Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, February 7, 2011

Ikhtikar ( menyembunyikan stok )

Rasulallah SAW bersabda:

"Tidak melakukan ikhtikar kecuali orang-orang yang bersalah" 

direkodkan oleh Imam Tarmizi

"Seburuk-buruk hamba Allah adalah yang menimbun (menyimpan barang), apabila mendengar barang turun ia merasa susah, dan apabila ia mendengar harga barang naik ia merasa gembira" 

(disebutkan oleh Imam Razin @ Jami'nya)

Ikhtikar bermaksud satu perbuatan menyembunyikan stok didalam kuantiti banyak yang dilakukan oleh pihak peniaga @ usahawan.

Mengapakah golongan ini menyembunyikan stok? Apakah tujuan mereka? dan apakah kelebihan yang mereka perolehi dengan menyembunyikan stok?

Ikhtikar ini dilakukan bertujuan untuk menimbulkan suasana panik dikalangan pengguna dengan harapan perbuatan ini diyakini mampu untuk menaikkanharga sesuatu barang. Kebiasaanya jenis barang yang selalu dijadikan 'mangsa' ialah barangan keperluan harian seperti makanan dan bahan api. Logiknya, apabila permintaan sesuatu barangan itu melebihi penawaran maka harga sesuatu barangan itu mampu melonjak tinggi. Dan inilah yang dicari oleh usahawan kejam ini.

Pasti anda semua masih lagi mengingati krisis 'ketiadaan gula' pada awal tahun 2004.  Pada ketika itu saya masih lagi bekerja sebagai pembantu pengurus disebuah hypermarket terkenal di selatan tanahair. Saya masih ingat lagi ketika itu, para pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan sekilogram sahaja dan hampir berlaku pergaduhan kerana ditangkap menipu kerana sebungkus gula!

Mereka yang tersepit ialah peniaga kecil dan pengusaha kecil yang bergantung sepenuhnya kepada 'gula' yang merupakan menu wajib untuk produk mereka. Para tauke kilang air minuman, pengeluar kordial, pengusaha restoran MERINTIH. Malah pihak yang mahu melansungkan kenduri perkahwinan merayu kepada saya untuk melepaskan 'sejumlah' gula kepada mereka.(utk mereka ini sahaja saya lepaskan gula dalam jumlah kuantiti dgn syarat kami diberikan contoh kad jemputan)

Mujur langkah kerajaan menurunkan harga gula secara drastik menyebabkan ramai dikalangan 'penjenayah ikhtikar' ini menanggung kerugian dan terpaksa mengeluarkan stok berlebihan yang mereka miliki. Namun hal ini berlaku ketika usahawan yang tidak beretika ini telah mengaut banyak keuntungan!

Lihatlah kekuatan  'sepakatan' usahawan bukan muslim. Mereka bijak mengatur strategi untuk sama-sama mengaut keuntungan walaupun secara kejam kepada pengguna!

JANGAN PERNAH ANDA SEBAGAI USAHAWAN @ BAKAL USAHAWAN MUSLIM MELAKUKAN KESALAHAN INI!



4.

1 comment:

Ustaz Azrai said...

Saya juga kadangkala menyimpan stok untuk kegunaan beberapa tempoh masa. Tapi bukanlah berniat untuk membuat ikhtikar ini, sekadar menyimpan stok kerana belian pukal lebih murah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...