Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, October 13, 2011

Mengapa sukar membuat pinjaman bank @ jabatan berkaitan bagi "MEMBUKA @ MEMULAKAN" perniagaan kedai buku & alat tulis?

Assalamualaikum WTH..



Kebelakangan ini saya sering bertemu soalan daripada pembaca blog ini berkenaan kesukaran membuat pinjaman bagi "MEMBUKA" kedai buku & alat tulis.

Sejujurnya memohon pinjaman bagi semua "MEMBUKA" perniagaan jenis runcit merupakan permohonan pinjaman yang agak sukar diperolehi berbanding dengan pinjaman untuk "MEMBESARKAN" perniagaan jenis runcit. Namun begitu ianya bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan.

Pada dua minggu lepas ketika menyertai Karnival Usahawan Desa di Putrajaya, saya berkesempatan bertemu dengan seorang pegawai bank yang menguruskan bahagian pinjaman untuk perniagaan. Jadi saya berkesempatan bertanyakan beliau beberapa soalan berkaitan kesukaran membuat pinjaman bagi "MEMBUKA @ MEMULAKAN PERNIAGAAN" kedai buku & alat tulis.
  1. Gagal menyediakan syarat komitmen & modal awal terhad
  2. Jumlah pinjaman terlalu tinggi@rendah
  3. Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis
  4. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yg realistik
  5. Hanya mengharapkan jualan runcit
  6. Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan
  7. Unjuran jangkaan jualan tidak realistik
  8. Akaun penyata bank yang kosong @  berada dalam senarai hitam
  9. Kegagalan dalam perbentangan
1. Gagal menyediakan syarat komitmen & modal awal terhad
Gagal menyediakan syarat komitmen & modal awal terhad merupakan salah satu penyebab  awal kepada kegagalan permohonan pinjaman bagi membuka perniagaan jenis runcit terutamanya perniagaan kedai buku dan alat tulis. Kebanyakkan bank @ jabatan berkaitan mensyaratkan pemohon memerlukan 10% daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebagai syarat komitmen. 


Kebiasaanya pihak peminjam  terutamanya dikalangan 'graduan muda' hanya meletakkan sesuatu nilai bayangan 'syarat komitmen' @ modal awal itu tanpa bukti yang kukuh seperti gagal menyediakan salinan penyata akaun dari pihak bank menyebabkan pihak bank terpaksa menolak awal permohonan anda.


Bagi mngelakkan "penolakkan awal' oleh pihak yang terlibat, saya mencadangkan kepada pemohon agar menyediakan kadar simpanan sejumlah wang yang dapat membantu menguatkan permohonan anda didalam beberapa tempoh masa tertentu.


2. Jumlah pinjaman terlalu tinggi@rendah@tidak realistik
Jumlah pinjaman terlalu tinggi, terlalu rendah dan tidak realistik juga merupakan penyumbang kepada kegagalan sesuatu permohonan pinjaman perniagaan. Pihak bank sendiri mempunyai pengalaman didalam menguruskan dan mengenalpasti potensi sesuatu perniagaan (walaupun kadangkala pegawai mereka ini lebih sudu daripada kuah kerana terlalu bergantung kepada teori). Sewajarnya pihak peminjam menyediakan unjuran aliran kewangan yang realistik serta tidak terlalu tinggi @ terlalu rendah. 


Memandangkan kos membuka sebuah kedai konsep buku & alat tulis adalah diantara rm80k sehingga rm200k mengikut konsep kedai yang dipohon. Pihak peminjam sewajarnya hanya memberikan nilai sedemikian kecuali jika premis kedai yang dipohon MEMANG SAH terletak dikawasan yang memiliki aliran trafik yang ramai dan ketiadaan pesaing besar.


3. Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis (sekiranya menyewa-tiada masalah bagi mereka yg memiliki premis perniagaan sendiri)
Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis menyebabkan pihak bank menganggap pihak peminjam hanya syok sendiri berangan untuk membuka perniagaan. Tak perlu saya ulas panjang kerana kepentingan memiliki premis perniagaan dikawasan aliran trafik ramai merupakan antara kelebihan bagi mereka yang menjalan perniagaan jenis runcit seperti kedai buku & alat tulis. Sekiranya anda gagal untuk menempah premis itu, pihak bank akan menganggap anda lambat bertindak dan kehilangan potensi perniagaan yang sangat memerlukan premis dikawasan aliran trafik yang ramai. 


Namun begitu, sekiranya perniagaan jenis runcit anda pilih tidak memerlukan premis yang terletak dikawasan tumpuan (selain kedai buku & alat tulis), anda masih berpeluang menyediakan surat booking premis)


4. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yang realistik
Kedai buku & alat tulis merupakan perniagaan yang mengkhusus kepada perniagaan jenis runcit yang mementingkan pemilihan lokasi premis yang memiliki aliran trafik yang ramai seperti terletak ditengah kawasan tumpuan seperti di sebelah bank-bank komersil, didalam pusat membeli-belah, berhampiran stesyen bas dan teksi. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yg realistik ini kadangkala membuatkan permohonan pinjaman anda akan gagal. 


Walaupun begitu, anda masih memiliki potensi kerana tiada jaminan perniagaan yang bakal anda usahakan diluar kawasan yang disebutkan akan gagal bergantung kepada kaedah promosi yang akan dilakukan, kekuatan pesaing dan keupayaan anda menarik pelanggan. Namun tugas meyakinkan panel penilai untuk menyokong permohonan anda sangat mencabar..


5. Hanya mengharapkan jualan runcit
Pelan pemasaran bagi permohonan pinjaman untuk membuka kedai buku dan alat tulis yang hanya mengharapkan jualan runcit kadangkala menyebabkan sesuatu permohonan pinjaman berpotensi menemui kegagalan. hal ini terjadi kerana pihak bank menganggap pihak pemohon tidak kretif mencari sumber wang masuk kerana hanya bergantung kepada satu sumber wang masuk.


Pihak pemohon seharusnya tidak terlalu memfokuskan jualan runcit secara tunai sahaja bagi menampung wang masuk ke dalam perniagaan jenis kedai buku & alat tulis. Sebaliknya, pihak pemohon harus menyediakan sedikit unjuran kewangan bagi menumpukan sumber wang masuk lain seperti melalui pembekalan, servis dan lain-lain bagi meyakinkan panel penilai menyokong permohonan anda.


6. Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan

Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan terutamanya dikalangan pemohon yang tidak memiliki latarbelakang dan pengalaman bisnes juga merupakan salah satu punca kegagalan permohonan pinjaman. 


Walaupun menyumbang peratus kegagalan yang agak kecil, pemohon dikalangan mereka yang  belajar diluar bidang perniagaan dan tiada lansung kemahiran dan pengalaman menguruskan perniagaan seharusnya melewatkan sedikit permohonan dan berusaha untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pemasaran perniagaan jenis runcit. 


7. Unjuran jangkaan jualan tidak realistik
Unjuran jangkaan jualan tidak realistik merujuk kepada unjuran pelan kewangan yang tidak mengikut musim. Walaupun bidang perniagaan jenis kedai buku & alat tulis hanya memiliki satu tempoh musim puncak ketika bakal bermulanya sesi permulaan sekolah, terdapat beberapa musim kecil yang turut membantu dapat meningkatkan nilai jualan harian seperti musim haji, cuti sekolah dan musim-musim perayaan tertentu.


Bagi perniagaan runcit seperti kedai buku dan alat tulis, pihak pemohon wajib bijak menjangkakan secara logik pada bilakah masanya jualan runcit buku & alat tulis akan naik dan turun. Hal ini penting bagi meyakinkan pihak bank bahawa pihak pemohon akan berusaha untuk menaikkan nilai jualan dengan menambah stok-stok tertentu pada musim-musim tertentu.


8. Akaun penyata bank individu yang kosong @ berada dalam senarai hitam
Akaun penyata bank pemohon yang kosong @  berada dalam senarai hitam merupakan salah satu punca kegagalan pemohon. Pihak bank tidak akan berkompromi dengan pemohon yang tiada jumlah tunai dibank dan memiliki rekod hitam samada dengan pihak bank @ pihak polis terutamanya mereka yang mempunyai sejarah jenayah perdagangan mahupun liat membayar hutang kad kredit dan pelbagai lagi.


9. Kegagalan dalam perbentangan
Kegagalan mempertahankan idea ketika sesi perbentangan 'rancangan perniagaan'  dihadapan pihak bank merupakan antara salah satu punca kegagalan. Bahkan hampir 50% kegagalan memohon pinjaman adalah ketika pihak pemohon berada di dalam situasi ini. 


Pihak pemohon wajar bersedia dan bijak menduga soalan lazim yang biasanya akan disoal oleh pihak bakal peminjam. 


*****************************************************************************************************
Saya tidak bermaksud untuk melemahkan semangat mereka yang mahu memohon pinjaman bagi membuka kedai buku dan alat tulis ini. Oleh itu saya menyediakan sedikit jalan penyelesaian. Bagi mereka yang beragama islam, saya galakkan anda tidak berhenti bersolat hajat, puasa sunat dan berterusan berdoa agar impian anda menjadi kenyataan. Moga dipermudahkan dan diberkati. Tahniah kerana memilih keusahawanan sebagai kerjaya! 

4.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...