Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label 1. Buku Telaga Biru. Show all posts
Showing posts with label 1. Buku Telaga Biru. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Buku terbaru Telaga Biru Januari 2012 - Marah Tapi Sayang karya Hilmi Isa, Manhaj Ilmu Fiqah dan Usul Fiqah karya Abdul Azib Hussain, Keindahan Islam- Hikmah-Hikmah Disebalik Pensyariatan Karya Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan Novel Sesuci Murni" karya Isya Azwa Idris

Assalamualaikum WTH...


Novel Sesuci Murni karya Isya Azwa Idris

Alhamdulillah, pihak Telaga Biru baru sahaja menerbitkan buku-buku dan sebuah novel terbaru iaitu buku 
  1. Marah Tapi Sayang karya Hilmi Isa
  2. Manhaj Ilmu Fiqah dan Usul Fiqah karya Abdul Azib Hussain
  3. Keindahan Islam- hikmah-hikmah disebalik pensyariatan karya Dr Abdul Basit Abdul rahman
  4. "sesuci murni" karya Isya Azwa Idris

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini (setelah karvival di Pandamaran ini berakhir), saya akan memberikan review dan sinopsis buku-buku dan novel terbaru diatas..

Buku-buku ini sudah boleh didapati di Pustaka Nur Najma, 
kedai buku agama terpilih dan di Kiosk PNN di Jusco Rawang..


untuk belian online, anda boleh menghubungi PNN di email > pustaka.nur.najma@gmail.com


4.

Monday, November 7, 2011

Sehingga Al-quran Terpahat Dihati


Sehingga Al-quran Terpahat Dihati (motivasi dan formula mudah menghafaz al-quran)
Mohd Solleh Bin Abdul Razak
RM30.00

Harga: RM 30.00
ISBN : 978-967-388-047-8
Tarikh Terbit: Sept 2011
Jumlah Muka Surat : 314
Kategori: Agama- 
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Email saya untuk belian secara online: azraay17@gmail.com


Sinopsis

Al-quran merupakan satu mukjizat yang kekal abadi untuk selama-lamanya khusus untuk umat Muhammad SAW. Inilah nikmat yang mampu menunjuk dan memimpin manusia agar berjaya mentadbir hidup didunia ini menuju hasanah didunia dan diakhirat. Apabila al-quran terpahat dihati , setiap anggota tunduk akur kepada arahan al-quran, setiap langkah tersusun mengikut rentak al-quran, setiap tindak-tanduk terbias daripada cahaya al-quran dan setiap gerak hidup selari diatas landasan al-quran. Itulah harapan dan itulah impian.



4.

Friday, June 24, 2011

Syarah Al-Hikam Jilid 2

Assalamualaikum WTH

Syarah Al-Hikam Jilid 2. Karya agung Imam Abul FAdhal @ Tajudin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin 'Athai'llah asy-Syazili
Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.
Penulis : Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri
Harga: Semenanjung M'sia - RM50.00 Sabah / S'wak: RM52.00
Email saya untuk belian online di azraay17@gmail.com 
Buku ini sebenarnya memiliki 3 jilid, namun sehingga kini baru 2 jilid sahaja yang diterjemahkan oleh penulis...
 
 
















4.

Monday, March 28, 2011

Stok buku terbaru dari Telaga Biru _ 28 mac 2011

Assalamualaikum WTH...

Harini sales exec Syarikat Telaga Biru menghantar beberapa produk terbaru mereka.


Cinta Kun Fayakun (kumpulan cerpen)
Karya : A. Ubaidillah Alias
Harga: RM 12.00 / RM 14.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: PTS Profesional
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM20.00 (termasuk kos pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com


Soal Jawap A-Z tentang munakahat tapi anda tiada tempat untuk bertanya
Karya : Ustaz Zahazan Mohamad
Harga: RM 30.00 / RM 32.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: Telaga Biru
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM30.00 (percuma pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com


Nota Jutawan, Nota Kewangan
Karya : Irfan Khairi
Harga: RM 30.00 / RM 32.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: Telaga Biru
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM30.00 (percuma pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com


Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh- doa, jampi dan amalan dalam perubatan islam
Karya : Ustaz Ismail Kamus dan Mohd Wahid Abdul Hanif
Harga: RM 20.00 / RM 22.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: Telaga Biru
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM25.00 (termasuk kos pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com

4.

Wednesday, February 23, 2011

Stok dari Telaga Biru baru tiba... 22/2/2011

 Assalamualaikum WTH..

 Hari ini stok yang ditempah dari Telaga Biru selamat tiba... bersama empat buku terbaru keluaran mereka iaitu:

1. Kamus Al-Aziz (Arab-inggeris-Melayu)
    Ustaz Muhd Aziz Ramli
    RM20.00

2. Solat berjemaah- Asas kekuatan peribadi, masyarakat dan Ummah
   Ustaz Mohammad Subki & Abdul rahman Al-Hafiz
   RM26.00 semenanjung

3. 101 Rekreasi Hati- Buat diriku yang lupa.
    Ustaz Zahazan & Nik Wahdi Nik Jaafar
    RM17.00 semenanjung

4. 41 Kelebihan Rasulullah SAW
    Dr Abdul Basit Abdul Rahman
    RM8.00 semenanjung
 






Note: buku yg saya kuningkan tu mmg terbaik!
4.

Thursday, January 20, 2011

Hebahan..

Assalamualaikum WTH..

Kepada peminat yang mahu mendapatkan isu ulangcetak majalah solusi isu 1 dan 2.. majalah ini sudah kehabisan stok di Telaga Biru. Mungkinkah majalah ini akan diulangcetak buat kali kedua? 

Dan buku Furu' Al-masail yang tersilap cetak bulan lepas (susahkan nak dapat buku ni bulan ni?) dan buku indahnya hidup bersyariat yang kehabisan stok di pihak TB akan berada dipasaran  kembali serentak pada 25hb januari ini.

Majalah solusi isu ke-28 juga akan tiba ke PNN pada 24@25hb ini.. sama-sama kita menunggu kemunculan majalah hebat ini!


4.

Friday, January 7, 2011

Palestin Kami Datang karya Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib



Tajuk : Palestin Kami Datang!
Pengarang : Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-088-9
Mukasurat : 131 Halaman
harga : RM17.00


Merakam pengalaman kisah benar para relawan dalam "Misi Lifeline 4 Gaza" di dalam kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Zionis

Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!.
4.

Monday, November 29, 2010

100 keping stok Majalah Solusi untuk dihabiskan bulan December ini


Alhamdulillah, majalah kesayangan saya sudah selamat tiba di PNN. Sebenarnya ini kali kedua saya membeli stok majalah Solusi ini sebanyak 100 keping

Kali pertama mengenali majalah ini, saya hanya mengambil sebanyak lima keping sahaja. Namun sejak daripada isu ke-16, tiba-tiba majalah ini seakan "meletup" dipasaran. Sejak itu permintaan masyarakat Rawang terhadap majalah ini di PNN bertambah-tambah. Alhamdulillah, masyarakat muslim kini semakin sedar tentang kepentingan agama. Malah saya sendiri memiliki pelanggan tetap yang berubah dan insaf dengan izin Allah setelah membaca majalah solusi ini!!

Alhamdulillah, daripada pandangan saya majalah ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat muslim. Pengisian yang santai disamping karya-karya hebat daripada penulis-penulis yang hebat menyumbang kejayaan majalah ini.

Kepada mereka yang masih belum pernah membaca majalah hebat ini. Silalah membelinya, anda pasti akan jatuh hati!!

Syabas kepada pihak Telaga Biru kerana menerbitkan majalah hebat ini!! 

Bersama mengibarkan cahaya islam!!


4.

Sunday, November 7, 2010

Ringkasan Riyadhus Solihin-Taman-Taman Orang Soleh

Penulis : Iman Nawawi
Kod Katalog : TBBK 1142
Kod ISBN : 978-967-5102-75-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: 52.00

Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi’i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.
4.

Thursday, October 21, 2010

Dilema Melayu Islam - kurang fikir @ kurang zikir?




Tajuk : Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-14-1
Mukasurat : 350 Halaman
Pertembungan “Islam-Melayu dan Melayu-Islam” mutakhir ini lebih dibauri dan dikaburi oleh “presenting problems” berbanding “the real problems”. Mungkin ini disebabkan wujudnya ramai golongan yang berkepentingan sama ada dalam parti, pertubuhan dan perkumpulan orang-orang Melayu. Golongan “opportunists” Melayu ini berselindung di sebalik perjuangan agama atau bangsa untuk terus mendapat “ke¬untungan” jika Melayu-Islam terus berkrisis. Dan kemungkinan ini juga di¬sebab¬kan wujudnya golongan fanatik agama atau chauvinis bangsa yang sudah lebur sifat rasional, kasih sayang dan adab susilanya dalam menghadapi perbezaan pendapat. Sesungguhnya, semua perkara yang disebutkan di atas akan menjadi teras penulisan dalam tajuk-tajuk berikutnya. Pada tajuk-tajuk yang lebih khusus itu, saya akan memperincikan apa yang disentuh secara sepintas lalu dalam mukadimah ini. Apa yang pasti ialah buku ini mengetengahkan satu pola pemikiran yang konsisten walaupun pada subjek dan isu yang pelbagai. Dan pemikiran ini dihidangkan secara mudah walaupun gagasan¬nya besar dan adakalanya agak ilmiah.

Kritikan, teguran, pujian atau sekadar pandangan dalam buku ini mengundang respon yang sama terhadap saya. Oleh itu, saya dengan hati terbuka menerimanya. Kita tidak boleh taksub ketika menegur ketaksuban orang lain. Justeru, panda¬ngan yang saya kemukakan nanti adalah lahir dari hati yang penuh sedar bahawa pasti ada pandangan lain yang lebih tepat.

Soal kepimpinan dan politik akan menjadi pendahulu bicara saya. Diikuti oleh soal pendidikan, kemudian disusuli oleh isu-isu yang berlaku dalam negara dan akhirnya menjengah kepada persoalan antarabangsa. Sesungguhnya jika kepimpinan telah betul dan mantap, maka agenda mendidik umat akan dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat. Dengan ini akan terbentuklah kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam negara. Hanya setelah itu barulah kita akan mampu memberi sumbangan menyelesaikan masalah antarabangsa.

Dan tumpuan saya lebih terarah kepada kepimpinan parti-parti politik pimpinan Melayu-Islam justeru merasakan ia tetap relevan dalam dekad-dekad yang mendatang. Namun dimensi pandangan “ketiga” ini tentulah agak sedikit berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang-orang dalam parti sendiri. Anggaplah perbezaan itu satu sumbangan justeru tidak ada siapa pun yang tidak memiliki “blind spot” dalam penilaian dan pemerhatiannya. Jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah… tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah.

*************************************************************************************************************
Dilema Melayu Islam - kurang fikir @ kurang zikir? merupakan buku terbaik yang pernah saya baca dan dapat menaikkan semangat saya untuk terus berkecimpung di dalam dunia bisnes ini. 

Tak perlu saya ulas panjang mengenai isi kandung buku ini, kerana isi kandungan buku ini perlu dihayati oleh setiap orang melayu yang mengaku dirinya beragama islam. Mungkin kelihatan agak kasar bagi anda semua, namun kenyataan inilah yang harus kita semua hadapi dewasa ini. MARTABATKAN AGAMA & TINGKATKAN KEMBALI PENGUASAAN EKONOMI ISLAM!!

Disini saya senaraikan bab-bab yang terkandung didalam buku berharga ini, agar saudara-saudara saya duluar sana meneliti dan membeli buku ini un tuk peringatan kita bersama:

1. Dilema melayu islam
*ilmu wahyu vs ilmu akliah
*asimilasi dua ilmu
*Zikir & fikir
2. perjuangan melayu @ islam
3. Mengapa melayu islam belum cemerlang?
4. Melayu yang mati akar
5. Bukan sekadar revolusi mental
6. Perjuangan nafas panjang
7. Daulatkan agama, martabatkan bangsa
8. Melayu ganti arab pimpin islam
9. Mempolitikan islam @ mengislamkan politik?
10. Membina kematangan berpolitik orang melayu
11. Sikap Taksub halang perpaduan
12. Berpolitik sebagai satu ibadah
13.Negara Islam tanpa hudud
14. Wakil rakyat yang tidak bersama rakyat
15. Antara pemimpin terpilih & pemimpin dipilih
16. Muhasabah buat UMNO
17. Membumikan islam hadhari
18. Menegur kerajaan dari dalam
19. Merakyatkan golongan korporat
20. Salah faham terhadap islam
21. Akibat kelemahan penyaampaian islam
22. Ramai mualim sedikit murabbi
23. Bertauhid tapi masih melakukan kemungkaran
24. Mengapa pendidikan islam tidak berkesan?
25. Bukan masalah takwa
26. Kenapa jenayah gagal ditangani
27. Bandar islam Kota Bahru
28. Orang melayu suka bacaan picisan
29. Bahan lucah bunuh jatidiri remaja melayu
30. Program realiti menjana ilusi
31. Bila Al-quran menjadi saksi
32. Profesional 'islamik" militan
33. Barat taksub serang islam
34. Amerika: kekuatan tanpa keadilan
35. Salam terkhir daripada Saddam
36. Strategi orang lemah
37. Pengajaran dari ujian
38. Revolusi jiwa alaf baru
39. Hakikat perjuangan islam sebenar


Percayalah semua bangsaku, baca buku ini... hayati perjuanganya dan semoga kita semua kembali bangkit dari semua sudut dunia & akhirat..
4.

Wednesday, October 13, 2010

Buku Baru- Furu' Al-Masail- karya Syeikh Daud Al-Fatani (susunan semula oleh Datuk Hassan Din)




Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Katalog : TBBK 1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM75.00
: Sabah / S'wak: RM80.00

Sila klick di sini untuk belian secara online (kedai-buku.com)








4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...