Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, October 3, 2011

Drama petang tadi..

Assalamualaikum wth..




Petang tadi ketika sedang berada di PNN, saya didatangi seorang pelanggan lelaki berbangsa india yang bertanyakan samada mesin fax saya sudah menerima RO atau tidak. Sebenarnya lelaki ini merupakan pelanggan tetap saya, dia bekerja sebagai penarik kereta. RO yang disebutkan olehnya merupakan surat arahan dan kebenaran daripada pihak bank kepadanya bagi membolehkan dirinya menarik kereta yang memiliki tunggakan dengan pihak bank secara sah.

Sememangnya juga menjadi amalan saya untuk tidak membaca surat yang difax untuk orang lain. Tanpa membaca surat yang baru difaxkan itu, saya terus memberi kepada lelaki itu sambil bertanya beberapa soalan biasa seperti jenis kereta apa kali ini yang ditarik dan berapa bulan kereta itu mempunyai tunggakan... Lelaki itu menjawap kereta yang akan ditarik sebentar nanti adalah kereta proton gen2 yang terletak dihadapan kedai jiran saya dan kereta itu mempunyai tunggakan selama 4 bulan yang bernilai hampir RM2400. Setelah menjawap soalan saya, lelaki india itu berlalu bersama dua orang teman sejawatnya yang 'agak' berpewatakkan gaya seorang penarik kereta-garang dan berwajah ganas!

Selang hampir sejam kemudian, saya dapati terdapat kekecohan berlaku dihadapan kedai jiran saya. Pada mulanya saya hanya menjenguk dari pintu kedai saya sahaja, tapi apabila mendengar wanita yang menimbulkan kekecohan itu menyebut kereta yang diparkirkan disitu hilang... saya terus memanggil wanita itu masuk kekedai saya, setelah wanita itu mengesahkan kereta yang digambar diatasa adalah miliknya, saya menyatakan bahawa kereta itu sudah ditarik dan ia mungkin masih berada di balai polis. Saya meminta wanita itu pergi kebalai polis kerana mengikut pengalaman saya sepanjang berkenalan dengan beberapa geng penarik kereta, kereta itu kebiasaanya masih berada dibalai polis untuk beberapa ketika sebelum dibawa ke stor penyimpanan.

Hm... sebanarnya saya merasa kasihan kepada wanita itu, dia sedang mendukong seorang anak kecil dan bersamanya juga ada tiga orang anak yang masih juga kecil. Mungkin dia sekarang ini mempunyai masalah kewangan sehingga tidak berupaya membayar tunggakan keretanya, hendak menyalahkan pihak penarik kereta pula tidak boleh kerana itu memang sumber rezekinya... 

Moga kita semua dipermudahkan dari urusan hutang....


Doa memohon dopermudahkan urusan membayar hutang


"Wahai Yang Maha Pengasih dunia dan akhirat, Yang Maha Penyayang dunia dan akhirat, Engkau memberikan dari keduanya apa yang Engkau kehendaki, dan Engkau menahan dari keduanya apa yang Engkau kehendaki, tunaikan hutangku"
4.

2 comments:

CikTomyam said...

SALAM..

BLOG YANG BEST...

FOLLOW YE..

HUTANG MEMANG MENYUSAHKAN DIRI DAN ORANG LAIN..
^^

azrinna said...

Kita dan hutang mmg tk blh dipisahkan, tapi cara bagaimana untk byr hutang itu perlukan 'kemudahan' DariNya. Nice entry bro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...