Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label 2. Ulasan Buku PTS. Show all posts
Showing posts with label 2. Ulasan Buku PTS. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Jutawan Gedik - Novel Terbaru Ain Maisarah..

Assalamualaikum WTH..


Saya pasti para adik-adik peminat novelis Ain Maisarah tertunggu-tunggu kemunculan novel ini.. 


Harga: RM 19.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-967-10404-7-8 
Tarikh Terbit: 25 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 400
Kategori: Novel Dewasa, Novel Chiclit, Novel Humor
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd

Sinopsis

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!

Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!

Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.

Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!

Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!

Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.



*****************************************************



4.

Wednesday, December 14, 2011

Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark

Assalamualaikum WTH...


Salah satu genre kegemaran saya ketika membaca ialah membaca kisah-kisah inspirasi pendek. Hm, mungkinkah 101 kisah di dalam buku Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark boleh memenuhi kegemaran saya?


Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif 
oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark
Harga: RM 27.00 / RM 30.00
ISBN-13: 978-967-369-144-9 
Tarikh Terbit: 3 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 432

Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Sinopsis
101 cerita pendek yang berkesan di hati. Kita akan tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya.Kita terinspirasi dan hidup semakin bahagia.
Hidup Semakin Ceria
101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita.
Berkongsi Kebahagiaan
Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita.
Hati Semakin Tenang
Ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita di dalam buku ini memberi inspirasi bagi kita meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.
Antara kisah yang menarik dalam buku ini adalah:
Setiap Hari adalah Sebuah Keajaiban-Keriangan Semasa Kanak-Kanak-Menemui Diri Saya yang Sebenar-Terus Berjalan Walaupun Lumpuh- Keindahan dalam Kekecewaan- Kegembiraan Ada di Mana-Mana


Bab @ Bahagian

Bab 1
Kata-Kata yang Mengubah Hidup Saya
 1. Hari Saya Bertemu Norman Vincent Peale,James Scott Bell
2. Menari dalam Hujan, Jeannie Lancaster
3. Setiap Hari Adalah Sebuah Keajaiban, Dallas Woodburn
4. Kata-Kata Hikmah, Kay Conner Pliszka
5. Dua Orang Asing, Maggie Koller
6. Dengar Cakap Ibu Kamu, Debbie Acklin
7. Datang Sahaja, Saralee Perel
8. Menemui Diri Saya yang Sebenar, Melanie Adams Hardy
9. Lesen untuk Senyum, Julie A. Havener
10. Mendengar Berita Paling Buruk, Lois Wilmoth-Bennett

Bab 2
Cabaran Kesihatan
 11. Saya Sungguh Positif, Shawn Decker
12. Ironman Vegetarian, Ruth Heidrich
13. Mendapat Rahmat Tuhan, Kathleen M. Muldoon
14. Terus Berjalan Walaupun Lumpuh, Saralee Perel
15. Sudah Jatuh Tetapi Belum Kalah, Sage de Beixedon Breslin
16. Satu Sahaja Lagi, Beth Morrissey
17. Maju ke Hadapan, Joyce E. Sudbeck
18. Meminjamkan Doa, Jean Kinsey
19. Saya Seorang Wanita, Sage de Beixedon Breslin
20. Matlamat Hidup Baruku, Jean Kinsey

Bab 3
Setiap Hari Adalah Istimewa
 21. Setiap Hari Ibarat Hari Jumaat, Elaine L. Bridge
22. Anugerah Kanser Otak, Tom Schumm
23. Sebelas Minit, Heather Gallegos
24. Hargai Setiap Detik, Diane Stark
25. Bunga Yang Berkembang Indah, Annie Mannix
26. Pengajaran Yang Tepat Pada Masanya, Lindsay A. Nielsen
27. Hadiah Daripada Tuhan, Tsgoyna Tanzman
28. Pedulikan Sahaja, Saralee Perel
29. Keriangan Sewaktu Kanak-Kanak, Jean Ferratier
30. Bersangka Baik Sesama Manusia, Jennifer Oliver

Bab 4
Contoh Teladan
31. Ratu Tempat Letak Kereta, Deborah Zigenis-Lowery
32. Erti Kesyukuran yang Sebenar, Alyssa Simon
33. Kepercayaan yang Tidak Goyah, Jodi L. Severson
34. Kuasa Ilusi, Donna Milligan Meadows
35. Cheer Leader, Lydia A. Calder
36. Buangkan Sahaja Anak Kunci Kamu, Deborah Shouse
37. Sarapan Pagi dengan Seorang Teman, Erin Fuentes
38. Beliau Mengubah Sikap Saya, Kris Flaa
39. Terima Kasih, Tukang Jaga Lalu lintas, Jennie Ivey
40. Bintang Terang Di Tengah Kegelapan Malam,Debbie Roloson

Bab 5
Menghitung Rahmat Tuhan
41. Menghitung Rahmat Tuhan, Jane McBride Choate
42. Mensyukuri Nikmat Usia, Barbara Blossom Ashmun
43. Hilangkan Kesedihan Itu, Patricia Lorenz
44. Rezeki Yang Berharga, Garrett Bauman
45. Bekalan Elektrik Tergendala, Shinan Barclay
46. Seratus Senarai Kesyukuran, Miriam Hill
47. Hidup Ini Bukan Kecemasan, Debbi Stumpf
48. Belimbing Yang Hampir Meragut Nyawa, Paul H. Karrer
49. Teman Baik Anugerah Tuhan, Terri Elders
50. Rumah Idaman Kami, Annmarie B. Tait
51. Tekanan Bertukar Menjadi Rahmat, Linda L. Leary

Bab 6
Mengatasi Musibah 
52. Ketakutan Bertukar Kegembiraan, Brenda Dillon Carr
53. Kami Meneruskan Kehidupan, Jo Weinert
54. Kembara Dunia Bersama Asperger, Roy A. Barnes
55. Pandangan Kehidupan, Spring Stafford
56. Saya Mampu Mengharunginya, Theresa Sanders
57. Hidup Ini Pasti Ada Pengecualian…Saya Salah Satu Daripadanya, Grace Gonzalez
58. Sesungguhnya, Ia Masih Kabur, Jennifer Berger
59. Redha, Donna F. Savage
60. Melangkaui Diagnosis, Deborah Shouse
61. Lencana Keberaniannya, Jessie Miyeko Santala

Bab 7
Perubahan Sikap
62. Hikmah Kata-kata, Janet K. Brennan
63. Pilihan, Cindy Gore
64. Hilangkan Ketakutan, Cat Kuku Anda, Shawn Marie Mann
65. Bunga Lalang, Kathi Lessner Schafer
66. Kuasa Ajaib, Saralee Perel
67. Langkah Positif, Beth M. Wood
68. Melihat Kebaikan, Erika Hoffman
69. Kekuatan Bertahan, Emily Parke Chase
70. Bergerak ke Hadapan, Shawnelle Eliasen
71. Separuh Penuh, Linda Newton
72. Titis-Titis Air Sumber Inspirasi, Gerald L. Dlubala

Bab 8
Sinar Harapan
73. Kuasa Alam Merubah Segalanya, Carol A. Grund
74. Kemalangan Di Pantai, Lee Hammerschmidt
75. Hanya Yang Terbaik Untuk Kita, Mei Emerald Gaffey-Hernandez
76. Bab Baru Dalam Hidup Saya, Tulika Singh
77. Bapa Sepenuh Masa, Matt Chandler
78. Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya, Linda Saslow
79. Anugerah Yang Tidak Disangka, Melinda McDonald
80. Petanda Dari Yang Maha Esa, Debbie Dufresne
81. Pengajaran Di Itali, Sheila Sowder
82. Selekoh Kehidupan, Karen Majoris-Garrison
83. Jika Saya Punya Waktu, Jennifer Flaten

Bab 9
Pandang Ke Hadapan
84. Saya Dilanda Musibah Hari Ini, Kathleen Shoop
85. Moto Keluarga Kami, L. Martin
86. Menikmnati Kemanisan Hidup, Janet Perez Eckles
87. Mencari Hidayah, Betsy S. Franz
88. Semangat Mark, Phil Bauer
89. Apartmen Baru Saya, Jennifer Quasha
90. Keajaiban, Lynn Sunday
91. Bertuah Kerana Masih Hidup, Thomas Schonhardt
92. Keindahan Dalam Kekecewaan, Shannon Kaiser

Bab 10
Bersyukur
93. Jurnal Kesyukuran, Nancy Baker
94. Anugerah Yang Tidak Disangka, Susie Bee
95. Menangkap Kelkatu, Rachel Spencer
96. Kotoran Ajaib, Nikki Deckon
97. Warna-Warna Kesyukuran, Barbara McKinney
98. Kegembiraan Ada Di Mana-Mana, Victoria Koch
99. Sikap Kelas Pertama, Mandie Maass
100. Sentiasa Berfikir Positif, Sandi Brown
101. Menanti Dalam Senyuman, Leah M. Cano

Temui Penyumbang Kisah Kami
Temui Penulis Kami
Mengenai Deborah Norville
Terima Kasih
Mengenai Chicken Soup for the Soul

4.

Monday, December 5, 2011

Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf

Assalamualaikum WTH...


Tidak sabar rasanya saya untuk membaca buku kisah kehebatan tokoh usahawan muslim ini yang akan terbit pada 20 disember 2011 ini. Saya pasti juga ramai dikalangan pembaca terutamanya dikalangan teman-teman usahawan yang menunggu-nunggu karya sebegini.


(Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf)
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-369-131-9 
Tarikh Terbit: 20 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 376
Kategori: Bisnes & Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing 

Sinopsis


Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.

Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

Erti Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung
Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.

Bisnes Diberkati Allah
Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,

Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yangsedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.

ISI KANDUNGAN

Memimpin Transformasi Gaya Abdul Rahman bin Auf 
Resume Abdul Rahman bin Auf
Bahagian 1: Nilai
  • Hari Pertama - Memiliki Paradigma Kaya
  • Hari ke-2 - Meneroka “Jalan Sutera”
  • Hari ke-3 - Mengakses Maklumat yang Benar
  • Hari ke-4 - Berdiri Atas Kaki Sendiri
  • Hari ke-5 - Mencintai Rasulullah
Bahagian 2: Proses
  • Hari ke-6 - Membetulkan Persepsi terhadap “Wang”
  • Hari ke-7 - Bermula dengan Apa yang Ada di Tangan
  • Hari ke-8 - Hijrah Memantapkan Bisnes
  • Hari ke-9 - Menjadi Hebat dengan Sabar
  • Hari ke-10 - Syukur dengan Kedua Tangan
Bahagian 3: Strategi
  • Hari ke-11 - Zuhud Bisnes
  • Hari ke-12 - Transformasi Nama dan Jenama
  • Hari ke-13 - Tradisional Murabahah
  • Hari ke-14 - Multi Tasking Anugerah Tuhan
  • Hari ke-15 - Sinergi Haji dan Umrah

Bahagian 4: Quwwah
  • Hari ke-16 - Kayakan Waris
  • Hari ke-17 - Bisnes dengan Bukan Muslim
  • Hari ke-18 - Dekati Masjid
  • Hari ke-19 - Berdoa untuk Orang Lain
  • Hari ke-20 - Aku Nikah dengan Satu Dinar
Bahagian 5: Matlamat
  • Hari ke-21 - Bisnes Patuh Syariah
  • Hari ke-22 - Menjadi Saudagar Tuhan
  • Hari ke-23 - Bina Lingkungan Muakha
  • Hari ke-24 - Integriti dan Karismatik
  • Hari ke-25 - Refleksi Diri
Bonus Tambahan Untuk 5 Hari
  • Panduan Bisnes Sepanjang Zaman
  • FAQ: Salah faham Terhadap Abdul Rahman bin Auf
  • Lapan Amalan Takwa

Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.







4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...