Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, October 20, 2010

Percubaan saya utk menyertai PERADUAN MENGULAS BUKU REMAJA & KANAK_KANAK anjuran PTS






Dear Yayah merupakan novel remaja yang penuh warna warni karya Farihah Iskandar yang berkisar tentang perjalanan hidup remaja belasan tahun di dalam menuju usia dewasa ketika menuntut disebuah sekolah berasrama yang pastinya mampu menarik hati pembaca.
Tajuk ‘Dear Yayah’ yang dipilih menjadi tajuk novel ini adalah merupakan sebuah cacatan ‘diari kesayangan’ Jihan, selaku watak utama di dalam novel ini yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting kegiatan hariannya serta menjadi tempat untuk dirinya meluahkan perasaan.

Novel kehidupan remaja ini menceritakan Jihan, seorang gadis remaja yang sedang belajar di tingkatan empat merupakan seorang pelajar yang ceria, bijak, pemalu, aktif dalam kegiatan sekolah dan sangat bersifat perahsia menghadapi beberapa konflik berkaitan cita-cita, persahabatan dan alam percintaan remaja.

Dalam novel ini watak Jihan telah dibantu oleh watak Hazman dan Suria. Hazman, seorang pelajar popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan disekolah mereka. Hazman merupakan seorang pemuda tinggi lampai, berkulit putih, tampan, pintar dan merupakan penjaga gol utama untuk pasukan sekolah. Manakala Suria pula, merupakan kawan karib dan merangkap ‘roomate’ kepada Jihan sejak mereka berada ditingkatan dua lagi.

Pengarang novel ini mengajak pembaca menyelami kisah persahabatan ‘istimewa’ diantara Jihan dan Hazman. Walaupun persahabatan istimewa mereka berlangsung hampir setahun. Mereka hanya berhubung setiap hari melalui surat yang dikirimkan oleh sang posmen iaitu Suria. Pengalaman pertama kali berkawan secara rapat dengan laki-laki menyebabkan Jihan lebih selesa untuk merahsiakan perhubungan mereka.

Demi merahsiakan perhubungan istimewa diantara mereka. Jihan dan Hazman terpaksa melalui pelbagai karenah dan situasi yang kadangkala menggugat hubungan istimewa mereka. Bermula dengan usikan dari Nizar yang menaruh hati dan berusaha untuk memenangi hati Jihan, kes sifat cemburu Kak Hanny melihat keakraban Jihan bersama Abang Syahid, Amirah yang mengugut agar Jihan menjauhi Hazman, peristiwa semasa ulangtahun kelahiran Jihan dan pelbagai lagi peristiwa yang membuatkan hubungan mereka dingin.

Novel remaja ini juga menceritakan kisah Suria yang meminati secara jauh seorang pelajar yang bernama Khairi, namun malu untuk berterus terang tentang perasaannya. Pada masa yang sama pula, Suria semakin kerap menerima rangkaian kad-kad ucapan dan surat ‘salam perkenalan’ dari seorang pelajar lelaki misteri yang menggelarkan dirinya sebagai IK.

Pengarang sekali lagi membuatkan para pembaca terus teruja untuk meneruskan bacaan mereka dengan menceritakan bagaimana Jihan, hazman dan Suria menyelesaikan konflik dan krisis yang menyelubungi mereka sepanjang perjalanan semester itu. Satu demi persatu masalah yang menimpa mereka sebelum ini dapat diselesaikan dengan mudah dan sedikit keanak-anakan dengan bantuan teman-teman yang lain seperti Sofian, Adam dan Abang Syahid. Akhirnya masalah-masalah mereka dapat diselesaikan dengan Nizar yang akur dengan ‘kekalahanya’, penjelasan Jihan kepada kak Hanny mengenai hubungan sebenar diantara dirinya dan Abang Syahid serta terungkainya misteri identiti sebenar IK iaitu Khairi.

Novel ini berakhir dengan gembira setelah hubungan Jihan dan Hazwan kembali seperti sediakala manakala Suria pula sudah menemui ‘sasarannya’ untuk berkawan dengan Khairi, jejaka impiannya.

Penulis novel ini bijak memanipulasikan secara teratur setiap konflik yang berlaku sepanjang perjalanan novel ini. Walaupun konflik yang direncanakan oleh penulis novel ini agak mudah dan ringan. Ianya sangat sesuai dengan tahap pemahaman sasaran pembaca remaja berusia 10 hingga 17 tahun.

Novel remaja terbitan PTS.ONE setebal 145 halaman dan berharga RM14.00 senaskah ini patut dimiliki oleh golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat usia menuju ke alam remaja terutamanya mereka yang ingin mendapatkan gambaran perjuangan demi mencapai cita, konflik persahabatan dan percintaan remaja diasrama sebagai bahan bacaan hujung minggu. Malah, golongan dewasa seperti saya juga turut tertarik untuk memiliki novel kisah remaja ini untuk mengimbau kembali kenangan pahit dan manis semasa menuntut di sekolah berasrama penuh.

Warna pastel ceria serta gambar sebuah jam kecil, anak patung beruang yang comel dan sebuah diari yang tertera judul ‘Dear yayah’ yang menjadi latar kulit novel ini sesuai dan amat menepati konsep tajuk novel ini bagi memikat hati golongan remaja dan dewasa untuk memiliki naskah novel ini. Tidak hairanlah novel yang dikeluarkan pada tahun 2006 ini masih mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja yang baru berjinak-jinak di dalam bidang pembacaan novel sehingga telah di ulang cetak sebanyak enam kali.

Kejayaan novel ini mendapat sambutan dan nilai jualan yang luarbiasa juga menyebabkan novel remaja ‘hebat’ ini telah diterbitkan dengan beberapa siri baru seperti siri ‘Dear yayah 2’, ‘Dear yayah 3’, ‘Dear yayah 4’, ‘Dear yayah-sejuknya eau claire’ dan juga siri ‘Dear yayah the diary’. Malah tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa kami semua peminat siri novel ‘Dear yayah’ ini sentiasa menantikan siri terbaru ‘Dear yayah’!!


novel inilah yang saya cuba ulas, percubaan pertama.. nama je ulasan, tp panjangnya ulasan ni dh macam sama dengan novel sebenar!!
Doakan saya menang peraduan ini ye kwan2 semua!!
4.

1 comment:

Ustaz Azraay said...

Banyak tatabahasa yang salah, ejaan pun banyak yg salah... camnela sya nk menang... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...