Pernahkah anda perasan sebuah kedai runcit yang pernah anda masuki sepuluh tahun lalu masih berada didalam keadaan yang sama pada hari ini? Dan pernahkah anda memasuki sebuah kedai runcit biasa dan berubah menjadi sebuah pasaraya dalam tempoh beberapa tahun? Apakah perbezaan diantara mereka?
Hm.. sebenarnya kisah yang ingin saya ceritakan pada hari ini ialah sebuah kisah yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.
Pada tahun 2004, ketika itu saya bekerja di sebuah pasaraya di Daerah Batu Pahat. Bertugas sebagai pembantu pengurus dipasaraya ini membolehkan saya memiliki hubungan yang rapat dengan ramai usahawan-usahawan bertaraf kecil dan sederhana. Namun saya mengkagumi seorang anak muda yang ketika itu berusia awal 30-an yang memiliki perniagaan berteraskan penyediaan makanan, ketering dan restoran berasaskan nasi beriyani.
Perniagaan anak muda ini bermula disebuah warung kecil yang "dipacak" secara haram di sebuah simpang di Taman Soga, Batu Pahat, Johor. Percubaan beraninya untuk menjual "makanan kenduri kahwin" secara harian mencetuskan satu fenomena luar biasa di daerah ini.
Ketika perniagaanya anak muda ini bertambah maju, dia mencuba untuk berjumpa dengan pihak bank bagi membolehkan dirinya mengembangkan lagi perniagaan nasi beriyani yang sedang diusahakannya. Namun, harapannya hampa. Tiada pihak yang sudi membantunya.
Keadaan ini menyebabkan dirinya menetapkan azam untuk membesarkan perniagaan tanpa bantuan mana-mana pihak. Alhamdulillah, daripada 'warung pacak' yang didirikan sejak beberapa tahun lalu. Akhirnya anak muda ini mampu memiliki restoran di bangunan kedai lot tepi yang mampu menerima ratusan pelanggan pada sesuatu masa dan juga memiliki beberapa cawangan.
Percayakah anda jika saya menyatakan
pelanggan berbilang bangsa restoran ini terpaksa beratur di luar restoren ini seawal pukul 9 pagi semata-mata mahu merasai keenakkan "nasi kenduri" ini?
Hm.. sebenarnya kisah yang saya sebut ini adalah kisah lama yang tersemat dihati saya dan beliau juga adalah antara usahawan awal yang mula mencuit hati saya untuk lebih bersemangat.
Berbicara dengan anak muda ini merupakan saat yang mengujakan saya. Anak muda ini tahu yang saya berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri. Oleh itu terlalu banyak tip-tip berkaitan perniagaan dan keusahawanan yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih terbayangkan hasratnya untuk melihat lebih ramai usahawan baru muncul dikalangan teman seagama dan sebangsa dengannnya.
Kata-katanya yang paling tersemat didalam ingatan saya ialah > CIPTALAH MATLAMAT, DAN GAPAILAH IA.. JGN LUPA BERDOA DAN BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAINYA.
Anak muda yang saya maksudkan ialah Arwah Nizam, pengasas Restoran Beriyani Power yang cukup terkenal di Daerah Batu Pahat dan Malaysia amnya. Arwah ini meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Batu Pahat-Muar melibatkan kereta BMW miliknya..
Al-Fatihah dari sahabatmu > Azrai
Usahawan yang memiliki matlamat, kejayaan akan menguasai nasibnya
4.
3 comments:
Al-fatihah untuk arwah..
Impian aku satu je..nak meniaga kat umah sambil tgk anak membesar depan mata..moga2 satu hari nanti akan tercapai..
Best baca sbb sarat dgn motivasi . Cipta impian dan matlamat dan seterusnya mesti nak tahu cara capai diikuti usaha berterusan dan tawakal
hehe blogs senyap2
Post a Comment