Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, September 18, 2010

Berniaga menurut sunnah dan syariat

(copy dri seseorg)


Baiklah, tulisan kali ini saya tujukan kepada usahawan muslim yang percaya sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ketetapanNya terhadap segala rezeki yang telah dan akan kita terima.

Tidak kiralah anda berniaga di internet mahupun konvensional, kita mestilah menerapkan nilai keislaman yang tinggi di dalam perniagaan kita. Senario yang banyak berlaku sekarang, saling berbalah di antara satu sama lain, tidak sepakat dan banyak lagi yang melanda di dalam dunia keusahawanan Islam termasuk di negara ini.
Allah berfirman di dalam kitab suci al-Qur’an:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.” (al-hujurat:10)

Rasulullah bersabda, "Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun, di akhir zaman ini kita sentiasa melihat pertelagahan di kalangan kita sendiri. Saling tuding-menuding, hasad dengki, menceroboh server usahawan semuslim yang lain, matlamat menghalalkan cara dan macam-macam lagi. Jika kita ingin menyalahkan sepenuhnya mereka yang bukan Islam sahaja terutama pihak yang ingin menjatuhkan Islam, pada saya ia tidak cukup, kerana kelemahan kita ummat Islam juga berpunca daripada penganut Islam itu sendiri. Jika dalaman rosak, maka rosaklah ummat. Lemah ummat, maka mudahlah musuh Agama kita ini untuk masuk menyelinap dan menambah burukkan lagi keadaan.

Sedarlah saudara semuslim-ku, cukuplah sandiwara yang kita lakukan selama ini. Dengki, menipu, syak wasangka, umpat fitnah, persaingan tidak sihat, kritikan yang tidak membina.. Itu semua walau memberikan anda kesenangan hati dan harta, namun ia hanya sementara kerana apa yang anda lakukan itu adalah racun kepada ummat sendiri!! Kelak ia akan terpalik kepada diri anda sendiri… Inilah salah satu punca kenapa kita melihat berlakunya pelbagai konflik di dalam ummat Islam sekarang, ia berpunca daripada orang Islam itu sendiri. Maka amat mudah musuh Islam untuk menyelinap masuk dan meruntuhkan peribadi muslim asli yang kita pegangi sejak dulu lagi.

Maka, kepada anda usahawan muslim, erti kejayaan bukan hanya pada keuntungan yang berlipat-lipat ganda, kerana itu bukanlah keuntungan yang hakiki:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

yaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (Ash-Shaff:10-12)

Itulah janji dan firman Allah, Rabb Yang Maha Adil dan Pemurah.

Persoalannya, bagaimana untuk berniaga menurut sunnah dan syarak? Jika anda ringan kaki, pergilah berguru dengan ustaz atau ke kelas Agama. Jika ringan tangan, rujuklah laman web yang kini begitu banyak meletakkan tulisan ulama’ yang muktabar. ;) Rajin-rajinlah meluangkan masa untuk meningkatkan jati-diri Islam di dalam diri kita agar tidak hanyut dibuai zaman.

Wassalam.

Ikhlas daripada saudara-mu semuslim.

“moga tiada sengketa di kalangan kita, perniagaan dan ekonomi juga adalah satu wadah perjuangan untuk kekuatan dan kegemilangan Agama kita ini.”

Penulis: Mohd Zulfadli adalah seorang usahawan sepenuh masa yang melakukan perniagaan berasaskan di rumah (Home Based Business). Lawati blog beliau untuk membaca tip dan panduan perniagaan dan keusahawanan secara percuma.
Sumber artikel : http://blog.smartusaha.com/berniaga-menurut-sunnah-dan-syariat/


Read more: Berniaga menurut sunnah dan syariat http://edymart.com/informasi/153#ixzz0zsW1F5qa 4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...