Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Showing posts with label jutawan. Show all posts
Showing posts with label jutawan. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Anchor Product

Assalamualaikum WTH..

Topik yang ingin saya bincangkan ini merupakan salah satu topik penting kepada usahawan terutamanya bagi mereka yang menjadi usahawan bidang peruncitan.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'anchor product'? Anchor product merupakan sejumlah barangan  perniagaan yang memiliki sensitiviti harga dan kuasa jual yang tinggi  dipasaran. Kebiasaanya barangan yang tersenarai didalam senarai 'anchor product' ini dijual pada tiga keadaan:
  1. Dijual pada harga kos
  2. Dijual dibawah harga kos
  3. Dijual denga kadar keuntungan yang minima
Di dalam bidang peruncitan buku dan alat tulis yang saya ceburi ini, antara produk yang layak disenaraikan sebagai 'anchor product' ialah kertas A4, Fhotocopy, pen pilot, color pencil Luna , marker artline, pocket file dan hampir seratus lebih produk yang memiliki harga yang sensitif dipasaran.

Apakah kepentingan 'anchor product'

'Anchor product' berperanan sebagai produk yang memiliki daya penarik pelanggan. Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan, kegagalan usahawan runcit untuk mengawal harga 'anchor product' ini berbanding harga yang ditawarkan oleh pihak pesaing anda menyebabkan perniagaan anda bakal mengalami 'kerugian' atau lebih teruk lagi anda terpaksa menutup perniagaan anda!

Secara logiknya, sebelum para pelanggan membeli dikedai anda, dia sendiri telah membuat perbandingan harga dengan pesaing anda. Cuba anda bayangkan sekiranya perbezaan harga sebanyak seposen sahaja sudah cukup untuk pelanggan lari, bagaimanakah perniagaan anda mampu bertahan sekiranya perbezaan melebihi nilai RM1? Fikirkanlah!

Bagaimana Menonjolkan 'Anchor product'

Selain itu, penonjolan jualan murah terhadap ‘Anchor produk’ berperanan untuk memberikan imej kedai harga patut kepada perniagaan. Contoh produk yang tergolong didalam kategori ‘anchor produk’ ini ialah kertas A4 70gram berjenama IK memiliki sensitiviti harga yang tinggi dikalangan pengguna. Harga kos bagi kertas ini ialah RM7.20 bagi satu ream. Secara purata, kebanyakkan kedai alat tulis dan pasaraya-pasaraya akan menjual produk ini dengan harga diantara RM7.00 sehingga RM7.90 untuk satu ream. Bagi mewujudkan suasana kedai harga patut, saya akan menjual produk ini pada harga RM6.99 untuk satu ream untuk sebagai kaedah promosi. (utk satu tempoh masa sahaja & terhad kepada 5 ream)

Kepada para pembaca yang tidak memahami konsep menjual “rugi” ini, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa kadangkala terdapat peniaga yang menjual dengan harga dibawah kos? Secara umumnya, kami sebagai usahawan dan peniaga tidak akan menjual stok barangan untuk mengalami kerugian kecuali disebabkan oleh hal-hal tertentu. Sebenarnya, kami telah menyerapkan nilai kerugian itu kepada stok lain yang tidak tersenarai di dalam kategori ‘anchor produk’. Contohnya, kos kerugian jualan kertas diatas akan ditampung melalui jualan produk sampingan seperti kertas A4 70gram 30 helai yang dibungkus sendiri, pembaris, pemadam, bekas pensil dan banyak lagi produk yang memberikan kami margin keuntungan melebihi 50%. Bahkan kami beranggapan para pelanggan tidak datang hanya untuk membeli satu produk sahaja, malah akan membeli banyak barangan yang lain bagi menampung jualan ‘rugi’.

Namun begitu, saya menasihatkan anda supaya menghadkan jualan ‘rugi’ ini terhad hanya kepada sepuluh barangan yang benar-benar sensitif dipasaran sahaja dan nilai kerugian yang ditawarkan hanyalah sekitar 5% sahaja sepanjang tempoh promosi. Perkara ini penting bagi meneruskan keberlansungan perniagaan anda.






4.

Thursday, January 20, 2011

Modal awal perniagaan

Masalah modal awal sebelum memulakan perniagaan merupakan satu masalah besar kepada mereka yang bercita-cita untuk membuka perniagaan. Secara umumnya semakin besar jenis perniagaan yang diimpikan semakin besar jugalah modal yang perlu dilaburkan dan begitu juga sebaliknya jika perniagaan yang diimpikankan berskala kecil maka kos modal awal perniagaan juga berjumlah kecil. 
 
Bagi pihak bakal usahawan yang tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk memulakan perniagaan, Terdapat pelbagai sumber kewangan yang diperlukan oleh bakal usahawan untuk memulakan perniagaan mereka. Diantaranya ialah:
  1. Pinjaman dari Tabung keusahawanan
  2. Pinjaman dari institusi kewangan dan bank
  3. Pinjaman dari saudara-mara @ rakan
  4. Pinjaman bercagar daripada institusi kewangan dan bank
  5. Simpanan sendiri 

Bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman perniagaan, masalah kekurangan modal seringkali menghantui mereka. Namun ia bukanlah masalah terbesar sebelum anda memulakan perniagaan, sekiranya pihak bakal usahawan nekad untuk menceburkan diri didalam bidang keusahawanan ini, pihak bakal usahawan harus memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan keupayaan modal awal yang dimiliki oleh mereka. Tidak salah memulakan sesuatu perniagaan dengan skala yang kecil dan terkeluar daripada senarai jenis perniagaan yang anda idamkan sekiranya anda tetap bermatlamat untuk memulakan perniagaan yang anda idamkan itu.

Seorang sahabat saya memulakan perniagaan "pengangkutan" (lori treller) bermula dari sumber kewangannya setelah dua tahun menjual burger dan air dipasar malam! Bagaimana dia memulakannya? Sememangnya pada awalnya dia bercita-cita memiliki syarikat perniagaan "pengangkutan" (lori treller). Namun kekurangan modal menyebabkan dia mencuba berniaga burger dan air secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam disekitar Negeri Johor. Setelah dua tahun, dia mampu membayar deposit pendahuluan sebuah lori treller. Dan kini beliau dapat memiliki dua buah perniagaan secara serentak! iaitu perniagaan pengangkutan dan juga perniagaan di pasar malam!

Kepada bakal usahawan diluar sana yang mengalami masalah kekurangan modal. Pesan saya, janganlah terlalu ghairah untuk memiliki perniagaan sendiri. Sebaliknya, kesabaran itu amat penting, siapkan diri anda dengan ilmu keusahawanan yang sewajarnya dan tahukah anda kebanyakan jutawan usahawan yang ada didunia memulakan perniagaan mereka dengan perniagaan yang berskala kecil? 

Jangan pernah malu bermula dengan perniagaan kecil! Tanamkan azam bahawa perniagaan anda juga boleh berjaya seperti mereka yang berpoket tebal dan mudah memperolehi pinjaman perniagaan!

Antara perniagaan kecil yang menawarkan keuntungan besar bagi mereka yang mahu mengumpulkan modal perniagaan ialah:
  1. MLM
  2. Perniagaan pasar malam 
  3. Perniagaan Internet
  4. Perniagaan makanan dan minuman bersaiz kecil
P/S: Kadangkala Allah SWT sengaja melambat-lambatkan kabulnya doa hambanya untuk melihat semangat anda. Jangan pernah lupa untuk terus berdoa! dan pastikan sumber modal perniagaan anda daripada sumber yang halal!



4.

Tuesday, December 14, 2010

Membina networking usahawan muslim

Dalam apa jua perniagaan, pembinaan jaringan @ networking perniagaan merupakan antara perkara penting. Jaringan @ networking perniagaan adalah satu bentuk rantaian hubungan diantara pengusaha perniagaan bersama sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada keberlansungan perniagaan yang sedang dijalankan oleh pihak usahawan.

1. Jaringan teman dan ahli keluarga
2. Jaringan pembekal
3. Jaringan pelanggan baru
4. Jaringan pertubuhan @ kumpulan

 *******************************************************************
1. Jaringan teman dan ahli keluarga
 Jika anda merenung kembali kepada perkembangan agama islam yang dibawa oleh Jungjungan besar Nabi Muhammad SAW, anda akan mendapati Nabi Muhammad SAW pada permulaan islam telah menyebarkan dakwahnya secara kecil-kecilan dan bersembunyi dengan berdakwah kepada kaum keluarganya yang dimulai oleh isterinya dan kaum keluarganya yang terdekat  sebelum diperluaskan dengan teman-teman baiknya sebelum diperintahkan oleh Allah agar berdakwah secara terang-terangan.

4.

Saturday, October 16, 2010

Perkara yang menyeronokkan bila mempunyai kedai buku sendiri..

  1. Boleh baca semua jenis majalah, suratkhabar dan buku secara percuma setiap masa..
  2. Merupakan orang pertama dapat info tentang buku-buku terbaru
  3. Oleh kerana saya memang minat menjual sejak kanak-kanak lagi, membuka kedai sendiri membolehkan saya melakukan dan mengasah aktiviti yang saya paling minat sekali iaitu MENJUAL
  4. Bersama berkongsi pahala dengan khalayak ramai dengan menjual produk bermanfaat. Alhamdulillah
  5. Biasanya yang masuk kedai buku ni kaum hawa.. Hm, boleh mencari jodoh jika mahu.. hehehe..(saya bujang lgi ye...)
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan memiliki kedai buku sendiri...

4.

Wednesday, September 22, 2010

Siapa boleh menjadi JUTAWAN?


Secara umumnya, semua orang didunia ini memiliki potensi untuk menjadi jutawan. Sama ada melalui usaha diri sendiri mahupun melalui orang lain. Terdapat beberapa kaedah yang saya kenalpasti mampu membolehkan anda menjadi jutawan seperti:
  1. Memenangi loteri yang hadiahnya bernilai jutaan ringgit
  2. Memenangi peraduan yang bernilai jutaan ringgit
  3. Bekerja di pelbagai sektor yang nilai gajinya puluhan ribu @ ratusan ribu ringgit sebulan
  4. Mewarisi kekayaan keluarga yang bernilai jutaan ringgit
  5. Menjadi usahawan atau peniaga yang mengendalikan perniagaan yang bernilai jutaan ringgit
  6. Terjumpa sesuatu benda yang bernilai jutaan ringgit 
Sememangnya semua orang yang siuman mengimpikan untuk menjadi jutawan. Dengan impian untuk bebas daripada belenggu kewangan dan bebas daripada pengaruh masa bekerja. Namun begitu suka saya mengingatkan kepada teman-teman semua, bahawa wang bukanlah penentu segalanya. Benar, wang boleh membeli segalanya, namun ianya tidak akan mampu membeli syurga Allah. Gunakanlah wang untuk bekalan  iman.


Pilihlah, kaedah mana yang anda mahu pilih untuk menjadi usahawan & jutawan muslim.

 kaya wang @ kaya iman?

 kaya wang @ miskin iman?

 miskin wang @ kaya iman?

 miskin wang @ miskin iman?




4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...