Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, March 3, 2011

The Magic of Thinking Big - Dr David J. Schwarts (terjemahan bahasa melayu)

Assalamualaikum WTH..

Dah lama rasanya tak review buku di blog ini...



Harga: RM 30.00 / RM 33.00
ISBN-13: 978-967-369-011-4
Tarikh Terbit: 24 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 384
Penerbit: PTS Profesional
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM30.00 (percuma pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com

Berjuta-juta orang diseluruh dunia berjaya mengubah hidup mereka melalui The Magic of Thinking Big. Dr David J. Schwarts, pakar motivasi terkenal dapat membantu anda meningkatkan jualan, menguruskan kehidupan anda dengan lebih baik dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Apa yang penting, anda memperoleh kebahagian serta ketengangan jiwa yang lebih mendalam.

bab yang terkandung didalam buku ini:
1. Kita Yakin, Kita Berjaya
2. Pulihkan Diri Kita daripada Penyakit Alasan 
3. Bina Keyakinan, Hapuskan Rasa Takut 
4. Cara Berfikir dan Berjiwa Besar 
5. Kaedah Berfikir dan Bercita-cita Secara Kreatif 
6. Kita adalah Produk Pemikiran Kita Sendiri 
7. Urus Persekitaran Kita: Dapatkan Persekitaran Kelas Pertama 
8. Jadikan Sikap Sebagai Sekutu Kita 
9. Fikirkan Mengenai Orang Lain dengan Cara yang Betul 
10. Terapkan Tabiat Bertindak dalam Diri Kita 
11. Cara Mengubah Kegagalan Menjadi Kejayaan 
12. Gunakan Matlamat bagi Membangunkan Diri 
13. Berfikir seperti Pemimpin


*****************************************************************************************************
Melihat kepada tulisan dibahagian atas buku ini sudah cukup membuatkan hati saya terpaut kepada buku The Magic of Thinking Big - Dr David J. Schwarts (terjemahan bahasa melayu). Buku motivasi ini sesuai untuk bacaan semua yang berusia 16 tahun keatas tanpa mengira status diri anda sama sebagai pelajar, usahawan, pekerja dan pemimpin yang sedang berfikir untuk meningkatkan potensi diri.

Buku yang sudah terjual sebanyak 4 juta naskah ini memperihalkan tentang kepentingan kepada kita semua untuk mengubah cara berfikir yang bersifat tradisi dan mengubahnya menjadi impian yang bersifat realiti.

Setiap bab didalam buku ini dikupas dengan susun kata yang berbentuk 'cerita mudah' dan tidak dipenuhi fakta seperti buku motivasi lain.

Alhamdulillah, saya sendiri menyarankan agar buku ini menjadi bacaan yang wajib anda miliki dan fahami. Saya percaya kalian akan menjadi lebih bercita-cita tinggi selepas membaca buku ini.

Maka tidak hairanlah saya meletakkan buku ini sebagai buku yang buku motivasi yang wajib anda baca sebelum mati!
4.

3 comments:

Ustaz Azrai said...

Al-quran tetap buku motivasi terbaik!

Wira said...

this book really help me and my family and also my business to give us self-confident. It is a great book and yes, i always believe that al quran is still the best guide line of life. :)

Ustaz Azrai said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...