Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, March 2, 2011

Menjenamakan 'diri' usahawan

Assalamualaikum WTH...

Selain mem'jenama'kan perniagaan kita. terdapat satu lagi tugas usahawan muslim iaitu untuk men'jenama'kan diri mereka sendiri.

Apabila menyebut tentang penjenamaan diri, minda kita semua akan muncul satu imagi yang mewakili imej individu. Apakah bayangan anda apabila saya menyebut nama tokoh usahawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Ustaz Ismail Kamus, Dato' Fadhillah dan Ustaz Dr. Zahazan Muhamad? Contohnya Ustaz Dr. Zahazan Muhamad, pasti kalian akan membayangkan susuk tubuhnya yang tegap, berkulit hitam manis dan petah berbicara tentang agama samada di buku-buku tulisan beliau, di kaca TV dan di radio IKIM. Saya pasti kalian semua akan terus membayangkan wajah individu lain terbabit secara spontan. Nah! inilah yang dinamakan penjenamaan diri! Bahkan kadangkala anda sendiri hanya mengetahui diri mereka berbanding nama syarikat yang mereka sendiri!

Penjenamaan diri usahawan muslim bermaksud pihak usahawan membentuk satu atau lebih identiti yang dapat meninggalkan kesan dan ingatan kepada pengguna dan masyarakat secara spontan. 

Antara cara yang boleh dilakukan oleh pihak usahawan muslim bagi menjenamakan diri usahawan ialah:
  1. Amalan wajib & fardhu - Syarat terpenting. Buat yang wajib & rajinkan diri untuk mencari yang sunat.
  2. Kuasai ilmu berkaitan perniagaan anda - jangan pernah berhenti belajar, setiap hari adalah merupakan ilmu baru.
  3. Membina karisma diri
  4. Pakaian- bezakan uniform anda dan pekerja dan pastikan ia menutup aurat
  5. kekemasan diri- Bukankah islam menyuruh umatnya sentiasa kemas? jangan pernah bercita-cita menjadi usahawan muslim sekiranya anda selekeh dan tiada masa untuk memotong kuku dan menyikat rambut!
  6. Tutur kata- kawal diri anda untuk hanya berkata-kata sesuatu yang sopan dan tidak menyakiti hati orang lain esp kepada pelanggan dan pekerja anda!
  7. Menjaga perniagaan dengan baik - meliputi kebajikan perniagaan, kebajikan pekerja, susunan barang di premis dan pelbagai lagi.
  8. Semaikan diri dengan sifat usahawan muslim seperti jujur, amanah, baik hati, tidak sombong dll
  9. Penglibatan diri dalam masyarakat- aktifkan dan libatkan diri dalam kegiatan dalam masyarakat. Anda boleh menonjolkan diri anda disini.
Saya sendiri juga sangat mementing penjenamaan diri sendiri, selain menjenamakan perniagaan Pustaka Nur Najma (PNN).

Hm, bukankah jika menyebut tentang PNN, anda sudah mula membayangkan wajah pemiliknya yang kacak, perniagaan kedai buku & alat tulis yang sedang meningkat maju dan pelbagai lagi! Beginilah cara saya menjenamakan diri dan secara tidak lansung menjenamakan perniagaan saya!

Note:
  • Jangan menjenamakan diri anda sebagai usahwan melalui 'jenama' yang buruk seperti imej usahawan yang sombong, suka memarahi pekerja, ketua yang miang kepada pekerja dan lain-lain sifat buruk..
  • TQ sebab sebut & baca ayat ni>  bukankah jika menyebut tentang perniagaan saya, anda sudah mula membayangkan wajah pemiliknya yang kacak, perniagaan kedai buku & alat tulis yang sedang meningkat maju dan pelbagai lagi! (perenggan terakhir tu... hehe.. setiap bacaan adalah doa, jadi, TQ sbb mendoakan saya & PNN)



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...