Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, December 14, 2010

Membina networking usahawan muslim

Dalam apa jua perniagaan, pembinaan jaringan @ networking perniagaan merupakan antara perkara penting. Jaringan @ networking perniagaan adalah satu bentuk rantaian hubungan diantara pengusaha perniagaan bersama sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada keberlansungan perniagaan yang sedang dijalankan oleh pihak usahawan.

1. Jaringan teman dan ahli keluarga
2. Jaringan pembekal
3. Jaringan pelanggan baru
4. Jaringan pertubuhan @ kumpulan

 *******************************************************************
1. Jaringan teman dan ahli keluarga
 Jika anda merenung kembali kepada perkembangan agama islam yang dibawa oleh Jungjungan besar Nabi Muhammad SAW, anda akan mendapati Nabi Muhammad SAW pada permulaan islam telah menyebarkan dakwahnya secara kecil-kecilan dan bersembunyi dengan berdakwah kepada kaum keluarganya yang dimulai oleh isterinya dan kaum keluarganya yang terdekat  sebelum diperluaskan dengan teman-teman baiknya sebelum diperintahkan oleh Allah agar berdakwah secara terang-terangan.

Berdasarkan konteks keusahawanan muslim, peristiwa ini boleh diaplikasikan oleh pihak usahawan muslim untuk membina jaringan @ networking perniagaan anda kepada ahli keluarga terdekat sebelum diluaskan secara perlahan-lahan kepada teman-teman rapat. 

Mengapa perlu bermula secara perlahan @ awal? cuba anda bayangkan jika secara tiba-tiba Nabi Muhammad SAW diperintahkan oleh Allah untuk terus berdakwah secara terang-terangan ketika awal kenabian baginda? Mungkinkah masyarakat quraisy yang masih didalam zaman kegelapan akan terkejut, tersentak lalu bakal menimbulkan satu impak yang maha dasyat? 

Nah, disinilah indahnya islam mengajar kita semua untuk bermula secara sederhana. Secara logiknya, konsep memulakan promosi secara kecil-kecilan ini bakal memberikan kesan seperti berikut> 
> si isteri akan bercerita tentang perniagaan kita kepada ahli keluarga & temannya yang rapat,
> Teman rapat kita akan bercerita tentang perniagaan kita kepada ahli keluarga & temannya yang rapat,
> Teman rapat kpd teman rapat kita bercerita tentang perniagaan kita kepada ahli keluarga & temannya yang rapat,

Jika anda perhatikan rantaian diatas, anda akan dapat merasakan ada satu promosi yang berlangsung secara senyap dan tersusun. Bagaimana jika anda terus memulakan perniagaan secara mega dan menyebabkan kehadiran anda digeruni oleh bakal-bakal pesaing pesaing perniagaan anda? mungkinkah bakal menimbulkan satu impak terutamanya kepada penawaran harga, sabotaj dan lain-lain lagi?

 2. Jaringan pembekal
Dalam bidang keusahawanan, peranan pembekal sebagai jaringan utama tidak dapat dinafikan lagi. Mana mungkin wujud perniagaan sekiranya perniagaan anda tidak mempunyai pembekal yang berperanan sebagai pembekal bahan mentah kepada perniagaan kita?

Bagaimana membina jaringan perniagaan dengan pembekal? Oleh kerana kebergantungan pihak usahawan terhadap golongan pembekal ini, pihak usahawan muslim diwajibkan menjaga jaringan ini agar terus kekal segar dan suci. 

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan jaringan perniagaan seperti menjaga hati mereka dengan melayan mereka secara baik, membayar perkhidmatan dan barangan yang disediakan mengikut perjanjian, berterus terang terutamanya di dalam 'isu wang'

Jaringan ini sangat penting kerana dengan barangan yang dijual oleh pihak pembekallah akan memenuhi keperluan perniagaan kita. Oleh kerana pihak pembekal juga merupakan seorang manusia yang mempunyai "hati dan nafsu", sebarang hubungan buruk kepada mereka bakal menerima beberapa tindakan seperti > stok barangan akan disekat @ tidak dihantar mengikut jadual.

Walaupun hubungan ini sangat penting, saya menyarankan anda tidak begitu memanjakan pembekal dengan tawaran-tawaran pelik. Malah anda juga tidak digalakan untuk setia kepada hanya satu pembekal sahaja kerana kadang-kala pihak pembekal akan memanipulasikan harga sekiranya mereka tahu perniagaan kita bergantung 100% kepada mereka, malah bisnes anda juga boleh lingkup sekiranya mereka tiada stok yang kita perlukan sedangkan kita tidak ada pembekal lain selain mereka.

3. Jaringan pelanggan baru
Jaringan pelanggan baru merupakan lubuk pendapatan kepada pihak usahawan. Samada merupakan pelanggan runcit mahupun pelanggan pukal. Kehadiran mereka adalah sebagai raja kepada perniagaan kita.

Terdapat pelbagai kaedah yang biasa digunakan bagi menarik pelanggan baru agar setia kepada perniagaan kita seperti menawarkan diskaun ahli, kempen dan pelbagai lagi.

Melalui jaringan pelanggan baru ini, pihak usahawan akan dapat menonjolkan dan mempromosikan perniagaan mereka secara tidak lansung melalui kualiti perkhidmatan yang disediakan.


4. Jaringan pertubuhan @ kumpulan jemaah
Pembinaan jaringan perniagaan melalui jaringan pertubuhan @ kumpulan jemaah adalah satu usaha pihak usahawan untuk mengumpulkan jaringan perniagaan terutamanya yang memiliki matlamat dan misi yang sama dengan misi perniagaan mereka.

Antara jaringan pertubuhan yang sesuai disertai oleh pihak usahawan muslim ialah seperti dewan perniagaan islam, dewan perniagaan melayu, persatuan pengguna, persatuan penjual buku dan pelbagai lagi.

Melalui penyertaan pertubuhan ini, pihak usahawan akan dapat berkongsi cerita terbaru mengenai industri yang mereka ceburi. Malah melalui kaedah ini, pihak usahawan dapat berkongsi pendapat melalui forum yang dianjurkan, bersahabat dengan pihak pesaing yang secara tidak langsung bakal meningkatkan kualiti perkhidmatan.
4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...