Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, January 31, 2011

Stok majalah baru tiba hari ini -1 Februari 2011

  1. Ben 10 issue 17
  2. Buletin rakyat issue 121
  3. Disney Princess pack B.2 issue 15 & 17
  4. Majalah I issue 100/ Februari
  5. Mingguan wanita isu 1420
  6. Mirrors (C) isu 4
  7. Perajurit Februari
  8. Malaysian Business februari


4.

Sunday, January 30, 2011

Stok majalah baru tiba hari ini -31 januari 2011

  1. Ah Beng
  2. Ben 10- Alien force magazine issue 9
  3. Cars (M) issue 5
  4. Cycling Malaysia issue 7
  5. Foodsion FG 17/ Februari
  6. Kar Kompak isu 73/ Februari
  7. Raja Sehari (majalah baru... nak lawan populariti majalah ratu sehari kot.. hehehe)
  8. Siasah isu 750

4.

Saturday, January 29, 2011

Namun Ku Punya Hati


k

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta lahir ke dunia,
Tidakku duga cacat begini,
Bukanku pinta kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua
*******************************************************************************


Entah mengapa malam ini saya sangat beremosi... Sejujurnya saya bukanlah orang yang  begitu sensitif. Cuma saya menyampah apabila kecacatan saya di buat 'bahan gurauan' oleh teman-teman. Yup, saya memang insan OKU, tp janganlah bergurau keterlaluan begitu. 

Kalian disana masih beruntung kerana 'masih normal'! Tapi jangan pernah yakin anda juga selamanya akan normal. Saya juga dilahirkan sempurna sifat dan tidak pernah terfikir untuk menjadi OKU pada ketika kerjaya dan segalanya sedang memuncak naik... 

Terlalu jijikkah kami dimata kalian?

Seandainya kalian memahami situasi dan perasaan kami.....


4.

Thursday, January 27, 2011

Stok majalah baru tiba hari ini -28 januari 2011

  1. Bike Trader isu 213
  2. Bola Kampung C.book
  3. Digital S.L.R Februari
  4. Fokus SPM isu 115/ Februari
  5. Media Hiburan isu 1340 Februari
  6. Utopia (7 lines) isu 196 Februari
  7. Autocar  Februari
  8. E pop (M) isu 17 Februari 
  9. Media rakrat isu 3
  10. Mina isu 27 Februari
  11. Networker isu 1 (majalah baru utk penggiat MLM)
  12. Upin Ipin isu 13 Februari
Harini stok majalah agak sedikit sebab kebanyakan majalah untuk bulan Februari telah dihantar sejak pertengan bulan ini (disebabkan faktor kebanyakan suplier akan bercuti lama sempena tahun baru cina- jadi stok majalah untuk bulan Februari terpaksa dihantar awal)

Majalah Digital sampai 5  keping je.. saya dah pesan pada sales exec suruh hantar dalam 10 keping utk majalah ni... sebab sekarang ni mmg ramai yang mencari majalah ni...
4.

Menjadi usahawan untuk memiliki lebih masa untuk anak & family?

Sekarang ini saya sering menerima E-mail dari mereka yang mahu membuka perniagaan dengan alasan untuk lebih dekat dan mempunyai lebih masa bersama anak dan keluarga.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berfikir untuk mengutamakan keluarga di dalam kehidupan. Benar, cabaran hidup dizaman yang serba canggih ini mencabar 'keupayaan' pihak ibu bapa mendidik anak mereka. 

Pengalaman saya sebagai kaunselor pelatih di sebuah Jabatan Agama Islam disebuah negeri memberikan saya gambaran sosial remaja dan umat islam secara amnya. Benarlah pepatah melayu lama menyatakan menjaga sekandang lembu lebih mudah jika dibandingkan dengan menjaga anak sendiri. Terdapat pelbagai dugaan dari pelbagai media yang dapat mengubah cara hidup anak-anak masa kini. Dengan teknologi yang berada dihujung jari, segala urusan hidup tidak dapat diduga dengan mudah.

Sejujurnya saya menafikan dengan menjadikan kerjaya sebagai usahawan sebagai alasan untuk lebih dekat dengan keluarga. Mengapa saya berkata demikian? 

Diri saya sendiri mulai bekerja bermula pada pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam setiap hari sepanjang tahun tanpa cuti kecuali sakit @ mendapat panggilan dari ibubapa yang merindukan 'anak bujang handsomenya' ini (kene balik Johor la tu maksudnya). Anda juga sering mendengar kisah pihak usahawan yang hanya dapat  bertemu ahli keluarga mereka tidak sampai sejam dalam tempoh sebulan! 

Memang wujud situasi dimana pihak usahawan yang mempunyai masa yang secukupnya bersama keluarga. Saya tidak menafikan situasi ini. Kebiasaanya golongan usahawan yang memiliki masa yang cukup bersama keluarga ini adalah dikalangan usahawan yang sudah 'selesa' dengan kedudukan perniagaan mereka. Samada perniagaan mereka sudah mantap ataupun sudah menemui 'pekerja kepercayaan' yang mampu menggalas tugas ketua tanpa pengawasan yang sepenuhnya. Namun persoalan yang timbul ialah berapakah tempoh masa yang diperlukan bagi pihak usahawan mendapat kebebasan masa seperti yang diidamkan?

Tempoh keusahawanan yang paling getir ialah dalam tempoh tahun pertama sehinggalah  tempoh tahun ketiga perniagaan anda. Sekiranya perniagaan yang sedang @ bakal anda kendalikan ini dapat menempuhi tempoh ini dengan berjaya dan "bergaya", tidak mustahil impian anda untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan lebih akan tercapai.

Oleh itu, saya menyeru kepada pihak usahawan dan mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan agar berfikir semula niat anda untuk menjadi usahawan! Mungkin anda lebih sesuai untuk 'makan gaji' sekiranya bermaksud untuk lebih dekat bersama keluarga! Namun, jangan mengalah dengan penyataan saya ini kerana anda mungkin boleh melebihkan masa untuk bersama ahli keluarga anda sekiranya anda mampu mencapai tahap selesa dalam tempoh masa yang singkat!

BUAT YANG TERBAIK UNTUK DIRI DAN KELUARGA ANDA, JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA! 

USAHAWAN MUSLIM MENYIMBANGI KEPERLUAN DUNIA DAN AKHIRAT SEIRINGAN!



(
Ensem kan pemuda yg kat sebelah Ustaz Zahazan tu... :)
 
4.

BERTEMU CINTA - Mila ( Nur Kasih Film Original Soundtrack)

BERTEMU CINTA
Nur Kasih Film Original Soundtrack

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara

Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah

Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya

****************************************************************************************

Tak sabar rasanya nak menonton filem "nur Kasih" ni... N tak sabar jugak nak dengar lagu BERTEMU CINTA ni...
4.

Wednesday, January 26, 2011

Stok majalah baru tiba hari ini -27 januari 2011


  1. Arena Komik isu 03/2011
  2. Chocolate Temptatians (resipi)
  3. Hot isu 164
  4. Jelita Februari 
  5. Kreko Komik Remaja 04/2011
  6. Madam Chair isu 30
  7. Midi isu 106/ 1 Februari 
  8. Motor Trader isu 518
  9. My Home (CITE) 63 Januari
  10. Majalah Rapi 157 isu 1 Februari 
  11. Taman Ria Disney isu 236
  12. Transisi 18
  13. Warta Perdana 1106
  14. Ah Beng isu 2/ Februari
 (Moga semuanya laris... AMIN)
4.

Pelanggan "Mr Perfect"

Assalamualaikum WTH..

Pagi semalam saya didatangi seorang pelanggan berbangsa india yang bertanyakan tentang perkhidmatan fax di kedai saya. Sebenarnya dia mahu  menggunakan perkhidmatan 'penerimaan' fax dari pihak ketiga masuk ke fax kedai saya. Menurutnya, seorang sahabatnya di India mahu mem'fax' surat dari Negara India kepadanya.

Setelah memberikan nombor fax saya kepadanya, beliau terus menelefon seseorang . Lima minit kemudian mesin fax saya menerima surat yang pelanggan itu mahukan. Namun malangnya kelima-lima salinan fax yang diterimanya sangat kabur, gelab dan lansung tidak boleh dibaca langsung! 

Melihat salinan fax yang diterimanya sangat kabur dan bermasalah... dia mula membebel dengan nada suara yang tinggi kerana kurang berpuas hati dengan kualiti mesin fax saya. Dia menuduh mesin fax saya sudah kehabisan toner@katrij@dakwat. 

Mendengar bebelan dan tuduhan pelanggan itu saya mula terasa panas hati. Saya bukan orang yang terlalu penyabar apabila dikritik dihadapan pelanggan lain. Lagipula saya amat menyakini mesin fax saya yang baru berusia setahun lebih ini sangat jarang digunakan bagi tujuan 'penerimaan' fax. Jadi saya membuat kesimpulan bahawa mesin saya ini masin berada dalam situasi yang sangat baik.

"Aci, kalu U tak puas hati dan tuduh mesin fax saya sudah kehabisan dakwat@toner.... Saya fon my brother sekarang & suruh dia fax something kat mesin ni... & kalu kualiti benda yang dia fax tu cantik ,U kene bayar saya caj print RM1.00. Tapi U memang kene bayar RM5.00 untuk caj print fax yang lima helai tadi. Amacam?" kata saya dengan nada lembut.
"OK, kalu kualiti fax tu cantik... saya bayar semua sekali RM15.00!" balas pelanggan itu dengan nada tinggi.

Tanpa berlengah saya terus menelefon abang saya dan memintanya agar mem'fax'kan satu imej bergambar kepada saya. 

Hasilnya? hahaha.... saya dapat RM10! imej yang saya terima sangat cantik kualitinya dan terbukti mesin fax kesayangan saya ini masih dalam keadaan yang baik!

Sebelum pelanggan itu keluar dari dari kedai saya sempat berpesan secara sinis kepada dia:

"Aci... U suruh kawan U tu tukar mesin fax dia... scanner fax machine dia sudah rosak!"

Hehehe... mesti pelanggan india tu menyumpah kerana terpaksa membayar RM15.00 (RM5.00 untuk caj fax 5 helai yg pertama tadi & RM10 sbb dia sudah terlepas cakap) untuk salinan fax yang sangat kabur.

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang kejam untuk menerima wang RM10 milik  pelanggan itu, Saya mahu memulangkannya, Namun pelanggan itu seakan berat hati kerana telah menuduh saya dengan nada yang tidak sepatutnya dan sempat memohon maaf kepada saya. Sebelum beliau melangkah pergi saya sempat berpesan kepadanya:

"Aci, kalu U tak puas hati dimana-mana tempat, cakap baik-baik pun takpe.."

Setelah pelanggan itu keluar dari kedai saya dan lima minit kemudian saya pula menjerit kepada seseorang:

HAFIZ! PERGI BELI GORENG PISANG RM10.00!


(Mesin fax saya model Samsung SCX-4251F)



4.

Tuesday, January 25, 2011

Radja_Taubat


m

Selama ini aku, jauh dariMu
Selama ini aku ingkar padaMu
Begitu banyak dosa yang ku lakukan
Hingga ku merasa diri penuh dosa
 
Terkadang ku lupa
Terkadang ku ingat
Ku ingin diriku bertaubat

Reef :
Ampuni aku dari dosa-dosa
Yang ku lakukan, padaMu, Ya AlLah
Ampuni aku dari kesalahan
Yang ku lakukan...
PadaMu Ya AlLah..

Astagfirullah, AstagfirulLah.,
Ampuni aku... Ya Allah. 

*************************************************************

Saya suka lagu dan lirik lagu ini.. Walaupun agak lari dari konsep nasyid yang 'mesra' di telinga capang saya ini. Sejujurnya lirik lagu ini sangat menusuk jiwa saya agar terus selalu mengingati Allah SWT, segera bertaubat dari kesalahan lalu...
4.

Stok majalah baru tiba hari ini

    1. Anjung Seri Februari
    2. Apo isu 290
    3. Bintang Kecil isu 166
    4. Bola Kampung (buku aktiviti)
    5. Cleo (Malaysia) Februari
    6. E Baca 70/Februari
    7. G3 84/ Februari
    8. Klik 1 Februari/ 137
    9. Koleksi Biofoto Top Korean Idol 
    10. Kunang-Kunang Februari
    11. Majalah PC 170 Feb
    12. Milenia Muslim Februari
    13. Public Infi (cina)
    14. Remaja isu 1 Februari
    15. Sister Pictorical (C) Februari
    16. Ujang 1 Februari/ 397
    17. URTV 785 
    18. Mingguan Wanita isu 1419 (Ransang suami lebih romantik) WAJIB BELI SBB MENARIK!
Mulai hari ini saya akan updated setiap majalah terbaru yang tiba di PNN.. (syarikat pembekal majalah ni boleh dikatakan hari-hari akan hantar majalah walaupun hanya satu jenis majalah sahaja!)


4.

Monday, January 24, 2011

Stok buku terbaru dari Telaga Biru

Assalamualaikum WTH...

Kelmarin stok buku terbaru & buku yang saya tempah tiba di PNN
  1. Hadis 40 imam Nawawi karya Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria
  2. Wasiat sebelum dirimu bergelar Ulama-Mohd Solleh Abdul Razak
  3. Koleksi Majalah solusi isu ulang cetak
  4. 150 Majalah solusi isu 28 (terbaik!!)
  5. Memahami keindahan Surah Al-Kahfi karya Haji Mohd Zamri Mohd Zainuldin & Haji Mohd Abdul Hanif- terjemahan dan tafsir dripd Kitab Tafsir Muktabar
  6. Furu' Masail
  7. Indahnya hidup bersyariat dan banyak lagi...


Alhamdulillah... syukur saya kepada Allah... Moga kehadiran buku-buku ini dengan izin Allah SWT akan merancakkan lagi suasana kedai buku saya ini dan dapat melonjakkan jumlah jualan tunai di PNN. AMIN

P/s: Harini korang gaji kan? JOM BELI BUKU!! 
InsyaAllah saya akan review buku-buku baru ini...

 lima bintang untuk buku "wasiat dirimu sebelum bergelar ulama! karya Mohd Solleh Abdul Razak"

4.

Sunday, January 23, 2011

Berita dari Somalia...

Assalamualaikum WTH.. 

Hari ni saya mendapat satu 'message' dari seorang sahabat karib yang sekarang berada di Somalia..

"Salam Bos……… apa khabar…??? Xnak Tanya khabar aku ker dari Somalia ni….??? Xnak ucap tahniah kat aku ker… memang la kalau dalam Buliten TV dan News Paper dia bgtau PASKAL jer….. tapi aku la satu-satunya….. PASKAU bersama 6x paskal yg lain yang mengempur LANUN SOMALIA pada malam tu……"

Wah, memang hebat dia ni... satu-satunya sahabat karib saya yang menjadi jurulatih komando (unit tentera laut-PASKAU)

Hm, korang ingat lagi ke kisah pasukan elit Malaysia ni menawan semula sebuah kapal dari Malaysia di perairan Somalia? Kisah minggu lepas kot...
Teringat semasa awal-awal remaja dahulu, dia merupakan kawan saya yang paling lasak dan ganas.. ada satu kisah dimana ketika kami sedang bermain badminton bersama... Raket Yonex yang berharga RM300 patah dibuatnya ketika melakukan smash! Bahkan satu ketika ketika kami sedang memancing, joran yang dibawanya patah ketika sedang melakukan casting! (casting@ mengilat) Hebatkan tenaga dalam dia! memang layak dia join pasukan elit tentera laut itu untuk menyelamatkan negara... huhuhu..

Buat sahabatku... (saya tak berani untuk letakan nama dia sbb saya takut ada CIA@MOSSAD @ OSA & etc dlam blog ini sbb kawan saya ni dari pasukan elit keselamatan negara) 

Beb!aku bangga jadik kawan hang! Moga impian hang untuk membawa sinar islam kedalam PASKAU terlaksana! Ibadah dalam perang!

Moga hang selamat dalam misi untuk melindungi Agama Islam & Negara Malaysiatercinta ini! Kami doakan hang selamat!


4.

Saturday, January 22, 2011

Mengapa doa tidak makbul?

"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk Syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.

6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepada-Nya.

10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. "
4.

Thursday, January 20, 2011

Hebahan..

Assalamualaikum WTH..

Kepada peminat yang mahu mendapatkan isu ulangcetak majalah solusi isu 1 dan 2.. majalah ini sudah kehabisan stok di Telaga Biru. Mungkinkah majalah ini akan diulangcetak buat kali kedua? 

Dan buku Furu' Al-masail yang tersilap cetak bulan lepas (susahkan nak dapat buku ni bulan ni?) dan buku indahnya hidup bersyariat yang kehabisan stok di pihak TB akan berada dipasaran  kembali serentak pada 25hb januari ini.

Majalah solusi isu ke-28 juga akan tiba ke PNN pada 24@25hb ini.. sama-sama kita menunggu kemunculan majalah hebat ini!


4.

Modal awal perniagaan

Masalah modal awal sebelum memulakan perniagaan merupakan satu masalah besar kepada mereka yang bercita-cita untuk membuka perniagaan. Secara umumnya semakin besar jenis perniagaan yang diimpikan semakin besar jugalah modal yang perlu dilaburkan dan begitu juga sebaliknya jika perniagaan yang diimpikankan berskala kecil maka kos modal awal perniagaan juga berjumlah kecil. 
 
Bagi pihak bakal usahawan yang tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk memulakan perniagaan, Terdapat pelbagai sumber kewangan yang diperlukan oleh bakal usahawan untuk memulakan perniagaan mereka. Diantaranya ialah:
  1. Pinjaman dari Tabung keusahawanan
  2. Pinjaman dari institusi kewangan dan bank
  3. Pinjaman dari saudara-mara @ rakan
  4. Pinjaman bercagar daripada institusi kewangan dan bank
  5. Simpanan sendiri 

Bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman perniagaan, masalah kekurangan modal seringkali menghantui mereka. Namun ia bukanlah masalah terbesar sebelum anda memulakan perniagaan, sekiranya pihak bakal usahawan nekad untuk menceburkan diri didalam bidang keusahawanan ini, pihak bakal usahawan harus memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan keupayaan modal awal yang dimiliki oleh mereka. Tidak salah memulakan sesuatu perniagaan dengan skala yang kecil dan terkeluar daripada senarai jenis perniagaan yang anda idamkan sekiranya anda tetap bermatlamat untuk memulakan perniagaan yang anda idamkan itu.

Seorang sahabat saya memulakan perniagaan "pengangkutan" (lori treller) bermula dari sumber kewangannya setelah dua tahun menjual burger dan air dipasar malam! Bagaimana dia memulakannya? Sememangnya pada awalnya dia bercita-cita memiliki syarikat perniagaan "pengangkutan" (lori treller). Namun kekurangan modal menyebabkan dia mencuba berniaga burger dan air secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam disekitar Negeri Johor. Setelah dua tahun, dia mampu membayar deposit pendahuluan sebuah lori treller. Dan kini beliau dapat memiliki dua buah perniagaan secara serentak! iaitu perniagaan pengangkutan dan juga perniagaan di pasar malam!

Kepada bakal usahawan diluar sana yang mengalami masalah kekurangan modal. Pesan saya, janganlah terlalu ghairah untuk memiliki perniagaan sendiri. Sebaliknya, kesabaran itu amat penting, siapkan diri anda dengan ilmu keusahawanan yang sewajarnya dan tahukah anda kebanyakan jutawan usahawan yang ada didunia memulakan perniagaan mereka dengan perniagaan yang berskala kecil? 

Jangan pernah malu bermula dengan perniagaan kecil! Tanamkan azam bahawa perniagaan anda juga boleh berjaya seperti mereka yang berpoket tebal dan mudah memperolehi pinjaman perniagaan!

Antara perniagaan kecil yang menawarkan keuntungan besar bagi mereka yang mahu mengumpulkan modal perniagaan ialah:
  1. MLM
  2. Perniagaan pasar malam 
  3. Perniagaan Internet
  4. Perniagaan makanan dan minuman bersaiz kecil
P/S: Kadangkala Allah SWT sengaja melambat-lambatkan kabulnya doa hambanya untuk melihat semangat anda. Jangan pernah lupa untuk terus berdoa! dan pastikan sumber modal perniagaan anda daripada sumber yang halal!



4.

Wednesday, January 19, 2011

Apa yang seronok bila ada kedai buku & alat tulis sendiri?

Assalamualaikum WTH... harini saya mahu berkongsi dengan korang tentang keseronokan memiliki kedai buku & alat tulis sendiri:
  1. Anda menjadi antara orang pertama yang dapat membaca surat khabar, majalah & buku-buku terbaru.. hehehe. Tp itu dulu kot.. sbb sekarang, masa semakin terhad untuk membaca buku. esp yang tebal-tebal. Jika ada masa terluang, saya kini hanya mampu untuk membaca majalah sahaja @ duduk dihadapan laptop untuk menaip mengenai keusahawanan muslim..
  2. Dapat mengenali pelanggan yang "kaki buku", saya benar-benar kagum dengan mereka yang sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM200 setiap bulan untuk memiliki buku-buku kegemaran mereka. Saya sendiri baru dapat hampir 20++ orang pelanggan yang kaki buku! mereka memang hebat membaca semua genre! Kalu dapat 100++ orang pelanggan begini kan best!
  3. Dapat mengetahui info teatang buku hebat yang bakal keluar. Hm... selalunya para salas exec sesebuah penerbitan sendiri akan memberikan bintang @ tahap kehebatan sesuatu buku yang bakal keluar. Jadi kami sebagai pemilik kedai buku merupakan individu terawal yang mengetahui tahap kehebatan sesuatu produk itu.. Malah kami juga akan memberitahu kepada pelanggan kami agar menyimpan wang yang secukupnya apabila sesebuah karya hebat bakal dilancarkan! 
  4. Hmmm... oleh kerana kebanyakan pembeli buku adalah dikalangan mereka yang berjantina "perempuan"... maka pemilik kedai buku yang ensem ini boleh menyelam sambil mencarik jodoh.. :P
  5. banyak lagi kelebihan lain sebenarnya... 
(kereta idaman saya... VW Pattas)


P/s: Jom jadi usahawan muslim!

4.

Tuesday, January 18, 2011

Mahal!

Pagi ni ada seorang tua berbangsa melayu berketayap datang kekedai saya untuk membuat salinan fotocopy. Setelah saya melemparkan senyuman manis kepadanya (huhuhu... ) dia bertanyakan harga untuk membuat perkhidmatan fotocopy sebanyak 40 keping. Sambil menyatakan harga iaitu sebanyak RM4 saya menunjukkan senarai harga fotocopy yang tertampal didinding kedai saya.

"Mahal!" jeritnya kuat.
"Kedai lain semuanya harga 4 sen.. Kedai ni mahal!" sambungnya lagi dengan nada yang kuat sambil terus berlalu keluar dari kedai saya.

Saya tersenyum, Mahalkah? saya rasa semua kedai fotocopy hanya menawarkan  harga 4 sen itu hanya untuk fotocopy yang melebihi nilai 100 dan keatas. 

"Abaikan je orang tua tu.. mana boleh dapat harga 4 sen sekeping kalu mahu fotostat 40 keping je. Kat mana-mana kedai pun tak dapat" bisik seorang pelanggan ke telinga saya sambil tersenyum...

Note: kadangkala memang pening kepala ini memikirkan perangai pelanggan..

(Ustaz Zahazan semasa selesai sesi tandatangan di gerai jualan saya di sebuah ekspo yg saya tak ingat tempatnya.. )




4.

Monday, January 17, 2011

Lawak tahun baru.. mohon maaf semua kawan2 FB..

Assalamualaikum WTH..

Pagi ni ketika saya membuka peti email saya agak terkejut. kali pertama menerima hampir 200 email dalam tempoh semalaman. rupanya hampir semua email itu berkenaan bday saya. Tapi bday saya 24 mac dan yang pastinya harini bukan bulan mac lagi.. huhu..

Tetiba saya teringat yang say pernah mengubah tarikh bday saya ketika sedang asyik meng'explore' FB pada tahun lepas.. maafkan saya kawan2 semua..

Buat teman2 yang wish saya "bday tak betul" ni TQ banyak2.. N kepada teman2 yang hairan mngapa bday saya ter"awal'tahun ini ... TQ juga kerana mengingati tarikh keramat saya dilahirkan..

P/s: tapi seronok bila kawan2 wish supaya perniagaan saya bertambah maju... I.allah saya akan terus berusaha dgn lebih kuat lagi..

(saya penyokong tegar team Chelsea & sangat meminati no 17... jadi secara automatik saya sangat meminati Jose Bosingwa)

4.

Uswatun Hasanah: Meneladani rasul, meraih cinta Allah- Haddad Alwi

 buku yang diterbitkan bersempena ulangtahun kelahiran Rasulallah..


oleh Haddad Alwi (penyanyi nasyid dari Indonesia)
Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-366-048-3
Tarikh Terbit: 15 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 184

Sinopsis
"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (iman dan keselamatan) untukmu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman." (surah at-Taubah:128)

Tidak hanya di dunia ini sahaja, bahkan sehingga di akhirat sekalipun Rasulullah masih memikirkan dan mengurus keselamatan umatnya. Semua itu hanya wujud kerana rasa cinta beliau kepada umatnya. Di sisi yang lain, al-Quran menyebutnya sebagai uswatun hasanah, iaitu contoh yang baik. Seluruh kehidupannya penuh dengan kisah teladan dan akhlak yang perlu kita contohi.

Nabi Muhammad sudah wafat lebih 14 abad silam, namun kasih sayangnya tidak pernah mati. Dan Rasulullah harus setiasa dihidupkan dalam hati setiap individu muslim. Maka buku ini memaparkan kisah Rasulullah dari aspek perjuangan, cinta, pengorbanan dan akhlak mulia. Pembaca buku ini dapat mengeratkan ikatan cinta kepada Sang Rasul, lalu terdorong bagi meneladaninya.


ISI KANDUNGAN
 Pengantar: Muhammad Nabi Cinta oleh Haidar Baghir
Prakata
Nabi Muhammad Manusia Paling Mulia
-Kemuliaan Nabi Tiada Tandingan
-Umat Muhammad menjadi Umat Termulia
-Keutamaan Nabi di sisi Allah
-Isyarat Langit atas Kenabiannya-Nabi di Mata Non-Muslim
Cinta Nabi Kepada Umatnya
-Tanda Cinta Kepada Nabi
-Ajaran Kasih Nabi
4.

Sunday, January 16, 2011

Mawaddah - Luruskan Hatiku

l

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini
4.

Saturday, January 15, 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum WTH..

Pagi ini saya dikunjungi oleh seorang pelanggan tetap saya yang baru balik menunaikan umrah beberapa minggu lepas. 

Sebenarnya saya perasan "atok" ini tidak pernah datang ke kedai saya dalam beberapa tempoh yang agak lama (hampir 6 minggu kot). Rupanya-rupanya kedatangan beliau pada pagi ini adalah untuk memberikan cenderahati yang dibawa dari tanah suci mekah seperti songkok haji, kismis, kurma, air zamzam,.. Alhamdulillah, TQ "atok"...

Hm, seperkara lagi yang ingin diberitahu oleh "atok" ini ialah tentang kematian isteri kesayangannya di tanah suci mekah.. Hm, terbayang saya muka arwah "nenek"..

Al-fatihah untuk Hajah Kalsom Bt Haji Hamzah.. moga Allah mencucuri roh "nenek"... AMIN

P/s: sedih sebab kehilangan seorang pelanggan tetap.. mg rohmu aman di sana..
4.

Resit kosong & palsu

Assalamualaikum WTH..

Harini saya mahu berkongsi dengan anda semua berkenaan isu "resit kosong"

Resit kosong adalah salinan resit yang dibiarkan kosong samada dibahagian amaun, kuantiti barangan dan item.

Pernahkah anda meminta "resit kosong" daripada pihak peniaga? Apakah yang anda buat dengan resit kosong itu? Adakah anda akan mengisi "resit kosong" itu dengan amaun yang lebih tinggi untuk tujuan 'claim'? Sebenarnya isu mengenai "resit kosong" sudah lama berlaku terutamanya dikalangan pengguna berbangsa Melayu-Muslim namun isu ini agak kurang popular berbanding isu2 yang lain...

Terdapat beberapa punca mengapa pengguna meminta "resit kosong". Diantaranya ialah:
  1. Untuk meng'claim' barangan melebihi harga sebenar barangan (alasan-duit minyak, duit parking ETC)
  2. Mengaut keuntungan atas angin diatas pembelian barangan yang dibeli kepada pihak ketiga
  3. Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan pengecualian pembayaran cukai yang lebih tinggi. (Cntoh- pembelian buku dapat rebet pelepasan cukai sebanyak RM500, oleh itu resit kosong ini akan diisi nilai dan produk buku palsu)
  4. Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan meng'claim' kepada pihak ketiga. (cth- saya memberi diskaun 20% kepada pengusaha taska & tadika. Namun sekiranya pembantu tadika (bukan pemilik tadika itu) yang datang membeli, pada resit kosong itu, dia akan meletakkan nilai tanpa diskaun untuk tujuan mendapat sedikit keuntungan peribadi.
IMPLIKASI ISU RESIT KOSONG & PALSU

1. Kesan kepada perniagaan & usahawan
Secara umumnya, isu 'resit kosong' ini memberikan imej  yang kurang elok kepada perniagaan. KEtika saya menjadi penolong pengurus di salah sebuah "hypermarket" terkenal di selatan tanah air, saya sendiri telah memecat tiga orang pekerja saya kerana menggunakan resit kosong dan palsu. Disamping memecat mereka bertiga, saya juga bertindak untuk menamatkan perkhidmatan syarikat pembekal terbabit kerana ketidakjujuran mereka mengendalikan perniagaan.

Nah, disini anda dapat melihat secara langsung, kos operasi sesebuah syarikat itu akan meningkat jika terdapat penggunaan resit kosong & palsu ini. Malah potensi perniagaan anda kehilangan seorang pelanggan juga besar dan perkara ini akan merugikan perniagaan anda dalam satu tempoh masa yang panjang!

Antara risiko yang mungkin juga muncul ialah penggunaan ini dapat dihidu oleh pihak berwajib  seperti pihak SPRM dll cthnya dengan penggunaan resit palsu seperti sebatang pen yang di jual dipasaran bernilai rm5 dijual dengan harga rm20. mahukah anda menangggung risiko begini.

2. Kesan kepada masyarakat
 Mungkinkah penggunaan resit kosong dan palsu ini dapat merebakkan perkara kejahatan lain seperti  isu rasuah dan lain-lain? fikirkanlah!

ALHAMDULILLAH, PERNIAGAAN SAYA TIADA RESIT KOSONG@PALSU. BUKANKAH MEMBOHONG ITU SIFAT ORANG MUNAFIK. JANGAN PERNAH ANDA LAKUKAN SIFAT INI!
(gambar kedai saya, kombinasi color coklat kuning di signboard & hijau dibahagian luar premis sejak tiga tahun lalu.. tak matching lansung.. huhu. entah bila la saya nak cat color yg lebih garang..)

4.

Friday, January 14, 2011

OKU (Usahawan Orang kurang upaya)

Assalamualaikum WTH..

Malam semalam semasa sedang asyik membaca nukilan teman-teman blog, saya terperasan blog saya di"link"kan dibawah title "warga OKU". Hehehe... Kenapalah mahu membezakan fizikal antara manusia?

Sejujurnya saya tak kisah mahu diletakan @ di"link"kan blog ini dibawah tajuk apa pun.. Kerana saya sedar saya memang insan OKU walaupun dilahirkan sempurna.

OK semua.. harini hari yang paling ditunggu kerana kebiasaanya jualan kedai saya akan meningkat berkali ganda pada hari hujung minggu sebegini.

Doakan bisnes saya bertambah maju ye... Moga kebahagiaan untuk semua pihak usahawan muslim dan kalian juga. AMIN



4.

Poligami = simbol usahawan berjaya?

Assalamualaikum WTH...

Hehe... arini saya tak nak tulis panjang2.. saya nak tenok komen korang je..



BENARKAH POLIGAMI TU SIMBOL USAHAWAN BERJAYA?

(buku ini cuma ilustrasi berkenaan dengan tajuk entri ini sahaja)
4.

Thursday, January 13, 2011

Di Mana Dia Di Hatiku? Karya Ustaz Pahrol Muhd Juoi


Tajuk : Di Mana Dia Di Hatiku?
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Karya Bestari
ISBN : 978-967-86-0353-9
Muka surat: 320

 Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....

Di Mana Dia di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu  kemurkaan-Nya. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri... di mana letaknya kita di sisi ILAHI?
Antara yang menarik:

  • Orang baik mati cepat?
  • ALLAH maha mendengar
  • Rintih hati mencari ILAHI
  • Singkaplah rahsia malam
  • Serasikan tadbir dan takdir
  • Kutiplah ilmu ALLAH
  • Bicara kalbu di saat keliru
  • Biarlah wajah tidak cantik
  • Dunia di tangan akhirat di hati
  • Jangan lupakan "Siti Khadijah' kita
Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri seniiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah. Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?
 
BUKU INI SAYA JANGKAKAN AKAN MENJADI BEST SELLER DALAM TEMPOH 2 BULAN INI... PERCAYAKAN SAYA, BUKU INI SANGAT MENARIK..

LIMA BINTANG UNTUK BUKU INI!
4.

Siapa anda sebelum memulakan perniagaan?

Assalamualaikum WTH..

Siapakah anda sebelum memulakan perniagaan?
  1. Orang pencen yang bosan dirumah dan baru mendapat duit KWSP
  2. Anak orang kaya 
  3. Isteri orang kaya yang bosan duduk dirumah
  4. Graduan universiti
  5. Orang yang sudah bosan makan gaji
  6. Orang yang merasakan dirinya berbakat dalam perniagaan
  7. Pilihan terakhir setelah gagal mendapatkan pekerjaan yang diingini
  8. OKU yang baru dapat duit insuran
  9. Baru menang nombor ekor
  10. Memang bercita-cita mahu menjadi usahawan sejak kecil
  11. Syarikat yang diwarisi dari keluarga
  12. Pegawai tinggi sesebuah syarikat yang ternampak potensi perniagaan yang sedang dijalankan pihak majikannya
  13. Pekerja sektor 'makan gaji' yang merasakan gaji bulanan mereka tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan bulanan
  14. VSS dan baru mendapat wang pampasan kerana berhenti kerja secara sukarela
  15. Orang yang baru terjumpa duit@harta melalui kaedah luarjangka seperti terjumpa beg yang penuh duit, terjumpa dengan harta Ahmad Albab dll
Siapakah anda sebelum memulakan perniagaan? Adakah diri anda tergolong di dalam kumpulan yang disebutkan diatas? Apa salahnya jika diri anda tergolong dalam senarai di atas?

Secara umumnya terdapat pelbagai situasi "siapakah" diri anda sebelum memulakan perniagaan. Sebenarnya senarai diatas bukan menunjukkan "jaminan" perniagaan yang bakal anda lakukan beroleh kejayaan yang gemilang.

Kejayaan seseorang usahawan tidak boleh dikira berkenaan "siapakah" dirinya sebelum memulakan perniagaan. Tetapi kejayaan seseorang usahawan itu adalah kombinasi beberapa faktor seperti pemilihan lokasi, konsep perniagaan yang dimiliki, tahap penerimaan pelanggan terhadap servis yang ditawarkan dan pelbagai lagi.

P/s: kepada bakal usahawan muslim, pastikan anda menitikberatkan soal halal haram didalam setiap aspek seperti sumber modal, sumber stok dan lain-lain
(gambar ayahanda kesayangan saya- Haji Rahmat Bin Hashim, insan pertama yg mngajar saya tentang ilmu keusahawanan)
4.

Bumi cinta novel agung karya Ustaz Habiburrahman El Shirazi


Tajuk : Bumi Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd
ISBN : 978-983-2672-93-7
Mukasurat : 722 Halaman
Harga RM25.90/ 27.90

Klik disini untuk belian secara online
 




Dan novel yang ditunggu-tunggu para penggemar karya Habiburrahman El Shirazy atau yang lebih dikenal dengan sebutan Kang Abik ini pun terbit juga. Novel yang bertajuk Bumi Cinta ini merupakan novel pembangunan jiwa, sebagaimana novel-novel Kang Abik sebelumnya yaitu Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Namun tidak seperti novel sebelumnya yang berlatarbelakangkan Mesir, kali ini Kang Abik cuba mengeksplorasi keindahan bumi Rusia, khususnya kota Moscow.

Dan tersebutlah seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang santri. Muhammad Ayyas yang sebelumnya kuliah di Madinah ini berniat ingin mengerjakan tugas penelitian dari Dosen pembimbingnya yaitu mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.

Sebaik tiba di Rusia, dia disambut oleh teman lamanya David. David inilah yang mencarikan apartment tempat tinggal untuk Ayyas. Dengan alasan keterbatasan bajet yang dimiliki Ayyas dan lokasi apartment yang strategik ternyata David hanya mampu mendapatkan sebuah apartment yang berkongsi dengan orang lain. Parahnya teman kediamannya itu adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.
Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara  yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moscow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya.  Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya.

4.

Mengapa saya dahagakan kejayaan & suka menjadi kaya?

Assalamualaikum WTH

Sebenarnya saya agak segan untuk mem'publish'kan entri bertajuk diatas ni.. Saya takut pembaca salah faham & mentafsir saya sebagai seorang yang riak.

Hm... Kenapa saya suka menjadi kaya? sebenarnya entri kali ini agak subjektif untuk dibicarakan secara terbuka. Sejujurnya setelah mencapai cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri, saya memiliki beberapa tanggungjawab terutamanya kepada agama islam yang saya anuti, bangsa Melayu yang saya sangat sayangi, keluarga yang saya cintai dan diri saya sendiri...

Sejujurnya saya lebih suka mengaitkan definisi kekayaan itu denghan istilah kejayaan. Kejayaan bermaksud pencapaian peribadi saya di dalam menguruskan perniagaan ini.

Mengapa saya suka menjadi kaya & berjaya? dibawah ini saya ringkaskan beberapa sebab mengapa saya begitu dahagakan kejayaan:

1. Saya mahu membantu secara rohani & fizikal untuk membangunkan ekonomi, sahsiah, sosial dan mentaliti umat islam, bangsa melayu, keluarga dan diri  sendiri

Setelah hampir tiga tahun menceburkan diri kedalam bidang keusahawanan ini, saya semakin sedar tentang tanggungjawab ini. Kemunduran umat islam dan bangsa melayu harini salah satunya adalah disebabkan kita tiada kuasa di dalam bidang ekonomi. Tak perlu saya huraikan lebih lanjut kerana anda sendiri tentu maklum dengan kenyataan diatas. Sebagai penganut  agama islam yang taat, saya akan cuba menerapakan konsep keusahawanan muslim dan berdakwah mengikut kaedah yang tersendiri. Cuma saya harapkan sokongan anda semua untuk membantu dan menyokong perjuangan kami para usahawan muslim.

2. Saya mahu berkahwin tahun ini

Doakan orang ensem ni, akan bertemu "tarikhnya" pada tahun ini ye.. TQ2..

3. Saya mahu membalas jasa mereka yang telah berjasa kepada saya esp kedua ibu bapa saya, ahli keluarga yang lain yang banyak membantu saya sepanjang tempoh saya mengalami masa2 sukar terutamanya ketika tempoh 2 tahun pertama saya bergelar insan OKU (orang kurang upaya)

4. Saya memang berminat dan sudah jatuh cinta dengan bidang ini.
Walaupun saya menceburi bidang ini secara bidan terjun tanpa ilmu yang 'sewajarnya' tentang bidang ini. Kini saya semakin jatuh cinta dengan bidang ini. Bukankah jatuh cinta itu menyebabkan kita menjadi lebih ghairah! 

5. Saya suka menjadi johan
Sejak daripada zaman persekolahan lagi saya sememangnya sangat cemburu melihatkan kejayaan orang lain terutamanya berkenaan no di dalam peperiksaan. Kini, sifat cemburu saya lebih kepada nilai 'iman' dan harta yang diukurkan secara seimbang.



4.

Wednesday, January 12, 2011

Tetamu tak di undang..

Assalamualaikum WTH

Pada pagi ini kedai buku saya dikunjungi seorang pemuda yang saya anggap pelik (sebab dia pakai seluar biru & kemeja berwarna meroon yang tidak bergosok, berstokin putih, bersandal dan rambut yang tidak bersikat kemas) dan agak kurang hajar. Pada permulaanya saya menganggap dia sebagai pelanggan biasa. Namun setelah hampir 30 minit, saya dapati pemuda (melalui CCTV) ini sedang mengambil gambar barangan alat tulis yang dipamerkan di rak kedai. 

Setelah membiarkan pemuda ini hampir 10 minit, saya keluar dari bilik saya lalu menghampiri pemuda ini untuk bertanyakan tujuan sebenar dia mengambil gambar hampir separuh daripada barangan kedai saya.  Dengan gagap dia menyatakan bahawa adiknya di Melaka menyuruh dirinya untuk membelikan pencil color. oleh kerana adiknya tidak menyatakan saiz & jenama color pencil yang dikehendaki. Maka dia bertindak untuk mengambil semua gambar semua pencil color yang terdapat di dalam kedai saya untuk di tunjukan kepada adiknya. LOGIKKAH ALASAN INI?

Sebenarnya, pada ketika ini tangan kiri saya sudah mula menggepalkan penumbuk. Secara tegas saya bertanya kepada pemuda ini samada tujuan beliau datang ke sini untuk membuat survey harga atau beliau mahu membuka kedai alat tulis. Pemuda itu  kemudianya menjawab bahawa adiknya telah membuka kedai alat tulis di Selayang dan dia  bertujuan untuk membandingkan harga alat tulis dikedai saya. Disamping untuk meminta senarai pembekal.

Mendengar ayat pemuda itu, hati saya sudah mulai panas. Mengapa perlu berlakon seperti pencuri? menghendap di kedai orang dan mengambil masa selama hampir 1 jam untuk mengambil harga barangan?

Setelah mendengar jawapan dari pemuda itu, saya terus menyuruh pemuda itu keluar dari premis saya. Sebelum dia keluar, saya sempat berpesan kepadanya> "Esok datang jumpa saya pukul 11 pagi. Jangan datang sini lagi untuk jadi tikus terhendap-hendap. Datang jumpa saya dengan adap yang islam ajar... I.Allah saya akan beri apa yang kamu mahu"

Sejujurnya saya tak pernah kisah dengan insan-insan yang mahu membuka kedai buku dan alat tulis dan meminta nasihat dari saya. Tapi mengapa perlu berlakon seperti pencuri. Saya juga pernah membuat 'servey; harga di kedai pesaing saya sebelum ini, namun saya bertemu secara lansung dengan pemilik kedai untuk meminta izin darinya. Bahkan dia juga sesekali datang ke kedai saya untuk membuat survey harga. Mengapa saya boleh lakukan sedemikian? 
Kerana saya jujur dan saya juga bersahabat dengan semua pesaing saya.

P/s: Kalu kalian mahu membuat survey harga tanpa meminta izin pemilik kedai, buat dengan profesional. jangan sampai kantoi seperti pemuda ini.. & jangan pakai pakaian pelik. sbb anda akan menjadi perhatian.. hehe.. 




4.

KETIKA KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

(At-Taubah:111)

4.

Tuesday, January 11, 2011

Usahawan Acuan Al-Quran

Usahawan acuan ISLAM itu
Hatinya dibaluti rasa taqwa kepada Allah SWT 
Tanpa pernah lalai..

Usahawan Acuan AL-Quran itu
Insan yang menitikberatkan soal halal & haram dalam perniagaanya
Insan yang mengimbangi dunia & akhirat dalam kehidupannya 
Tanpa pernah lalai..

Usahawan Acuan AL-Quran itu
Berbakti kepada agamanya yang dicintai
Berbakti kepada bangsanya yang ditunjangi
Berbakti kepada negaranya yang berdaulat
Tanpa pernah lalai..


Usahawan acuan Al-quran itu
Menjadi duta kecil ISLAM
Setiap perbuatannya dinilai
Setiap mata yang melihat
Setiap telinga yang mendengar
Tanpa pernah lalai..

Usahawan acuan ISLAM itu
Terus mengucapkan syukur
Kerana terpilih
Berdakwah dari "perniagaan"
Tanpa pernah lalai..


Usahawan acuan ISLAM ini
TIDAK PERNAH LALAI!

Mengejar dunia untuk kebahagiaan di akhirat!


4.

Masih Setia Karya Aisya Sofea





Tajuk : Masih Setia
Pengarang : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-610-8
Mukasurat : 512 Halaman



MIERA - Gadis biasa yang hidup serba sederhana.  Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?



4.

Sunday, January 9, 2011

AMAR_ Amani

l
Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
 
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati


4.

Peraduan anjuran Telaga Biru

Assalamualaikum WTH semua.. mari semua beramai-ramai sertai peraduan ini.. caranya agak mudah..

Hm, mungkin ini kali pertama pihak Telaga Biru mengadakan peraduan sejak saya memulakan perniagaan di PNN tiga tahun lalu..  Moga Pihak Telaga Biru terus aktif mengadakan peraduan-peraduan.. Jika ada pun hanya melalui 'majalah solusi" sahaja. 

Moga saya boleh jadi pemenang... hehe
4.

Sekadar coretan rasa...

Assalamualaikum WTH semua.. 

Sejak kebelakangan ini saya agak selalu juga membaca statement dari teman-teman di FB yang berpendidikan agama @ 'baik' yang kadangkala pada pendapat saya tidak sesuai dipublishkan. Mungkin jika untuk simpanan diri sendiri mungkin OK.. maaf, jika pendapat ini agak ekstrem untuk sesetengah orang "baik". Kita hidup dalam dunia realiti. Mungkin kawan-kawan yang berpendidikan agama @ "baik" ini beruntung kerana hidup dikalangan mereka-mereka yang "baik" sahaja...

Contoh statement begini, ada sorng sahabat tulis..

1..Jangan suka duduk bersama orang kaya, kerana akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia.

Yup, saya tak salahkan semua fakta ini.. ada yang benar tentang fakta diatas.. tp tak semuanya tepat. Masih ada kekosongan yang perlu 'anda' perlu tambah sebenarnya..

Adakah semua orang kaya berperangai seperti firaun laknatullah? Apakah semua orang kaya itu hanya kaya harta dunia dan terus meninggalkan kepentingan akhirat? Tidak wujudkah orang kaya yang beriman?

Saya suka menjadi kaya dan saya suka berdamping dengan orang-orang yang kaya dan berjaya dalam kehidupan & perniagaan masing2 . Kami bersaing secara sihat untuk sama-sama mencapai impian masing-masing.  Saya tak nampak apa yang salah jika saya menjadi suka berdamping dengan mereka!

Alhamdulillah.. kekayaan dari kejayaan yang Allah kurniakan kepada kami ni, menyebabkan saya menjadi semakin bersyukur kerana dapat berkongsi kejayaan dan berkongsi pengalaman dengan semua orang disekitar saya. Sejujurnya saya akan dapt berdakwah kepada mereka untuk mengimbangi keperluan didunia dan akhirat. Bukankah kehidupan di dunia ini adalah "jalan" menuju keakhirat? dan kita boleh berdakwah melalui pelbagai bidang yang kita mahir?

Dan saya paling suka apabila ada anak muda tanpa mengira apa status mereka untuk berdampingan dgn saya untuk belajar tentang ilmu keusahawanan muslim yang saya miliki ini.

Sabda Rasulullah SAW

"orang mukmin yang kuat itu, lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah"                                                                                                         Riwayat muslim

Nah! di dalam hadis Rasulullah SAW diatas jelas menunjukan bahawa muslim yang "kuat" itu lebih baik dan Allah SWT lebih kasihi. Perkataan "kuat" di dalam hadis diatas boleh diterjemahkan didalam pelbagai maksud yang mempunyai "maksud baik' seperti kuat dari segi ekonomi, ibadah, kerjaya dan lain-lain.

Memang benar, kita harus memilih teman untuk kita berdamping. Namun kita juga harus bijak menapis segala apa input yang masuk ke dalam fikiran kita.


"Berdampinglah dengan sesiapa saja samada mereka orang kaya, orang miskin, penagih dadah, pegawai atasan dll.. ikutlah apa sahaja perkara baik yang mereka lakukan. Tinggalkan perkara yang "haram" yang mereka lakukan dan jangan lupa untuk menegur jika mereka melakukan kesilapan."







4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...