Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Sunday, December 18, 2011

Bukan Zaman Balut Plastik

Assalamualaikum WTH...

Pagi ini saya berkesempatan membaca satu artikel menarik diharian metro berkenaan dengan kaedah pembungkusan produk usahawan... Moga bermanfaat untuk kita...

******************************************************

MEMBINA jenama dan mempunyai pembungkusan menarik adalah perkara penting bagi usahawan untuk memastikan produk mereka diterima pengguna.

Namun, ada usahawan yang tidak mengambil berat mengenai perkara ini dan menganggap ia sebagai pembaziran kerana memakan kos tinggi sedangkan kesan yang bakal diperoleh amat positif dan mampu menguntungkan usahawan. 

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri, dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC), Datuk Abd Rahim Hassan (gambar) mengenai peranan pusat itu dalam membantu membangunkan jenama syarikat tempatan. 


APA peranan yang dimainkan DDEC untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)? 


DDEC tubuhkan pada 2007 dan mendapat geran daripada kerajaan sebanyak RM75 juta, namun kini beroperasi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara). DDEC ditubuhkan berikutan timbul keperluan untuk membantu produk tempatan dipasarkan setanding produk antarabangsa terutama dari aspek pembungkusan dan penjenamaan. Kami juga bekerjasama dengan pusat reka bentuk dari beberapa negara lain untuk menghasilkan idea lebih menarik dan menjadikan produk tempatan setanding produk luar negara khususnya dari aspek penjenamaan. 


Apa masalah yang dihadapi usahawan PKS menyebabkan mereka sukar menembusi pasaran luar? 

Kebanyakan usahawan selesa dengan pembungkusan biasa iaitu menggunakan plastik lut sinar dan hanya ditampal label ringkas. Zaman menggunakan pembungkusan seperti itu sudah berlalu kerana pada masa kini pengguna memilih produk yang dibungkus dengan cantik dan menarik. 


Aspek ini tidak begitu diambil berat usahawan tempatan kerana bagi mereka usaha membina jenama dan mempunyai pembungkusan menarik memerlukan kos tinggi. 

Proses membina jenama dan mereka pembungkusan lebih eksklusif memang memerlukan kos tinggi, namun DDEC menawarkan pelbagai pakej yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Maka usahawan perlu mengambil peluang ini untuk membina jenama mereka sendiri dan mempunyai pembungkusan lebih eksklusif untuk produk masing-masing. 

Bagaimana DDEC membantu usahawan mendapatkan jenama sendiri dengan kos minimum? 
Usahawan yang berminat untuk mempunyai jenama mereka boleh berkunjung ke pejabat DDEC kerana kami mengenakan caj mengikut keupayaan syarikat mereka selain memberikan khidmat nasihat, kami juga boleh mereka logo dan jenama seperti yang mereka inginkan. 

Malah, kami juga menyediakan ratusan logo ‘ready made’ untuk usahawan yang mempunyai bajet rendah. Kami juga menyediakan perkhidmatan dari rekaan hingga cetakan logo termasuk rekaan dalaman untuk usahawan yang mempunyai kedai. 

Sebagai contoh, Restoran Jonker Walk Kopitiam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan perkhidmatan kami dari peringkat rekaan logo sehingga kemasan restoran yang menelan belanja RM190,000 saja. 

Antara jenama lain yang berjaya kami bangunkan ialah SimplySiti dan Forest Secret. 

Sejak beroperasi selama empat tahun, berapa pendapatan diperoleh DDEC? 
Pada tahun lalu kami memperoleh keuntungan RM1.3 juta dan sehingga akhir tahun ini kami menjangkakan memperoleh keuntungan sebanyak RM3.2 juta. 

Untuk 2012 kami meletakkan sasaran membantu 1,600 syarikat dan sehingga 2015 sasaran berkenaan meningkat kepada 5,000 syarikat. 

Apa langkah yang boleh diambil oleh usahawan untuk mendapatkan perkhidmatan DDEC? 
Mana-mana usahawan yang berminat mendapatkan jenama dan logo sendiri boleh datang ke pejabat DDEC atau layari www.ddec.my. 

Malah, mereka yang tidak pasti mengenai kos yang diperlukan boleh datang mendapatkan khidmat rundingan terlebih dulu kerana kami boleh memaklumkan mengenai pelbagai pinjaman yang ditawarkan kerajaan.

Sumber> http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukanzamanbalutplastik/Article/index_html
4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...