Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, February 17, 2011

Suasana indah impian saya...

Assalamualaikum WTH.. 

Sebelum memulakan perniagaan sendiri, saya sering mengimpikan sebuah suasana perniagaan islam yang indah. Suasana perniagaan yang berlandaskan prinsip dalam islam & syariah. Tiada unsur-unsur rasuah dalam bisnes.

Kini setelah memiliki perniagaan sendiri, saya cuba menerapkan unsur-unsur islam dalam PNN.  Sebagai pemimpin, saya akan memastikan sumber perniagaan saya terdiri dari sumber yang halal dan terjamin. Agar setiap suap nasi yang masuk ke perut kami dijamin suci dari unsur haram. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan doa sahabat.

Saya dan para staf bergilir kini bergilir-gilir mengerjakan solat dhuha, berpuasa sunat bersama-sama, mengaji pada masa terluang, berzikir, melaungkan suara IKIM.FM untuk manfaat bersama... pernah ketika bulan ramadhan lepas, kami bergilir-gilir cuti untuk merasai nikmat solat terawih di masjid. Mana mungkin hanya saya yang berpeluang beribadah< sedangkan mereka juga berhak merasai nikmat itu? Mungkin satu hal yang sukar kami lakukan ialah solat berjemaah bersama lantaran kedai perlu dibuka sentiasa.

Sebenarnya saya cemburu dengan suasana islam yang tercipta di salah sebuah syarikat pembekal buku kami. Suasana islam yang cukup indah, setiap kali waktu solat semua pekerja akan bersama bersolat berjemaah, pada waktu malam tertentu akan ada penceramah jemputan... cemburu betul dengan suasana seperti itu...

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk tetap taat kepada-MU. Dan janganlah engkau gelincirkan hati kami dari terus beriman kepada-MU Berikanlah kami dan PNN rezeki yang banyak agar kami dapat melebarkan sayap perniagaan dan menyebarkan keindahan islam terutamanya di tanah bertuah ini! AMIN YA ALLAH!




4.

3 comments:

Ustaz Azrai said...

berkongsi yg indah2...

Nora Shahaira said...

sesungguhnya islam tu kan mendamaikan..jd jika hidup berlandaskan islam pasti menyamankan..namun, manusia masih kabur..yg mereka nampak islam kolot danmenyusahkan

azlan said...

Tahniah kepada anda.Mudah2an anda juga dapat menikmati suasana yang indah begitu.Pasti murah rezki dan diberkati Allah s.w.t .Saya doakan anda menjadi ushawan muslim yang berjaya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...