Assalamualaikum WTH..
Membuka perniagaan berkonsepkan kedai buku merupakan antara perniagaan yang sering mendapat tempat dihati semua orang yang bercita-cita membuka perniagaan. Namun bagi mereka yang tidak sempat 'belajar' dan 'melihat' potensi perniagaan jenis ini secara total, mereka sering tertewas. Jesteru itu, kadangkala kita sering mendapati secara purata hampir dua buah kedai buku akan diiklankan untuk dijual dalam tempoh sebulan samada di media-media cetak mahupun media elektronik.
Survival @ keberlansungan kehidupan perniagaan kedai buku kecil dan sederhana merupakan perjuangan pemilik dan pekerja didalam memastikan perniagaan mereka dapat bertahan lama.
Survival perniagaan kedai buku bersaiz kecil dan sederhana tergantung kepada penjualan produk mereka. Semakin tinggi jumlah jualan mereka, semakin kukuh kedudukan perniagaan mereka. Survival kedai buku bersaiz kecil dan sederhana bergantung kepada beberapa faktor:
- Lokasi premis perniagaan
- Sumber wang masuk
- Jumlah keuntungan purata yang diperolehi
- Pelan pemasaran & Pengiklanan
- Potensi buku yang dijual
- Purata jualan harian
1. Lokasi premis perniagaan
Lokasi perniagaan kedai buku merupakan asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan berkonsepkan kedai buku. Lokasi yang dicadangkan kepada kedai buku ialah lokasi yang memiliki aliran trafik yang tinggi seperti terletak dikompleks membeli belah, terminal bas dan terletak dikawasan pusat bandar.
2. Sumber wang masuk
Kepelbagaian sumber wang masuk merupakan satu keperluan kepada semua jenis perniagaan. Pemilik perniagaan kedai buku bersaiz kecil dan sederhana perlu mempelbagaikan sumber wang masuk. Kebergantungan semata-mata kepada jualan tunai di premis bukanlah amalan marketing yang baik untuk sesebuah kedai buku bersaiz kecil dan sederhana kecuali perniagaan anda sememangnya cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan
3. Jumlah keuntungan purata yang diperolehi
Jumlah margin keuntungan yang releven bagi sesebuah buku ialah sebanyak 30%-50% bergantung kepada kuantiti belian stok. Sekiranya anda mendapat kadar margin keuntungan yang kurang daripada itu, perniagaan anda perlu menjual kuantiti buku yang agak banyak bagi menampung perbelanjaan.
*note: anda digalakkan memberikan diskaun bagi beberapa genre buku popular dan mengecilkan keuntungan anda demi menarik pelanggan.
4. Pelan pemasaran & pengiklanan
Pemasaran & pengiklanan bagi kedai buku bersaiz kecil dan sederhana? Yup... pemasaran & pengiklanan sangat penting bagi semua jenis perniagaan tanpa mengira saiz, tempoh lama beroperasi, konsep dan pelbagai lagi. Mungkin anda beruntung jika lokasi kedai buku anda benar-benar terletak dikawasan tumpuan dan mempunyai aliran trafik yang ramai. Tetapi anda juga perlu menyediakan pelan pemasaran & pengiklanan bagi menunjukkan kepada khalayak sasaran bahawa perniagaan anda masih beroperasi dan bernyawa!
5. Potensi buku yang dijual
Kedai buku manakah yang tidak menjual buku? Adakah anda pasti kedai kecil anda hanya menjual buku yang benar-benar memenuhi keperluan pembaca? Adakah stok buku anda yang dibeli lima tahun lepas yang masih berada didalam rak?
Semua buku dibukukan mempunyai potensi masing-masing, namun sebagai penjual, kita sewajarnya peka terhadap potensi sesebuah buku dan bijak meneka bila, bagaimana dan kenapa sesuatu buku itu agak laku bagi sesetengah masa dan tidak laku bagi kebanyakkan masa. Sememangnya buku adalah benda yang tidak akan basi.. (kecuali buku sekolah yang telah ditukar sukatannya) namun sesetengah buku mempunyai kadar masa "laju" dan "suam"nya yang tersendiri.
6. Purata jualan harian
Survival kedai buku yang paling penting ialah nilai jualannya. Secantik mana anda menghias dan mendekorasi kedai buku anda. Ianya tidak bermakna sekiranya anda tiada jualan! Secara purata bagi kedai yang mempunyai kadar sewa sebanyak RM3000 sebulan, mempunyai jumlah pekerja seramai 4 orang ( dgn kadar gaji RM8000 sebulan), bil utiliti berjumlah RM1000 sebulan.. sekurang-kurangnya anda perlu mendapatkan purata jumlah jualan sebanyak RM1000 sehari untuk menampung kos perniagaan anda. Bagaimana mahu meningkatkan jualan tunai? Sediakan pelan pemasaran dan pengiklanan yang terbaik!
4.
7 comments:
terima kasih PNN..banyak belajar dari sini :)
^_^
Salam Ustaz, saya berminat untuk membuka sebuah kedai buku dan alat tulis. Boleh saya berjumpa ustaz dan mendapatkan bimbingan serta tunjuk ajar?
salam. saya berminat utk membuka kedai buku. apa yang perlu saya lakukan terlebih dahulu.
Salam...saya berminat untuk membuka sebuah kedai buku..namun saya tidak ada apa2 pun pngalaman dalam menguruskan sesuatu perniagaan..apa kah yg terlebih dahulu harus saya lakukan?saya baru habis belajar..
Terima kasih PNN
Salam ustaz...insyaallah saya akan membuka sebuah kedai buku..di mana saya boleh dapatkan semua jenis buku yg sepatutnya berada dlm sebuah kedai buku...jazakallah khair...
Post a Comment