Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Friday, December 16, 2011

Baucar Buku 1 Malaysia Dilengkapi Ciri Keselamatan Elak Dipalsukan (BB1M)


Assalamualaikum WTH....


Berita baik kepada semua pengusaha kedai buku di Malaysia... Alhamdulillah, program Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) akan mula dilancarkan pada tahun hadapan. Moga syukur kita akan bertambah dengan keprihatinan kerajaan ini...

*******************************************************
2011/12/16

PUTRAJAYA: Baucar buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi mulai tahun depan akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata baucar itu dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad, dan ciri-ciri keselamatan yang sama boleh didapati pada baucar RM500 untuk isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

"Duit pun orang boleh cetak sendiri inikan pula baucar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran CoE Berpotensi 2011 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata semua warga negara yang berdaftar sebagai pelajar aktif untuk tempoh Januari-Mac tahun depan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan pelajar Tingkatan Enam, sama ada sepenuh atau separuh masa layak, mendapat baucar itu, yang tempoh sah lakunya adalah dari 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan. 

Beliau berkata ia boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program tersebut dan hendaklah digunakan bagi membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan pengajian masing-masing. 

Dalam ucapannya Mohamed Khaled berkata melalui Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan mulai 1 Jan depan, Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi (DUF) akan diwujudkan, yang bersamaan dengan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti di mana gaji permulaan adalah pada tangga gaji DUF 1-3 dan kenaikan pangkat adalah sehingga ke Gred Khas Turus 1 dengan menggunakan kriteria kenaikan pangkat yang sama dengan pensyarah universiti. 

Beliau berkata ia bagi memastikan kenaikan pangkat pensyarah farmasi setanding dengan kenaikan pangkat pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan, dan bagi mendapatkan lebih ramai calon menyertai perkhidmatan pensyarah di bidang farmasi serta bagi mengekalkan yang sedia ada. 

Mohamed Khaled berkata gred lantikan permulaan bagi Pensyarah Perubatan dan Pergigian dinaikkan daripada Gred DU/DUG 45 kepada DU/DUG 51 yang dipercayai dapat menarik lebih ramai graduan menceburi kerjaya pensyarah perubatan dan pergigian selain memastikan pensyarah sedia ada terus kekal berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam. - BERNAMA 

sumber> http://www.bharian.com.my/articles/Baucarbuku1Malaysiadilengkapicirikeselamatanelakdipalsukan/Article/


4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...