civilizations (Ayaan Hirsi Ali).





Sumber> http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=351:jakim-haramkan-buku-terbaru-kuan-yew&catid=62:info-pengguna&Itemid=245


4.

Thursday, December 15, 2011

Drama adaptasi novel "Gemersik Kalbu" karya Anis Ayuni pada 2 Januari 2012, TV3

Assalamualaikum WTH...


Mula ke udara pada 2 Januari 2012, di TV3. Adaptasi dari novel "Gemersik Kalbu" karya Anis Ayuni...



Sinopsis

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .


Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?



********************************************************************

Sudahkah anda bersedia untuk mendapatkan stok novel ini?


4.

Penulis Ombak Rindu Sepatutnya Bersyukur

Assalamualaikum WTH...




Oleh : SH ONLINE/NURHAZLIN LYDIA MOHAMAD NAZRI

Tarikh : December 9, 2011

Nama Akhbar: Sinar Harian


SHAH ALAM – Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub hari ini tampil memberi penjelasan sebenar berhubung kenyataan penulis asal novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari yang mengatakan beliau tidak menerima bayaran setimpal selepas karyanya diangkat menjadi filem.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) berkata, sikap Fauziah disifatkan sebagai tidak bersyukur tetapi tetap memaafkan tindakan penulis tersebut yang dilihat seperti tidak memahami kandungan kontrak yang ditandatangani sebelum ini.
“Pihak kami telah menjelaskan kepada penulis-penulis kami untuk membaca dan memahami sepenuhnya kandungan kontrak sebelum tandatangan”.
“Malah, di dalam kontrak, terdapat klausa yang menyatakan pihak penerbit boleh melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis sama ada diadaptasi kepada pelbagai bentuk tanpa perlu merujuk kepada penulis,” katanya dalam sidang media, di Auditorium KMK, pagi tadi.
Sehubungan itu, Hussamuddin mengingatkan penulis-penulis baru supaya meneliti dan memahami kandungan kontrak bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.
Memandangan ini merupakan pengalaman pertama oleh pihak penerbit, Hussamuddin tetap memaafkan Fauziah dan enggan mengenakan tindakan undang-undang tetapi Fauziah perlu memberi penjelasan kepada umum mengenai hal sebenar.
Sementara itu, isu bayaran tidak berbaloi yang dibangkitkan Fauziah sebelum ini adalah tidak tepat.
Hussamuddin berkata, Alaf 21 mengakui yang mereka sebagai penerbit eksklusif novel hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk menjadikan Ombak Rindu menjadi sebuah filem.
“Fauziah menerima 40 peratus dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Untuk pengetahuan semua, bukan strategi kami (Alaf 21) meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem.
“Projek filem adaptasi ini merupakan satu langkah promosi untuk melariskan kembali jualan buku yang kini sudah kembali dicetak sebanyak 40 ribu naskah,” katanya.
Katanya, sekiranya cetakan baru ini habis terjual (kini 20,000 naskah laris), Fauziah bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
Dalam pada itu, Hussamuddin turut menjelaskan bahawa novel Ombak Rindu sebelum ini sudah tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002.


4.

Wednesday, December 14, 2011

Buku keliru umat Islam - "Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan"


Assalamualaikum Wth...

Awas dengan buku yang boleh menggangu dan merosakkan akidah anda...

( Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan )

JOHOR BAHRU: Penduduk negara ini dilarang mengamalkan fahaman terkandung di dalam buku bertajuk ‘Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan’ berikutan buku berkenaan mengelirukan kerana menyamakan Allah dengan makhluk lain, malah ada hadis yang digunakan tidak diiktiraf.

Buku setebal 572 muka surat itu menceritakan kisah seseorang individu untuk mengenal dirinya sendiri serta Allah sebagai pencipta alam ini.


Buku ditulis Mohd Yusof Che Wook itu dipercayai mula dicetak untuk jualan Februari lalu, dan penulisnya itu mendakwa dirinya sebagai anak murid ulama terkenal di Kelantan. Sejak dicetak, buku berkenaan tidak dipasarkan di kedai buku, tetapi dijual melalui laman web yang disediakan dan dihantar kepada alamat pembeli.



Hasil siasatan, Jabatan Agama Johor (JAJ) tidak menolak urusan menjual buku itu diuruskan keluarga atau saudara-mara penulis berikutan edarannya tidak meluas.


Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAJ, Yosree Ikhsan berkata, buku berkenaan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak Oktober lalu berikutan kandungannya mengelirukan umat Islam.



Menurutnya, hasil siasatan mendapati banyak kesalahan fakta dan mengelirukan dalam buku itu, malah hadis yang digunakan diragui kesahihannya serta kesalahan penulisan ayat al-Quran.

“Antara perkara meragukan ialah hadis kononnya disabdakan Nabi Muhammad bermaksud ‘Aku melihat Tuhanku pada rupa seorang yang muda belia’ yang boleh mengelirukan fahaman umat Islam.


Berikutan itu, katanya orang ramai yang memiliki buku berkenaan jangan menjadikannya sebagai panduan kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam negara ini.

“Contoh lain ialah menyamakan Allah dengan makhluk atau sesuatu seperti cahaya dan ia jelas mengelirukan umat Islam serta tidak boleh dijadikan panduan,” katanya.

Selain itu Yosree berkata, dua lagi buku iaitu ‘Senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah’ yang diterjemah daripada karya Bahasa Inggeris hasil penulisan Muchael H Heart serta ajaran Ahmad Qadiani yang turut mengandungi fakta tidak sahih serta mengelirukan.


Yosree berkata, kandungan buku berkenaan meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah kerana bertanggungjawab mencatat, menulis dan mencipta kitab suci al-Quran.


“Mungkin itu apa yang mereka faham dan ingin sampaikan, tetapi bagi umat Islam ia sesuatu tidak betul serta salah kerana menyamakan pesuruh Allah dengan manusia yang secara jelas jauh bezanya. “Bukan itu saja, buku sama turut menyenaraikan Nabi Isa antara 100 manusia paling berpengaruh kerana bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian di dunia.


“Ajaran Ahmad Qadiani yang diedarkan secara percuma turut diharamkan kerana mendakwa dirinya rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad,” katanya.

********************************************************************




4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...