Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, January 29, 2011

Namun Ku Punya Hati


k

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta lahir ke dunia,
Tidakku duga cacat begini,
Bukanku pinta kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua
*******************************************************************************


Entah mengapa malam ini saya sangat beremosi... Sejujurnya saya bukanlah orang yang  begitu sensitif. Cuma saya menyampah apabila kecacatan saya di buat 'bahan gurauan' oleh teman-teman. Yup, saya memang insan OKU, tp janganlah bergurau keterlaluan begitu. 

Kalian disana masih beruntung kerana 'masih normal'! Tapi jangan pernah yakin anda juga selamanya akan normal. Saya juga dilahirkan sempurna sifat dan tidak pernah terfikir untuk menjadi OKU pada ketika kerjaya dan segalanya sedang memuncak naik... 

Terlalu jijikkah kami dimata kalian?

Seandainya kalian memahami situasi dan perasaan kami.....


4.

4 comments:

Ustaz Azrai said...

saya bsyukur kerana 'kecacatan' ini mengajar saya erti tabah & bjuang lebih hebat untuk bersaing dengan manusia 'normal' yang sering memandang rendah kepada keupayaan kami golongan OKU...

Anonymous said...

I'am so sorry...
that would be painful, hurtful, frustrating, ey?
setiap yang berlaku ada hikmahnya...sometimes good things fall apart so better things can come together...INSYALLAH.
be strong...

Ustaz Azrai said...

TQ anoy.. yup, hilang 'sesuatu' bkan bmaksud kalah... I.allah sya akan jdikan ia sbgi sumber kekuatan..

Anonymous said...

Allah tidak memandang hambaNya dari segi fizikal tp tahap keimanan hambaNya kpdNYA...

semoga anda lebih tabah dalam mengharungi ujian dalam kehidupan anda seharian... semoga berjaya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...