Melihat keadaan mangsa yang semakin hampir dengan kematian, para doktor dan pembantu perubatan bertungkus lumus membantu mangsa. Namun setelah beberapa ketika, saya melihat seorang doktor merapatkan mulutnya ditelinga salah seorang mangsa untuk mengajarkan kalimah syahadah.
MasyaAllah, apa yang saya lihat, mangsa yang sedang dalam kesakitan menghadapi maut itu menolak dengan kuat kepala doktor yang sedang mendengarkan kalimah syahadah itu dengan tangannya sambil kepalanya pula seakan melarikan kepalanya daripada mulut doktor itu. Selang beberapa saat kemudian, kedua-dua mangsa akhirnya menghembuskan nafas mereka yang terakhir.
Detik itu juga saya melihat air mata doktor itu mengalir perlahan. Saya yang juga pada ketika itu sedang menangggung kesakitan juga turut menangis. Sebenarnya inilah kali pertama saya melihat detik sakaratul maut.
Hasil perbualan saya dengan seorang jururawat bertugas, kedua-dua mangsa itu meninggal kerana kecederaan dalaman yang agak kronik akibat kemalangan jalan raya. Namun yang menyedihkan saya ketika itu ialah, saya diberitahu kedua-dua mangsa mengalami kemalangan ketika memandu dalam keadaan mabuk dan sedang memakai rantai emas!
Saya tak mahu anda membuat kesimpulan tentang "arah" mangsa selepas mati. kerana kita sendiri tidak mengetahui nasib kita kelak. Disini saya cuma ingin berkongsi dengan anda semua detik kematian pertama yang pernah saya saksikan secara "live".
Cuma yang terdetik didalam fikiran saya ialah mengapa mangsa menolak kepala doktor yang mahu membacakan kalimah syahadah ditelinganya dan menggeleng-gelengkan kepalanya ketika doktor itu mahu mengajarkan kalimah syahadah?
MATI ITU DEKAT KEPADA YANG HIDUP, BERAMALAH SEPERTI KITA AKAN MATI HARI ESOK, DAN KUMPULAH HARTA SEPERTI KITA AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI.
TAPI INGATLAH, SYURGA DAN NERAKA ITU WUJUD!!
4 comments:
subhanallah...tengs sbb share entri ni...huhu...
Wlcme.. peristiwa ini antara sbb mngapa sya tekad utk bhijrah .. moga bmanfaat utk semua..
yg hidup itu pasti akan merasai mati.. yg berbeda nya hanya cara kita dikembalikan..
subhanallah walhamdulillah wala iahaillallah Allahu Akbar!
:)
Post a Comment