Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, January 20, 2011

Modal awal perniagaan

Masalah modal awal sebelum memulakan perniagaan merupakan satu masalah besar kepada mereka yang bercita-cita untuk membuka perniagaan. Secara umumnya semakin besar jenis perniagaan yang diimpikan semakin besar jugalah modal yang perlu dilaburkan dan begitu juga sebaliknya jika perniagaan yang diimpikankan berskala kecil maka kos modal awal perniagaan juga berjumlah kecil. 
 
Bagi pihak bakal usahawan yang tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk memulakan perniagaan, Terdapat pelbagai sumber kewangan yang diperlukan oleh bakal usahawan untuk memulakan perniagaan mereka. Diantaranya ialah:
  1. Pinjaman dari Tabung keusahawanan
  2. Pinjaman dari institusi kewangan dan bank
  3. Pinjaman dari saudara-mara @ rakan
  4. Pinjaman bercagar daripada institusi kewangan dan bank
  5. Simpanan sendiri 

Bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman perniagaan, masalah kekurangan modal seringkali menghantui mereka. Namun ia bukanlah masalah terbesar sebelum anda memulakan perniagaan, sekiranya pihak bakal usahawan nekad untuk menceburkan diri didalam bidang keusahawanan ini, pihak bakal usahawan harus memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan keupayaan modal awal yang dimiliki oleh mereka. Tidak salah memulakan sesuatu perniagaan dengan skala yang kecil dan terkeluar daripada senarai jenis perniagaan yang anda idamkan sekiranya anda tetap bermatlamat untuk memulakan perniagaan yang anda idamkan itu.

Seorang sahabat saya memulakan perniagaan "pengangkutan" (lori treller) bermula dari sumber kewangannya setelah dua tahun menjual burger dan air dipasar malam! Bagaimana dia memulakannya? Sememangnya pada awalnya dia bercita-cita memiliki syarikat perniagaan "pengangkutan" (lori treller). Namun kekurangan modal menyebabkan dia mencuba berniaga burger dan air secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam disekitar Negeri Johor. Setelah dua tahun, dia mampu membayar deposit pendahuluan sebuah lori treller. Dan kini beliau dapat memiliki dua buah perniagaan secara serentak! iaitu perniagaan pengangkutan dan juga perniagaan di pasar malam!

Kepada bakal usahawan diluar sana yang mengalami masalah kekurangan modal. Pesan saya, janganlah terlalu ghairah untuk memiliki perniagaan sendiri. Sebaliknya, kesabaran itu amat penting, siapkan diri anda dengan ilmu keusahawanan yang sewajarnya dan tahukah anda kebanyakan jutawan usahawan yang ada didunia memulakan perniagaan mereka dengan perniagaan yang berskala kecil? 

Jangan pernah malu bermula dengan perniagaan kecil! Tanamkan azam bahawa perniagaan anda juga boleh berjaya seperti mereka yang berpoket tebal dan mudah memperolehi pinjaman perniagaan!

Antara perniagaan kecil yang menawarkan keuntungan besar bagi mereka yang mahu mengumpulkan modal perniagaan ialah:
  1. MLM
  2. Perniagaan pasar malam 
  3. Perniagaan Internet
  4. Perniagaan makanan dan minuman bersaiz kecil
P/S: Kadangkala Allah SWT sengaja melambat-lambatkan kabulnya doa hambanya untuk melihat semangat anda. Jangan pernah lupa untuk terus berdoa! dan pastikan sumber modal perniagaan anda daripada sumber yang halal!



4.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih buat ustaz kerana tidak lokek berkongsi ilmu yang diperolehi. saya doakan semoga perniagaan ustaz semakin berkembang dan dirahmati Allah SWT. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...