Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Sunday, March 6, 2011

Sebarkan salam...

Assalamualaikum WTH..

Selama ini, didalam media TV mahun filem, kita seringkali disajikan dengan babak dimana seorang 'bos' mahu memasuki biliknya. Ketika dia melintas meja pekerjanya, para pekerja akan bangun memberikan tunduk hormat sambil mengucapkan ucapan salam @ ucapan selamat pagi. Pernahkah anda bertemu babak didalam filem yang mana 'bos' yang menjadi orang pertama mengucapkan salam? Agar sukar bukan untuk melihat babak dimana seorang 'bos' memberi salam kepada kakitangannya? Mengapa terjadi perkara sedemikian? ego seorang bos @ penghormatan pekerja kepada bosnya? Atau sememangnya perkara ini sudah menjadi budaya?

Rasulullah SAW bersabda: 
“Kamu tidak akan masuk ke Surga hingga kamu beriman kamu tidak akan beriman secara sempurna hingga kamu saling mencintai. Maukah kamu kutunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan akan saling mencintai? Biasakan mengucapkan salam di antara kamu {apabila bertemu}.” 


"Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala"

(Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)


Bagaimana dengan dua hadis diatas? Pernahkah anda melihat dan memahami dua hadis diatas? Ayuh! Sebarkan salam! tanpa mengira siapa anda, apa status anda, mari kita bersama menghulurkan ucapan salam. Disamping kita kita dapat mewujudkan perasaan cinta dan kasih sayang sesama insan.
i
Sedarkah anda wahai usahawan muslim @ sesiapa sahaja diluar sana? dengan hanya menjadi insan pertama yang suka menghulurkan ucapan salam dapat membuatkan karisma dan perhormatan keatas diri anda juga akan akan meningkat? Apakah kelebihan sekiranya para pekerja sekiranya perasaan hormat mereka menebal kepada kita? bukankah produktiviti mereka juga akan meningkat dan menguntungkan pihak kita juga? Malah cara ini juga bakal meleburkan rasa sombong, riak dan ujub yang bersarang didalam diri kita! Mungkin selepas ini kita perlu berlumba untuk menjadi orang pertama yang menghulurkan ucapan salam?
i
Kita juga bakal memperoleh pahala dengan cara yang mudah. Bukankah islam suka agar kita berkasih sayang ? Ayuh sebarkan salam!






4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...