Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, March 17, 2011

Rintihan hati seorang ibu...

Assalamualaikum WTH..

Petang tadi saya didatangi oleh seorang ibu tua, mungkin umurnya dalam lingkungan umur 60 tahun. Berpakaian jubah berwarna hitam lusuh dan berjalan agak perlahan. 

Ibu tua itu bertanyakan kepada saya novel yang sesuai dibelikan kepada anak lelakinya. Setelah mencadangkan beberapa judul novel yang 'sesuai' dengan citarasa pembaca novel lelaki, ibu tua itu seakan tidak berminat dengan genre novel yang saya cadangkan. 

Saya seakan pelik pada mulanya, sebagai lelaki yang juga suka membaca novel, saya  sangat menggemari novel bergenre fantasi dan perang. Tapi mak cik itu menyatakan bahawa, anak lelakinya tidak suka membaca novel genre sedemikian. Tambahan pula ibu tua itu menyatakan  bahawa novel fantasi dan perang itu akan menambahkan lagi sifat 'kasar' anaknya. 

Mendengar jawapan ibu tua itu saya mula bertanyakan kepadanya tentang taraf pendidikan dan kerjaya anak lelakinya bagi memudahkan saya meneka genre novel yang sesuai dengan selera anak lelakinya.

"Minta maaflah nak... mak cik terus terang aje, sebenarnya buku tu mak cik nak beri kepada
anak mak cik. Dia sekarang berada dipenjara, dah tiga tahun sebab dadah... tapi dia tak jahat. Dia salah pilih kawan..."

"Mak cik dah pesan, jangan bergaul dengan budak nakal.... dahlah dia seorang sahaja selama ni yang menyara mak cik sekeluarga...."

Mendengar suara ibu tua itu, saya mula mencadangkan tajuk buku novel motivasi dan keagamaan yang sesuai. Akhirnya saya memilih buku travelog haji dan travelog syahadah (keluaran PTS). Buku tentang perjalanan hidup yang sarat dengan ujian (sila baca & beli buku hebat ini!)
 
Sebelum ibu tua itu berlalu, saya sempat berpesan kepada beliau agar menulis didalam novel itu dengan kata-kata yang dapat menggambarkan kasih sayang dan harapan kepada anak kesayangannya itu.. Tapi dengan syarat, jangan beri ia baca dihadapan ibu  tua itu. Insyaallah hati anak itu akan menjadi lembut membaca harapan ibunya itu...
 
Lagipun anak mana yang sanggup melihat ibunya menangis kerananya? Apatah lagi jika tangisan itu timbul didalam jeriji besi tatkala dia membaca harapan ibu kandungnya sendiri yang tertulis di lembaran novel yang sedang dibacanya?
P/s ; mari ramai2 berdoa agar anak ibu itu akan insaf... dan menjalani sisa hidupnya dalam iman yang kukuh. AMIN. Juga untuk kita semua dan diri saya sendiri..
4.

7 comments:

Ustaz Azrai said...

saya rasa ada ramai orang pelanggan yg ,cari buku utk dihadiahkan kpada banduan @ saudara di penjara...

harap2 juga siapa yg mahu mhadiahkan buku kpd banduan agar bijak memilih genre buku yg sesuai..

Nora Shahaira said...

moga semua ibu di dunia berbahagia dan mendidik anak-anak menjadi solehah

Ustaz Azrai said...

Amin.. :)

rintzpalil said...

Arai,
terkesan aku membaca entry ko ni. serius beb!

Ustaz Azrai said...
This comment has been removed by the author.
Ustaz Azrai said...
This comment has been removed by the author.
Liza @ Adzriel AB said...

menyentuh hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...