Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Friday, September 17, 2010

Keusahawanan- membuka kedai buku dan alat tulis


Membuka kedai buku dan alat tulis?

Berniaga kedai buku dan alat tulis? Ramai rakan-rakan saya yang mentertawakan apabila saya memilih perniagaan menjual buku dan alat tulis sebagai punca rezeki.

“Dalam tempoh satu tahun, saya hanya membeli buku dan majalah dalam nilai RM100,”
“Saya tak pernah beli buku, jika beli pun hanyalah majalah komik. Itupun dua bulan sekali sahaja”
“Kali terakhir saya beli buku adalah lima tahun lepas, buku rujukan SPM”
“Sebatang pen yang saya gunakan sekarang, saya beli lima bulan lepas. Pen itu pun masih boleh digunakan lagi”

Dialog diatas merupakan motivasi yang saya dengar daripada mulut rakan-rakan yang mahu membunuh impian saya menceburi bidang ini. Namun hati saya masih waras untuk berani menempuh risiko memilih jenis perniagaan yang sering dimonopoli oleh golongan berbangsa mamak dan cina ini. Ada satu misi yang saya cari dari perniagaan menjual buku dan alat tulis ini. Misi untuk jadi JUTAWAN!

“Saya peminat produk novel Ramlee Awang Mursyid, saya ada koleksi semua novel beliau”
“Saya orang MLM, saya perlu selalu membaca buku-buku motivasi dan pengurusan perniagaan untuk menaikkan semangat”
“Baguslah jika kamu mahu buka kedai alat tulis, kerana di sini tiada kedai alat tulis yang lengkap”

Dialog diatas pula membakar semangat saya untuk jatuh cinta dengan perniagaan ini. Minda saya mula terbayangkan situasi dimana para pelanggan bersesak-sesak sewaktu memilih barangan didalam premis perniagaan saya. Tiga kaunter tidak mampu untuk melayan pelanggan yang sesak mahu membayar. Stok yang baru dipamerkan di rak habis dujual dalam tempoh yang singkat.

Mengapa saya memilih untuk membuka perniagaan menjual buku dan alat tulis? Ceritanya bermula apabila saya melihat seorang tauke berbangsa cina yang mengusahakan kedai buku dan alat tulis di sebuah bandar kelahiran saya di selatan tanah air. Saya sering melalui kedai buku itu setiapkali pulang dari sekolah. Tidak pernah kedai itu kosong tanpa pelanggan apabila saya menoleh kedalam kedai. Terdapat seorang pekerja wanita berdiri diluar pintu masuk kedai yang tersenyum manis kepada orang yang lalu lalang dihadapannya sambil menghulurkan salam dan mengajak masuk kedalam kedai itu.

Bermula dari sebuah lot kedai, cawangan kedai ini bertambah menjadi tiga buah cawangan dalam tempoh tiga tahun. Carilah apa sahaja yang berkaitan dengan buku dan alat-alat tulis, semuanya terdapat di kedai cina ini. Tidak hairanlah, kedai cina ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang terdiri dari pelbagai genap lapisan. Apabila saya menamatkan zaman belajar di UUM, saya dapati kedai ini sudah menutup perniagaanya. Dari sumber yang boleh dipercayai. Kedai cina ini bukan ditutup kerana muflis. Tetapi kerana kematian taukenya. Dan tiada waris-waris beliau yang mahu menyambung perniagaan tauke cina itu. Amat malang, tiada waris yang sanggup meneruskan legasi tauke cina itu. Kemunculan kedai-kedai buku baru dikawasan itu tidak mampu menandingi kehebatan kedai milik tauke cina itu. Sekiranya tauke itu masih hidup, saya amat yakin cawangan beliau kini boleh mencecah 20 buah cawangan pada hari ini!

Mengapa saya berkata membuka perniagaan kedai buku dan alat tulis boleh jadi jutawan? Ramai orang diluar sana melihat perniagaan menjual buku dan alat tulis sebagai perniagaan kecil yang hanya mampu membolehkan taukenya hidup secara sederhana. Mereka ini sebenarnya hanya melihat secara kasar dan bersahaja. Mereka semua beranggapan perniagaan berkonsepkan kedai buku dan alat tulis tidak seglamor membuka perniagaan korporat lain seperti syarikat pembinaan, firma peguam, syarikat kejuruteraan dan lain-lain lagi. Perniagaan berkonsepkan kedai buku dan alat tulis dianggap sebagai perniagaan kelas ketiga dan boleh diusahakan oleh mereka walaupun tidak memiliki kelulusan pelajaran yang tinggi.

Sekiranya kalian juga berfikiran seperti diatas, saya menyangkal sekeras-kerasnya pandangan diatas. Cuba anda semua bayang betapa besarnya potensi perniagaan ini? Mulakan dengan diri anda sendiri. Berapakah batang pen yang anda miliki pada ketika ini? Walau apapun kerjaya anda, saya yakin sekurang-kurangnya anda memiliki sebatang pen. Berapa batang pen pula yang dimiliki oleh para pelajar di dalam satu kelas? Bagaimana pula dengan bilangan pen yang dimiliki oleh guru dan pelajar didalam sebuah sekolah? Dua buah sekolah? Sepuluh buah sekolah? Dalam tempoh setahun berapa kalikah anda membeli pen? Sebagai pengguna aktif, kita tidak hanya membeli pen disebabkan kehabisan dakwat sahaja, malah kita terpaksa membeli pen baru kerana keperluan warna yang pelbagai, kehilangan pen, kerosakkan pen dan pelbagai sebab lagi. Saya juga berani bertaruh, jumlah pen yang ada di Malaysia melebihi jumlah keseluruhan penduduk Malaysia! Ini baru contoh berkenaan sebatang pen, ada banyak lagi produk buku dan alat tulis! Bayangkanlah!

Blog kecil ini saya coretkan adalah untuk berkongsi dengan para pembaca tentang perjalanan hidup saya serta pengalaman diri saya sendiri mengendalikan perniagaan kedai buku dan alat tulis. Saya coretkan pengalaman suka dan duka didalam mencapai impian saya. Saya sangat berharap buku ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang memiliki cita-cita untuk menjadi USAHAWAN perniagaan kedai buku dan alat-tulis serta kepada pengusaha kedai buku dan alat-alat tulis yang bercita-cita untuk menjadi JUTAWAN!

Pada bahagian blog yang seterusnya saya akan bincangkan tentang perjalanan konsep kedai buku dan alat tulis yang saya miliki dan cara bagaimana saya MEMBINA EMPAYAR PNN dan menjadi jutawan dengan membuka kedai buku dan alat tulis!

SELAMAT MEMBACA!

SELAMAT DATANG KE DUNIA USAHAWAN MUSLIM BERGELAR JUTAWAN!
4.

12 comments:

Ustaz Azraay said...

lum jdik jutawan lagi.. tp bakal jutawan Insyaallah.. doa2kan PNN bjaya dunia & akhirat...

Anonymous said...

alhamdulillah....bagus blog anda

Anonymous said...

saya bercita-cita nak buka kedai alat tulis

salmiah Hassan said...

sgt berminat tp tidak tahu cara2 utk mula...

Zarina Kamaruddin said...

Good idea

KAZUma said...

Asdalammualaikum ustaz. Boleh contact saya di 017-6311134 atau di spidey2601@gmail.com. saya nak bertanya ustaz tentang kedai buku..terima kasih

Mohd Haikal Mohd Nashuha said...

Berapa margin keuntungan bagi buku rujukan dan buku cerita?

sufi85 said...

Saya juga bercita2utk memulakan perniagaan jual Buku Dan AAT tulis. Utk semua jenis Buku utk professional, kolej Dan jugs keagamaan. Tapi Saya xtahu brp modal yg perlu Dan semestinya tiada pengalaman DLM perniagaan. Xbyk bumiputra yg cebui perniagaan ni Dan diharap Tuan penulis dpt beri tunjuk ajar ttg selok Bel OK perniagaan.

kreko kinoshi said...

Sy ada sebuah kedai alat tulis di kawasan ampang. Kedai sy nyawa2 ikan je dah ni. Sy amat memerlukan seorg pakar dlm bidang ini untuk membantu menaikkan smula semangat kedai ni yg bakal kecundang.
012 2434882
Khairul

siti hazreen said...

saya suka duduk lama-lama dalam kedai buku, dan selalu berangan-angan alangkah bestnya jika saya dapat bukak kedai buku sendiri nanti ;)

JUNAIDAH ISMAIL said...

Assalamualaikum ustaz,
Saya juga bercadang ingin membuka kedai buku dan alat tulis tetapi saya tidak tahu hendak mencari pembekal ustaz.

ekyn said...

Berapa modal nk mula ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...