Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, December 11, 2010

Musim cuti sekolah = musim melatih anak buah belajar berniaga

Assalamualaikum WTH..

Musim cuti sekolah datang lagi! Alhamdulillah, sebenarnya ada beberapa perkara yang saya suka apabila musim sekolah tiba.

Selain menerima kunjungan lebih ramai pelanggan pada masa ini, musim cuti sekolah adalah masa yang sangat sesuai untuk saya mengangkut empat orang anak buah saya dan juga sepupu yang juga tinggal di sekitar pekan Rawang ini untuk membantu saya di kedai.

Sebenarnya idea untuk 'mengangkut' mereka semua ini adalah idea spontan oleh ibu bapa mereka sendiri untuk melatih anak mereka berdikari dan belajar mengenai ilmu keusahawanan disamping mengelakkan mereka terdedah di dalam pergaualan sosial yang tidak sihat sepanjang tempoh cuti sekolah ini (sebenarnya saya juga mendapat keuntungan melalui jumlah tenaga secara percuma! hehe... tapi saya tetap akan memberi sedikit saguhati kepada mereka semua).

Selain dapat memenuhi masa lapang mereka sepanjang tempoh cuti sekolah ini, mereka ini bertindak sebagai promoter sambilan terutamanya dikalangan teman-teman sekolah mereka. Nah, disini wujud situasi menang-menang.. saya bayar upah mereka dan mereka akan membantu saya di PNN dan membantu mempromosi PNN secara tidak lansung..

Buat anak-anak buah dan sepupuku.. Moga apa yang kalian nampak pada hari ini akan membuka minda kalian untuk sama-sama menceburi diri sebagai usahawan kelak... AMIN


BERSAMA-SAMA KAMI UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK 'BERCITA-CITA" MENJADI USAHAWAN MUSLIM YANG BERJAYA  SEHEBAT NABI MUHAMMAD SAW & SAIDINA ABDUL RAHMAN AUF..

AMIN YA ALLAH!



4.

7 comments:

Hannah said...

keluarga saya pun ada berniaga kedai makan.. cuti2 sekolah ni adalah juga tolong2 di samping dapatlah juga upah =)

Ustaz Azrai said...

hehe.. kita sama, ayah saya & my atuk pun ada kedai runcit, & my mum pun bniaga di kantin sekolah.. mmg tiap2 hari kene tolong depa.. tp mmg sronok sbb disitulah saya mula menanam minat utk berniaga... :)

Ustaz Azrai said...

hehe... sama dgn saya la msa kecik2.. camtu jgak.. tp ayah sya lgi suka saya ada kat kdai drpd sya kat umah @ kantin ibu sbb sya kene tlg dia & kene study dpan dia.. huhu

Al-Mufakkir Hamidi said...

salam.

dulu, kalu cuti2 sempat gak saya mengisi masa cuti dengan menyalurkan tenaga dalam pembelajaran pelajaran addmath. tutor part time.

:)

magnoliapert said...

Salam, saya pun baru start buat bisnes online ni. Jual Shawl. T jemput lah singgah :)

Promote jap! Hehehe :

Jangan lupe undi my blog untuk 'Blog Baru (2010) Pilihan.
My Lucky Number : 376
http://magnoliapert.blogspot.com/

Ustaz Azrai said...

Wslam.. mksudnya rmai juga antara kita yg mngisi msa dgn berfaedah kn? esp msa cuti2 skolah camni..

mag[ert..> tahniah! Selamat dtg ke dunia usahawan muslim.. moga kita sama2 berjaya d dunia & akhirat..

Normaliza said...

saya pun masa kecik ada tolong tok meniaga nasi lemak & kuih muih. Mungkin dari situ timbul minat untuk meniaga..rata2 kita yang secara tak langsung ada menceburi bidang perniagaan masa kecik2 dulu akan berfikir untuk mempunyai perniagaan sendiri kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...