Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, January 5, 2012

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) KEPADA PENJUAL ATAU KEDAI BUKU




1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses tuntutan Bayaran balik baucar oleh kedai-kedai buku daripada Bank Simpanan Nasional.

2. OBJEKTIF
Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua kedai-kedai buku di Malaysia yang bersedia untuk turut serta.

3. TEMPOH PELAKSANAAN
Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

4. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

5. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Kuasa bagi percetakan baucar hanya diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sahaja;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini
d) Penjual buku perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi IPT/sekolah semasa menerima baucar daripada para pelajar;
e) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
f) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
g) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai; dan
h) Penjual buku perlu memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan.

6. TUNTUTAN BAYARAN BALIK BAUCAR
a) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
b) Semasa menuntut bayaran balik daripada Bank Simpanan Nasional, pihak kedai buku perlu memastikan baucar tersebut telah dicop rasmi kedai buku;
c) Pihak kedai buku perlu membuka akaun korporat di Bank Simpanan Nasional untuk tujuan penunaian baucar;
d) Pihak syarikat buku perlu mendepositkan RM500 untuk tujuan pembukaan akaun korporat Bank Simpanan Nasional; dan
e) RM500 tersebut akan dikembalikan kepada pihak syarikat semasa penunaian baucar tersebut.

7. PEMBUKAAN AKAUN KORPORAT BANK SIMPANAN NASIONAL
a) Pihak kedai buku perlu mendapatkan borang permohonan untuk membuka akaun korporat daripada mana-manacawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat dan menyatakan tujuan akaun korporat dibuka iaitu untuk menyertai program Baucar Buku 1Malaysia;
b) Pihak kedai buku perlu mengemukakan nama penuh, no kad pengenalan, salinan fotostat kad pengenalan dan contoh tandatangan pengelola akaun kepada Bank Simpanan Nasional;
c) Pihak kedai buku perlu mengemukakan borang pendaftaran syarikat (borang 24/49) semasa pembukaan akaun korporat di Bank Simpanan Nasional bagi Syarikat Sendirian Berhad, bagi syarikat enterprise perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala bagi syarikat koperasi perlu mengemukakan sijil pendaftaran koperasi;
d) Pihak kedai buku perlu mengemukakan senarai seperti di Lampiran A semasa tuntutan bayaran balik baucar di Bank Simpanan Nasional (BSN); dan
e) Pihak kedai buku perlu mengemukakan surat arahan pindahan ke akaun bank lain (sekiranya ada) semasa membuat tuntutan bayaran balik baucar yang ditandatangani oleh pengelola akaun yang sama semasa pembukaan akaun korporat tersebut.

8. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung penunaian baucar buku 1Malaysia boleh menghubungi En.Zulkarnain bin Ismail di talian 019-215 2673 begin_of_the_skype_highlighting            019-215 2673      end_of_the_skype_highlighting atau mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.



4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...