Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Friday, January 7, 2011

Siapa usahawan muslim?

Siapakah usahawan muslim? Adakah cukup hanya dengan beragama islam sahaja seseorang usahawan itu layak diistiharkan sebagai usahawan muslim? Apakah kriteria yang melayakkan seseorang itu diistiharkan sebagai usahawan muslim?

Apakah persepsi pertama anda apabila mendengar perkataan usahawan muslim? Adakah pada ketika ini anda mula membayangkan susuk tubuh seorang usahawan yang memakai jubah dan berserban tebal? Atau usahawan yang sentiasa bersama dengan tasbih ditangannya?

Deretan persoalan diatas saya harapkan dapat menimbulkan sedikit polimik kepada pembaca. Samaada anda merupakan seorang usahawan, bakal usahawan ataupun sekadar insan yang mahu mempelajari sedikit ilmu keusahawanan muslim.

Usahawan muslim adalah individu yang menjalankan aktiviti keusahawanan dan perniagaan mengikut kehendak syarak yang telah digariskan oleh Allah SWT.
Secara ringkasnya, saya memberikan beberapa ciri-ciri usahawan muslim seperti dibawah:
1. Usahawan yang meletakkan kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang
2. Usahawan yang mementingkan sumber-sumber halal di dalam mencari rezeki
3. Usahawan yang tidak berkompromi dengan amalan-amalan perniagaan yang tidak diredhai Allah SWT
4. Usahawan yang tidak terleka dengan harta dunia
5. Usahawan muslim sudi memberikan ilmu, harta dan segala yang dimilikinya ke jalan Allah SWT.
6. Usahawan muslim yang tidak pernah berasa jauh dari rahmat Allah walaupun diuji hebat
7. Usahawan yang tiada erti putus asa

Apakah kita layak bergelar usahawan muslim sekiranya kita hanya mengejar dunia dan mengabaikan akhirat? sanggup memberi rasuah untuk mendapatkan projek? meninggalkan solat kerana terlalu sibuk melayan pelanggan? beragama islam tapi menjual barangan yang jelas hukum haramnya? menipu timbangan dan kualiti barangan?


Ingatlah wahai sahabatku... menjadi usahawan bermaksud kita akan memberi makan kepada pekerja kita. Apakah jawapan kita dihadapan Allah di Akhirat kelak apabila sumber gaji mereka adalah daripada sumber-sumber yang haram? Mampukah kita menjawapnya di hadapan Allah? INI tidak termasuk perkara-perkara lain yang kita lakukan tanpa sedar.

Kejayaan usahawan muslim tidak hanya dikira melalui kekayaan harta dunia semata-mata. Sebaliknya, kejayaan usahawan muslim dikira berdasarkan kejayaanya mengimbangi kejayaan di dunia dan di akhirat. tahukah anda diantara sepuluh orang sahabat Rasullah SAW yang dijamin syurga, berapa orangkah di antara mereka yang berkerja sebagai usahawan? 

Kita juga sebagai usahawan harus berbangga! hampir separuh daripada mereka adalah usahawan! Mari kita bersama-sama mereka mengejar akhirat tanpa mengabaikan dunia!

KEUSAHAWANAN MUSLIM PILIHAN 
KITA SEMUA!!
4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...