Assalamualaikum WTH...
Tidak sabar rasanya saya untuk membaca buku kisah kehebatan tokoh usahawan muslim ini yang akan terbit pada 20 disember 2011 ini. Saya pasti juga ramai dikalangan pembaca terutamanya dikalangan teman-teman usahawan yang menunggu-nunggu karya sebegini.
(Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf)
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-369-131-9
Tarikh Terbit: 20 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 376
Kategori: Bisnes & Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing
Sinopsis
“Sungguh, kulihat diriku, seandainya
aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”
Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon
usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan
beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan
kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.
Jutawan
Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan
harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu
jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes
Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah
RM107 juta.
Erti
Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman
menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor
unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi
harta kekayaannya.
Jual Pada
Harga Modal Dan Tetap Untung
Abdul Rahman menjual 1000 ekor
unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada
tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau
menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana
keuntungan 100 dirham.
Bisnes
Diberkati Allah
Jika ada yang bertanya tentang
rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,
“Aku tidak menjual
barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yangsedikit
tetapi diberkati oleh Allah.”
Berbisnes
di dunia, untung sampai ke syurga.
ISI KANDUNGAN
Memimpin
Transformasi Gaya Abdul Rahman bin Auf
Resume Abdul Rahman bin Auf
Bahagian 1: Nilai
- Hari Pertama - Memiliki
Paradigma Kaya
- Hari ke-2 - Meneroka “Jalan Sutera”
- Hari ke-3 - Mengakses Maklumat yang Benar
- Hari ke-4 - Berdiri Atas Kaki Sendiri
- Hari ke-5 - Mencintai Rasulullah
Bahagian 2: Proses
- Hari ke-6 - Membetulkan Persepsi terhadap “Wang”
- Hari ke-7 - Bermula dengan Apa yang Ada di Tangan
- Hari ke-8 - Hijrah Memantapkan Bisnes
- Hari ke-9 - Menjadi Hebat dengan Sabar
- Hari ke-10 - Syukur dengan Kedua Tangan
Bahagian 3: Strategi
- Hari ke-11 - Zuhud Bisnes
- Hari ke-12 - Transformasi Nama dan Jenama
- Hari ke-13 - Tradisional Murabahah
- Hari ke-14 - Multi
Tasking Anugerah
Tuhan
- Hari ke-15 - Sinergi Haji dan Umrah
Bahagian 4: Quwwah
- Hari ke-16 - Kayakan Waris
- Hari ke-17 - Bisnes dengan Bukan Muslim
- Hari ke-18 - Dekati Masjid
- Hari ke-19 - Berdoa untuk Orang Lain
- Hari ke-20 - Aku Nikah dengan Satu Dinar
Bahagian 5: Matlamat
- Hari ke-21 - Bisnes Patuh Syariah
- Hari ke-22 - Menjadi Saudagar Tuhan
- Hari ke-23 - Bina Lingkungan Muakha
- Hari ke-24 - Integriti dan Karismatik
- Hari ke-25 - Refleksi Diri
Bonus Tambahan Untuk 5 Hari
- Panduan Bisnes Sepanjang Zaman
- FAQ: Salah faham Terhadap Abdul Rahman bin Auf
- Lapan Amalan Takwa
Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.
4.
3 comments:
Salam,
Terutamanya Pemilik blog ini..
Nama saya Mr.os hehe orang panggil
saya wald,saya orang baru kat blog ini
diharap kedatangan saya di sini di alu-alu
oleh pemilik blog ini,....:)
Saya akan kembali lagi
dengan tips yang berguna:)
Terima Kasih
oswald
Berfikir Cara Jutawan
Salaam,
Saya memang sedang mencari buku ni.
dimana boleh dapatkan buku ni ye?
Kalau boleh pos kan ke Singapura pun bagus juga. Saudara jual ke?
boleh emel saya ms.nuraishah@gmail.com
Salam,
Saudara jual ke buku ni?.
Kalau ya boleh email saya di nuraziahaa@gmail.com
saya nak dapatkan satu
Post a Comment