Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, December 21, 2010

Peka & bijak meneka hari dan musim

Musim cuti sekolah kembali lagi. Saat ini apabila terlintas difikiran saya mengenai musim cuti sekolah ini, saya akan membayangkan:

1.    Musim kanak-kanak dan remaja yang kesunyian dirumah akibat sekolah bercuti
2.    Musim kenduri bertunang, kahwin & khatan
3.    Musim orang ramai mengambil lesen kenderaan
4.    Musim orang ramai menghabiskan sisa-sisa cuti mereka bersama keluarga
5.    Musim hujan (tengkujuh)
6.    Musim "karnival membeli belah"
7.    Musim kembali ke sekolah

Sebenarnya hari ini saya mahu membicarakan satu tajuk yang penting kepada anda semua terutamanya kepada mereka yang berminat didalam bidang keusahawanan runcit. "Peka dan bijak meneka hari dan musim" merupakan satu naluri semulajadi seorang usahawan prihatin dan hebat!  
 
Pernahkah anda melihat layang-layang dijual secara besar-besaran ketika musim tengkujuh di pantai timur Malaysia? lemang & ketupat dijual secara besar-besaran ketika perayaan depavali? dan promosi raket badminton sehingga 90% ketika demam bola sepak piala dunia sedang menggila? 

Dan tahukah anda jualan payung meningkat ketika musim hujan? jualan kereta meningkat ketika musim perayaan? Jualan marjerin dan buku resipi meningkat ketika bulan ramadhan? 

Merujuk kepada contoh-contoh diatas, anda akan dapat melihat jumlah jualan sesuatu barang akan meningkat dan merosot mengikut musim-musim tertentu. Mengapa hal ini berlaku? hal ini berlaku kerana beberapa sebab seperti fungsi dan tujuan sesuatu barangan dibuat dan dibangunkan.

Melihat kepada pola diatas, kebiasaanya pihak usahawan dan peniaga yang peka terhadap beberapa "musim" yang berkaitan dengan perniagaan mereka akan merancang beberapa aktiviti dan promosi dengan menambah stok produk yang berkaitan dengan "musim" tersebut. 

Saya sendiri di PNN telah merangka beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan tujuh "musim" yang disebutkan diatas.Ketika musim-musim ini berlansung, saya turut giat mempromosi kempen promosi yang berkaitan.



1.    Musim kanak-kanak dan remaja yang kesunyian dirumah akibat sekolah bercuti- tambah stok novel remaja & kanak-kanak
2.    Musim kenduri bertunang, kahwin & khatan- tambah stok al-quran & terjemahan versi mewah, buku yg berkaitan dengan hadiah di musim perkahwinan.
3.    Musim orang ramai mengambil lesen kenderaan- stiker L & P
4.    Musim orang ramai menghabiskan sisa-sisa cuti mereka bersama keluarga- tambah koleksi novel
5.    Musim hujan (tengkujuh)- err... rawang xkene tengkujuh & saya xjual payung
6.    Musim "karnival membeli belah"- promosi utk semua buku & alat tulis
7.    Musim kembali ke sekolah- semestinya saya turut serta! promosi buku & alat tulis!!!


Kesimpulannya, usahawan harus peka dan bijak meneka musim dengan bijak!


BERSAMA KAMI MENYOKONG USAHAWAN MUSLIM.. KAYA IMAN DAN KAYA WANG!

( SAYA SUKA AYAT TU, KATA-KATA DARI SAUDARA SAAT SULAIMAN DRI BUKU USAHAWAN MUSLIM!





4.

Sunday, December 19, 2010

Plz kaum ibu, jangan susukan anak anda dikhalayak ramai

Assalamualaikum wth..

Hari ini saya akan berkongsi satu kisah yang saya rasakan sudah semakin kronik dikalangan wanita bergelar ibu.

Tiga hari lalu, ada sepasang suami isteri muda berbangsa melayu bersama bayi mereka yang masih kecil datang kekedai saya. Alhamdulillah, sememangnya setiap pelanggan yang datang kekedai saya akan melayani mereka seperti raja, tambahan pula bayi mereka yang sangat comel.

Ketika si ibu sedang asyik membelek buku, tiba-tiba bayikecil mereka menangis. 

Cuba anda teka apa yang berlaku dan bayangkan apa yang si ibu lakukan? Tanpa sedikit rasa malu, si ibu terus menyingkap bajunya untuk menyusukan anaknya! Dan menutup bahagian yang terdedah itu dengan tudung singkat yang sedang dipakainya dan meneruskan untuk membelek buku! Walaupun si ibu dapat menyembunyikan payudaranya dengan sedikit ruang dari tudung kepala yang sedang dipakainya, namun perutnya sedikit kelihatan!
 

Wahai wanita yang bergelar ibu @ bakal bergelar ibu diluar sana! Saya sebenarnya sangat menggalakkan penyusuan susu ibu oleh baby secara eksklusif, namun hormatilah privasi kami... Berlarilah sebentar ke tempat yang dikhususkan, jika tiada larilah sebentar ke kereta anda @ mencari sudut2 yang agak tersembunyi.

P/s: perhatian juga kpd para bapa dan juga bakal bapa... tanggungjawab anda mengingtkan ttg aurat mereka

anda teka, apa yang lakukan? 4.

Rayyan Fantasi- Ramlee Awang Murshid (beli online disini)



Tajuk : Rayyan Fantasi
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-615-3
Mukasurat : 512 Halaman

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
4.

Aku terima nikahnya oleh Hasrizal Abdul Jamil

 




Tajuk : Aku Terima Nikahnya
Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-189-6
Mukasurat : 227 Halaman

KLIK DISINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE

Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.

Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.

Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.
4.

Saturday, December 18, 2010

Friday, December 17, 2010

Bercuti- Kedah & Perlis!

Assalamualaikum wth..

Sebentar lagi selepas mgrib, saya akan bertolak ke utara tanah air.. @ lebih tepat lagi ke Sungai Petani (cinta sayang 1 hari), Pulau Lagenda (1 hari) dan perlis & UUM tercinta yang tidak pernah saya jejaki lagi sejak konvo tahun 2002 yang lalu..

Doakan kami selamat tiba dan kembali ke bumi Rawang..

Buat semua staff PNN, big bos xde ni buat keje baik2 tau...


4.

Thursday, December 16, 2010

Senarai buku terlaris di PNN minggu ini

  1. Nasib melayu di bumi melayu_ Ridhuan Tee
  2. 70 Amalan benteng: Diri, keluarga dan kediaman- Ust Sharhan
  3. Masih setia- Aisya Sofea
  4. La Tahzan- Dr Aidh Abdullah
  5. Aku terima nikahnya- Hasrizal Abdul Jamil
  6. Al-Quran- Al-hidayah
  7. Indahnya amalan doa-Dr Ismail Kamus
  8. Bumi cinta- Habiburrahman
  9. Armagedon 2012- Mohd Alexander
  10. Indahnya hidup bersyariat- Dr Ismail Kamus
4.

Tafakur - Zikraa

,
lirik>

4.

Wednesday, December 15, 2010

Bersemangat pada permulaan hari dan terus kekal bersemangat

Assalamualaikum WTH..

Bagaimana caranya untuk kita bersemangat ketika memulakan hari dan terus kekal bersemangat? Wah.. Sejujurnya tajuk diatas sememangnya tajuk yang saya sangat gemari. Sebagai seorang usahawan muslim yang bekerja didalam didalam sektor yang menuntut saya untuk bekerja dalam tempoh 16 jam sehari di dalam situasi tertekan menyebabkan saya memerlukan sesuatu motivasi yang membolehkan saya terus bersemangat sepanjang hari.

Disini saya berkongsi dengan kalian semua beberapa tips yang saya amalkan untuk terus kekal bersemangat pada awal hari dan terus kekal:

1. Mengamalkan suruhan Allah SWT dan meninggalkan apa yang di larang

2. Solat sunat dhuha Dan Surah Al-Waqiah
Percayakah anda, (dengan izin Allah) semangat saya dipupuk oleh rahsia kelebihan mengamalkan solat sunat dhuha dan membaca surah Al-waqiah secara konsistan? Alhamdulillah, walaupun saya hanya mula mengamalkan amalan ini selama setahun lebih, semangat saya untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya dirangsang hebat oleh dua amalan ini. Sejujurnya kedua-dua amalan ini seakan mempunyai aura yang yang hebat untuk meransang saya untuk mencapai niat dan matlamat saya ketika menceburi bidang keusahawanan ini.
4.

Tuesday, December 14, 2010

Membina networking usahawan muslim

Dalam apa jua perniagaan, pembinaan jaringan @ networking perniagaan merupakan antara perkara penting. Jaringan @ networking perniagaan adalah satu bentuk rantaian hubungan diantara pengusaha perniagaan bersama sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada keberlansungan perniagaan yang sedang dijalankan oleh pihak usahawan.

1. Jaringan teman dan ahli keluarga
2. Jaringan pembekal
3. Jaringan pelanggan baru
4. Jaringan pertubuhan @ kumpulan

 *******************************************************************
1. Jaringan teman dan ahli keluarga
 Jika anda merenung kembali kepada perkembangan agama islam yang dibawa oleh Jungjungan besar Nabi Muhammad SAW, anda akan mendapati Nabi Muhammad SAW pada permulaan islam telah menyebarkan dakwahnya secara kecil-kecilan dan bersembunyi dengan berdakwah kepada kaum keluarganya yang dimulai oleh isterinya dan kaum keluarganya yang terdekat  sebelum diperluaskan dengan teman-teman baiknya sebelum diperintahkan oleh Allah agar berdakwah secara terang-terangan.

4.

Malique - Layu





"SESUNGGUHNYA...
TIDAK ADA YG LEBIH MENYAYAT DARI MELIHAT BANGSAKU DIJAJAH...
TIDAK ADA YG LEBIH MENYEDIHKAN DARI MEMBIARKAN BANGSAKU DIHINA

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI
KERANA HANYA YANG CEKAL & TABAH 
DAPAT MEMBINA MERCU TANDA BANGSANYA YANG BERJAYA!

********************************************************** 

Hm, mengalir juga air mata ni bila menghayati lagu yg pertama kali saya dengar. Sememangnya selain agama islam yang saya cintai ini, saya sangat sayangkan bangsa saya. Memang sedih apabila melihat teman dan anak bangsa saya merempat di negara sendiri...
Ayuh kita bangun bersama-sama membentuk kembali kekuatan agama dan bangsa yang sayang ini! 

Sejujurnya saya hanya melihat ada tiga perkara sahaja yang dapat menyatukan kekuatan agama dan bangsa melayu:
  1. kekuatan agama
  2. kekuatan ekonomi
  3. kekuatan pelajaran
  4. kekuatan politik
1. Kekuatan agama? 
80% daripada orang islam-melayu TIDAK solat penuh lima waktu. Ini belum ditambah lagi dengan ibadah-ibadah wajib yang lain. Bagaimana kalian mahu membentuk kekuatan diri apabila amanah Allah diabaikan? Sedangkan bangsa kita merupakan bangsa yang sentiasa hanya laparkan hiburan duniawi?

2. Kekuatan ekonomi?
Bina kekuatan ekonomi bagaimana sekiranya diri kita sendiri tidak menyokong perjuangan usahwan muslim? Bangsa saya tidak bangga mempunyai rangkaian perniagaan milik bangsa mereka sendiri. Malah 'orang' yang membunuh perniagaan bangsa melayu adalah bangsa melayu sendiri.

3. kekuatan pelajaran
Alhamdulillah, dari segi ini saya agak berbangga dengan keupayaan kalian walaupun terdapat segelintir teman seagama dan sebangsa saya ini belajar hanya untuk lulus periksa.

4. kekuatan politik?
Orang kita terlalu gemar politik 24 jam sehingga semua benda mahu dikaitkan dengan politik. Malah anda sanggup memulaukan perniagaan teman seagama dan sebangsa  semata-mata kerana perbezaan politik. Anda mahu mengislamkan politik @ mempolitikan islam?

Ikhlaskan perjuangan kita.. demi kemajuan agama, bangsa, diri sendiri dan keluarga tercinta..
4.

Monday, December 13, 2010

Saujana - Jika Terakhir Buatku

,

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
 
Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
 
Oh Tuhan
Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

4.

Subuh Yang Terakhir - Rabbani.wmv

;

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan

Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir....

*******************************************************************************
Apakah kita sudah bersedia untuk subuh terakhir? atau mungkinkah kita tidak akan menemui subuh esok hari? bagaimana dengan bekalan kita? 
hutang-hutang kita sudah terbayarkah? 
Apakah kesalahan kita semua sudah dimaafkan?
4.

Hari yang indah?

Assalamualaikum WTH...

Petang tadi tepat pukul 2.30. Ada seorang ibu muda dalam lingkungan umur30-an masuk kedai saya bersama-sama dua orang anak kecil perempuan. Biasala kalau budak-budak kecil masuk ke kedai buku, mereka ni akan membongkar segala majalah berkaitan kanak-kanak, membelek buku pra-sekolah dan berlari-lari didalam kedai.

Tetiba si kakak menjerit kepada ibunya..

"Mama, adik terkencing!"

Hehe... Apabila saya mendengar ayat tu di meja kaunter, saya terus menjeling kepada sepupu saya (yg datang menolong saya sempena cuti sekolah ni).. "Hang amik mop, bersihkan.... " kata saya menggunakan kuasa veto yang saya miliki..

Ibu kepada kanak-kanak itu berjalan pantas menuju kepada anaknya. sambil meminta maaf kepada saya, si ibu meminta saya kain untuk membantu membersihkan "...." anaknya itu. Saya hanya tersenyum apabila sepupu saya itu datang membawa mop. 

"Takpela kak, bukan perkara besar pun.. , " balas saya sambil tersenyum walaupun sebenarnya inilah kali pertama saya mengalami masalah seperti ini. Perkara luar jangka ini kita tak boleh marah pelanggan kerana gaji kami dibayar oleh mereka.

Selepas itu, si ibu terus membayar buku yang telah dipilihnya sebentar tadi sambil mulutnya tidak berhenti-henti memohon maaf. Si kecil yang terkencing tadi pun hanya tertunduk sahaja.  Samada dia malu kerana perbuatannya dilihat hampir 12 orang pelanggan lain yang berada di dalam kedai saya ataupun mungkin dia takut dimarahi ibunya kerana "terlepas" tanpa sedar dikhalayak ramai!

Sebelum si ibu keluar dari kedai, saya sempat menghulurkan satu jajan mentos kepada anak kecil itu serta paper terpakai dan sehelai plastik besar bertujuan untuk mengelakkan najis terkena dan meresap di kusyen kereta mereka.

Setelah mereka keluar dari kedai, sepupu saya bersama seorang staff bertungkus lumus mengemop lantai sebanyak 4 kali. Erk.. mengapa sampai 4 kali? sebab saya sedikit cerewet berkenaan kebersihan, kesucian dari najis... Sbb saya takut solat @ ibadah kami tidak sah disebabkan tempias najis. (Latihan usahawan mereka pada hari ini ialah membersihkan najis.. hehe.. dan upahnya saya telah membelikan mereka Pizza chezzy)

P/s.. : kepada ibu bapa yang baru 'memisahkan" anak anda dari pampers.. pastikan anda ringan mulut untuk bertanya tentang 'toilet' setiap sejam esp jika kalian semua berada diluar untuk mengelakkan kejadian diatas berlaku.. Dan pastikan anda sentiasa membawa pakaian spare untuk mereka..

(gambar ni xde kene mengena dgn kisah diatas...)

4.

Saturday, December 11, 2010

Musim cuti sekolah = musim melatih anak buah belajar berniaga

Assalamualaikum WTH..

Musim cuti sekolah datang lagi! Alhamdulillah, sebenarnya ada beberapa perkara yang saya suka apabila musim sekolah tiba.

Selain menerima kunjungan lebih ramai pelanggan pada masa ini, musim cuti sekolah adalah masa yang sangat sesuai untuk saya mengangkut empat orang anak buah saya dan juga sepupu yang juga tinggal di sekitar pekan Rawang ini untuk membantu saya di kedai.

Sebenarnya idea untuk 'mengangkut' mereka semua ini adalah idea spontan oleh ibu bapa mereka sendiri untuk melatih anak mereka berdikari dan belajar mengenai ilmu keusahawanan disamping mengelakkan mereka terdedah di dalam pergaualan sosial yang tidak sihat sepanjang tempoh cuti sekolah ini (sebenarnya saya juga mendapat keuntungan melalui jumlah tenaga secara percuma! hehe... tapi saya tetap akan memberi sedikit saguhati kepada mereka semua).

Selain dapat memenuhi masa lapang mereka sepanjang tempoh cuti sekolah ini, mereka ini bertindak sebagai promoter sambilan terutamanya dikalangan teman-teman sekolah mereka. Nah, disini wujud situasi menang-menang.. saya bayar upah mereka dan mereka akan membantu saya di PNN dan membantu mempromosi PNN secara tidak lansung..

Buat anak-anak buah dan sepupuku.. Moga apa yang kalian nampak pada hari ini akan membuka minda kalian untuk sama-sama menceburi diri sebagai usahawan kelak... AMIN


BERSAMA-SAMA KAMI UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK 'BERCITA-CITA" MENJADI USAHAWAN MUSLIM YANG BERJAYA  SEHEBAT NABI MUHAMMAD SAW & SAIDINA ABDUL RAHMAN AUF..

AMIN YA ALLAH!



4.

Friday, December 10, 2010

Detik Sakaratul Maut .

,
Entah mengapa pagi ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua satu kisah mengenai detik-detik kematian.
Kira-kira enam tahun lalu semasa saya sedang menerima rawatan kecemasan  di wad ICU, HKL akibat satu kemalangan jalan raya. Terdapat satu pasangan remaja berketurunan melayu laki-laki berusia didalam lingkuang awal 20-an yang turut menerima rawatan kecemasan. Namun kondisi mangsa sangat teruk dimana tangan salah mereka hampir terputus dan kecederaan dalaman yang mungkin kronik kerana saya melihat darah tidak berhenti-henti mengalir keluar daripada hidung dan telinga mangsa.

Melihat keadaan mangsa yang semakin hampir dengan kematian, para doktor dan pembantu perubatan bertungkus lumus membantu mangsa. Namun setelah beberapa ketika, saya melihat seorang doktor merapatkan mulutnya ditelinga salah seorang mangsa untuk mengajarkan kalimah syahadah.

MasyaAllah, apa yang saya lihat, mangsa yang sedang dalam kesakitan menghadapi maut itu menolak dengan kuat kepala doktor yang sedang mendengarkan kalimah syahadah itu dengan tangannya sambil kepalanya pula seakan melarikan kepalanya daripada mulut doktor itu. Selang beberapa saat kemudian, kedua-dua mangsa akhirnya menghembuskan nafas mereka yang terakhir.

Detik itu juga saya melihat air mata doktor itu mengalir perlahan. Saya yang juga pada ketika itu sedang menangggung kesakitan juga turut menangis. Sebenarnya inilah kali pertama saya melihat detik sakaratul maut.

Hasil perbualan saya dengan seorang jururawat bertugas, kedua-dua mangsa itu meninggal kerana kecederaan dalaman yang agak kronik akibat kemalangan jalan raya. Namun yang menyedihkan saya ketika itu ialah, saya diberitahu kedua-dua mangsa mengalami kemalangan ketika memandu dalam keadaan mabuk dan sedang memakai rantai emas!

Saya tak mahu anda membuat kesimpulan tentang "arah" mangsa selepas mati. kerana kita sendiri tidak mengetahui nasib kita kelak. Disini saya cuma ingin berkongsi dengan anda semua detik kematian pertama yang pernah saya saksikan secara "live".

Cuma yang terdetik didalam fikiran saya ialah mengapa mangsa menolak kepala doktor yang mahu membacakan kalimah syahadah ditelinganya dan menggeleng-gelengkan kepalanya ketika doktor itu mahu mengajarkan kalimah syahadah?

MATI ITU DEKAT KEPADA YANG HIDUP, BERAMALAH SEPERTI KITA AKAN MATI HARI ESOK, DAN KUMPULAH HARTA SEPERTI KITA AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI.
BUATLAH APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN DIDUNIA INI..
TAPI INGATLAH, SYURGA DAN NERAKA ITU WUJUD!!

4.

Tidur ketika khutbah jumaat..

Assalamualaikum WTH..

Hm.. Entah mengapa hari jumaat pertama untuk tahun baru ini hati saya begitu sedih melihat teman-teman sejantina saya yang tidur semasa khutbah sedang dibacakan. 

Walaupun pada hukumnya tidur ketika khutbah jumaat sedang dibacakan tidak akan membatalkan syarat sah solat jumaat seseorang itu (mungkin boleh juga terbatal sekiranya terkentut tanpa sedar dll). Namun kebelakangan ini saya melihat tabiat ini semakin teruk. 

Walaupun harini saya hanya bersolat di saf no 3, saya dapat melihat hampir beberapa insan dihadapan saya yang terlelap dan tersengguk-sengguk semasa khatib sedang membaca khutbah. Malah ada seorang 'pak cik' terus tidur sehingga bilal selesai membacakan iqamah!
Sebenarnya harini saya ingin menegur diri saya sendiri dan teman-teman sejantina dengan saya diluar sana agar tetapkanlah hati untuk mendengar khutbah yang disampaikan. agar tujuan kita bersolat jumaat ini mendapat keredhaan yang maximum dari Allah SWT. Disini juga saya menyediakan tip-tip bagi mengurangkan rasa mengantuk semasa khutbah sedang berlangsung:
  1. Elakkan memakan makanan berat sebelum solat jumaat
  2. Tidur sebentar sebelum ke masjid
  3. Menumpukan sepenuh perhatian kepada pihak khatib sambil mengambil catatan
  4. Mengusap @ mengurut tumit kaki dengan kadar yang sederhana..
P/s: sebenarnya tidur ketika khatib sedang membaca khutbah itu lebih mulia daripada mereka yang leka berSMS, berbual di luar masjid, menikmati juadah makan tengah hari di gerai berhampiran masjid?(dah iqamah baru berlari2 mencari ruang solat),menghisap rokok dikawasan parking motorsikal dan paling teruk sekali ialah mereka yang sedang enak tidur di pejabat dan dirumah!
4.

Thursday, December 9, 2010

Terang Bulan





Assalamualaikum WTH..

Tiba-tiba pagi ke 100 saya mula berblog ni saya seakan mendapat satu semangat patriotik yang hebat.

HM.. kalian semua pernah mendengar melodi asal lagu terang bulan yang dikatakan menjadi asas melodi untuk Lagu Negaraku yang merupakan lagu kebangsaan Negara malaysia?

Sebenarnya ada beberapa pendapat yang menimbulkan beberapa polemik mengenai melodi asal lagu ini. Melodi asal lagu ini dikatakan berasal dari Mahe, yang terletak di Kepulauan Seychelles. Namun, melodi ini hanyalah sekadar melodi tanpa lirik.
Erk.. sebenarnya saya dah lupa apa yang saya belajar semasa mengambil subjek Pengajian Melayu dahulu..

Cubalah kalian mendengar melodi lagu ini yang dikatakan mempunyai asas melodi lagu negaraku itu..

SELAMAT BERPATRIOTIK!!


Terang bulan, terang di pinggir kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati

Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Memotong padi semua orang
Sedari pagi sampai petang

Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Bersenang hati sambil bersuka
Tolonglah kami bersama sama

4.

Rahsia Surah Dhuha



,

"Demi waktu dhuha (ketika matahari naik tinggi segalah). Dan demi waktu malam apabila telah sunyi.  Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (wahai Muhammad) dan tidak pula membencimu. Dan sesungguhnya  yang kemudian itu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya kelak Tuhanmu pasti  akan memberikan kurniaan-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas. Bukankah dia mendapati dirimu sebagai seorang yatim piatu, lalu la melindungimu. Dan didapatiNya engkau sebagai seorang yang bingung ,  lalu Ia memberikan petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan , lalu dia memberikan kecukupan. Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya. Dan terhadap nikmat tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
 (Surah Dhuha ayat 1-11)

***********************************************************
Surah dhuha merupakan surah yang digalakkan untuk kita membacanya ketika melakukan solat sunat dhuha. Berdasarkan kepada terjemahan surah dhuha diatas, Allah telah menegaskan dengan bersumpah "DEMI WAKTU DHUHA & DEMI WAKTU MALAM APABILA TELAH SUNYI". Mengapa Allah bersumpah demi waktu itu?

Kebiasannya setiap ayat yang Allah jadikan sebagai "sumpah" mempunyai beberapa kepentingan istimewa yang seharusnya direbut oleh setiap muslim. Dua waktu yang disebutkan didalam ayat diatas ini merupakan saat-saat terbaik Allah untuk menurunkan kurniaanya. Pada ketika ini kebiasaanya, manusia sedang khusuk melakukan pekerjaan mereka dan juga sedang enak dibuai mimpi.

Alhamdulillah, sangat beruntunglah mereka yang mendapat kurniaan Allah pada waktu itu!


4.

Mengurus kejayaan

Keusahawanan bukanlah satu bidang yang menjanjikan kejayaan dan kekayaan secara drastik kepada semua pengusahanya. Keusahawanan adalah satu bidang yang memiliki nilai seni yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Dalam bidang keusahawanan muslim, kejayaan dan keuntungan haruslah ditangani dengan penuh berhemah. Hal ini penting kerana bidang ini bukanlah satu bidang yang menjanjikan kejayaan sepanjang masa. Sebaiknya, usahawan muslim haruslah bijak menggunakan  nilai "kejayaan dan keuntungan" yang diperolehi pada masa "mewah" sebagai pelan kontigensi pada musim-musim "sejuk".

Sepanjang pemerhatian saya kepada teman-teman usahawan yang terlalu ghairah mengejar kejayaan yang jatuh tersungkur kerana gagal menguruskan kejayaandan tamak. Sebenarnya sifat "tamak' itu merupakan satu sifat yang bagus untuk usahawan, namun begitu sifat 'tamak" ini haruslah seimbang dengan kekuatan perniagaan.

Ada beberapa punca kegagalan perniagaan yang saya perhatikan dikalangan para usahawan i ini kerana kegagalan pengurusan seperti:
  1. Gagal membezakan pendapatan syarikat dengan gaji mereka
  2. Terlalu asyik mengumpul aset 'kekal"
  3. Terlalu awal membeli aset syarikat yang tidak perlu
  4. Gagal didalam pengurusan harta
  5. kecairan tunai di tangan",
  6. perbelanjaan terhadap hiburan
  7. kekuatan masa dan pelbagai lagi.

Disini saya ingin berkongsi cerita mengenai "pengurusan kejayaan" seorang teman saya yang menceburi perniagaan jenis 'kontrak' didalam sektor pembinaan. Beliau memulakan perniagaan dengan wang modal ditangan sebanyak RM300k. Pengalaman bekerja sebagai juruteknik di sebuah majlis bandaraya di selatan membolehkan beliau mudah mendapat projek-projek.

Pada 2 tahun pertama memulakan perniagaan itu, beliau telah mendapat banyak projek bernilai puluhan ribu hinggalah ke ratusan ribu ringgit. Namun begitu, kejayaan yang dimilikinya didalam tempoh dua tahun ini disia-siakan dengan dengan berhibur, membeli kereta mewah dan membeli lot kedai.

Pada tahun ketiga perniagaan, beliau mula menghadapi masalah kerana ketiadaan tunai yang cukup bagi membiayai projek baru. Wang keuntungan projek sebelum ini telah dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah. Sememangnya aset seperti pembelian lot kedaimerupakan satu bentuk pelaburan yang bijak, namun begitu kesilapan beliau membeli aset itu terlalu awal menyebabkan beliau tidak memiliki kecairan tunai yang cukup untuk membiayai projek-projek baru. Hal ini ditambah lagi dengan sikap suka berhibur dan suka menunjuk-nunjuk beliau.

Beliau akhirnya mengalah apabila projek-projek yang telah dijalankan masih tidak mendapat bayaran setelah beberapa bulan berlalu sedangkan projek yang sedang dijalankan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Keuntungan besar yang didapati daripada projek terdahulu tidak digunakan sebagai pelan kecemasan tetapi terus dilaburkan kedalam projek yang lain dan dihabiskan untuk kegiatan hiburan yang keterlaluan. Akhirnya, beliau terpaksa melepaskan sedikit demi sedikit aset yang dimiliki untuk menjalankan projek baru.

p/s: saya tak menyatakan pembeliaan aset seperti pembelian lot kedai merupakan satu tindakan yang salah. cuma sebagai usahawan, anda haruslah bijak menguruskan keuntungan syarikat terlebih dahulu. pembelian aset bernilai mega seperti ini hanya layak dilakukan setelah perniagaan anda benar-benar stabil. Tambahan pula aset ini bukanlah sesuatu yang bersifat cair dan mungkin akan mengganggu sekiranya anda tidak memiliki tunai yang mencukupi.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak-anakmu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang melakukan sedemikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi," Surah Al-Munafikun ayat 9



4.

Monday, December 6, 2010

Selamat Ulangtahun PNN yg ke-3

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rezeki dan kurniaanya hari ini PNN menyambut hari ulangtahun penubuhan PNN yang ke-3. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini pihak kami di PNN banyak belajar selok belok perniagaan. 

Insyaallah, pada tahun ini pihak kami berazam untuk melebarkan lagi sayap perniagaan kami agar lebih berdaya maju dan dapat bersaing secara sihat dengan para pesaing kami di bumi Selangor yang bertuah ini. Insyaallah juga, kami sangat -sangat berhasrat untuk membuka lebih banyak lagi cawangan-cawangan baru PNN dalam tempoh masa terdekat ini. MOGA DIMAKBULKAN. AMIN YA ALLAH!

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya titipkan kepada para pelanggan setia kami  dan juga kepada teman-teman semua blogger semua kerana sudi mendoakan kejayaan kami  Ddi PNN. Jasa dan bakti kalian amat saya hargai! Semoga PNN dapat menjadi kedai buku dan alat tulis muslim yang berjaya!

Ayuh semua teman seagamaku! kita bangkit bersama-sama untuk menaikkan maruah agama islam dengan menaikkan kekuatan rohani, jasmani dan ekonomi umat islam semua. Bersama-sama kami untuk menyokong perjuangan usahawan muslim!

USAHAWAN MUSLIM: KAYA IMAN & KAYA WANG!

SALAM MAAL HIJRAH JUGA UTK SEMUA..


4.

Saturday, December 4, 2010

Hikmah musibah & TAKDIR, BAKAT VS MINAT

Kisah ini saya coretkan sekadar untuk berkongsi pengalaman mengenai insan yang pernah hampir kecewa dalam hidupnya namun kembali bangkit setelah menyedari impiannya masih belum tercapai dan menyedari KASIH SAYANG ALLAH KPDNYA MASIH UTUH!

Setelah menamatkan pengajian di UUM, saya mendapat tawaran untuk bekerja sebagai RA (research assisstant) di sebuah IPT terkenal yang terletak di pinggir Lembah Klang. Alhamdulillah, rezeki saya agak murah ketika itu, ketika kawan-kawan yang lain sibuk mengusung ijazah mereka mencari kerja di zaman kejatuhan ekonomi. Saya telah berjaya mendapatkan kerja hanya dengan percubaan pertama.

Bekerja dalam situasi yang sibuk serta terpaksa berkejar menjelajahi seluruh pelusuk tanah air untuk memenuhi tuntutan kerja tidak pernah sekalipun melalaikan saya untuk membuka perniagaan sendiri. Hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sentiasa mekar dan terus berkembang mewarnai mimpi saya setiap hari.

Memulakan perniagaan sendiri bukanlah sesuatu urusan yang mudah. Seringkali masyarakat bertanya kepada saya, perkara apa yang mendorong saya untuk membuka peniagaan ini? Mungkin mereka beranggapan agak susah melihat remaja melayu menceburi bidang yang banyak dimonopoli oleh bangsa india muslim dan cina. Sebenarnya saya menceburi bidang perniagaan ini secara tidak dirancang dan memperjudikan nasib saya kepada Allah.

Pengaruh takdir, bakat dan minat menjadi faktor kekuatan kejayaan saya pada hari ini. Sejujurnya, saya memang tidak berhasrat untuk bekerja ‘makan gaji’ seumur hidup saya. Tetapi saya tidak menduga cara saya memulakan perniagaan ini bermula lebih awal dengan beberapa kisah sedih dan pedih. Kisah semua ini berlaku bermula pada tahun 2004.

Pada pukul 10.30 malam 26.7.2004 saya telah mengalami satu kemalangan motorsikal yang agak dahsyat di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Kemalangan itu telah mengakibatkan lengan kanan saya patah tiga manakala otot dibahagian lengan terkoyak teruk. Saya terpaksa terlantar di HKL selama seminggu setelah menjalani satu pembedahan memasukan plat titanium sepanjang hampir lima inci berserta 18 biji skru sebelum dipindahkan ke HSA. Kesan daripada kemalangan ini telah memaksa saya untuk mendapat medical leave selama 10 bulan.yang berakhir pada 20.4.2005.

“(iaitu)orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”  
Surah Al-Baqarah ayat 156

Saya masih lagi teringat lagi satu ayat yang saya ucapkan kepada seorang doktor pakar di HSA. Ketika itu saya ditemani oleh ayah dan bonda sedang menerima rawatan susulan disebabkan pergelangan tangan kanan saya tidak berfungsi lansung (wrist drop). Saya langsung tidak boleh menggerakkan pergelangan tangan saya itu walaupun jari-jari saya memberikan respon yang agak positif. Jika anda boleh bayangkan keadaan pergelangan tangan Allahyarham Saloma ketika menyanyikan lagu berirama twis, begitulah keadaan pergelangan tangan saya ketika itu.

“Doktor.. doktor rasa saya akan cacat tak? Jika saya cacat, saya sudah boleh terima kenyataan..,” 

“Saya tak mampu memberikan jawapan terbaik buat masa ini. Tapi saya kagum dengan semangat awak. Fokus pada fisioterapi dan teruskan berdoa,” jawap doktor itu sambil tersenyum, saya dapat melihat dengan jelas air mata doktor, nurse, ayah dan bonda itu bergenang.

Memang benar, saya sangat kecewa pada peringkat awalnya, maklumlah tangan kanan untuk seorang lelaki yang sedang meniti kerjaya sangat mahal harganya. Tambahan pula, pengalaman menyaksikan mangsa kejadian ‘patah lengan’ semasa terlantar di HKL menyebabkan saya selalu termenung sendiri, tiga daripada empat orang daripada mereka mengalami ‘kecut tangan’ atau tangan mereka akan kehilangan deria rasa sedikit demi sedikit dan akhirnya membawa kepada pengecutan otot sehingga menyebabkan tangan mereka kelihatan pendek dan terkulai. Saya sangat takutkan situasi ini, oleh itu, saya sering memerhatikan dihadapan cermin setiap hari selama beberapa jam untuk memastikan tangan kanan saya tidak menerima nasib yang sama seperti mereka.

Walaupun menerima medical leave yang panjang, tangan kanan saya tidak berfungsi dengan baik dalam masa itu, ibu jari saya sentiasa berada didalam keagaan tegang dan mudah lesu apabila terlalu kerap digunakan. Bahkan saya terpaksa tanpa rela untuk melepaskan jawatan sebagai RA yang disandang sejak dua tahun lalu dalam masa dua minggu selepas medical leave saya berakhir. Keputusan ini saya ambil kerana tidak mahu membebani rakan-rakan setugas yang terpaksa membantu menyiapkan kerja-kerja saya. Masakan tidak, kerja yang kebiasaanya mengambil masa sehari berkerja tidak mampu saya laksanakan dalam masa lima hari? Jika sehari dua mungkin teman-teman sekerja faham akan situasi saya ketika itu, tapi apabila hal ini berlanjutan selama seminggu ataupun sepuluh bulan? Teman-teman sekerja mula dingin kepada saya kerana terpaksa memikul beban kerja tambahan yang sepatutnya menjadi kerja saya sebelum ini. Tangan kanan saya tidak mampu untuk bekerja lasak seperti dulu.

Saya pasrah dengan takdir ini, namun saya bukanlah orang yang mudah berputus asa. Dalam masa itu, saya mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kerana menyedari keadaan fizikal saya tidak memungkinkan saya untuk bekerja makan gaji. Tambahan pula pada ketika ini saya masih lagi memerlukan rawatan susulan neurofisioterapi dan fisioterapi di hospital kerana pergelangan tangan saya masih lagi lemah akibat kesan kemalangan itu.

Setelah hampir setahun menjalani rawatan neurofisioterapi dan fisioterapi, tangan kanan saya hampir pulih walaupun saya anggarkan kekuatannya merosot hampir 60% daripada kekuatan asal. Tempoh setahun menjalani rawatan neurofisioterapi dan fisioterapi saya habisi masa saya dengan membantu ayah saya dikedai runcit miliknya dan juga membantu ibu di kantin. Dengan itu, saya dapat memanfaatkan masa saya untuk mengkaji selok belok bidang perniagaan. Walaupun perniagaan yang dimiliki ayah dan bonda berskala kecil, saya bersyukur kerana dengan izin Allah melalui kedai tersebut, kami sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang sederhana dan damai.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuat untuknya esok hari dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan Surah Al-Hasyr: 18
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji?” Surah Al-Ankabut 29:2

Dugaan yang datang kepada saya bukanlah alasan untuk saya menangis kecewa, saya merupakan insan positif yang sentiasa memburu dan laparkan kejayaan. Saya membulatkan tekad untuk menceburi bidang perniagaan! Menjadi OKU bukanlah alasan saya untuk gagal!

‘Saya belum mati lagi! Saya ada impian! Saya mahu jadi USAHAWAN MUSLIM BERGELAR JUTAWAN!!


Dan sekarang, saya sedang berada dilandasan yang saya cipta dengan izin Allah SWT. Doakan kejayaan saya wahai teman-teman semua... 


4.

Friday, December 3, 2010

Hadiah dari PTS

Hm..Pelik tak nama saya?








Assalamualaikum WTH..

Masih ingat lagi kisah saya memenangi kuiz mengulas novel remaja PTS? hehe.. hari ini hadianya sudah selamat tiba dikedai saya. Hadiahnya terdiri daripada 4 buah buku bernilai RM60.00 iaitu:

1. Armagedon 2012 
2. Mendidik anak perempuan ( Erkk.. saya pun tak tau kenapa orang hujang macam saya ni pilih buku ini,)
3. Himpunan wirid dan doa selepas sembahyang
4. Petua orang cemerlang

Hm... saya tidak berhasrat untuk membuat buku ini sebagai koleksi sebenarnya kerana semua buku-buku ini saya pernah baca. Jadinya, saya akan menjual semua buku-buku ini. 

Apa-apapun saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PTS kerana sudi memberi kemenangan kepada saya.. (dalam syarat peraduan tu tiada syarat untuk menghalang pemilik kedai buku untuk menyertai pertandingan ini ye.. hihi..)

TQ PTS! Insyaallah, saya akan mencuba nasib untuk pertandingan mengulas novel sejarah dan novel dewasa yang sedang berlangsung sekarang! Moga saya menang lagi! AMIN 4.

Wednesday, December 1, 2010

Usahawan yang memiliki matlamat, kejayaan akan menguasai nasibnya

Pernahkah anda perasan sebuah kedai runcit yang pernah anda masuki sepuluh tahun lalu masih berada didalam keadaan yang sama pada hari ini? Dan pernahkah anda memasuki sebuah kedai runcit biasa dan berubah menjadi sebuah pasaraya dalam tempoh beberapa tahun? Apakah perbezaan diantara mereka?

Hm.. sebenarnya kisah yang ingin saya ceritakan pada hari ini ialah sebuah kisah yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.

Pada tahun 2004, ketika itu saya bekerja di sebuah pasaraya di Daerah Batu Pahat. Bertugas sebagai pembantu pengurus dipasaraya ini membolehkan saya memiliki hubungan yang rapat dengan ramai usahawan-usahawan bertaraf kecil dan sederhana. Namun saya mengkagumi seorang anak muda yang ketika itu berusia awal 30-an yang memiliki perniagaan berteraskan penyediaan makanan, ketering dan restoran berasaskan nasi beriyani.

Perniagaan anak muda ini bermula disebuah warung kecil yang "dipacak" secara haram di sebuah simpang di Taman Soga, Batu Pahat, Johor. Percubaan beraninya untuk menjual "makanan kenduri kahwin" secara harian mencetuskan satu fenomena luar biasa di daerah ini.

Ketika perniagaanya anak muda ini bertambah maju, dia mencuba untuk berjumpa dengan pihak bank bagi membolehkan dirinya mengembangkan lagi perniagaan nasi beriyani yang sedang diusahakannya. Namun, harapannya hampa. Tiada pihak yang sudi membantunya.

Keadaan ini menyebabkan dirinya menetapkan azam untuk membesarkan perniagaan tanpa bantuan mana-mana pihak. Alhamdulillah, daripada 'warung pacak' yang didirikan sejak beberapa tahun lalu. Akhirnya anak muda ini mampu memiliki restoran di bangunan kedai lot tepi yang mampu menerima ratusan pelanggan pada sesuatu masa dan juga memiliki beberapa cawangan.

Percayakah anda jika saya menyatakan pelanggan berbilang bangsa restoran ini terpaksa beratur di luar restoren ini seawal pukul 9 pagi semata-mata mahu merasai keenakkan "nasi kenduri" ini?


Hm.. sebenarnya kisah yang saya sebut ini adalah kisah lama yang tersemat dihati saya dan beliau juga adalah antara usahawan awal yang mula mencuit hati saya untuk lebih bersemangat.
Berbicara dengan anak muda ini merupakan saat yang mengujakan saya. Anak muda ini tahu yang saya berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri. Oleh itu terlalu banyak tip-tip  berkaitan perniagaan dan keusahawanan yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih terbayangkan hasratnya untuk melihat lebih ramai usahawan baru muncul dikalangan teman seagama dan sebangsa dengannnya.

Kata-katanya yang paling tersemat didalam ingatan saya ialah > CIPTALAH MATLAMAT, DAN GAPAILAH IA.. JGN LUPA BERDOA DAN BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAINYA.

Anak muda yang saya maksudkan ialah Arwah Nizam, pengasas Restoran Beriyani Power yang cukup terkenal di Daerah Batu Pahat dan Malaysia amnya. Arwah ini meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Batu Pahat-Muar melibatkan kereta BMW miliknya..

Al-Fatihah dari sahabatmu > Azrai


Usahawan yang memiliki matlamat, kejayaan akan menguasai nasibnya

4.

Nazrey Johani - Wahai Kekasih




Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Dihati kami kaulah segalanya

*
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Diakhirat kita dah bersua..
****************************************************
Antara lagu yang boleh menyebabkan air mata saya mengalir deras...

4.

Menjelang hari ke 100 blog TUM pada 10 December ini..

Begitu pantas masa berlalu... dan harini merupakan hari yg ke-90 hari saya membuat blog ini. Alhamdulillah.. ilmu yg sedikit ini dapat saya kongsikan dengan kalian semua...

Alhamdulillah juga kerana sepanjang tempoh ini, saya juga mula belajar untuk bermuhasabah diri dengan membaca entri2 di blog-blog hebat karya kalian.

TQ semua..

Mari bersama -sama kami menyokong industri usahawan muslim!!


4.

Tuesday, November 30, 2010

kumohon dengan sangat...



...kumohon dengan sangat...

Allah, aku tidak meragukan kekuasaan-Mu..
Ombak dilautan-Mu yang tenang ini bisa seketika KAU buat jdi gelombang yg besar...
Dan menenggelamkan segala apapun yg mengapung diatasnya..
aku tidak meragukan-Mu!
Bahkan bila kau berkehendak..
kau juga bisa menerbitkan matahari terbit barat & tenggelam di timur...
TIADA YG SULIT BUAT-MU ALLAH!!!

Aku mmg baru belajar agama
Tapi aku juga hambamu kan?
Hambamu yg juga berhak memohon pertolongan-muJadi plz Allah,..
aku mohon dengan sangat...
MOHON DENGAN SANGAT...
MOHON DENGAN SANGAT..
...
 **************************
Hm.. filem kiamat sudah dekat ini memang antara filem kegemaran saya.. saya begitu kagum dgn jalan cerita filem ini. Dan yang paling penting saya saya menyukai VT diatas.
Berderau darah didalam tubuh saya ketika pertama kali mendengar VT ini.. Subhanallah, doa yang penuh dengan ratap rayuan seorang hamba ketika benar-benar mengharapkan pertolongan Allah! 
Subhanallah.. 
4.

Monday, November 29, 2010

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad



Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad (RM70k kebawah) sebenarnya agak sukar dilaksanakan walaupun ianya tidak mustahil dilakukan. Disini saya memberikan beberapa tips berkenaan kedai yang “agak” berkaitan perniagaan kedai buku dan alat tulis yang boleh juga anda ceburi sekiranya memang berminat dengan perniagaan yang berkaitan buku dan alat tulis ini.

1. kedai buku dan alat tulis mini
Kedai buku dan alat tulis mini ini sesuai dijalankan dipremis kedai yang memiliki keluasan yang terhad seperti lot-lot terminal teksi berukuran 10’ x 15’. Modal untuk membuka kiosk ini agak kecil iaitu sekitar RM50k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah dll) Namun kebiasaannya, kedai yang memiliki saiz ini terletak dikawasan mahal yang kadar sewanya boleh mencecah sehingga RM2k-RM6k sebulan. Oleh itu, anda perlu menumpukan jualan barangan yang bermargin tinggi iaitu diantara 20%-80% dan nilai jualan yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya pada kadar RM1k sehari.

2.Membuka kedai majalah
Membuka kedai majalah juga merupakan antara pilihan yang boleh diceburi anda jika memiliki modal terhad. Dengan kadar modal yang agak rendah iaitu sekitar RM30k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah). Namun begitu, anda yang memilih jenis perniagaan ini perlu menambah beberapa barangan sokongan untuk menampung perbelanjaan seperti makanan ringan dan perkhidmatan potostst kerana margin keuntungan menjual majalah sangat rendah iaitu sekitar 15% sahaja.

3. Kedai@booth@kiosk buku
Membuka booth & kiosk buku juga mempunyai modal yang agak kecil juga sama seperti membuka edai buku dan alat tulis mini. Masalah yang sering diterima oleh pekedai jenis ini ialah terlalu mengharapkan trafik pelanggan yang ramai diseseuatu tempat memandangkan kebiasaannya, pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tidak merancang untuk membeli buku. Oleh itu, lokasi jenis perniagaan ini sangat penting.

4. Kedai fotostat mini
Kedai fotostat juga adalah diantara kedai yang menawarkan pilihan modal awal yang agak rendah iaitu disekitar RM30K (dgn 2 mesin fotostat yg laju, deposit sewa, peralatan laminate, binding dll)-. Namun begitu untung perniagaan ini agak kurang dan memerlukan jualan dalam kuantiti yang banyak dan agak melecehkan. Kurangkan kesilapan ketika memfotostat & dapatkan kertas pada harga borong. Bayaran untuk perkhidmatan binding dan laminating perlu difokuskan kerana memiliki nilai keuntungan yang agak tinggi.

P/s: utk kedai fotostat saya mensarankan> menyewa mesin sekiranya perniagaan benar2 mantap kerana mesin anda akan digunakan secara total tanpa belas (sbb sewa mesin ada terma untuk membaiki mesin sekiranya rosak) atau pada peringkat awal, beli sahaja mesin recond dan PASTIKAN KOS COPY TIDAK MELEBIHI RM0.03 sen sehelai!!

5. Kedai alat tulis mini
Bagi mereka yang memilih untuk membuka kedai alat tulis mini pula, saya mencadangkan kepada mereka agar memilih kawasan yang memiliki bilangan trafik yang ramai kerana anda tidak mungkin mampu menampung perbelanjaan bulanan sekiranya anda hanya berjaya menjual 100 batang pen sehari! Anda memerlukan jumlah jualan yang tinggi dengan pembekalan alat tulis ketempat2 tertentu. Walaupun margin keuntungan barangan alat tulis agak tinggi namun nilainya adalah kecil. Kos awal bagi membuka kedai alat tuis mini ialah diantara RM20-RM70k bergantung kepada kepadatan barangan. (alat tulis memiliki terlalu banyak barang! Cthnya> anda tidak boleh menjual sejenis pen sahaja, sekurang-kurangnya mungkin 10 jenis, sejenis itu pun sudah memiliki beberapa kategori seperti mata 0.1, 0.7, 0.5 dan berdakwat biru, hitam dan merah...

6. Perniagaan menjual buku & alat tulis tanpa premis kedai
Hm.. ini merupakan kaedah terbaik untuk memiliki perniagaan walaupun tanpa premis kedai dan tiada kos awal kecuali pendaftaran syarikat dan profil syarikat. Kawan baik saya memiliki perniagaan jenis ini dan gajinya melebihi gaji saya! Bagaimana dia melakukan? Setiap hari dia akan mendaki sekurang-kurangnya sepuluh buah premis untuk menjual produk dari katelognya yang memfokuskan kepada perkhidmatan pembekalan sahaja. Kos yang dikeluarkan hanya jika pihak jabatan dan pejabat itu bersetuju untuk membeli buku atau pun alatb tulis yang akan dibekalkannya. (kebarangkalian untuk ditipu berkaitan dengan perniagaan ini sangat tinggi-berhati-hatilah)

7. Membuka kiosk di tapak2 ekspo dan karnival.....

8. MLM yg menjual buku.. (email saya utk mengetahui lebih lanjut azraay@gmail.com)
.............................................



SEKIRANYA ANDA HANYA MEMILIKI RM70K SAHAJA, SAYA TIDAK MENGGALAKKAN ANDA MEMBELANJAKAN WANG MELEBIHI NILAI RM50K UTK MEMBUKA PERNIAGAAN. MENGAPA? KERANA KITA TIDAK DAPAT MENJANGKA APA YANG BAKAL TERJADI PADA AWAL PERNIAGAAN. OLEH ITU, RM20K ITU AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI PELAN KONTIGENSI (PELAN KECEMASAN) SEKIRANYA PERNIAGAAN ANDA PADA AWAL PERNIGAAN AGAK SLOW. 

PERLU DIINGAT, 93% KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN BERLAKU PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN MEREKA! KECILKAN RISIKO & BESARKAN AZAM... DAN JANGAN LUPA BERDOA!

SETIAP URUSNIAGA PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN INI ADALAH BERBENTUK TUNAI SEHINGGA ANDA DIBERI KEISTIMEWAAN UNTUK MEMBUKA AKAUN DENGAN SYARIKAT PEMBEKAL UTK MEMBOLEHKAN ANDA MENERIMA TERMA BAYARAN YG TELAH DIPERSETUJUI (SEBULAN HINGGA TIGA BULAN)

Hm...
 Sbnrnya entri ini masih belum siap, tp disebabkan saya menerima banyak email berkenaan perkara ini, jadi saya publishkan juga..

Akan bersambung malam ini.. insyaallah..



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...