Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, December 1, 2010

Usahawan yang memiliki matlamat, kejayaan akan menguasai nasibnya

Pernahkah anda perasan sebuah kedai runcit yang pernah anda masuki sepuluh tahun lalu masih berada didalam keadaan yang sama pada hari ini? Dan pernahkah anda memasuki sebuah kedai runcit biasa dan berubah menjadi sebuah pasaraya dalam tempoh beberapa tahun? Apakah perbezaan diantara mereka?

Hm.. sebenarnya kisah yang ingin saya ceritakan pada hari ini ialah sebuah kisah yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.

Pada tahun 2004, ketika itu saya bekerja di sebuah pasaraya di Daerah Batu Pahat. Bertugas sebagai pembantu pengurus dipasaraya ini membolehkan saya memiliki hubungan yang rapat dengan ramai usahawan-usahawan bertaraf kecil dan sederhana. Namun saya mengkagumi seorang anak muda yang ketika itu berusia awal 30-an yang memiliki perniagaan berteraskan penyediaan makanan, ketering dan restoran berasaskan nasi beriyani.

Perniagaan anak muda ini bermula disebuah warung kecil yang "dipacak" secara haram di sebuah simpang di Taman Soga, Batu Pahat, Johor. Percubaan beraninya untuk menjual "makanan kenduri kahwin" secara harian mencetuskan satu fenomena luar biasa di daerah ini.

Ketika perniagaanya anak muda ini bertambah maju, dia mencuba untuk berjumpa dengan pihak bank bagi membolehkan dirinya mengembangkan lagi perniagaan nasi beriyani yang sedang diusahakannya. Namun, harapannya hampa. Tiada pihak yang sudi membantunya.

Keadaan ini menyebabkan dirinya menetapkan azam untuk membesarkan perniagaan tanpa bantuan mana-mana pihak. Alhamdulillah, daripada 'warung pacak' yang didirikan sejak beberapa tahun lalu. Akhirnya anak muda ini mampu memiliki restoran di bangunan kedai lot tepi yang mampu menerima ratusan pelanggan pada sesuatu masa dan juga memiliki beberapa cawangan.

Percayakah anda jika saya menyatakan pelanggan berbilang bangsa restoran ini terpaksa beratur di luar restoren ini seawal pukul 9 pagi semata-mata mahu merasai keenakkan "nasi kenduri" ini?


Hm.. sebenarnya kisah yang saya sebut ini adalah kisah lama yang tersemat dihati saya dan beliau juga adalah antara usahawan awal yang mula mencuit hati saya untuk lebih bersemangat.
Berbicara dengan anak muda ini merupakan saat yang mengujakan saya. Anak muda ini tahu yang saya berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri. Oleh itu terlalu banyak tip-tip  berkaitan perniagaan dan keusahawanan yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih terbayangkan hasratnya untuk melihat lebih ramai usahawan baru muncul dikalangan teman seagama dan sebangsa dengannnya.

Kata-katanya yang paling tersemat didalam ingatan saya ialah > CIPTALAH MATLAMAT, DAN GAPAILAH IA.. JGN LUPA BERDOA DAN BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAINYA.

Anak muda yang saya maksudkan ialah Arwah Nizam, pengasas Restoran Beriyani Power yang cukup terkenal di Daerah Batu Pahat dan Malaysia amnya. Arwah ini meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Batu Pahat-Muar melibatkan kereta BMW miliknya..

Al-Fatihah dari sahabatmu > Azrai


Usahawan yang memiliki matlamat, kejayaan akan menguasai nasibnya

4.

3 comments:

Normaliza said...

Al-fatihah untuk arwah..

Impian aku satu je..nak meniaga kat umah sambil tgk anak membesar depan mata..moga2 satu hari nanti akan tercapai..

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...

Best baca sbb sarat dgn motivasi . Cipta impian dan matlamat dan seterusnya mesti nak tahu cara capai diikuti usaha berterusan dan tawakal

cherita nan lalu said...

hehe blogs senyap2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...