Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, February 21, 2011

Anchor Product

Assalamualaikum WTH..

Topik yang ingin saya bincangkan ini merupakan salah satu topik penting kepada usahawan terutamanya bagi mereka yang menjadi usahawan bidang peruncitan.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'anchor product'? Anchor product merupakan sejumlah barangan  perniagaan yang memiliki sensitiviti harga dan kuasa jual yang tinggi  dipasaran. Kebiasaanya barangan yang tersenarai didalam senarai 'anchor product' ini dijual pada tiga keadaan:
  1. Dijual pada harga kos
  2. Dijual dibawah harga kos
  3. Dijual denga kadar keuntungan yang minima
Di dalam bidang peruncitan buku dan alat tulis yang saya ceburi ini, antara produk yang layak disenaraikan sebagai 'anchor product' ialah kertas A4, Fhotocopy, pen pilot, color pencil Luna , marker artline, pocket file dan hampir seratus lebih produk yang memiliki harga yang sensitif dipasaran.

Apakah kepentingan 'anchor product'

'Anchor product' berperanan sebagai produk yang memiliki daya penarik pelanggan. Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan, kegagalan usahawan runcit untuk mengawal harga 'anchor product' ini berbanding harga yang ditawarkan oleh pihak pesaing anda menyebabkan perniagaan anda bakal mengalami 'kerugian' atau lebih teruk lagi anda terpaksa menutup perniagaan anda!

Secara logiknya, sebelum para pelanggan membeli dikedai anda, dia sendiri telah membuat perbandingan harga dengan pesaing anda. Cuba anda bayangkan sekiranya perbezaan harga sebanyak seposen sahaja sudah cukup untuk pelanggan lari, bagaimanakah perniagaan anda mampu bertahan sekiranya perbezaan melebihi nilai RM1? Fikirkanlah!

Bagaimana Menonjolkan 'Anchor product'

Selain itu, penonjolan jualan murah terhadap ‘Anchor produk’ berperanan untuk memberikan imej kedai harga patut kepada perniagaan. Contoh produk yang tergolong didalam kategori ‘anchor produk’ ini ialah kertas A4 70gram berjenama IK memiliki sensitiviti harga yang tinggi dikalangan pengguna. Harga kos bagi kertas ini ialah RM7.20 bagi satu ream. Secara purata, kebanyakkan kedai alat tulis dan pasaraya-pasaraya akan menjual produk ini dengan harga diantara RM7.00 sehingga RM7.90 untuk satu ream. Bagi mewujudkan suasana kedai harga patut, saya akan menjual produk ini pada harga RM6.99 untuk satu ream untuk sebagai kaedah promosi. (utk satu tempoh masa sahaja & terhad kepada 5 ream)

Kepada para pembaca yang tidak memahami konsep menjual “rugi” ini, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa kadangkala terdapat peniaga yang menjual dengan harga dibawah kos? Secara umumnya, kami sebagai usahawan dan peniaga tidak akan menjual stok barangan untuk mengalami kerugian kecuali disebabkan oleh hal-hal tertentu. Sebenarnya, kami telah menyerapkan nilai kerugian itu kepada stok lain yang tidak tersenarai di dalam kategori ‘anchor produk’. Contohnya, kos kerugian jualan kertas diatas akan ditampung melalui jualan produk sampingan seperti kertas A4 70gram 30 helai yang dibungkus sendiri, pembaris, pemadam, bekas pensil dan banyak lagi produk yang memberikan kami margin keuntungan melebihi 50%. Bahkan kami beranggapan para pelanggan tidak datang hanya untuk membeli satu produk sahaja, malah akan membeli banyak barangan yang lain bagi menampung jualan ‘rugi’.

Namun begitu, saya menasihatkan anda supaya menghadkan jualan ‘rugi’ ini terhad hanya kepada sepuluh barangan yang benar-benar sensitif dipasaran sahaja dan nilai kerugian yang ditawarkan hanyalah sekitar 5% sahaja sepanjang tempoh promosi. Perkara ini penting bagi meneruskan keberlansungan perniagaan anda.






4.

4 comments:

Ustaz Azrai said...

harga 6.99 utk kertas a4 tu hanya contoh je ye... sbb skrang harga kos dh jejak rm7.40.. jual rm7.50

Normaliza said...

aku kadang2 ada masalah nak letakkan harga barang. cthnya, kalau aku wat coklat, nak letak harga satu coklat tu berapa..

penah customer aku merungut pasal hg cup cake yg aku jual. Diaorang kata murah sangat..

ko blh bagi aku idea tak camana nak kira hg barang?

Ustaz Azrai said...

Oo... mslah jugak kalu xtau nk cara nk letak harga..

ni yg timbul idea cara nak letak harga... TQ..

Anonymous said...

dari komen Ustaz Azrai yg pertama tu...teringat saya dengan kata2 tok guru saya, bagaimana jujurnya Nabi Muhammad SAW berniaga, lebih kurang..'saya beli dengan harga sekian dan jualnya semula dengan harga sekian. saya ambil untung sedikit sahaja'


kerenah pelanggan macam2 jenisnya. dari pengalaman saya....customer A kata 'mahalnya', customer B cakap 'murahnya' dan pelanggan C angguk n say 'ok'...dan pelanggan C itu adalah pelanggan tetap saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...