Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label 5. Ulasan buku alaf 21. Show all posts
Showing posts with label 5. Ulasan buku alaf 21. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Novel terbaru Alaf 21 Januari 2012 - Memang Itu Cinta- Elin Nadia, Sayang 3 Dalam 1- Weeda Airiza, Cinta perisa Dia- Lynn Dayana, Jangan Ganggu Lenaku- Haiza Najwa, Jihad Mardina- Fida Rohani, Nostalgia Padang- Iskandar Dzul Karnain

Assalamualaikum WTH..



Alhamdulillah, pihak Alaf 21 baru sahaja mengumumkan 5 novel terbaru untuk bulan Januari ini. InsyaAllah akan berada di PNN dalam masa terdekat ini. Dan insyaAllah juga saya akan memberikan sinopsis novel-novel ini dalam masa terdekat


Novel pilihan saya? Semestinya dari karya Lynn Dayana sebab Novel dia sebelum ini memang menarik.. JUARA CARTA CINTA!


4.

Friday, December 16, 2011

Taubat Pasport Ke Syurga karya Drs Hj Hanafi Mohamed

Assalamualaikum WTH..


Bagi mereka yang pernah membaca buku "nikmatkah Maksiat" keluaran kumpulan Karangkraff, kini Drs Hj Hanafi Mohamed baru sahaja melancarkan buku terbarunya Taubat Pasport Ke Syurga juga melalui penerbit Kumpulan Karangkraff... InsyaAllah, moga bermanfaat untuk semua..


( Taubat Pasport Ke Syurga karya Drs Hj Hanafi Mohamed )
Harga: RM 11.00
ISBN: 978-967-86-0385-0
Halaman: ~200
Kategori: Agama


Sinopsis

Wahai insan yang tidak sempurna, bersihkanlah noda yang ada. Mohon hanya pada Yang Berkuasa. Titiskan air mata penyesalan sepenuh jiwa. Menginsafi khilaf diri seikhlas rela. Dunia sekadar pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan DIA. Moga husnul khatimah sebagai pengakhiran hidup kita.

Astaghfirullahalazim… pastikan lisan kita sentiasa dibasahi dengan kalimah ringkas ini. Hikmahnya berupaya menggugurkan sekecil-kecil dosa sehinggalah yang besar, andai bertepatan dengan syarat di samping keinsafan berterusan. Biarpun dosa menggunung, godaan nafsu sukar terbendung, namun rahmat dan kasih sayang Yang Maha Agung… tiada siapa dapat menghitung. Taubat Pasport ke Syurga menjadi panduan buat kita yang sering alpa. Tuntutan taubat nasuha menyucikan karat-karat dosa yang meliputi diri kita. Hanya dengan bertaubat, hati akan menjadi tenang dan jiwa kembali ke jalan kebenaran. Moga seikhlas amalan memberi jaminan kita menempah tiket sebagai penghuni syurga yang abadi. Insya-ALLAH…

ANTARA YANG MENARIK:
Keutamaan Istighfar:

Kisah-kisah Pengajaran
Dosa yang Wajib Taubat
Ruginya Tidak Bertaubat
Taubat Penyembuh Dosa
Istighfar Para Nabi dan Rasul
Syarat-syarat Diterima Taubat
Kesan Dosa Dalam Kehidupan
Mengapa Kita Wajib Bertaubat?
Mengapa Kita Melakukan Dosa?





4.

Monday, December 5, 2011

Novel terbaru Alaf 21 Disember 2011 - Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Mursyid, Aku Pilih Dia oleh Hezzy Azra, Biru Ungu Cintaku oleh Intan Arnida, Untuk Sekali Lagi oleh Azilah Wahab

Assalamualaikum WTH...


Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-746-4
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 25 Dis 2011
Kategori: Novel


LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

**************************************************************
Aku Pilih Dia oleh Hezzy Azra
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-742-6
Halaman: ~560
Tarikh Terbit: 20 Dis 2011
Kategori: Novel



Sinopsis
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. 

Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. 

Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! 
Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. 
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. 

Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

*****************************************
Biru Ungu Cintaku oleh Intan Arnida
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-733-4
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 24 Dis 2011
Kategori: Novel


Sinopsis
Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam.

Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!

Maruah Syakim semakin tercabar. Dia yang selama ini memendam rasa cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai Prince William di dalam Facebook, bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri. Namun, tindakannya telah menjerat dirinya. Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan. Haruskah dia berjumpa dan berterus terang kepada isterinya?

*****************************************



Untuk Sekali Lagi oleh Azilah Wahab
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-734-1
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 25 Dis 2011
Kategori: Novel


Sinopsis
Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah!

Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar!

Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!


4.

Novel terbaru Buku Prima Januari 2012 - Influenza Cinta oleh Levis Delisya dan Saat Mata Berbicara oleh Dyza Ainun

Assalamualaikum WTH...


Anda mencari novel pilihaan untuk dibaca pada awal tahun 2012 nanti? insyaAllah, dua novel keluaran Buku Prima ini mungkin boleh diselitkan didalam perancangan anda!


Influenza Cinta  

Levis Delisya
Harga RM22.90
ISBN: 978-967-0342-21-4
592 halaman
Tarikh Terbit: 10 Januari 2012

Sinopsis
Tragedi yang meragut seluruh ahli keluarganya meninggalkan Yasmin sebagai pewaris tunggal Hotel Eden Garden. Lalu bermulalah episod kembara mencari suami di mana Yasmin perlu memilih calon paling layak sebagai peneraju hati dan hotelnya. Kebetulan, calon terakhir iaitu Ezad Hakimi merupakan cinta pertama Yasmin. Namun bagi Ezad Hakimi, Yasmin sekadar bayangan silam yang ingin disingkir ke tepi. Sementara kisah Ezad Hakimi dan Yasmin penuh dengan sengketa dan misi dendam yang belum terlaksana, Zul Khuzaimey hadir dengan perisa cinta yang manis bergula. Siapa yang harus Yasmin pilih? Ezad Hakimi yang tawar tak berperisa atau Zul Khuzaimey yang pernah menyandang gelaran Mr. Kasanova?

Saat Mata Berbicara 
Levis Delisya
Harga RM25.90
ISBN: 978-967-0342-22-1
672 halaman
Tarikh Terbit: 10 Jan 2012

Sinopsis
Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?


4.

Saturday, November 12, 2011

Satu-satunya cinta - Hafimi Huzin & Akhirnya Aku Kahwin- Herna Diana

Satu-Satunya Cinta
Hafimi Huzin

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-730-3
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 15 Okt 2011

Sinopsis
PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta?

Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?


Akhirnya Aku Kahwin
Herna Diana
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-725-9
Halaman: ~496

Sinopsis

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.



Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

*************************************************************************

Siapa dikalangan anda yang pernah membaca karya  Herna Diana (cinta 3 suku) perlu membeli novel terbarunya. Novel ini telah mengungguli carta novel terlaris didalam beberapa minggu ini. Novel bergenre komedi romantik ini saya jangkakan akan terus mengungguli carta dalam masa 5 bulan akan datang ini.. 


p/s: saya masih teringat aksi mat tiga suku dan minah sewel dalam novel cinta 3 suku...
4.

Monday, October 3, 2011

My Love Is Playgirl karya SITI NUR DHUHA

Assalamualaikum wth...

My Love Is Playgirl
SITI NUR DHUHA
RM25.90
ISBN: 978-967-0342-09-2
688 hlm

Puteru Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkan Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

 **********************************************************************
Siti Nur Dhuha, nama penulis agung yang tidak perlu lagi diperkenalkan kini tampil dengan karya terbaru... InsyaAllah menurut salesman kumpulan karangkraf, stok buku ini akan tiba PNN pada minggu hadapan.. :)







4.

Monday, February 28, 2011

Stok dari karangkraff baru tiba... 28/2/2011

Assalamualaikum WTH..
Setelah hampir seminggu, akhirnya stok yang ditempah dari karangkraf di bawah label Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari, Novel Nur dan Aneka selamat tiba di PNN pada pukul 12.30 pagi tadi. 
Kebanyakkan buku yang ditempah dari syarikat Karangkraf ini ialah buku bergenre novel popular, agama dan dakwah, resepi dan motivasi.
Antara produk yang tiba pagi tadi ialah:

  1. Tumbioro terakhir
  2. Hingga ke akhirnya
  3. Tajdid Cintamu
  4. Akhir sebuah cinta
  5. Cinta kau dan aku
  6. Jangan bilang benci
  7. Cintamu Nadiku
  8. Juara carta cinta
  9. Coklat, bunga dan si cupid 
  10. Rayyan Fantasi
  11. Masih setia
  12. Awan rindu
  13. dan banyak lagi buku keluran buku oasis, buku motivasi dan resepi...


 Hm, ada sesuatu yang kelakar tentang En Azam (sales exec karangkraf) harini, tadi dalam pukul 3 lebih dia telefon saya dan bertanyakan waktu saya menutup operasi kedai pukul berapa? Rupa-rupanya majalah solusi yang dia buat alas untuk menandatangani invoice telah dibawa bersama-samanya masuk kedalam van dan dibawa ke Kuala Kubu Baru.. ni pun saya tak tahu dia akan datang pukul berapa agaknya untuk memulangkan kembali majalah solusi itu. Saya pun tak perasan dia bawa buku itu.... tak kisah pun sebenarnya dia mahu pulang bila-bila masa majalah itu.Tapi dia yang takut terhilangkan majalah itu..


4.

Wednesday, February 16, 2011

Stok dari karangkraff baru tiba... 17/2/2011

Assalamualaikum WTH..

Setelah hampir seminggu, akhirnya stok yang ditempah dari karangkraf di bawah label Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari, Novel Nur dan Aneka selamat tiba di PNN pada pukul 11 pagi tadi. 

Kebanyakkan buku yang ditempah dari syarikat Karangkraf ini ialah buku bergenre novel popular, agama dan dakwah, resepi dan motivasi.

Antara produk yang tiba pagi tadi ialah:
  1. Cucur Bawang dan kopi O
  2. Hingga ke akhirnya
  3. Tajdid Cintamu
  4. Akhir sebuah cinta
  5. Cinta kau dan aku
  6. Jangan bilang benci
  7. Astana kasih
  8. Ku bawa hati ini
  9. Coklat, bunga dan si cupid 
  10. Rayyan Fantasi
  11. Masih setia
  12. Awan rindu
  13. Cintamu nadiku
  14. Spanar rindu skru
  15. Anakku, didiklah hati mencintainya
  16. Kembara mencari tuhan
  17. Jom menyerlah
  18. Oi, bangunlah Oi
  19. Dimana dia dihatiku..
  20. Pelbagai buku resepi
  21. Beberapa novel koleksi karya Ramlee Awang Mursyid
  22. Beberapa novel alaf & buku prima yang ditempah oleh pelanggan (novel lama-lama yang tiada dalam simpanan semua kedai buku disekitar Rawang)
Moga dengan kehadiran buku-buku ini dengan izin Allah, akan menyemarakkan lagi suasana membeli-belah di PNN. AMIN 




note: 

Novel cinta tiga suku ketiadaan stok minggu ini, InsyaAllah, menurut En. Azam.. minggu depan dia akan kembali lagi bersama buku keluaran alaf 21 & buku prima yang terbaru..

Trinovel februari akan keluar minggu hadapan...






4.

Tuesday, January 11, 2011

Masih Setia Karya Aisya Sofea





Tajuk : Masih Setia
Pengarang : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-610-8
Mukasurat : 512 Halaman



MIERA - Gadis biasa yang hidup serba sederhana.  Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?



4.

Sunday, December 19, 2010

Rayyan Fantasi- Ramlee Awang Murshid (beli online disini)



Tajuk : Rayyan Fantasi
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-615-3
Mukasurat : 512 Halaman

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...