Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, November 10, 2010

Membudayakan amalan ‘berniaga’ dikalangan bangsa melayu

Assalamualikum WTH semua..

Membudayakan amalan ‘berniaga’ dikalangan bangsa melayu

Sebenarnya artikel ini ditulis setelah mendapat satu respon daripada teman blogger (TQ Ila) & mungkin agak terkeluar sedikit daripada ‘travelog usahawan muslim’ walaupun jiwa saya sendiri lebih suka jika saya meletakkan nama blog saya ‘travelog usahawan melayu muslim’. Ok, kita berbalik semula kepada tajuk diatas.
Mengapa perlu membudayakan amalan berniaga dikalangan melayu?

Jika anda bertanyakan kepada anak-anak dan para remaja berbangsa melayu dikeliling anda tentang cita-cita mereka apabila sudah dewasa nanti, jawapan yang pasti anda akan terima adalah cita-cita untuk menjadi guru, doktor, anggota keselamatan, juruterbang dal pelbagai lagi.. agak mustahil untuk mendengar jawapan seperti

1.SAYA INGIN MENJADI PEMILIK SEKOLAH SWASTA
2.SAYA INGIN MENJADI PEMILIK HOSPITAL TERBESAR DI MALAYSIA
3. SAYA INGIN MENJADI PEMILIK SYARIKAT KAPAL TERBANG dll

Sebenarnya jawapan seperti ini juga akan dijawab oleh anak muda berbangsa melayu yang mengambil jurusan perniagaan di universiti! Mengapa?

Pemerhatian saya, sejak kecil lagi kita sudah diasuh oleh ibubapa kita:

                ‘hang belajar pandai-pandai, masuk U.. selepas masuk U hang boleh dapat kerja yang bagus & gaji yang tinggi’

Betul tak? Sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan keenakkan makan gaji. Bekerja dipejabat berhawa dingin, bertali leher kepejabat.. agak sukar mendengar ayat dibawah ini keluar dari mulut ibu bapa kita:

                ‘hang belajar pandai-pandai, masuk U.. selepas masuk U hang boleh dapat kerja yang bagus & gaji yang tinggi. Dalam masa yang sama kumpul modal dan berniagalah, cipta peluang untuk anak bangsa’

Saya biarkan isu ini tergantung untuk melihat respon anda semua..

Hanya ada tiga perkara sahaja yang dapat selamatkan bangsa melayu di Malaysia ini
  1. Agama islam
  2. Kekuatan ekonomi
  3. Kekuatan politik
Jangan sampai suatu hari nanti maruah melayu dipijak oleh bangsa asing di tanah milik melayu sendiri.

Ada orang yang sebenarnya lebih sesuai untu terus bekerja!
dan ada orang yang lebih berpotensi untuk menjadi usahawan!

dimanakah anda? pilih yang terbaik untuk diri anda demi agama dan bangsa tercinta! 

p/s: sebenarnya saya juga tidak tahu untung nasib saya dalam bidang ini.. doakan saya teman2! Moga bisnes saya & PNN terus berkembang megah dan ditetapkan iman! 
Bersama memperkasakan usahawan muslim!

4.

2 comments:

ZBZniaga said...

saalm :) alhamdulilah ya allah ya rahman ya rahim, :) amin3 ya allah,seprti dalam azan ,marilah kita menuju kejayaan),insya'allah tiada yang mustahil dengan izin allah.

Bg saya cabaran dalam perniagaan arena melayu atau mana2 arena seperti biasa la,seperti jatuh nya tanah2 melayu(nusantara) yang dulu dan empayar2 islam yang lain,tali persaudaraan yang banyak dikhianati dan lain2.

senyum2 sll :)

Insya'allah :) smg saudara2 terus maju jaya,amin ya allah

Ustaz Azrai said...

Wsalam.. tq abg.. sunnah org bjuang.. sbelum buah masak n jdi manis.. ia brasal dri putik yg pahit, kelat & masam..

moga usaha kita diberkati.. AMIN YA ALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...