Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, February 9, 2011

TERAJU perkukuh agenda majukan perniagaan peribumi

Teraju perkukuh agenda majukan perniagaan peribumi

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang bertujuan memperkukuhkan agenda pembangunan golongan itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhannya mampu mendorong, menyelaras dan memantau pelaksanaan kepentingan agenda ekonomi bumiputera terutama dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Malah, katanya, penubuhan tersebut selaras dengan salah satu resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputera sebelum ini yang mencadangkan diwujudkan Jawatankuasa Penyelaras seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu) di bawah jawatankuasa agenda ekonomi bumiputera.

"Apa yang dituntut oleh orang Melayu dan bumiputera adalah kesaksamaan dalam ekonomi negara yang adil untuk semua golongan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Teraju yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ibrahim berkata, dalam memastikan kejayaan pelaksanaan agensi yang baru ditubuhkan itu, kerajaan mesti memastikan ia diterajui oleh pemimpin Melayu yang mempunyai semangat Melayu tulen.

Selain itu, katanya, kepimpinan Teraju mesti bersifat bersih dan telus serta mempunyai 'kuasa' seperti Pemandu.

Sementara itu Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berpendapat, penubuhan Teraju merupakan satu tindakan positif untuk membantu pelan transformasi dalam meningkatkan taraf ekonomi bumiputera. Namun katanya, peneraju unit tersebut haruslah bertaraf menteri demi memastikan pelaksanaan agendanya efisien.Selain itu tegasnya, dalam menjayakan agenda tersebut, perancangannya harus menembusi pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi.
 
"Pegawai pentadbir yang dilantik juga mesti memahami peranannya agar mereka dapat melaksanakan misi dan visi dengan hasil terbaik. "Malah saya yakin andai kelompok bumiputera dan Melayu bersatu, hasrat Perdana Menteri akan dapat dilaksanakan dengan berkesan," jelasnya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...