Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, November 25, 2010

Projek saya tahun hadapan> menulis buku motivasi bertajuk "Menjadi usahawan muslim yang bersemangat dan berjiwa besar"

"Menjadi usahawan muslim yang bersemangat dan berjiwa besar"

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang menuntut saya agar sentiasa hebat dengan memiliki semangat dan jiwa yang besar. Walaupun baru menceburi bidang keusahawanan ini secara serius sejak dua tahun lalu, bidang ini banyak mempengaruhi gaya hidup dan banyak mengajar saya keperluan ‘bersemangat’ dan ‘berjiwa besar’!

Sebagai insan yang serba kekurangan dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT, saya telah mengaplikasikan beberapa pendekatan islam didalam bidang keusahawanan yang kian menebal didalam diri saya. Bukankah islam adalah satu cara hidup yang tersusun dan hebat? Oleh itu kita semua sebagai penganut agama ini juga harus menjadi seorang insan yang tersusun dan juga hebat!

Menjadi penganut agama tauhid yang indah ini bukanlah satu perkara yang sukar. Kita sudah digariskan oleh Allah melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW dan juga al-quran sebagai panduan. Sesunggguhnya islam merupakan satu gaya hidup yang hebat seandainya kita sanggup memenuhi segala suruhan yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala apa yang telah dilarang.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh melarikan diri daripada kehendak agama.

Cuba anda semua membayangkan sekiranya Abdul Rahman Auf RA tidak bersemangat dan berjiwa kecil semasa menjalankan perniagaanya? Adakah pada hari ini kita dapat mendengar tentang ketokohan beliau berkaitan perniagaan sehingga dijamin oleh Allah SWT ia tergolong didalam 10 orang sahabat yang dijamin syurga? Bagaimanakah kaedah Abdul Rahman Auf RAmemulakan perniagaan daripada kosong sehingga berjaya menjadi jutawan? bahkan beliau pernah mendermakan kesemua wang keuntungan yang diperolehinya semata-mata demi kemajuan islam?

Sekiranya anda menjawap ‘YA” atau “TIDAK” bagi soalan saya diatas, jawapan anda semuanya salah. Bersemangat dan berjiwa besar hanyalah menyumbang sedikit peratusan kejayaan seseorang usahawan itu. Kerana faktor utama kejayaan seorang usahawan itu adalah melalui ‘IZIN” Allah SWT. Namun bagaimana caranya untuk membina empayar keusahawanan mengikut acuan islam? Jawapannya ialah ‘TETAP BERSEMANGAT DAN BERJIWA BESAR MENGIKUT ACUAN ISLAM!”

Keusahawanan muslim sangat menuntut kepada pihak usahawan dan pengusaha agar sentiaa bersemangat dan berjiwa besar mengikut acuan islam. Tanpa semangat dan jiwa yang besar mengikut acuan islam ini, pihak usahawan akan memanggung satu beban hebat yang tidak akan mampu dipikul kerana menganggap keuntungan dalam bentuk wang ringgit di dunia merupakan matlamat utama mereka menubuhkan perniagaan.

“Barangsiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami memberinya tambahan kepada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan didunia semata-mata, kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan dia tidak beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak” Surah As-Syura :20



ini hanya merupakan draff awal.. & memang masih belum ditambah, diedit dsb.. Alhamdulillah, saya sudah menyiapkan 31 bab kecil untuk buku ini. Insyaalah saya skrg masih terkial2 utk menghabiskan penulisan buku pertama saya bertajuk "TRAVELOG USAHAWAN MUSLIM".. 

BANGKIT SEMUA SAHABATKU!! SOKONG KAMI UTK MENYOKONG USAHAWAN MUSLIM!!
4.

2 comments:

Cik Su Life Cycle said...

ooo..bagus bagus..nak buat e book ke ustaz??

Ustaz Azrai said...

:) bkan e-book.. sbb sya lbih selesa jika buku ini keluar dlam bntuk buku fizikal..

Tp saya belum pilih utk beri kpd mna2 publisher.. ssh skit bab ni sbb mereka suma kwan saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...