Wadah Memperkasa Usahawan Muslim, Motivasi Business,Business & syariah, Sifat Usahawan Muslim, Kaedah Membuka Perniagaan Kedai Buku & Alat Tulis, Petua Murah Rezeki, Ulasan Buku Terpilih, Berita keusahawanan, Berita Tentang Industri Buku & Alat tulis, Tazkirah, Diari Usahawan, Nasyid & Chelsea FC
Followers
Muqaddimah
“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.
Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!
Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.
(Sejak 2hb September 2010)
Monday, September 12, 2011
"Orang kaya masuk syurga dulu" oleh Dato' Dasuki Hj Ahmad
Sunday, March 6, 2011
Sebarkan salam...
Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu tidak akan masuk ke Surga hingga kamu beriman kamu tidak akan beriman secara sempurna hingga kamu saling mencintai. Maukah kamu kutunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan akan saling mencintai? Biasakan mengucapkan salam di antara kamu {apabila bertemu}.”
Bagaimana dengan dua hadis diatas? Pernahkah anda melihat dan memahami dua hadis diatas? Ayuh! Sebarkan salam! tanpa mengira siapa anda, apa status anda, mari kita bersama menghulurkan ucapan salam. Disamping kita kita dapat mewujudkan perasaan cinta dan kasih sayang sesama insan.
i
Kita juga bakal memperoleh pahala dengan cara yang mudah. Bukankah islam suka agar kita berkasih sayang ? Ayuh sebarkan salam!
Sunday, February 27, 2011
Jangan jadikan bisnes anda sebagai 'tiket' ke neraka!!
Ingatlah semua sahabat! Soalan Allah SWT diakhirat kelak tentang 'dimana harta kita diperolehi dan dibelanjakan" sangat berat untuk dijawab! itu belum pertanyaan-pertanyaan lain!
Tuesday, February 22, 2011
Adakah arah kiblat solat anda tepat? samada di rumah, pejabat mahupun dimasjid!
- Belilah kompas, tak mahal mana pun... tak perlulah beli kompas yang mewah bersalut berlian. cukuplah kompas yang mampu berfungsi dengan tepat dalam menentukan arah kiblat anda! nak pinjam dari kawan lain pun boleh asalkan anda memulangkannya semula...
- Jangan lupa belajar cara nak baca kompas pulak. tak guna ada kompas tapi tak tau guna!
- Beli sejadah yang ada kompas! mak saya ada sejadah special camni... beli kat Mekah rasanya. boleh dibawa kemana-mana untuk lebih meyakinkan arah kiblat anda...
- Dalam setahun ada beberapa kali 'matahari' akan berada tegak diatas kaabah! sila semak tarikhnya dengan sesiapa yang berkenaan (insyallah saya akan bagitahu tarikhnya sekiranya saya tahu tarikhnya....)
- Ikut arah bintang tiga yang selari diatas langit itu..
- dan lain-lain kaedah...
Surah Al-Baqarah ayat 142
Ingat ye, jangan pernah meng'agak2' sahaja arah kiblat dari masjid terdekat! @ melihat kiblat dari arah matahari terbenam!
Wednesday, February 16, 2011
Petua murah rezeki dan dipanjangkan umur dengan menyambung silaturahim
Hadis Rasulullah SAW diatas menyatakan kepentingan menjalinkan silaturahim dapat mempermudahkan urusan rezeki dan juga memanjangkan umur. Tentu juga ada diantara kita tertanya-tanya bagaimana fungsi "memperhubungkan silaturahim" dapat meluaskan dan dipermudahkan urusan rezeki serta dapat dipanjangkan umur?
Diri saya sendiri, melalui pelbagai media yang terhidang didepan mata seperti melalui blog, facebook, perbualan lisan, SMS, telefon dan pelbagai kaedah lagi dapat menjalinkan silaturahim tanpa pernah gagal. Mungkinkah anda sebagai sahabat saya walaupun duduk beribu batu jaraknya dari Bandar Rawang ini memberitahu & mempromosikan kepada teman-teman kalian yang tinggal di kawasan Rawang ini bahawa diri anda mempunyai kedai buku & alat tulis di Bandar Rawang ini? tidak mustahil bukan?
Melalui kaedah yang saya tuliskan diatas tadi sebagai contoh, bukan sekali dua saya menerima kunjungan pelanggan yang merupakan 'kawan kepada kawan' saya melalui media tersebut. Mungkinkah juga anda sebagai sahabat saya mampu mendoakan kecemerlangan perniagaan saya melaui hubungan & jalinan silaturahim ini? Nah, disinilah letaknya keajaiban menjalinkan hubungan ukhwah itu! Allah SWT memberikan saya rezeki kerana jalinan ukhwah ini! TQ ALLAH!
Oleh itu, tiada istilah menikam belakang, mengurangkan gred barangan, menipu timbangan DLL. Mana mungkin kami menikam sahabat kami sendiri! ( tapi sebenarnya memang wujud juga manusia berhati binatang- sudah diberi susu, dibalasnya tuba... moga dijauhkan.. AMIN)
Wednesday, February 9, 2011
Bila kali terakhir anda menyemak 'ketepatan' bacaan dalam solat?
- Adakah anda yakin bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
- Adakah anda sangat yakin bahawa bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
- Adakah anda berasa sangat yakin bahawa bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
P/s: Pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk saya dan teman2... sbnrnya bnyak lagi nk tulis bkenaan tajuk ini namun masa sgt terhad.. smoga kita beroleh rahmat drnya.. AMIN
Saturday, January 15, 2011
Resit kosong & palsu
- Untuk meng'claim' barangan melebihi harga sebenar barangan (alasan-duit minyak, duit parking ETC)
- Mengaut keuntungan atas angin diatas pembelian barangan yang dibeli kepada pihak ketiga
- Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan pengecualian pembayaran cukai yang lebih tinggi. (Cntoh- pembelian buku dapat rebet pelepasan cukai sebanyak RM500, oleh itu resit kosong ini akan diisi nilai dan produk buku palsu)
- Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan meng'claim' kepada pihak ketiga. (cth- saya memberi diskaun 20% kepada pengusaha taska & tadika. Namun sekiranya pembantu tadika (bukan pemilik tadika itu) yang datang membeli, pada resit kosong itu, dia akan meletakkan nilai tanpa diskaun untuk tujuan mendapat sedikit keuntungan peribadi.
Friday, November 26, 2010
Hukum menjual barangan tiruan, ciplak, cetak rompak etc..
Dan barangsiapa berbuat demikian dengan cara melanggar hukum dan berlaku zalim, Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).
Anda menjual produk ini?
Produk fizikal utk kegunaan harian> contohnya jersey tiruan, seluar levi's golok, tudung ariani tiruan dll..
Saya pernah didatangi oleh penjual CD nasyid dan ceramah agama cetak rompak. Atas alasan berdakwah dia menghalalkan caranya untuk menjual produk cetak rompak.. Adakah matlamat dapat menghalalkan cara? Anda bersalah kepada pemilik syarikat dan semua pihak yang layak mendapat royalti produk itu kerana mencetak rompak produk mereka.. Mampukah anda memohon maaf dengan mereka? dimana anda mahu memohon maaf dengan mereka? didunia @ diakhirat?
Wednesday, October 27, 2010
sifat usahawan muslim- jujur menjelaskan kecacatan produk
- Waranti
Saturday, October 16, 2010
sifat-sifat usahawan muslim-jujur
________________________________________________________________________
Dalam konteks keusahawanan muslim, sifat jujur merupakan salah satu sifat yang wajib dimiliki oleh semua pengusaha dan usahawan muslim didalam apa jua situasi.
Antara perkara tidak jujur yang sering dilakukan oleh pihak usahawan ialah dengan menipu melalui sistem timbangan yang telah diubahsuai, menipu kualiti produk, menipu status produk, menipu harga ketika musim jualan murah dan pelbagai lagi.
Sunday, October 10, 2010
Ciri-ciri usahawan yang menepati ajaran islam.
1.Menunaikan solat lima waktu.
Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.
Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam,kedai-kedai,gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk kemudahan orang islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja,asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat.
Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf.Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.
2.Mementingkan rezeki halal.
Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.
Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.
Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.
Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.
3.Sentiasa benar.
Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan
perniagaan kerana pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan. Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan perniagaan.
“Berkatalah benar walau pahit sekalipun”, begitulah sabda nabi. Dan sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu membawa kepada syurga”. Kedua-dua hadis tersebut jelas menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Tuhan perlu sentiasa benar dalam apa jua yang dilakukan samaada dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Jangan mengharapkan jualan yang laris dengan sikap berbohong. Berbohong akan menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan tidak berkat. Matlamat usahawan islam ialah hala dan berkat. Berbohong untuk mendapatkan keuntungan dan kemajuan dalam perniagaan tidak membawa keberkatan dan keredaan Tuhan.
Usahawan perlu sentiasa benar dalam apa jua keadaan. Jangan mengikut teladan sesetengah usahawan yang suka berbohong kerana perbuatan tersebut akan membawa musibah kepada usahawan nanti.Sifat buruk tersebut patut tiada dalam hidup usahawan islam yang mahu cemerlang.
Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram dan tidak berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta.
4.Mengutamakan hak pengguna.
Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.
Usahawan yang bertanggungjawab dan menjaga hak pengguna tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang menyusahkan pengguna dan pelanggan. Ketamakkan sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan pelanggan. Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh, Viagra. Walaupun produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada lelaki tetapi telah banyak berlaku kematian dan serangan jantung kepada pengguna.Ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna.
Pelbagai jamu,pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di mana-mana dengan mudah.
Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu berhati-hati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.
5.Menunaikan zakat.
Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat adalah rukun islam,namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak. Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib. Usahawan yang mahu keredaan Allah tidak akan mengabaikan zakat. Usahawan cemerlang akan memiliki akaun untung-rugi setiap tahun supaya dapat mengesan perniagaan. Mempunyai akaun akan membantu usahawan agar tahu sama ada layak atau tidak membayar zakat. Ketika zaman nabi masih hidup, wujud usahawan yang degil dan enggan membayar zakat walaupun tahu ianya wajib. Ini menunjukkan telah wujud usahawan tamak dan rakus ketika baginda masih hidup. Apa lagi pada zaman ini.
Zakat akan membersihkan harta dan memberi banyak manfaat kepada orang memerlukan seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain. Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika layak jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta zakat akan menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan.
6.Sentiasa bersyukur.
Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat dan kecewa dan sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah.Begitulah dengan usahawan. Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan senang. Usahawan perlu bersyukur ketika perniagaan menampakkan kemajuan dan tidak kecewa apabila mengalami kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan merasakan kemerosotan sebagai ujian dan dugaan dari Allah.
Menjadi usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan dan masalah.
7.Sentiasa bertaubat.
Tiada manusia yang bersih tanpa noda,tidak terkecuali usahawan.Bertaubat adalah jalan membersihkan diri.Manusia sering lalai dan lupa.Manusia sering ditipu oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering bertaubat untuk membersihkan diri.Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan melakukan perbuatan haram,kemudian bertaubat untuk menghalalkan harta perniagaan. Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta haram tetap haram.I anya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir taubat dilaungkan. Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara perniagaan yang haram. Amalkan cara dan panduan perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama.
8.Menjaga perhubungan baik dengan manusia.
Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan sikap yang menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat, sindiran, penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang rendah kepada manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap sombong dan ego terutama berhadapan manusia serba kekurangan patut dijauhi. Lihatlah bagaimana kereta mewah menghimpit penunggang motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak bertanggungjawab.
Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar tidak dibenci manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan kehebatan dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan baik dengan manusia.
9.Berjasa.
Sebuah hadis bermaksud “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain”.Justeru usahawan boleh menjadi manusia yang paling banyak berjasa kepada manusia lain kerana usahawan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak berbanding manusia yang makan gaji. Pelbagai perbuatan baik boleh dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah perpustakaan persendirian di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang ramai memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin.Bantulah ibu atau bapa tunggal yang susah.
Binalah perhentian bas. Berilah sumbangan untuk membina dewan, surau, tempat permainan dan lain-lain. Terlalu banyak perkara dan benda boleh dilakukan usahawan jika mahu menjadi manusia berjasa. Usahawan perlu mengejar keuntungan dan kekayaan, namun usahawan perlu berjasa kepada negara dan manusia lain.Jangan sia-siakan kekayaan dan keuntungan. Jadilah
usahawan yang dikenang kerana kebaikan,bukan usahawan yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa.
10.Membantu usahawan lain.
Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan menunggu buku karangan usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Halim Saad, Datok Saleh Sulong dan lain-lain.
Berikan idea dan pengalaman berguna kepada usahawan lain.Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini berdasarkan sebuah pepatah cina yang bermaksud “Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri ikan tetapi berilah pancing dan ajarkan dia memancing ”.
11.Menjauhi maksiat.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan dosa terutama sekali dosa-dosa besar. Melakukan pelbagai dosa dan maksiat akan menjadikan usahawan manusia yang tidak mencintai agama. Ramai usahawan menghabiskan masa bermain golf sehingga melupakan solat. Begitu juga ada yang berseronok dengan pelacur di negara jiran. Tidak kurang juga yang meminum arak, berjudi, mengamalkan sihir dan tangkal.
Pelbagai dosa dilakukan tanpa memikirkan implikasi di hari akhirat. Usahawan perlu menjauhi maksiat.Nikmat rezeki yang halal dan bersih tidak sepatutnya dibelanjakan ke jalan yang tidak baik dan merosakkan agama. Sayangi wang dan harta dan pastikan ia membawa ke arah kebaikan.
12.Tidak melakukan sabotaj.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan sabotaj kepada usahawan lain. Melakukan perbuatan sabotaj boleh merosakkan perniagaan orang lain dan menutup periuk nasi mereka. Usahawan yang mahu diredai Allah tidak akan melakukan perbuatan sabotaj dan meruntuhkan perniagaan orang lain. Hadapi segala masalah perniagaan dengan cara yang bersih dan beretika.
13.Membayar pinjaman.
Ramai usahawan mendapat peluang pinjaman dari pelbagai badan dan agensi kerajaan dan swasta.Usahawan perlu bijak memanfaatkan peluang pinjaman untuk membesarkan dan memajukan perniagaan dan berusaha melangsaikan pinjaman sebagaimana perjanjian. Masih ramai usahawan degil dan mementingkan diri sendiri. Ada yang sengaja melewatkan pembayaran pinjaman sedangkan mampu.Usahawan perlu membayar pinjaman demi memberi peluang usahawan lain merasa wang pinjaman membesarkan perniagaan. Demikianlah beberapa ciri usahawan yang menepati ajaran agama.
Usahawan islam perlu menjadi manusia yang benar-benar mendapat keredaan Tuhan dan rasul. Jangan jadi usahawan yang tamak,rakus,mementingkan diri,kaki maksiat dan dibenci manusia. Pastikan setiap langkah dalam perniagaan membawa kebaikan kepada diri dan keluarga. Pastikan perniagaan memberi banyak faedah kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Didiklah diri menjadi usahawan yang maju dalam perniagaan dan mendapat keredaan Tuhan dan nabi-Nya.Keredaan Tuhan adalah harta dan bekalan yang amat berharga di akhirat nanti. Apalah guna kereta mewah, rumah banglo, emas permata……..ianya akan ditinggalkan. Yang kekal dan berguna kepada diri ialah keredaan Tuhan.
Sumber : Petikan Buku Usahawan Cemerlang
Sunday, October 3, 2010
Kepentingan mendidik ahli masyarakat membeli dan mengutamakan produk daripada usahawan muslim
Dengan mengutamakan produk usahawan muslim ini, kita dapat membantu golongan usahawan muslim ini bersaing dengan pengusaha dan usahawan non-muslim. Bukankah semua muslim itu bersaudara?
Kadangkala saya berasa kesal jika perbandingan harga menjadi masalah dikalangan pengguna muslim untuk membeli dan mengutamakan produk sesama saudara muslim. Mengapa? jawapan ini terlalu remeh pada saya.. Bagaimana anda sanggup membeli pruduk keluaran non-muslim lebih2 lagi yang secara terang-terangan membantu zionis menghancurkan saudara muslim di Palestin dan di tempat2 lain? tak perlu saya memberikan contoh kerana anda sendiri sudah maklum beberapa syarikat asing dan non-muslim yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pihak israel dan menjadi ejen yahudi dan amerika.
Namun begitu, saya tidak menyalahkan kepada bahu pengguna 100%, kadangkala terdapat juga segelintir usahawan muslim sendiri yang tidak prihatin dengan kehendak pengguna. Mereka tidak mempunyai daya juang tinggi, terlalu mengejar dunia, tidak mesra dan pelbagai lagi faktor yang menolak kedatangan pengguna islam.
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah, usahawan dan pengguna muslim hendaklah berganding bahu untuk membantu sesama mereka menaikkan taraf ekonomi umat islam. Kepada pihak usahawan muslim, anda wajib menggandakan usaha dan berdoa agar perniagaan yang anda miliki ini dapat membantu pengguna mencari produk yang suci dan jelas bersih status halalnya. Manakala kepada pengguna muslim semua, anda juga diwajibkan membantu pihak usahawan bagi membantu mereka menaikkan ekonomi umat islam secara amnya...
Friday, October 1, 2010
sifat-sifat usahawan muslim
"Orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli daripada mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat)"
Friday, September 24, 2010
Kepentingan Iman dalam diri usahawan
Saturday, September 18, 2010
Berniaga menurut sunnah dan syariat
Baiklah, tulisan kali ini saya tujukan kepada usahawan muslim yang percaya sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ketetapanNya terhadap segala rezeki yang telah dan akan kita terima.
Tidak kiralah anda berniaga di internet mahupun konvensional, kita mestilah menerapkan nilai keislaman yang tinggi di dalam perniagaan kita. Senario yang banyak berlaku sekarang, saling berbalah di antara satu sama lain, tidak sepakat dan banyak lagi yang melanda di dalam dunia keusahawanan Islam termasuk di negara ini.
Allah berfirman di dalam kitab suci al-Qur’an:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.” (al-hujurat:10)
Rasulullah bersabda, "Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun, di akhir zaman ini kita sentiasa melihat pertelagahan di kalangan kita sendiri. Saling tuding-menuding, hasad dengki, menceroboh server usahawan semuslim yang lain, matlamat menghalalkan cara dan macam-macam lagi. Jika kita ingin menyalahkan sepenuhnya mereka yang bukan Islam sahaja terutama pihak yang ingin menjatuhkan Islam, pada saya ia tidak cukup, kerana kelemahan kita ummat Islam juga berpunca daripada penganut Islam itu sendiri. Jika dalaman rosak, maka rosaklah ummat. Lemah ummat, maka mudahlah musuh Agama kita ini untuk masuk menyelinap dan menambah burukkan lagi keadaan.
Sedarlah saudara semuslim-ku, cukuplah sandiwara yang kita lakukan selama ini. Dengki, menipu, syak wasangka, umpat fitnah, persaingan tidak sihat, kritikan yang tidak membina.. Itu semua walau memberikan anda kesenangan hati dan harta, namun ia hanya sementara kerana apa yang anda lakukan itu adalah racun kepada ummat sendiri!! Kelak ia akan terpalik kepada diri anda sendiri… Inilah salah satu punca kenapa kita melihat berlakunya pelbagai konflik di dalam ummat Islam sekarang, ia berpunca daripada orang Islam itu sendiri. Maka amat mudah musuh Islam untuk menyelinap masuk dan meruntuhkan peribadi muslim asli yang kita pegangi sejak dulu lagi.
Maka, kepada anda usahawan muslim, erti kejayaan bukan hanya pada keuntungan yang berlipat-lipat ganda, kerana itu bukanlah keuntungan yang hakiki:
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
yaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,
niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (Ash-Shaff:10-12)
Itulah janji dan firman Allah, Rabb Yang Maha Adil dan Pemurah.
Persoalannya, bagaimana untuk berniaga menurut sunnah dan syarak? Jika anda ringan kaki, pergilah berguru dengan ustaz atau ke kelas Agama. Jika ringan tangan, rujuklah laman web yang kini begitu banyak meletakkan tulisan ulama’ yang muktabar. ;) Rajin-rajinlah meluangkan masa untuk meningkatkan jati-diri Islam di dalam diri kita agar tidak hanyut dibuai zaman.
Wassalam.
Ikhlas daripada saudara-mu semuslim.
“moga tiada sengketa di kalangan kita, perniagaan dan ekonomi juga adalah satu wadah perjuangan untuk kekuatan dan kegemilangan Agama kita ini.”
Penulis: Mohd Zulfadli adalah seorang usahawan sepenuh masa yang melakukan perniagaan berasaskan di rumah (Home Based Business). Lawati blog beliau untuk membaca tip dan panduan perniagaan dan keusahawanan secara percuma.
Sumber artikel : http://blog.smartusaha.com/berniaga-menurut-sunnah-dan-syariat/
Read more: Berniaga menurut sunnah dan syariat http://edymart.com/informasi/153#ixzz0zsW1F5qa 4.








