Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, December 4, 2010

Hikmah musibah & TAKDIR, BAKAT VS MINAT

Kisah ini saya coretkan sekadar untuk berkongsi pengalaman mengenai insan yang pernah hampir kecewa dalam hidupnya namun kembali bangkit setelah menyedari impiannya masih belum tercapai dan menyedari KASIH SAYANG ALLAH KPDNYA MASIH UTUH!

Setelah menamatkan pengajian di UUM, saya mendapat tawaran untuk bekerja sebagai RA (research assisstant) di sebuah IPT terkenal yang terletak di pinggir Lembah Klang. Alhamdulillah, rezeki saya agak murah ketika itu, ketika kawan-kawan yang lain sibuk mengusung ijazah mereka mencari kerja di zaman kejatuhan ekonomi. Saya telah berjaya mendapatkan kerja hanya dengan percubaan pertama.

Bekerja dalam situasi yang sibuk serta terpaksa berkejar menjelajahi seluruh pelusuk tanah air untuk memenuhi tuntutan kerja tidak pernah sekalipun melalaikan saya untuk membuka perniagaan sendiri. Hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sentiasa mekar dan terus berkembang mewarnai mimpi saya setiap hari.

Memulakan perniagaan sendiri bukanlah sesuatu urusan yang mudah. Seringkali masyarakat bertanya kepada saya, perkara apa yang mendorong saya untuk membuka peniagaan ini? Mungkin mereka beranggapan agak susah melihat remaja melayu menceburi bidang yang banyak dimonopoli oleh bangsa india muslim dan cina. Sebenarnya saya menceburi bidang perniagaan ini secara tidak dirancang dan memperjudikan nasib saya kepada Allah.

Pengaruh takdir, bakat dan minat menjadi faktor kekuatan kejayaan saya pada hari ini. Sejujurnya, saya memang tidak berhasrat untuk bekerja ‘makan gaji’ seumur hidup saya. Tetapi saya tidak menduga cara saya memulakan perniagaan ini bermula lebih awal dengan beberapa kisah sedih dan pedih. Kisah semua ini berlaku bermula pada tahun 2004.

Pada pukul 10.30 malam 26.7.2004 saya telah mengalami satu kemalangan motorsikal yang agak dahsyat di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Kemalangan itu telah mengakibatkan lengan kanan saya patah tiga manakala otot dibahagian lengan terkoyak teruk. Saya terpaksa terlantar di HKL selama seminggu setelah menjalani satu pembedahan memasukan plat titanium sepanjang hampir lima inci berserta 18 biji skru sebelum dipindahkan ke HSA. Kesan daripada kemalangan ini telah memaksa saya untuk mendapat medical leave selama 10 bulan.yang berakhir pada 20.4.2005.

“(iaitu)orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”  
Surah Al-Baqarah ayat 156

Saya masih lagi teringat lagi satu ayat yang saya ucapkan kepada seorang doktor pakar di HSA. Ketika itu saya ditemani oleh ayah dan bonda sedang menerima rawatan susulan disebabkan pergelangan tangan kanan saya tidak berfungsi lansung (wrist drop). Saya langsung tidak boleh menggerakkan pergelangan tangan saya itu walaupun jari-jari saya memberikan respon yang agak positif. Jika anda boleh bayangkan keadaan pergelangan tangan Allahyarham Saloma ketika menyanyikan lagu berirama twis, begitulah keadaan pergelangan tangan saya ketika itu.

“Doktor.. doktor rasa saya akan cacat tak? Jika saya cacat, saya sudah boleh terima kenyataan..,” 

“Saya tak mampu memberikan jawapan terbaik buat masa ini. Tapi saya kagum dengan semangat awak. Fokus pada fisioterapi dan teruskan berdoa,” jawap doktor itu sambil tersenyum, saya dapat melihat dengan jelas air mata doktor, nurse, ayah dan bonda itu bergenang.

Memang benar, saya sangat kecewa pada peringkat awalnya, maklumlah tangan kanan untuk seorang lelaki yang sedang meniti kerjaya sangat mahal harganya. Tambahan pula, pengalaman menyaksikan mangsa kejadian ‘patah lengan’ semasa terlantar di HKL menyebabkan saya selalu termenung sendiri, tiga daripada empat orang daripada mereka mengalami ‘kecut tangan’ atau tangan mereka akan kehilangan deria rasa sedikit demi sedikit dan akhirnya membawa kepada pengecutan otot sehingga menyebabkan tangan mereka kelihatan pendek dan terkulai. Saya sangat takutkan situasi ini, oleh itu, saya sering memerhatikan dihadapan cermin setiap hari selama beberapa jam untuk memastikan tangan kanan saya tidak menerima nasib yang sama seperti mereka.

Walaupun menerima medical leave yang panjang, tangan kanan saya tidak berfungsi dengan baik dalam masa itu, ibu jari saya sentiasa berada didalam keagaan tegang dan mudah lesu apabila terlalu kerap digunakan. Bahkan saya terpaksa tanpa rela untuk melepaskan jawatan sebagai RA yang disandang sejak dua tahun lalu dalam masa dua minggu selepas medical leave saya berakhir. Keputusan ini saya ambil kerana tidak mahu membebani rakan-rakan setugas yang terpaksa membantu menyiapkan kerja-kerja saya. Masakan tidak, kerja yang kebiasaanya mengambil masa sehari berkerja tidak mampu saya laksanakan dalam masa lima hari? Jika sehari dua mungkin teman-teman sekerja faham akan situasi saya ketika itu, tapi apabila hal ini berlanjutan selama seminggu ataupun sepuluh bulan? Teman-teman sekerja mula dingin kepada saya kerana terpaksa memikul beban kerja tambahan yang sepatutnya menjadi kerja saya sebelum ini. Tangan kanan saya tidak mampu untuk bekerja lasak seperti dulu.

Saya pasrah dengan takdir ini, namun saya bukanlah orang yang mudah berputus asa. Dalam masa itu, saya mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kerana menyedari keadaan fizikal saya tidak memungkinkan saya untuk bekerja makan gaji. Tambahan pula pada ketika ini saya masih lagi memerlukan rawatan susulan neurofisioterapi dan fisioterapi di hospital kerana pergelangan tangan saya masih lagi lemah akibat kesan kemalangan itu.

Setelah hampir setahun menjalani rawatan neurofisioterapi dan fisioterapi, tangan kanan saya hampir pulih walaupun saya anggarkan kekuatannya merosot hampir 60% daripada kekuatan asal. Tempoh setahun menjalani rawatan neurofisioterapi dan fisioterapi saya habisi masa saya dengan membantu ayah saya dikedai runcit miliknya dan juga membantu ibu di kantin. Dengan itu, saya dapat memanfaatkan masa saya untuk mengkaji selok belok bidang perniagaan. Walaupun perniagaan yang dimiliki ayah dan bonda berskala kecil, saya bersyukur kerana dengan izin Allah melalui kedai tersebut, kami sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang sederhana dan damai.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuat untuknya esok hari dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan Surah Al-Hasyr: 18
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji?” Surah Al-Ankabut 29:2

Dugaan yang datang kepada saya bukanlah alasan untuk saya menangis kecewa, saya merupakan insan positif yang sentiasa memburu dan laparkan kejayaan. Saya membulatkan tekad untuk menceburi bidang perniagaan! Menjadi OKU bukanlah alasan saya untuk gagal!

‘Saya belum mati lagi! Saya ada impian! Saya mahu jadi USAHAWAN MUSLIM BERGELAR JUTAWAN!!


Dan sekarang, saya sedang berada dilandasan yang saya cipta dengan izin Allah SWT. Doakan kejayaan saya wahai teman-teman semua... 


4.

4 comments:

rintzpalil said...

Kadang2 sukar mencari bakat n minat dlm diri sehingga kita kena cuba pelbagai sebelum menemuinya

sYaFuaD said...

Allah sentiasa menyayangi kita sebagai hamba-Nya..

Unknown said...

Bergenang air mata saya baca tulisan ustaz azraai ni. terima kasih ustaz atas kisah yg ustaz kongsikan di sini. banyak pengajaran yg saya dapat. saya doakan ustaz berjaya menjadi jutawan muslim. boleh tahu kedai buku ustaz ni alamat dia kat mana ya?

Ustaz Azrai said...

Amin..TQ jugautk awk.. mg kita sma2 mjadi ushan muslim yg hebat.. kedai sya di Rawang, Slngor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...