Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.
Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.
Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.
Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?
“Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu?”
SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?
Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.
Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?
No comments:
Post a Comment