Assalamualaikum WTH..
Entri kali ini mungkin agak terkeluar dari bidang keusahawanan muslim, namun saya merasakan ia menjadi tanggungjawap sosial yang saya rasa perlu saya keutarakan di ruangan blog ini. Semoga kita semua sama-sama diberkati dan beroleh manfaat dari isu ini.
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh para sarjana di Malaysia yang menyatakan jumlah umat islam yang menunaikan solat cukup lima waktu seharian hanyalah sekadar sepuluh peratus sahaja!
OK, kembali kepada tajuk asal entri ini. Bilakah kali terakhir anda memeriksa 'ketepatan' bacaan dalam solat? Bacaan yang saya maksudkan disini ialah bacaan wajib yang merupakan rukun solat perlu dibaca oleh kita seperti bacaan surah Al-fatihah dll.
Mengapa kita harus menyemak kembali bacaan-bacaan ini? Sebelum anda menjawap soalan ini saya suka bertanya lagi kepada anda:
- Adakah anda yakin bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
- Adakah anda sangat yakin bahawa bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
- Adakah anda berasa sangat yakin bahawa bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
Sejujurnya saya juga seringkali menyemak bacaan-bacaan didalam solat didalam anggaran setiap dua bulan sekali. Saya khuatir dan berasa sangat bertanggungjawap untuk sentiasa memeriksa dan menyemak bacaan saya ini secara berkala memandangkan saya bukan 'penutur bahasa arab yang baik'. Saya sangat khuatir jika terdapatnya kesalahan bacaan saya didalam solat ini akan 'memberikan maksud lain' dan seterusnya menjadikan ibadah saya tidak sah dan terbatal.
Ayuh kawan-kawan semua! MARI KITA SAMA_SAMA MENYEMAK KEMBALI BACAAN WAJIB DI DALAM SOLAT!
P/s: Pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk saya dan teman2... sbnrnya bnyak lagi nk tulis bkenaan tajuk ini namun masa sgt terhad.. smoga kita beroleh rahmat drnya.. AMIN
(gambar ayahanda kesayangan saya, Haji Rahmat Bin Hasyim- orang pertama tampo muka saya sbb baca surah al-fatehah salah... tp dh lama sgt... 20 tahun lalu.. TQ, abah...)
4.
3 comments:
Info yang sangat-sangat bermanfaat pak ustad.. thanks.
http://www.imemovaz.com
:)
penamparnya itulah yg buat kita kadang2 rasa nak cium pipinya kalau dia ada lagi kerana itu yg membentuk diri kita jadi lebih baik.
http://adzriel.blogspot.com/2010/12/solat-aku-solatkah-dia.html
http://adzriel.blogspot.com/2010/12/banyaknya-kategori-solat.html
Post a Comment