Bersabda Rasulullah SAW:
**********************************************************************************************************
Pernahkah anda mendengar cerita pihak usahawan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat mereka dengan cara membunuh diri? Pasti pernah bukan? Samada dilakukan dengan kaedah menggantung diri, meminum racun, terjun bangunan dan lain-lain. Perbuatan bunuh diri ini merupakan perbuatan pengecut dikalangan usahawan yang tidak sanggup menempuhi hari-hari mendatang akibat ujian yang datang dari Allah SWT.
Apakah punca pihak usahawan membunuh diri? Mengikut pemerhatian saya, trend membunuh diri dikalangan usahawan banyak terjadi disebabkan beberapa faktor berkaitan terutamanya:
- Perniagaan merosot
- Pinjaman perniagaan yang semakin bertambah dan tidak susut
- Kecewa apabila perniagaan tiada kemajuan
- Kerugian akibat bencana alam
- Kerugian akibat pecah amanah
- Kerugian akibat ditipu dalam nilai wang yang besar
- Faktor luaran yang tiada kena mengena dengan perniagaan- putus cinta, menganggap diri tidak berguna ETC
Dan apakah tujuan ALLAH SWT mewujudkan neraka dan syurga! Apakah qada' dan qadar? apakah maksud ujian? Adakah sekiranya perniagaan anda mengalami kerugian, maka anda tidak jauh dari rahmat Allah SWT? Fikirkanlah!
“Sesungguh Allah telah membeli dari orang2 mukmin diri dan harta mereka dgn memberikan surga utk mereka. Meraka berperang di jalan Allah. Lalu mereka membunuh atau terbunuh. janji yg benar dari Allah di dlm Taurat Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yg lbh menepati janji daripada Allah? mk bergembiralah dgn jual beli yg telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yg besar.”
Wahai para usahawan terutamanya para usahawan muslim diluar sana. kuatkan iman kita untuk menghadapi segala kemungkinan dalam perniagaan. jangan pernah berasa putus asa dalam rahmat Allah SWT. Kegagalan hari ini bukanlah bermakna kita akan gagal selamanya. Bukankah semua usahawan yang mampu menjadi bilinaire hari ini merupakan insan yang pernah gagal? Malah mereka ini lebih berjaya dari kejayaan sebelumnya!
bagaimana golongan yang pernah gagal ini bangkit? Bunuh diri bukanlah jalan terbaik. Ingatlah, kehidupan didunia adalah jalan sementara menuju ke arah alam yang abadi diakhirat. Mahukah anda kekal di neraka dengan mencabut nyawa diri sendiri?
5 comments:
akak nora pun rasa macam tgh berat je ni..bukan masalh bertimpa-timpa..tapi masalah yang tak dapat diselesaikan..penat mencari ikhtiar..
Hm... bnyk msalah mksudnya tuhan ingat kat kita n kita insan tpilih antara bbilion insan... cuma kna kretif mncari kaedh pnelesaian yg terbaik..
pegang pada pesanan ... Islam melarang umatnya bunuh diri. kalau tidak habis sia2 segala amalan baik.
ikhtiar & bertawakal..tapi betul ke yang Tuhan ingat kita sebab tu Tuhan bagi kita masalah, betul ker ustaz?
Yup, bayang dri berbilion manusia dimuka bumi ini.. mengapa kita yg terpilih?
cth smasa saya mula2 jdi OKU.. sya xfikir jika kena pada org lain depa boleh akan jdi setabah saya.. sbb tu sya bsyukur kerana Allah pilih saya utk jdik OKU, malah kini Alhamdulillah saya mngkin lbih bjaya dri mereka yg normal!
bukankan sya insan terpilih yg sgt bertuah?
Post a Comment