Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, December 9, 2010

Mengurus kejayaan

Keusahawanan bukanlah satu bidang yang menjanjikan kejayaan dan kekayaan secara drastik kepada semua pengusahanya. Keusahawanan adalah satu bidang yang memiliki nilai seni yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Dalam bidang keusahawanan muslim, kejayaan dan keuntungan haruslah ditangani dengan penuh berhemah. Hal ini penting kerana bidang ini bukanlah satu bidang yang menjanjikan kejayaan sepanjang masa. Sebaiknya, usahawan muslim haruslah bijak menggunakan  nilai "kejayaan dan keuntungan" yang diperolehi pada masa "mewah" sebagai pelan kontigensi pada musim-musim "sejuk".

Sepanjang pemerhatian saya kepada teman-teman usahawan yang terlalu ghairah mengejar kejayaan yang jatuh tersungkur kerana gagal menguruskan kejayaandan tamak. Sebenarnya sifat "tamak' itu merupakan satu sifat yang bagus untuk usahawan, namun begitu sifat 'tamak" ini haruslah seimbang dengan kekuatan perniagaan.

Ada beberapa punca kegagalan perniagaan yang saya perhatikan dikalangan para usahawan i ini kerana kegagalan pengurusan seperti:
  1. Gagal membezakan pendapatan syarikat dengan gaji mereka
  2. Terlalu asyik mengumpul aset 'kekal"
  3. Terlalu awal membeli aset syarikat yang tidak perlu
  4. Gagal didalam pengurusan harta
  5. kecairan tunai di tangan",
  6. perbelanjaan terhadap hiburan
  7. kekuatan masa dan pelbagai lagi.

Disini saya ingin berkongsi cerita mengenai "pengurusan kejayaan" seorang teman saya yang menceburi perniagaan jenis 'kontrak' didalam sektor pembinaan. Beliau memulakan perniagaan dengan wang modal ditangan sebanyak RM300k. Pengalaman bekerja sebagai juruteknik di sebuah majlis bandaraya di selatan membolehkan beliau mudah mendapat projek-projek.

Pada 2 tahun pertama memulakan perniagaan itu, beliau telah mendapat banyak projek bernilai puluhan ribu hinggalah ke ratusan ribu ringgit. Namun begitu, kejayaan yang dimilikinya didalam tempoh dua tahun ini disia-siakan dengan dengan berhibur, membeli kereta mewah dan membeli lot kedai.

Pada tahun ketiga perniagaan, beliau mula menghadapi masalah kerana ketiadaan tunai yang cukup bagi membiayai projek baru. Wang keuntungan projek sebelum ini telah dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah. Sememangnya aset seperti pembelian lot kedaimerupakan satu bentuk pelaburan yang bijak, namun begitu kesilapan beliau membeli aset itu terlalu awal menyebabkan beliau tidak memiliki kecairan tunai yang cukup untuk membiayai projek-projek baru. Hal ini ditambah lagi dengan sikap suka berhibur dan suka menunjuk-nunjuk beliau.

Beliau akhirnya mengalah apabila projek-projek yang telah dijalankan masih tidak mendapat bayaran setelah beberapa bulan berlalu sedangkan projek yang sedang dijalankan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Keuntungan besar yang didapati daripada projek terdahulu tidak digunakan sebagai pelan kecemasan tetapi terus dilaburkan kedalam projek yang lain dan dihabiskan untuk kegiatan hiburan yang keterlaluan. Akhirnya, beliau terpaksa melepaskan sedikit demi sedikit aset yang dimiliki untuk menjalankan projek baru.

p/s: saya tak menyatakan pembeliaan aset seperti pembelian lot kedai merupakan satu tindakan yang salah. cuma sebagai usahawan, anda haruslah bijak menguruskan keuntungan syarikat terlebih dahulu. pembelian aset bernilai mega seperti ini hanya layak dilakukan setelah perniagaan anda benar-benar stabil. Tambahan pula aset ini bukanlah sesuatu yang bersifat cair dan mungkin akan mengganggu sekiranya anda tidak memiliki tunai yang mencukupi.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak-anakmu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang melakukan sedemikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi," Surah Al-Munafikun ayat 9



4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...