Assalamualaikum WTH...
Tajuk entri ini agak berat untuk dibincangkan... Namun saya akan cuba rungkaikan secara ringkas agar anda dapat berfikir secara kritis bagi melahirkan kekuatan ekonomi dikalangan usahawan muslim dan dikalangan umat islam khususnya.
Berapa peratuskah wang gaji@pendapatan anda mengalir ke
dalam akaun usahawan muslim dalam tempoh sebualan? Tahniah bagi mereka yang membelanjakan lebih 50% kedalam akaun usahawan muslim.
Benar, agak sukar membelanjakan walaupun 50% daripada wang gaji kita sendiri kedalam akaun usahawan muslim. Mengapa terjadi sedemikian? kerana perbelanjaan terbesar bagi mereka yang sudah bekerja seperti bil ansuran rumah, ansuran kereta, bil telefon, kos barangan dapur dan lain-lain dimiliki oleh usahawan non-muslim. kos ini sahaja mungkin sudah melebihi 50% daripada jumlah gaji anda!
Nah, bagaimana mahu menggalakkan wang gaji anda mengalir kedalam akaun usahawan muslim? Bagi mereka yang sudah terlajak membeli barangan yang dibeli secara ansuran (aset tetap seperti rumah & kereta) dengan syarikat non-muslim, anda masih boleh menyokong kami dengan berbelanjakan wang anda di kedai @ perniagaan yang dimiliki oleh usahawan muslim biasa ceburi seperti:
- Barangan dapur cth di Mydin
- Bengkel kenderaan cthnya terlalu banyak bengkel kereta & motorsikal yang dimiliki oleh usahawan muslim
- Kedai buku & alat tulis cth mestilah saya promo kedai saya! PNN
- Kedai makan? rasanya kita semua akan makan di kedai usahwan uslim, betul tak? lebih confident 'kehalalanya'
- Butik pakaian Muslim
- DLL
Entri kali ini bukanlah bermaksud mahu mempromosikan perniagaan saya. Entri ini sekadar bertujuan untuk mendidik kita sebagai muslim agar mengalirkan sedikit daripada wang gaji kita kita untuk pembangunan saudara kita sendiri yang bergelar usahawan.
Sedikit sebanyak wang yang kalian belanjakan kedalam perniagaan kami sebagai usahawan muslim akan mengalir kepada:
- Pekerja kami yang juga beragama islam,
- Dapat mengembangkan perniagaan kami agar dapat membuka cawangan-cawangan baru
- Dapat membuka peluang perniagaan baru kepada saudara seislam
- Dapat membuka lebih ramai peluang pekerjaan kepada saudara semuslim kita dengan perkembangan perniagaan usahawan muslim!
- Wang anda juga mengalir kedalam akaun zakat perniagaan pihak usahawan muslim!
- Menjadi hub perniagaan halal
MUSLIM KAYA, ISLAM KUAT!
Semoga semua perniagaan usahawan muslim diberkati, dimurahkan rezeki halal dan dijauhi rezeki yang haram!
Note: Al-Quran tu pun kdg2 ada yang beli kat kedai non muslim. betul tak?
4.
3 comments:
jika perlu membuat pilihan
tp pasal bengkel tu..
susah nak cari org melayu yg jujur.
dah brape kali sy kene tipu.
hehhe.
just pandangan la.
hehe... mslah jgak tu..
Hm.. islam bukan milik mlayu je..
Post a Comment