Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, December 9, 2010

Rahsia Surah Dhuha



,

"Demi waktu dhuha (ketika matahari naik tinggi segalah). Dan demi waktu malam apabila telah sunyi.  Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (wahai Muhammad) dan tidak pula membencimu. Dan sesungguhnya  yang kemudian itu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya kelak Tuhanmu pasti  akan memberikan kurniaan-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas. Bukankah dia mendapati dirimu sebagai seorang yatim piatu, lalu la melindungimu. Dan didapatiNya engkau sebagai seorang yang bingung ,  lalu Ia memberikan petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan , lalu dia memberikan kecukupan. Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya. Dan terhadap nikmat tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
 (Surah Dhuha ayat 1-11)

***********************************************************
Surah dhuha merupakan surah yang digalakkan untuk kita membacanya ketika melakukan solat sunat dhuha. Berdasarkan kepada terjemahan surah dhuha diatas, Allah telah menegaskan dengan bersumpah "DEMI WAKTU DHUHA & DEMI WAKTU MALAM APABILA TELAH SUNYI". Mengapa Allah bersumpah demi waktu itu?

Kebiasannya setiap ayat yang Allah jadikan sebagai "sumpah" mempunyai beberapa kepentingan istimewa yang seharusnya direbut oleh setiap muslim. Dua waktu yang disebutkan didalam ayat diatas ini merupakan saat-saat terbaik Allah untuk menurunkan kurniaanya. Pada ketika ini kebiasaanya, manusia sedang khusuk melakukan pekerjaan mereka dan juga sedang enak dibuai mimpi.

Alhamdulillah, sangat beruntunglah mereka yang mendapat kurniaan Allah pada waktu itu!


4.

Mengurus kejayaan

Keusahawanan bukanlah satu bidang yang menjanjikan kejayaan dan kekayaan secara drastik kepada semua pengusahanya. Keusahawanan adalah satu bidang yang memiliki nilai seni yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Dalam bidang keusahawanan muslim, kejayaan dan keuntungan haruslah ditangani dengan penuh berhemah. Hal ini penting kerana bidang ini bukanlah satu bidang yang menjanjikan kejayaan sepanjang masa. Sebaiknya, usahawan muslim haruslah bijak menggunakan  nilai "kejayaan dan keuntungan" yang diperolehi pada masa "mewah" sebagai pelan kontigensi pada musim-musim "sejuk".

Sepanjang pemerhatian saya kepada teman-teman usahawan yang terlalu ghairah mengejar kejayaan yang jatuh tersungkur kerana gagal menguruskan kejayaandan tamak. Sebenarnya sifat "tamak' itu merupakan satu sifat yang bagus untuk usahawan, namun begitu sifat 'tamak" ini haruslah seimbang dengan kekuatan perniagaan.

Ada beberapa punca kegagalan perniagaan yang saya perhatikan dikalangan para usahawan i ini kerana kegagalan pengurusan seperti:
  1. Gagal membezakan pendapatan syarikat dengan gaji mereka
  2. Terlalu asyik mengumpul aset 'kekal"
  3. Terlalu awal membeli aset syarikat yang tidak perlu
  4. Gagal didalam pengurusan harta
  5. kecairan tunai di tangan",
  6. perbelanjaan terhadap hiburan
  7. kekuatan masa dan pelbagai lagi.

Disini saya ingin berkongsi cerita mengenai "pengurusan kejayaan" seorang teman saya yang menceburi perniagaan jenis 'kontrak' didalam sektor pembinaan. Beliau memulakan perniagaan dengan wang modal ditangan sebanyak RM300k. Pengalaman bekerja sebagai juruteknik di sebuah majlis bandaraya di selatan membolehkan beliau mudah mendapat projek-projek.

Pada 2 tahun pertama memulakan perniagaan itu, beliau telah mendapat banyak projek bernilai puluhan ribu hinggalah ke ratusan ribu ringgit. Namun begitu, kejayaan yang dimilikinya didalam tempoh dua tahun ini disia-siakan dengan dengan berhibur, membeli kereta mewah dan membeli lot kedai.

Pada tahun ketiga perniagaan, beliau mula menghadapi masalah kerana ketiadaan tunai yang cukup bagi membiayai projek baru. Wang keuntungan projek sebelum ini telah dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah. Sememangnya aset seperti pembelian lot kedaimerupakan satu bentuk pelaburan yang bijak, namun begitu kesilapan beliau membeli aset itu terlalu awal menyebabkan beliau tidak memiliki kecairan tunai yang cukup untuk membiayai projek-projek baru. Hal ini ditambah lagi dengan sikap suka berhibur dan suka menunjuk-nunjuk beliau.

Beliau akhirnya mengalah apabila projek-projek yang telah dijalankan masih tidak mendapat bayaran setelah beberapa bulan berlalu sedangkan projek yang sedang dijalankan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Keuntungan besar yang didapati daripada projek terdahulu tidak digunakan sebagai pelan kecemasan tetapi terus dilaburkan kedalam projek yang lain dan dihabiskan untuk kegiatan hiburan yang keterlaluan. Akhirnya, beliau terpaksa melepaskan sedikit demi sedikit aset yang dimiliki untuk menjalankan projek baru.

p/s: saya tak menyatakan pembeliaan aset seperti pembelian lot kedai merupakan satu tindakan yang salah. cuma sebagai usahawan, anda haruslah bijak menguruskan keuntungan syarikat terlebih dahulu. pembelian aset bernilai mega seperti ini hanya layak dilakukan setelah perniagaan anda benar-benar stabil. Tambahan pula aset ini bukanlah sesuatu yang bersifat cair dan mungkin akan mengganggu sekiranya anda tidak memiliki tunai yang mencukupi.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak-anakmu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang melakukan sedemikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi," Surah Al-Munafikun ayat 9



4.

Monday, December 6, 2010

Selamat Ulangtahun PNN yg ke-3

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rezeki dan kurniaanya hari ini PNN menyambut hari ulangtahun penubuhan PNN yang ke-3. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini pihak kami di PNN banyak belajar selok belok perniagaan. 

Insyaallah, pada tahun ini pihak kami berazam untuk melebarkan lagi sayap perniagaan kami agar lebih berdaya maju dan dapat bersaing secara sihat dengan para pesaing kami di bumi Selangor yang bertuah ini. Insyaallah juga, kami sangat -sangat berhasrat untuk membuka lebih banyak lagi cawangan-cawangan baru PNN dalam tempoh masa terdekat ini. MOGA DIMAKBULKAN. AMIN YA ALLAH!

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya titipkan kepada para pelanggan setia kami  dan juga kepada teman-teman semua blogger semua kerana sudi mendoakan kejayaan kami  Ddi PNN. Jasa dan bakti kalian amat saya hargai! Semoga PNN dapat menjadi kedai buku dan alat tulis muslim yang berjaya!

Ayuh semua teman seagamaku! kita bangkit bersama-sama untuk menaikkan maruah agama islam dengan menaikkan kekuatan rohani, jasmani dan ekonomi umat islam semua. Bersama-sama kami untuk menyokong perjuangan usahawan muslim!

USAHAWAN MUSLIM: KAYA IMAN & KAYA WANG!

SALAM MAAL HIJRAH JUGA UTK SEMUA..


4.

Saturday, December 4, 2010

Hikmah musibah & TAKDIR, BAKAT VS MINAT

Kisah ini saya coretkan sekadar untuk berkongsi pengalaman mengenai insan yang pernah hampir kecewa dalam hidupnya namun kembali bangkit setelah menyedari impiannya masih belum tercapai dan menyedari KASIH SAYANG ALLAH KPDNYA MASIH UTUH!

Setelah menamatkan pengajian di UUM, saya mendapat tawaran untuk bekerja sebagai RA (research assisstant) di sebuah IPT terkenal yang terletak di pinggir Lembah Klang. Alhamdulillah, rezeki saya agak murah ketika itu, ketika kawan-kawan yang lain sibuk mengusung ijazah mereka mencari kerja di zaman kejatuhan ekonomi. Saya telah berjaya mendapatkan kerja hanya dengan percubaan pertama.

Bekerja dalam situasi yang sibuk serta terpaksa berkejar menjelajahi seluruh pelusuk tanah air untuk memenuhi tuntutan kerja tidak pernah sekalipun melalaikan saya untuk membuka perniagaan sendiri. Hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sentiasa mekar dan terus berkembang mewarnai mimpi saya setiap hari.

Memulakan perniagaan sendiri bukanlah sesuatu urusan yang mudah. Seringkali masyarakat bertanya kepada saya, perkara apa yang mendorong saya untuk membuka peniagaan ini? Mungkin mereka beranggapan agak susah melihat remaja melayu menceburi bidang yang banyak dimonopoli oleh bangsa india muslim dan cina. Sebenarnya saya menceburi bidang perniagaan ini secara tidak dirancang dan memperjudikan nasib saya kepada Allah.

Pengaruh takdir, bakat dan minat menjadi faktor kekuatan kejayaan saya pada hari ini. Sejujurnya, saya memang tidak berhasrat untuk bekerja ‘makan gaji’ seumur hidup saya. Tetapi saya tidak menduga cara saya memulakan perniagaan ini bermula lebih awal dengan beberapa kisah sedih dan pedih. Kisah semua ini berlaku bermula pada tahun 2004.

Pada pukul 10.30 malam 26.7.2004 saya telah mengalami satu kemalangan motorsikal yang agak dahsyat di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Kemalangan itu telah mengakibatkan lengan kanan saya patah tiga manakala otot dibahagian lengan terkoyak teruk. Saya terpaksa terlantar di HKL selama seminggu setelah menjalani satu pembedahan memasukan plat titanium sepanjang hampir lima inci berserta 18 biji skru sebelum dipindahkan ke HSA. Kesan daripada kemalangan ini telah memaksa saya untuk mendapat medical leave selama 10 bulan.yang berakhir pada 20.4.2005.

“(iaitu)orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”  
Surah Al-Baqarah ayat 156

Saya masih lagi teringat lagi satu ayat yang saya ucapkan kepada seorang doktor pakar di HSA. Ketika itu saya ditemani oleh ayah dan bonda sedang menerima rawatan susulan disebabkan pergelangan tangan kanan saya tidak berfungsi lansung (wrist drop). Saya langsung tidak boleh menggerakkan pergelangan tangan saya itu walaupun jari-jari saya memberikan respon yang agak positif. Jika anda boleh bayangkan keadaan pergelangan tangan Allahyarham Saloma ketika menyanyikan lagu berirama twis, begitulah keadaan pergelangan tangan saya ketika itu.

“Doktor.. doktor rasa saya akan cacat tak? Jika saya cacat, saya sudah boleh terima kenyataan..,” 

“Saya tak mampu memberikan jawapan terbaik buat masa ini. Tapi saya kagum dengan semangat awak. Fokus pada fisioterapi dan teruskan berdoa,” jawap doktor itu sambil tersenyum, saya dapat melihat dengan jelas air mata doktor, nurse, ayah dan bonda itu bergenang.

Memang benar, saya sangat kecewa pada peringkat awalnya, maklumlah tangan kanan untuk seorang lelaki yang sedang meniti kerjaya sangat mahal harganya. Tambahan pula, pengalaman menyaksikan mangsa kejadian ‘patah lengan’ semasa terlantar di HKL menyebabkan saya selalu termenung sendiri, tiga daripada empat orang daripada mereka mengalami ‘kecut tangan’ atau tangan mereka akan kehilangan deria rasa sedikit demi sedikit dan akhirnya membawa kepada pengecutan otot sehingga menyebabkan tangan mereka kelihatan pendek dan terkulai. Saya sangat takutkan situasi ini, oleh itu, saya sering memerhatikan dihadapan cermin setiap hari selama beberapa jam untuk memastikan tangan kanan saya tidak menerima nasib yang sama seperti mereka.

Walaupun menerima medical leave yang panjang, tangan kanan saya tidak berfungsi dengan baik dalam masa itu, ibu jari saya sentiasa berada didalam keagaan tegang dan mudah lesu apabila terlalu kerap digunakan. Bahkan saya terpaksa tanpa rela untuk melepaskan jawatan sebagai RA yang disandang sejak dua tahun lalu dalam masa dua minggu selepas medical leave saya berakhir. Keputusan ini saya ambil kerana tidak mahu membebani rakan-rakan setugas yang terpaksa membantu menyiapkan kerja-kerja saya. Masakan tidak, kerja yang kebiasaanya mengambil masa sehari berkerja tidak mampu saya laksanakan dalam masa lima hari? Jika sehari dua mungkin teman-teman sekerja faham akan situasi saya ketika itu, tapi apabila hal ini berlanjutan selama seminggu ataupun sepuluh bulan? Teman-teman sekerja mula dingin kepada saya kerana terpaksa memikul beban kerja tambahan yang sepatutnya menjadi kerja saya sebelum ini. Tangan kanan saya tidak mampu untuk bekerja lasak seperti dulu.

Saya pasrah dengan takdir ini, namun saya bukanlah orang yang mudah berputus asa. Dalam masa itu, saya mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kerana menyedari keadaan fizikal saya tidak memungkinkan saya untuk bekerja makan gaji. Tambahan pula pada ketika ini saya masih lagi memerlukan rawatan susulan neurofisioterapi dan fisioterapi di hospital kerana pergelangan tangan saya masih lagi lemah akibat kesan kemalangan itu.

Setelah hampir setahun menjalani rawatan neurofisioterapi dan fisioterapi, tangan kanan saya hampir pulih walaupun saya anggarkan kekuatannya merosot hampir 60% daripada kekuatan asal. Tempoh setahun menjalani rawatan neurofisioterapi dan fisioterapi saya habisi masa saya dengan membantu ayah saya dikedai runcit miliknya dan juga membantu ibu di kantin. Dengan itu, saya dapat memanfaatkan masa saya untuk mengkaji selok belok bidang perniagaan. Walaupun perniagaan yang dimiliki ayah dan bonda berskala kecil, saya bersyukur kerana dengan izin Allah melalui kedai tersebut, kami sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang sederhana dan damai.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuat untuknya esok hari dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan Surah Al-Hasyr: 18
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji?” Surah Al-Ankabut 29:2

Dugaan yang datang kepada saya bukanlah alasan untuk saya menangis kecewa, saya merupakan insan positif yang sentiasa memburu dan laparkan kejayaan. Saya membulatkan tekad untuk menceburi bidang perniagaan! Menjadi OKU bukanlah alasan saya untuk gagal!

‘Saya belum mati lagi! Saya ada impian! Saya mahu jadi USAHAWAN MUSLIM BERGELAR JUTAWAN!!


Dan sekarang, saya sedang berada dilandasan yang saya cipta dengan izin Allah SWT. Doakan kejayaan saya wahai teman-teman semua... 


4.

Friday, December 3, 2010

Hadiah dari PTS

Hm..Pelik tak nama saya?








Assalamualaikum WTH..

Masih ingat lagi kisah saya memenangi kuiz mengulas novel remaja PTS? hehe.. hari ini hadianya sudah selamat tiba dikedai saya. Hadiahnya terdiri daripada 4 buah buku bernilai RM60.00 iaitu:

1. Armagedon 2012 
2. Mendidik anak perempuan ( Erkk.. saya pun tak tau kenapa orang hujang macam saya ni pilih buku ini,)
3. Himpunan wirid dan doa selepas sembahyang
4. Petua orang cemerlang

Hm... saya tidak berhasrat untuk membuat buku ini sebagai koleksi sebenarnya kerana semua buku-buku ini saya pernah baca. Jadinya, saya akan menjual semua buku-buku ini. 

Apa-apapun saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PTS kerana sudi memberi kemenangan kepada saya.. (dalam syarat peraduan tu tiada syarat untuk menghalang pemilik kedai buku untuk menyertai pertandingan ini ye.. hihi..)

TQ PTS! Insyaallah, saya akan mencuba nasib untuk pertandingan mengulas novel sejarah dan novel dewasa yang sedang berlangsung sekarang! Moga saya menang lagi! AMIN 4.

Wednesday, December 1, 2010

Usahawan yang memiliki matlamat, kejayaan akan menguasai nasibnya

Pernahkah anda perasan sebuah kedai runcit yang pernah anda masuki sepuluh tahun lalu masih berada didalam keadaan yang sama pada hari ini? Dan pernahkah anda memasuki sebuah kedai runcit biasa dan berubah menjadi sebuah pasaraya dalam tempoh beberapa tahun? Apakah perbezaan diantara mereka?

Hm.. sebenarnya kisah yang ingin saya ceritakan pada hari ini ialah sebuah kisah yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.

Pada tahun 2004, ketika itu saya bekerja di sebuah pasaraya di Daerah Batu Pahat. Bertugas sebagai pembantu pengurus dipasaraya ini membolehkan saya memiliki hubungan yang rapat dengan ramai usahawan-usahawan bertaraf kecil dan sederhana. Namun saya mengkagumi seorang anak muda yang ketika itu berusia awal 30-an yang memiliki perniagaan berteraskan penyediaan makanan, ketering dan restoran berasaskan nasi beriyani.

Perniagaan anak muda ini bermula disebuah warung kecil yang "dipacak" secara haram di sebuah simpang di Taman Soga, Batu Pahat, Johor. Percubaan beraninya untuk menjual "makanan kenduri kahwin" secara harian mencetuskan satu fenomena luar biasa di daerah ini.

Ketika perniagaanya anak muda ini bertambah maju, dia mencuba untuk berjumpa dengan pihak bank bagi membolehkan dirinya mengembangkan lagi perniagaan nasi beriyani yang sedang diusahakannya. Namun, harapannya hampa. Tiada pihak yang sudi membantunya.

Keadaan ini menyebabkan dirinya menetapkan azam untuk membesarkan perniagaan tanpa bantuan mana-mana pihak. Alhamdulillah, daripada 'warung pacak' yang didirikan sejak beberapa tahun lalu. Akhirnya anak muda ini mampu memiliki restoran di bangunan kedai lot tepi yang mampu menerima ratusan pelanggan pada sesuatu masa dan juga memiliki beberapa cawangan.

Percayakah anda jika saya menyatakan pelanggan berbilang bangsa restoran ini terpaksa beratur di luar restoren ini seawal pukul 9 pagi semata-mata mahu merasai keenakkan "nasi kenduri" ini?


Hm.. sebenarnya kisah yang saya sebut ini adalah kisah lama yang tersemat dihati saya dan beliau juga adalah antara usahawan awal yang mula mencuit hati saya untuk lebih bersemangat.
Berbicara dengan anak muda ini merupakan saat yang mengujakan saya. Anak muda ini tahu yang saya berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri. Oleh itu terlalu banyak tip-tip  berkaitan perniagaan dan keusahawanan yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih terbayangkan hasratnya untuk melihat lebih ramai usahawan baru muncul dikalangan teman seagama dan sebangsa dengannnya.

Kata-katanya yang paling tersemat didalam ingatan saya ialah > CIPTALAH MATLAMAT, DAN GAPAILAH IA.. JGN LUPA BERDOA DAN BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAINYA.

Anak muda yang saya maksudkan ialah Arwah Nizam, pengasas Restoran Beriyani Power yang cukup terkenal di Daerah Batu Pahat dan Malaysia amnya. Arwah ini meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Batu Pahat-Muar melibatkan kereta BMW miliknya..

Al-Fatihah dari sahabatmu > Azrai


Usahawan yang memiliki matlamat, kejayaan akan menguasai nasibnya

4.

Nazrey Johani - Wahai Kekasih




Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Dihati kami kaulah segalanya

*
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Diakhirat kita dah bersua..
****************************************************
Antara lagu yang boleh menyebabkan air mata saya mengalir deras...

4.

Menjelang hari ke 100 blog TUM pada 10 December ini..

Begitu pantas masa berlalu... dan harini merupakan hari yg ke-90 hari saya membuat blog ini. Alhamdulillah.. ilmu yg sedikit ini dapat saya kongsikan dengan kalian semua...

Alhamdulillah juga kerana sepanjang tempoh ini, saya juga mula belajar untuk bermuhasabah diri dengan membaca entri2 di blog-blog hebat karya kalian.

TQ semua..

Mari bersama -sama kami menyokong industri usahawan muslim!!


4.

Tuesday, November 30, 2010

kumohon dengan sangat...



...kumohon dengan sangat...

Allah, aku tidak meragukan kekuasaan-Mu..
Ombak dilautan-Mu yang tenang ini bisa seketika KAU buat jdi gelombang yg besar...
Dan menenggelamkan segala apapun yg mengapung diatasnya..
aku tidak meragukan-Mu!
Bahkan bila kau berkehendak..
kau juga bisa menerbitkan matahari terbit barat & tenggelam di timur...
TIADA YG SULIT BUAT-MU ALLAH!!!

Aku mmg baru belajar agama
Tapi aku juga hambamu kan?
Hambamu yg juga berhak memohon pertolongan-muJadi plz Allah,..
aku mohon dengan sangat...
MOHON DENGAN SANGAT...
MOHON DENGAN SANGAT..
...
 **************************
Hm.. filem kiamat sudah dekat ini memang antara filem kegemaran saya.. saya begitu kagum dgn jalan cerita filem ini. Dan yang paling penting saya saya menyukai VT diatas.
Berderau darah didalam tubuh saya ketika pertama kali mendengar VT ini.. Subhanallah, doa yang penuh dengan ratap rayuan seorang hamba ketika benar-benar mengharapkan pertolongan Allah! 
Subhanallah.. 
4.

Monday, November 29, 2010

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad



Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad (RM70k kebawah) sebenarnya agak sukar dilaksanakan walaupun ianya tidak mustahil dilakukan. Disini saya memberikan beberapa tips berkenaan kedai yang “agak” berkaitan perniagaan kedai buku dan alat tulis yang boleh juga anda ceburi sekiranya memang berminat dengan perniagaan yang berkaitan buku dan alat tulis ini.

1. kedai buku dan alat tulis mini
Kedai buku dan alat tulis mini ini sesuai dijalankan dipremis kedai yang memiliki keluasan yang terhad seperti lot-lot terminal teksi berukuran 10’ x 15’. Modal untuk membuka kiosk ini agak kecil iaitu sekitar RM50k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah dll) Namun kebiasaannya, kedai yang memiliki saiz ini terletak dikawasan mahal yang kadar sewanya boleh mencecah sehingga RM2k-RM6k sebulan. Oleh itu, anda perlu menumpukan jualan barangan yang bermargin tinggi iaitu diantara 20%-80% dan nilai jualan yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya pada kadar RM1k sehari.

2.Membuka kedai majalah
Membuka kedai majalah juga merupakan antara pilihan yang boleh diceburi anda jika memiliki modal terhad. Dengan kadar modal yang agak rendah iaitu sekitar RM30k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah). Namun begitu, anda yang memilih jenis perniagaan ini perlu menambah beberapa barangan sokongan untuk menampung perbelanjaan seperti makanan ringan dan perkhidmatan potostst kerana margin keuntungan menjual majalah sangat rendah iaitu sekitar 15% sahaja.

3. Kedai@booth@kiosk buku
Membuka booth & kiosk buku juga mempunyai modal yang agak kecil juga sama seperti membuka edai buku dan alat tulis mini. Masalah yang sering diterima oleh pekedai jenis ini ialah terlalu mengharapkan trafik pelanggan yang ramai diseseuatu tempat memandangkan kebiasaannya, pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tidak merancang untuk membeli buku. Oleh itu, lokasi jenis perniagaan ini sangat penting.

4. Kedai fotostat mini
Kedai fotostat juga adalah diantara kedai yang menawarkan pilihan modal awal yang agak rendah iaitu disekitar RM30K (dgn 2 mesin fotostat yg laju, deposit sewa, peralatan laminate, binding dll)-. Namun begitu untung perniagaan ini agak kurang dan memerlukan jualan dalam kuantiti yang banyak dan agak melecehkan. Kurangkan kesilapan ketika memfotostat & dapatkan kertas pada harga borong. Bayaran untuk perkhidmatan binding dan laminating perlu difokuskan kerana memiliki nilai keuntungan yang agak tinggi.

P/s: utk kedai fotostat saya mensarankan> menyewa mesin sekiranya perniagaan benar2 mantap kerana mesin anda akan digunakan secara total tanpa belas (sbb sewa mesin ada terma untuk membaiki mesin sekiranya rosak) atau pada peringkat awal, beli sahaja mesin recond dan PASTIKAN KOS COPY TIDAK MELEBIHI RM0.03 sen sehelai!!

5. Kedai alat tulis mini
Bagi mereka yang memilih untuk membuka kedai alat tulis mini pula, saya mencadangkan kepada mereka agar memilih kawasan yang memiliki bilangan trafik yang ramai kerana anda tidak mungkin mampu menampung perbelanjaan bulanan sekiranya anda hanya berjaya menjual 100 batang pen sehari! Anda memerlukan jumlah jualan yang tinggi dengan pembekalan alat tulis ketempat2 tertentu. Walaupun margin keuntungan barangan alat tulis agak tinggi namun nilainya adalah kecil. Kos awal bagi membuka kedai alat tuis mini ialah diantara RM20-RM70k bergantung kepada kepadatan barangan. (alat tulis memiliki terlalu banyak barang! Cthnya> anda tidak boleh menjual sejenis pen sahaja, sekurang-kurangnya mungkin 10 jenis, sejenis itu pun sudah memiliki beberapa kategori seperti mata 0.1, 0.7, 0.5 dan berdakwat biru, hitam dan merah...

6. Perniagaan menjual buku & alat tulis tanpa premis kedai
Hm.. ini merupakan kaedah terbaik untuk memiliki perniagaan walaupun tanpa premis kedai dan tiada kos awal kecuali pendaftaran syarikat dan profil syarikat. Kawan baik saya memiliki perniagaan jenis ini dan gajinya melebihi gaji saya! Bagaimana dia melakukan? Setiap hari dia akan mendaki sekurang-kurangnya sepuluh buah premis untuk menjual produk dari katelognya yang memfokuskan kepada perkhidmatan pembekalan sahaja. Kos yang dikeluarkan hanya jika pihak jabatan dan pejabat itu bersetuju untuk membeli buku atau pun alatb tulis yang akan dibekalkannya. (kebarangkalian untuk ditipu berkaitan dengan perniagaan ini sangat tinggi-berhati-hatilah)

7. Membuka kiosk di tapak2 ekspo dan karnival.....

8. MLM yg menjual buku.. (email saya utk mengetahui lebih lanjut azraay@gmail.com)
.............................................



SEKIRANYA ANDA HANYA MEMILIKI RM70K SAHAJA, SAYA TIDAK MENGGALAKKAN ANDA MEMBELANJAKAN WANG MELEBIHI NILAI RM50K UTK MEMBUKA PERNIAGAAN. MENGAPA? KERANA KITA TIDAK DAPAT MENJANGKA APA YANG BAKAL TERJADI PADA AWAL PERNIAGAAN. OLEH ITU, RM20K ITU AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI PELAN KONTIGENSI (PELAN KECEMASAN) SEKIRANYA PERNIAGAAN ANDA PADA AWAL PERNIGAAN AGAK SLOW. 

PERLU DIINGAT, 93% KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN BERLAKU PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN MEREKA! KECILKAN RISIKO & BESARKAN AZAM... DAN JANGAN LUPA BERDOA!

SETIAP URUSNIAGA PADA TAHUN PERTAMA PERNIAGAAN INI ADALAH BERBENTUK TUNAI SEHINGGA ANDA DIBERI KEISTIMEWAAN UNTUK MEMBUKA AKAUN DENGAN SYARIKAT PEMBEKAL UTK MEMBOLEHKAN ANDA MENERIMA TERMA BAYARAN YG TELAH DIPERSETUJUI (SEBULAN HINGGA TIGA BULAN)

Hm...
 Sbnrnya entri ini masih belum siap, tp disebabkan saya menerima banyak email berkenaan perkara ini, jadi saya publishkan juga..

Akan bersambung malam ini.. insyaallah..



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...